Salam satu Rahmadan, Terima kasih pada admin kerana telah menyiarkan kisah aku yang sebelum ini (Institut Blue Sandakan). Coretan kali ini untuk menghabiskan kisah aku sepanjang bergelar student institut tersebut.
Jadi coretan ini bukanlah aku nak menceritakan mengenai apa yang berlaku pada bilik no10 d aras 4 tersebut, sebabnya kisah itu terlalu misteri dan sehingga kini aku dan kawan² lain juga tidak pasti sama ada ia pernah berlaku atau pun sekadar bualan mulut tapi yg pastinya cerita mulut ke mulut ini menjadikan cerita itu berbagai versinya tersendiri. So sejauh mana kebenaran perempuan bunuh diri dalam almari itu (mengandung) aku takmau sentuh sebabnya takut menyingung perasaan mana² pihak terutama pihak institut. Nak dipendekkan cerita biarlah senior² yang awal batch dekat institut tu yang menceritakan perkara sebenar, manalah tau kot² senior² batch awal tu terbaca atau pun memang readers FS nie juga kan. So aku tutup kisah mengenai pelajar bunuh ini.
Aku ndak sangka hari di mana admin siarkan kisah aku tu, ramai kawan² aku yang satu batch dgn aku dulu, juga antara readers FS. Aku tak pasti sama ada dorang baca melalui page FS atau dari page ke page yang d kongsi oleh pembaca² FS nie. Asalnya aku ndak mau dorang tau yang aku yg tulis mengenai kejadian asrama tersebut, ialah takut menyingung perasaan beberapa pihak, tapi mau buat macam mana?? Dorang lebih peka dari yang aku sangka.
Setalah 3minggu kisah aku yang di siarkan, kawan² lama aku yang satu batch dan ada beberapa orang lagi tag aku dekat fb mengenai page FS, ada yang sampai tinggalkan masej suruh aku watsapp dorang hanya untuk memastikan sama aku yang tulis cerita itu atau tidak, so dengan terpaksa aku pun mengaku, dan kisah aku itu jadi viral bagi pelajar yang belajar d institut tersebut. Bukan nak takutkan pada pelajar² yang masih belajar di sana tapi hanya sekadar berkongsi pengalaman sepanjang belajar di sana saja. Ada juga aku terbaca beberapa Pengajar Institut itu meninggalkan comment. Time terbaca commnt pengajar tu (dup dap dup dap jantung hakak baca komen² dorang tau) huhu. Maaf pada Encik² Institut jika ada tersilap bicara, mau pun tersilap dalam penulisan.
Ok, cerita sebelum nie aku ada sebut mengenai aku akan sambung kisah aku 2 lagi kan?? sebenarnya ada 4 buah kisah aku nak kongsi so aku habiskan mengikut point lah bagi memudahkan korang faham kisah aku. tapi kisah aku nie tidak lah seram sebab ia terjadi hanya sepintas lalu saja tampa ada histeria bagai, sebab benda nie terjadi atas diri aku sendiri tampa ada mengaitkan mana² pihak soo teda lah keseraman nya.
cerita 4 nie bermula….
Kisah 1 ( RIN )
Kisah nie berlaku semasa aku semester 2, awal smester kot sebab masa nie aku belum ada roomate sebab aku yang request dekat waden mau tinggal dalam bilik sorang jak, siapa kenal aku nie tau lah sifat aku macam mana, lebih kepada pendiam, ndak suka bercampur dengan yang lain. soo di pendekkan cerita 3bulan aku stay sorang dalam bilik sebelum roomate aku Ely ( nama samaran ) masuk stay dengan aku. Ok copp!! berbalik cerita tadi, so sepanjang 3bulan aku stay sendiri, satu malam tu kawan aku rin ( nama samaran ) datang bilik aku nak stay so dia datang dalam jam 9 lebih kot kalau ndak silap lah, masuk jak dia bagi salam then tiba² dia berhenti depan pintu sambil tengok tingkap bilik, pandangan rin nie berali- ali² sekejap dekat tingkap sekajap dekat aku, masa nie aku dha rasa lain, dan aku pun tanya rin
Aku: kau kenapa tengok aku begitu??
Rin: kau nie, kenapa ndak tutup tingkap malam sudah ( sambil dia berjalan menunju ketingkap dan tutupkan tingkap ) then dia sambung lagi cakap hakak ponti tu dari tadi tengok kau dari atas pokok tu, kau ndak takut kah ??
Aku:Terus toleh dekat tingkap yang c rin sudah tutup masa nie baru terasa meremang.
