Assalamualaikum. Ok ni sambungan dari kisah ilmu hitam yang aku cerita tu. Rentetan mimpi aku tu, lepas dalam beberapa bulan aku mimpi lagi. Tapi kali ni seorang lelaki macam orang kerdil tu datang dalam mimpi aku. Sama macam perempuan tua tu,dia pun lengkap berpakaian silat siap rantai-rantai. Adooyaiii..
Tapi lokasi mimpi tu berbeza. Korang tau kali ni kat mana? Kali ni dia pilih tanah yang mak aku beli. Tapi tanah tu kosong,tak buat rumah. Lelaki tu ajak aku bertarung lagi. Allah letih. Sebab kau kene bersilat. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh bersilat. Dalam mimpi tu dia pakai baju silat,aku pun pakai. Ok la sebenarnya dulu aku pernah belaja silat ni. Tapi tu la belaja sekadar suka-suka. Tak la hebat sangat. Lepastu form 4 aku pindah masuk sekolah lain. Lepastu aku terus tinggalkan silat tak belaja dah. Sebab masa tu aku dah start sakit-sakit. Sakit belakang la,muka sentiasa pucat tak bermaya,kalau aku malas gi kelas jumpa cikgu cakap tak sihat memang cikgu percaya sebab muka aku selalu pucat. Mimpi ni tak payah cakap,macam-macam mimpi. Kalau aku cerita.. Hahahaha lenguh jari nak taip. Nanti aku cerita pasal mimpi-mimpi aku.
Ok balik cerita asal, bertarung dengan lelaki tu. Walaupun dia katik tapi boleh tahan lelaki tu. Dah tua juga,rambut dia panjang ,muka takyah cakap, burok! Tak hensem langsung. Loghat dia bercakap tu loghat Indonesia. Dalam dia cuba tumbuk aku,aku sempat elak,dia dapat sambar tangan aku, dia cakar tangan kanan aku. Sakit oii. Tapi aneh mimpi tu sepanjang bertarung tu aku baca ayat kursi. Ulang-ulang walaupun ada yang tersalah. Tapi aku tetap baca ayat kursi tu.
Lama-lama lelaki tu letih. Dia kalah jugak sebab aku tumbok dia last aku ingt sambil tumbok tu aku jerit Allah. Tapi dia pun sama macam perempuan tua tu tinggalkan pesan. “Suatu hari aku akan kembali cari kamu”. Dia pun hilang aku pun tersedar.
Sedar-sedar dari mimpi tu,memang letih,tapi tangan kanan aku bertanda dia cakar. Kesan tu ada. Ko bayangkan? Menangis aku sebab dah la sakit tangan tu sekali ada kesan cakar tu. Gila tak takut. Tu pun mimpi seram aku. Pagi tu aku pun tunjuk kat mak aku kesan tu. Mak aku tanya,kenapa ni? Aku cakap hasil mimpi. Aku cerita jugak mimpi aku,dekat mana jadi. Rupa nya mak aku pun dapat tempias jugak. Dia cakap masa dia tido tulang belakang dia sakit sangat macam ada bende tekan. Sakit yang macam ada sesuatu pegang tulang belakang kau. Lurut dari atas ke bawah.
Masa tu rujuk jugak dekat ustaz. Eh boleh pulak ustaz tu buat lawak,lain kali tanya kat bende tu kau duduk mana? Apesal nak carik aku? Hahahah ehh boleh pulakla ko ingt nak tanya soalan-soalan tu masa ko mimpi. Nama pun mimpi. Aku jawab balik,skrip tak siap lagi ustaz,tak sempat nak tanya. Cuma dia pesan kat aku,kalau boleh solat jangan tinggal,zikir la selalu. Setakat ni dia cuma cuba-cuba uji ahli keluarga kamu.
Rentetan peristiwa tu,terbakor gak hati aku. Geram korang tau. Apesal nak mendengki dengan ahli keluarga orang. Lepastu syirik pulak tu. Amal ilmu-ilmu hitam. Hampeh betul laaa. Takpe la Allah balas kemudian hari nanti.
Ok ni cerita kedua.
Aku tak tahu la. Anugerah ke,memang Allah nak bagi petunjuk dalam mimpi. Kali ni aku mimpi aku minum air longkang dari langit. Langit yang biru,siap ada ikan berenang-renang,tapi air yang turun air busuk,hitam,ada sampah ,bau dia macam bangkai. Ya Allah berdebar aku bangun tido. Tapi kejadian tu masa aku dah start praktikal. Dekat sebuah kilang di negeri sembilan. Tengah hari tu,aku capai phone,call nenek aku. Aku pun tak tau kenapa hati tergerak nak call nenek. Aku tanya kat umah ada jadi apa-apa ke nek?
