Salam kepada warga-warga FS. Izinkan aku perkenalkan diri aku sendiri. Aku Iman, seorang silent reader cerita-cerita di laman FS ini. Kali ini aku ingin kongsikan sebuah kisah bagi tatapan pembaca setia FS.
Jam menunjukkan 12.30 tengah malam, aku keseorangan ditemani lagu-lagu jiwang karat menempuh perjalanan untuk pulang ke kampung halaman yang terletak di bahagian selatan tanah air. Disebabkan waktu kerja aku tamat agak lewat hari ini, perancangan aku untuk memulakan perjalanan aku ke kampung selepas waktu Magrib terbantut.
Kita hanya merancang, Allah yang menentukan dan tidak ku sangka pada hari itu juga lah aku ditentukan untuk berhadapan dengan perkara-perkara ghaib.
Perjalanan ku lancar sahaja diatas lebuhraya yang menghubungkan KL ke selatan sehingga aku perlu keluar dari lebuhraya itu dan meneruskan perjalanan ku melalui jalan kampung. Di dalam perjalanan ku ini aku terpaksa melalui satu kawasan bukit yang bersimpang siur. Telah banyak ku dengar cerita-cerita mistik dari orang ramai termasuk saudara mara ku dan juga tidak ketinggalan dari pak cik Google serta blog mengenai kawasan yang aku bakal lalui ini. Tetapi aku tidak pernah ambil peduli pun sebab kebanyakan perjalanan aku selalunya sebelum tengah malam. Beberapa kali sahaja aku balik kampung pada tengah malam itu pun ketika waktu perayaan. Kereta ketika itu banyak di atas jalan jadi tidak lah sesunyi pada hari ini.
Setelah lebih kurang 15 minit memandu keluar dari lebuhraya, tiba lah aku di kawasan yang disebut-sebut orang ramai. Sedang aku leka bernyanyi keseorangan melayan lagu di radio, aku dihentikan dengan bauan yang entah dari mana datangnya. Hendak kata dari perfume kereta ku, memangjauh beza baunya. Bauan yang wangi dan lembut menusuk rongga hidungku. Setelah ku memandu lebih kurang 1 kilometer ke hadapan, tak kan kebelakang pula. Bauan tersebut bertukar menjadi bau busuk seperti bau bangkai. Dan ketika itu jugalah terus bulu tengkuk aku meremang dan badan ku menangis mengeluarkan peluh jantan ku.
Kiri Kanan kepala ku menoleh melihat cermin sisi dan cermin belakang kereta, mana lah tau ada yang menumpang. Ku masukkan CD ke dalam radio, maka bertukarlah dari lagu jiwang cintan ke bacaan ayat ayat Al-Quran. Ketika aku sedang focus memandu untuk keluar dari kawasan itu, datanglah sebuah lori dari arah depan dengan lampu tinggi yang dipansangnya. Disebabkan silau aku pun mengalihkan pandangan aku mengadap cermin pandang belakang.
Alangkah terkejutnya aku sambil menjerit nama Penciptaku ALLAH, aku terlihat seorang perempuan berada di seat belakang kereta ku.
Ia nya jelas kelihatan disebabkan pancaran sinaran lampu dari lori yang menghampiri kenderaan ku dari hadapan. Rambutnya yang tidak terurus, mukanya yang penuh dengan luka dan darah seperti kulit disiat siat serta bergaya seperti mendukung anak yang baru lahir. Sah aku katakan Cik Pon telah menjadikan aku sebagai teksi untuk ia tumpang. Selesai sahaja lori dihadapan melintasi aku, apa lagi perlu ku tunggu. Ku tekan minyak sekuat hati ingin memecut meninggalkan kawasan tersebut. Tetapi apa kan daya, sekuat mana pun aku menekan minyak, ku lihat meter kereta ku hanyalah 60km/j. Aku pun mula membaca ayat Kursi agar ia menjadi pelindung diriku. Mulut ku kumat kamit membaca tetapi didalam hati ku bermacam macam sumpah menyumpah, carut mencarut menyuruh makhluk itu pergi.
Ku fikir ia hanya duduk diam-diam sahaja dibelakang tetapi ku tahu itu perkara mustahil yang akan berlaku. Aku menjadi kaku apabila ku merasakan ada hembusan angin meniup di leherku seperti seseorang sedang bernafas. Ku terasa ia menghampiri ku tetapi ku tidak sanggup untuk mengintai kebelakang apatah lagi untuk menoleh terus. Kepala aku jadi kaku seperti orang terseliuh leher. Berkali kali juga hembusan itu dilemparkan ke tengkuk ku. Perjalanan melalui kawasan itu yang selalunya hanya memakan masa lebih kurang 20 minit terasa lama bagiku pada hari itu. Aku terasa jalan di kawasan itu terasa amat jauh. Mungkinkah emosi aku yang diganggu itu membuatkan aku berfikir perjalanan aku di kawasan itu terlalu lama.
TIBA-TIBA sepasang tangan menerpa dan menutup mataku. Gelap seketika pandangan ku dan aku terpaksa brek mengejut untuk memberhentikan kenderaan. Sebaik sahaja berhenti, mataku kembali cerah semula tetapi perkara yang tidak enak pula yang terjadi, keretaku mati sepenuhnya seperti telah rosak akibat brek mengejut tadi. Aku mula memaki hamun, mana tak nya dengan keadaan yang aku alami sekarang. Cik Pon duk bertengek kat belakang tak reti nak turun. Kawasan luar gelap gelita. Tiada kenderaan yang lalu lalang. Aku sudah terasa sedikit tertekan. Sedang aku menunggu sebuah kereta untuk melalui jalan itu untuk meminta bantuan, aku mempunyai keinginan untuk mengitai belakang kereta ku melalui cermin pandang belakang.