(dan buat pengetahuan pembaca, aku ada sifat kurang baik kalau berada d asrama mau d rumah, memang tidak suka tutup tingkap walau pun dah waktu malam, sapa pernah jadi roomate aku tau lah macam perangai aku yang tidak pernah tutup tingkap walau pun berkali² kena sound oleh waden hahahaha ) dan buat pengetahuan pembaca juga rin nie ada ke istimewaan yang orang lain teda, rin boleh rasa dan boleh nampak benda² yang org lain ndak nampak. So dia nie dha nampakk tapi mulut dia ndak pernah bertapis, main terjah jakk bagitau orang, bukan dia fikir orang tu berani ka ndakk tapii memang (biadap mulut dia nie) hahahhhhaa sory Rin kutuk kau huhu.
Sambung cerita bila rin cakap macam tu aku apa lagi memang memaki lah dekat c rin nie sebab dia p bagitau aku segala kak ponti bagai, sudah lah aku sorang jakk tinggal dalam bilik alahaii sabar jak lah hati hahaha, ingatkan benda tu setakat berdiri atas pokok jakk lah macam c rin tu cakap, rupanya dalam tengah malam tu aku terbangun sebab dengar orang ketuk² tingkap aku, benda tu p usik aku sampai aku ndak boleh tidur hingga ke subuh, dalam hatii cepatlah azan ( padahal sebelum nie punya lah liatt nak bangun subuh klau dha dengar azan ) hahahaha, bayangkan lah bilik aku di aras 1 kot, mana ada beranda dekat tingkap, memang kalau buka tingkap akan terus nampak pokok besar dan kuaters pengajar. tapi aku bernasib baik sebab kak ponti tu tak tunjukkan kewujudtaan dia, kalau tiba² kak ponti tu muncul depan aku, mau tak ya lari masuk bilik orang hahahhaa. tapi kejadian tu tak insafkan aku sebab aku still lagi dengan perangai yang tidak suka tutup tingkap sehingga sekarang hehe.
Kisah 2 ( Ely )
Kisah nie semasa aku dha ada roomate, kira selepas 3bulan stay sendiri lah. Ely ( Nama samaran ) datang jumpa aku sebab mau stay satu bilik dgn aku, d sebab ely tak dha roomate (roomate dia berhenti belajar) so walau pun kedatangan Ely tidak d alu² kan dalam bilik aku nak tak nak paksa juga diri terima dia jadi roomate haha ( Sory mate, kehadiran mu dulu memang tidak d alu² kan, jangan maraah hahahahaha ) so di pendekkan cerita aku dengan ely nie memang suka oncall sampai jauh malam, jadi ada satu malam tu, aku takpasti jam berapa aku terjaga dari tidur sebab dengar orang menangis dan aku pun tengok kat sebelah katil ely, ingat dia yang menangis sebab aku nampak ada permpuan duduk dekat sepi katil ely membelakangkan aku.
So aku pun tak mau ambil port sangat sebab mungkin ely gadu dengan bf dia tapi tiba² mata aku tertangkap sekunjur tubuh dekat atas katil siap dia betulkan kedudukan pembaringan nya lagi, so persoalan nya Siapa yang duduk dekat pejuru katil ely?? kalau ely ada atas katil siapa yang aku nampak?? suara siapa yang aku dengar menangis?? dan benda tu still ada dekat situ walau pun aku dha perasaan kehadiran dia. sampai sekarang aku ndak pernah cerita dekat roomate aku sebab aku tau, kalau aku cerita dekat Ely time tu, confrm dia tidur sekatil dengan aku, roomate aku tu bukan main lagi penakut dia tu ahhahahahah kalahh penakut aku (soo kalau Ely ada baca apa yang aku tulis nie, yes!! betul aku pernah nampak orang duduk dekat pejuru katil kau sambil menangis.) dan esok nya aku pun demam ? tampa mencerita pada sesiapa pasal apa yang aku nampak tu.
Kisah 3 ( MATH )
Kisah nie berlaku masa smester 3 kalau tak silap, last sem. Masa nie aku couple dengan budak jenior aku nama dia Math ( yang skrg dha jadi Ex bf aku dan dha jadi Bf orang lain ) hahhahaha ok balik cerita time nie aku oncoll dengan dia, so tengah siuk² ( seronok ) aku bercerita dengan dia sambil round aras 1 tu, tiba² dia diam, then cakap
Math: Any, any dekat mana sekarang?
Aku: dekat depan bekas bilik lama (Bilik 23) kenapa by??
Math: p masuk bilik sekarang..
Aku: kenapa??