Nenek aku tanya kenapa ko tanyan
macam tu. Aku pun cerita mimpi aku, yang aku mimpi aku minum air longkang dari langit yang biru. Tapi masa tu tak jadi apa-apa lagi. Selang beberapa hari tu aku call lagi nenek aku. Nenek aku cerita yang atuk aku jumpa sebuntil rambut yang diikat macam sejemput-sejemput th. Lepastu dalam tu ada tulang belulang. Babi punggah. Alhamdulillah la babi yang punggah. Kalau elok tertanam. Aku tak tau la nak cakap apa. Memang sehari sebelum atuk aku ada nampak sesorang dari jauh tengah terbongkok-bongkok macam menggali. Ingtkan gali cacing nak mengail ke. Oh ye dia tanam rambut tu dalam area tanah atuk aku tapi bukan la dekat dengan umah. Kebetulan tanah tu memanjang ke belakang, dan baki lebih tanah tu atuk aku buat kebun kelapa. Dia tanam dekat dalam kebun kelapa tu la. Tapi tu la niat yang tak baik Allah tak izinkan. Babi pulak punggah. Terburai.
Malam tu nenek aku buat solat hajat dengan bacakan yaasin sebelum tido. Dia buat yaasin 7mubin. Korang tau hasil dia apa. Orang yang buat tu menangis-nangis dalam mimpi tu. Dia mengaku dia yang buat. Tapi dia buat jauh dekat kedah,kampung suami dia. Sebab dia,dia cemburu dengan anak-anak nenek aku iaitu mak aku adik beradik dapat pegang jawatan ahli jawatan kuasa kampung. Dan dia dah tak dapat pegang apa-apa jawatan.
Immediately mak aku dengan adik beradik dia letak jawatan. Hahaaha kampung je weii lain la kot dapat jadi menteri. Dari terus terusan orang sakit hati baik la berenti.
Lepas tu lama makcik tu tak lalu depan umah. Salam nenek aku pun dia taknak. Tapi kitaorg pesan kat nenek aku,kalau dia datang tiba-tiba ke hati-hati. Takut pulak rasanya. Masyarakat kita ni kan terkenal macam-macam. Tak dapat halus,main kasar pulak.
Pasal buntil rambut tu,ustaz pesan hanyutkn jela dekat sungai ataupun air yang mengalir. Atuk aku campak je dalam sungai.
Next,lepas reda kisah rambut. Tau jumpa apa pulak,katak yang diikat kemas dalam plastik. Orang campak. Tapi tak sampai bawah umah tersangkut dekat pangkal pokok bunga nenek aku.
Memula aku ingatkan adik sepupu aku ke tertinggal tanah,sebab pagi-pagi subuh tu dia ada datang umah nenek aku, nk mintak sikit tanah nak tanam bunga,projek sekolah.
Rupa,rupanya tak. Dalam tu ada pulak sekor katak. Katak bukan la spesis biasa yang ko selalu jumpa area situ,ni katak tanduk. Hati aku terdetik jugak apesal la campak katak dekat laman rumah orang. Husnuzon jugak ingatkan anak jiran nenek aku main katak ke. Sengaja nak seksa katak tu,masuk dalam plastik. Tapi macam tak make sense pulak campak jauh-jauh dalam laman rumah orang. Kalau nak seksa pun katak tu campak la dalam longkang ke ape.
Aku bagi dekat atuk aku plastik tu,tanya atuk aku, katak macam memang ada ke kat kawasan rumah kita tuk? Atuk aku pun jawab ni bukan katak sini. Pastu atok aku campak je dalan parit. Kebetulan air pasang. Dan katak tu pun berlalu sebegitu sahaja..
Petang tu call ustaz tanya. Nasib baik katak tu dah buang di air yang mengalir. Rupanya katak tu dah di mandrem. Adooyaii macam-macam kan. Korang jangan la terlibat bende-bende syirik ni. Dah la syirik,menyiksa binatang pulak tu. Takut-takut nanti makan tuan. Banyak kali tak jadi. Ngamok jin tu nanti. Ngehngehngeh.. Ok gurau-gurau. Aku ada terbaca pasal jin-jin ni. Kang dia ikut sama baca pulak,dia tau aku gelakkan dia.
Nanti free aku cerita ganguan dekat hostel aku eh.
Byee
Tq eh admin sebab dah siarkan siri pertama.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
X dpt jd ajk kg pun sanggup main bomoh? Ada elaun ke ? Haru betul.
part ” Sebab dia,dia cemburu dengan anak-anak nenek aku iaitu mak aku adik beradik dapat pegang jawatan ahli jawatan kuasa kampung. Dan dia dah tak dapat pegang apa-apa jawatan.
Immediately mak aku dengan adik beradik dia letak jawatan. Hahaaha kampung je weii lain la kot dapat jadi menteri. Dari terus terusan orang sakit hati baik la berenti.”
ni mmg aku, hekeleh, jwtn jkkk kampung je? alahaiiiii, hati tisu betul..
Alahaii….sbb nk jd ajk je….naper x g rebut jawatan PM je…mcm2 lew kalo hati dh busuk huhu..
Tak menahan Cik Situ Sana Sini nak gelak, part dengki sbb tak dapat apa2 jawatan jkkkkk kampung je pun..