Assalamualaikum..
hai korang.. aku terbaca satu soalan dari orang yang membaca “ilmu hitam” tu. Dia tanya macam mana nak beza tanah kubur dengan tanah biasa? Ok basically aku takde belajar ilmu pasal tanah mentanah ni. hihihi tapi kan aku cuma nak nasihatkan please be alert dengan keadaan persekitaran korang. elok la amalkan sebelum keluar rumah tu baca ayatkursi. masuk pun sama. Apa salahnya kita orang islam mengamalkan amalan macam tu.
Sebelum keluar rumah tengok dulu keadaan persekitaran. macam kes ni kebetulan mak aku nampak tanah tu cantik ditabur depan pintu. logik akal kalau tanah atau debu yang berterbangan pun takkan elok cantik tersusun macam tu. yang ini seolah-olah ditabur. Memula mak aku pun tak tau yang tu tanah kubur. Tapi ustaz yang pulihkan tu yang bagitau. Sebab tu atuk aku mimpi berkaitan kubur. Mungkin itu adalah petunjuk yang Allah nak bagi. Tanah kubur ni bermacam-macam jenis depends pada kawasan atau daerah korang duduk la. Ada yang sejenis berbatu-batu, ada tu macam tanah liat la. semua jenis tanah ada kecuali tanah yang mak ko guna nak tanam pokok bunga. tanah tu tanah lain. hehehe korang pun boleh beza.
Berdasarkan pengalaman aku la sebagai cucu si penggali kubur tapi atok aku bukan la macam tok adi tanah kubur tu. hahahahah Aku selalu tengok atok aku dulu, kalau balik dari menggali kubur dekat seluar dia ke mesti melekat sikit-sikit tanah tu. Warna tanah tu pulak macam cokelat-cokelat kuning. Tapi takde pulak berlaku apa-apa. hihih jadinya kalau korang terbawa balik tanah kubur ke jangan la risau. Tanah kubur yang orang tabur buat sihir tu lain. Tu yang dah dimandrem.
Ada jugak orang musykil kenapa la suami isteritu cakap dia nak pulangkan kala jengking tu ke tempat asal? macam seolah-olah kami yang hantar. itu semua mungkin alasan dorang. Sebab dah terkejut kot masa nak buat keje kene tegur. Wallahualam. jujur aku cakap keluarga aku bukan la sejenis yang suka bermain bomoh-bomoh ni. Tak elok abang kakak cik adik. Alhamdulillah ilmu agama yang atuk dengan nenek terapkan dalam setiap ahli keluarga membantu kitaorang sentiasa beringat bahawa tiada sehebat-hebat kuasa melainkan Allah SWT. Pesanan aku satu lagi, kuatkan la kebergantungan hidup kita kepada Allah. berjumpa ustaz tu adalah sekadar rujukan. Ustaz yang selalu bantu keluarga aku pun selalu ingatkan bahawa dia bukan la pengamal perubatan, dia membantu atas dasar ihsan sesama manusia. dia tak bukak pusat rawatan pun. Tapi Alhamdulillah, banyak dah ustaz tu bantu keluarga aku.
Ada jugak yang bertanya kenapa la orang nak sangat sihir keluarga aku. Sejujurnya kami sekeluarga pun tak tahu. Betullah kadang-kadang tanpa kita sedar dalam diam kita diperhatikan. hidup ko aman damai pun orang tetap tak puas hati juga. Namapun manusia. Tapi aku bersyukur jugak dengan apa yang jadi, bende ni berjaya menguatkan lagi ikatan ahli keluarga aku. Dari adik beradik mak aku sampai la hubungan kami anak beranak. Kejadian ni merupakan satu titik tolak yang perubahan kepada ahli keluarga aku. tak dinafikan dulu ada khilaf kami sekeluarga,ada jugak tinggal-tinggal solat. sekarang Alhamdulillah. entah la jangan dicari buruk setiap apa yang jadi, pandanglah kebaikan dia. Setiap apa yang jadi semua dengan kehendak Allah, kalau Allah izinkan berlaku, berlaku la dia. Kun fayakun!.
Mimpi semua tu aku anggap adalah satu peringatan untuk kami sekeluarga. Supaya beringat. Tapi ingat jangan la percaya semua mimpi-mimpi korang ye. Ada mimpi yang sekadar mainan syaitan. cuma kalau mimpi tu berulang-ulang dalam satu tempoh yang lama, mungkin la ada sesuatu yang tak kene. Carikla sesorang yang arif untuk tafsirkan mimpi korang.
Semoga apa yang aku tulis ni sedikit sebanyak membantu. Lagi satu, untuk pulihkan balik diri kita, semua bermula dengan kita. Ustaz aku selalu pesan, selain dari dia bantu, kita pun kene la tolong diri kita sendiri. selalu-selalu la amalkan mathurat, ayat kursi, zikir-zikir. Paling malas pun Yaasin. Amalkan la. kuatkan hati, niatkan semoga ahli keluarga kita dijauhkan dari segala bende buruk.
Doakan juga ahli keluarga aku. Mungkin aku akan share lagi dengan korang kisah macam mana keluarga kitaorang memutuskan hubungan dengan pakcik S***. Tengok la kalau aku rajin. Susah jugak ada nenek moyang yang dulunya membela-bela ni. Natijah dia anak cucu cicit sekali terheret. nasihat aku juga, pada yang tau dulu nenek moyang korang ada membela ni, cepat-cepat la jumpa yang berpengetahuan. putuskan semua sebelum dia carik korang untuk pengganti tuan. Bagi kes family aku, even dulu dah ada yang sanggup nak bela maksud aku ada satu keluarga toknyang sedara aku yang sudi amik, tapi ustaz cakap bende tu tak sesuai, dia nak jugak carik tuan baru. akhirnya berbalik kepada keluarga aku sebab atok dengan nenek kawen sepupu. Kira masih serumpun. Bermula dengan sorang-sorang dia carik.
tq admin. kalau ko siarkan part yang ketiga ni. semoga bermanfaat untuk semua.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
RajinĀ² kan lah, ?..semoga bermanfaat untuk semua..
Terima kasih kak nurul kerana telah menjwb soalan saya? *gembira tk terkata*?
Saya doakn akak & keluarga akan slalu d lindungi oleh Allah Swt.. Aamiin~