Math: masuk jak lah
Aku pun pegi lah nak masuk bilik, dalam perjalanan nak masuk bilik nie entah kenapa mata aku nie liar betul tengok aras 4 tu dan nak tau apa aku nampak masa mata aku meliar nie?? aku nampak kelibat hitam besar berdiri tepi tingkap dekat aras 4 bilik no10 tu, masa nie aku tak fikir apa dha, aku percepatkan kaki aku secepat yang mungkin tampa tengok mana² kawasan lagi dan terus masuk bilik. masa nie jarak bilik aku dengan tempat aku oncoll nie kena selang 13buah bilik eyalah dekat tangga kot aku oncoll ? bilik aku no 10 aras 1. bila dha sampai bilik aku pun bagitau math, yang aku ada nampak kelibat besar hitam dekat aras 4, dan tiba² dia bagitau sebab tu lah dia suru aku masuk bilik sebab dia duduk dekat luar beranda asrama dorang dia nampak pocong dekat depan pagar asrama kita orang dan ada beberapa lagi benda yang mencurigakan berada d atas bumbung asrama perempuan sebab tu dia suru aku masuk bilik cepat². (buat pengetahuan pembaca, asrama lelaki dengan perempuan cuma berdepan saja, yang memisahkan asrama adalah jalan raya, tapi asrama perempuan di tutup menguna kembes supaya pelajar lelaki tidak boleh tgok dalam asrama perempuan, dan math pulak tinggal kat aras 4 sebab tu dia boleh nampak apa yang ada d atas bumbung asrama perempuan.)
Kisah 4 (AYU)
Kisah nie pulak semasa dha nak dekat exam. ada seminggu lagi dha nak cuti, time nie aku b’roomate dengan Ayu (nama saramaran) smester 3 masa nie terjadi masa masuk waktu maghrib, time nie aku baru habis mandi, dan terus masuk bilik tiba² aku nampak roomate aku Ayu tengah duduk bersipu atas katil sambil kepala dia tunduk, dan aku pun sound lah ayu nie,
Aku: Yu, kau ndak pegi mandi ka?? dha maghrib nie…
Ayu: Urrmmm ( mengerang )
Aku: tengok jak lah dia, malas dha mau tegur aku pun buka lah almari baju nak ambil telekung sebab mau turun solat maghrib dekat surau perempuan, sebelum aku keluar bilik aku sempat tegur ayu sekali lagi,
Aku: Yu, aku turun dulu
Ayu: Urmmm ( masih dengan jawapan pertama yang aku dengan dengar tadi, mengerang.) belum pun sempat aku tutup pintu bilik nak keluar tiba² ayu datang dari bilik mandi (baru abis mandi) aku pun t’kejut lah sebab baru tadi aku nampak ayu dekat atas katil siap aku sound lagi dia cakap aku turun deluan g surau, tup² ayu dri bilik mandi. masa nie mulut aku memang takboleh buka langsung sampai nak bagitau dekat ayu yang aku nampak ayu dekat bilik tu pun aku ndak mampu keluarkan suara sebab telampau takut dan masih terbayang² lagi cara ayu duduk atas katil sambil kepala tertunduk. tengah malam nya badan aku pun panas, nasib baik pulak time tu aku tak demam teruk kalau demam teruk macam sebelum² nie memang haru aku tak ambil exam..
Sampai sini saja lah pengalaman aku sepanjang aku kena ganggu dekat asrama nie, dari kisah pertama aku dan smpai ke sem akhir takdha lah seram sangat tapi setiap asrama memang dha sebati dengan nama nya makluk² halus nie, so aku nak minta maaf andai jalan cerita aku nie membosan kan dan teda pun seram nya, sekira penulisan aku agak tungang langang jangan lah kecam hakak, hakak pun bukan reti tulis cerita hahaha, sebenar nya memang banyak benda yang berlaku dekat asrama tu, tak masuk lagi cerita kawan² yang pernah kena ganggu, dan histeria yang tak pernah putus² tapi dalam coretan nie aku just nak habiskan kan cerita pengalaman aku saja tampa mengaiitkan yg lain.
Sekali Maaf aku just aku nak kongsi cerita saja. Dan maaf juga andai ada yang tertyping dalam pernulisan, tau lah aku taip pakai fon jakk memang susa lah nak cek detail lagi penulisan. apa pun tq sebab sudi baca kisah aku.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Jangan rojakan bahasa Malaysia dengan bahasa anda. Dalam penulisan sila gunakan bahasa Malaysia yang Mudah di Fahami…
Apa apa pun terima kasih sebab sudi berkongsi cerita.. cerita dah ok,tapi penulisan sila perbaiki lagi.
k
Tu bukan bahasa dia, tu dialek dia~
k
Best. Sy faham. Tulis lg ya
ok best..hihi