FUUUHHH..Aku menarik nafas lega seketika. Ku lihat Cik Pon sudah tiada dibelakang kereta ku. Mungkin dia sudah tercampak keluar sekali ketika aku brek mengejut tadi. Disebabkan kereta aku berhenti sepenuhnya, CD surah Al-Quran di radio tidak lagi kedengaran. Aku teruskan dengan bacaan ayat Kursi ku sehingga tibanya pertolongan dari hamba Allah yang boleh membantu ku. Selepas lebih kurang 15 minit, muncullah satu pancaran cahaya dari belakang kereta ku. Ku toleh kebelakang dan ku dapati ade sebuah kereta yang menghampiriku. Aku bergegas keluar untuk menahan kereta tersebut dan minta bantuan.
ALHAMDULILLAH..berhenti juga kereta tersebut. Ku lihat seorang pakcik tua yang memandu kereta itu berseorangan. Aku menjelaskan keadaan aku dan pakcik tersebut telah memberi bantuan untuk menghantarku terus ke kampungku. Katanya malam malam begini susah untuk baiki kereta yang telah rosak. Tambahan lagi kawasan situ gelap, jadi macam mana hendak baiki dalam keadaan begitu. Lalu aku pun mengambil barangku dan mengunci kereta ku dan dibiarkan tersadai ditepi jalan. Mungkin esok aku bersama orang tua ku kesini semula untuk mengambil kereta ku dan hantar ke bengkel .
Didalam perjalanan aku berborak santai bersama pakcik itu tanpa memikirkan akan terjadinya kejadian pelik. TETAPI AKU SILAP. Tiba pada satu soalan yang aku tujukan pada pakcik itu. ‘Pakcik tak takut ke memandu seorang tengah tengah malam ni. Dah la tempat ni keras sikit’. Dengan tenangnya pakcik tu jawab ‘nak takut pada apa..hantu, jembalang, jin,syaitan?? Pakcik tak takut pada mereka sebab pakcik pun HANTU!!!!’ sambil mencabut kepalanya dan gelak sekuat kuatnya. Aku terkejut yang teramat sehinggakan aku hilang kesedaran aku. Apa lagi jatuh pengsan la…
Aku mula sedar dan mendapati diriku berada di hospital. Orang tua ku berada disisi ku dikelilingi sanak saudara ku. Aku diberitahu aku telah terlibat didalam kemalangan dimana kereta ku telanh terjatuh kedalam gaung di kawasan tersebut dan aku telah tidak sedarkan diri selama 3 hari. Walaupun aku belum sedar sepenuhnya, otak aku telah pun mula berfikir. Bagaimana aku telah jatuh ke dalam gaung. Mungkinkah ketika mata aku ditutup. Tapi bagaimana pula dengan pakcik yang menumpangkan aku. Adakah dia yang menghumban ku kedalam gaung. Segalanya menjadi misteri sehingga hari ini.
Selepas kejadian itu aku menjadi lebih berhati hati dalam meminta bantuan daripada orang. Aku jadi trauma disebabkan kejadian itu. Jadi anda pun berhati hati juga sebab makhluk ini muncul tidak semestinya buruk, seperti manusia juga ada. Jadi toleh la kanan kiri adakah orang sekeliling kamu itu manusia atau mereka mungkin……..HANTU!!!!!!!!
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Ya allah,, seramnyaa. Nasib baik umur kau panjang lagi.
hahahahahahahahahahaha….okey..kalau aku bro dah nampak dekat belakang cik pon tu rasa nya aku dah lama pengsan dekat dalam kereta tu..apa2 pun seram laa kalau dekat situasi macam tu..nice story..cerita lagi kalau ada..
Takkan kau tak ingat langsung mase kerete kau rosak, kau park dekat tepi siap kunci..
Macam mana boleh masuk gaung?
kerete yang pakcik tu tumpangkan jenis kerete ape?
Nothing imposible Man… Anything can happen.
Erm
Kelakar seram
Pengajaran- jgn memandu kereta tgh mlm sorang2 dikawasan keras yg sunyi dari kenderaan lain..kan dah mendapat..kecuali korang kental iman..byk amalan agama dan setan jin pun takut nak kacau korang..
bukan cerita benar ni
Yaaaa.. aku juga berpendapat spt itu.. eemmmm…
Paling best!
Best2…agknye time main cak2 ttup mata yg kne humban dlm gaung huhu
try harder man! mcm citer aku bagi kat budak2 masa aku darjah 6 dlu je.
nape hantu suka main cak2 camtu..tak kelakar occayy…
mat jiwang kena kcau hantu.
cumel
perghh..dye cabut kepala pulak
Cerita rekaan
cerita betol ke ni?
mybe cik pon jatuh gaung sekali kot mase kau brek mengejut tu. kau xcheck list dkt hospital ke nme cik pon jatuh tersembam sebab brek tu.
Lain kali kalau dah lewat, tak perlu la gerak. Ko gerak balik kg lepas subuh pn ok…..
jalan pagoh ke tuu ?
Alahai lu ni… ada otk jgn simpan dlm perut.
ish nasib baik nyawa masih panjang