Iri Hati Dan Sheikh Pendamping

Assalamualaikum and hi readers. Well aku baru jumpa je page FS ni. Aku pun dah baca hampir semua ceta dlm page nih. Hehe not bad. Aku pun teringin nak kongsi kisah aku sendiri. Taktahu lah seram ke idok. Yang pasti bagi aku yang alami sendiri benda nih boleh tahan seram jugak la.

Aku tinggal dekat kuarters polis dkat penang. Ye la abah aku polis. Benda nih jadi lepas abah dapat anugerah khidmat cemerlang. Benda nih jadi sekitar tahun 2010 sebelum aku naik form1. Masa nih aku tengah percubaan upsr. Benda yang jadi nih memang menguji mental dan emosi kami sekeluarga.

Di pejabat abah, memang abah sorang jenis kerja kuat  dia dan mmg sangat teliti dengan kerja dia. Ye la polis kan. Nak dijadikan cerita dalam ofis abah ada seorang manusia ya Allah dia punya perangai dengki tu tersangat laa tak tahu nk cakap macam mana. Mula-mula kami sekeluarga tk tahu pun benda nih semua terjadi atas perbuatan dia. (Aku gelarkan A jela)

Masa kami pindah ke penang nih tahun 2004. Selama kami tinggal kat sini abah tak pernah sakit teruk atau berperangai pelik. Sampai abah dapat anugerah khidmat cemerlang. One day tu, secara tiba-tiba abah deman teruk sangat. Badan abah sangatlah panas. Sampai abah kena tahan dekat hospital. Lpas dari deman teruk tu abah dapat macam-macam penyakit. Dari takda gastrik terus ada. Ada d***h tinggi laa. Doktor syak ada sakit jantung laa. Agak pelik sbb gastrik abah tu sngat laa teruk. Sampaikan doktor tak tahu nak ubatkan mcm mana. Sebab doktor check takda ependik.

Kejadian nih jadi ekstrem sangat, sampai laa pada satu malam aku bangun nak minum sebab dahaga sangat. Sementara aku tengah syok minum dah hilang dahaga tekak nih. Aku ada perasan satu kelibat. Kelibat tu sebijik macam abah aku. Tengah jalan terus ke bilik. So aku husdnuzon mungkin bapak aku baru balik dari operasi kejar mat rempit. Tapi yg pelik takda pulak bunyi pintu bukak tutup. Mungkin aku mamai tak berapa nak dengar dan aku terus masuk dalam bilik. Esok paginya, aku bangun awal  dan aku perasan abah baru balik dan  kali ini aku baru dengar pintu bukak tutup. So aku tanya la mak aku esoknya.

Aku : mak semalam abah operasi ka?

Mak: ha’ah.

Aku : abah balik pkul berapa?

Mak : abah balik lepas subuh. Sebab balai ada tahan ramai orang semalam

Ternganga aku dengar mak cakap macam tu. Dah tu sapa yang semalam lintas dekat depan dapur tu? Aku dah meremang bulu bila mak kata macam tu.

Lepas je aku nampak kelibat tu. Abah dah mula tunjukkan rasa sakit yang teramat sngat. Abah selalu mengadu sakit perut. Kekadang dia muntah d***h. Pergi hospital mesti doktor kata semua okay. Bukan aku sorang je perasan kelibat abah tu mak pun ada perasan. Mak ada jugak bagitau. Tapi kami dua cuma buat tak tahu je la.

Sampai lah adik aku dan kakak aku pun sakit. Adik aku selalu mengadu sakit perut. Kakak aku selalu jerit ketika tidur. Aku? Tak sakit apa pun cuma aku selalu nampak kelibat je la. Mak aku mengadu sakit kaki. Jadinya sebabkan sakit nih berlarutan. Atuk aku menyuruh kami satu keluarga balik kampung sebab dah teruk sangat sakit kami sekeluarga. Masa atuk aku datang rumah. Dia ada cakap rumah kami suram je. Masa tu aku dekat sekolah. Dengan tiba-tiba mak Tam aku datang ambil aku dekat sekolah. Aku pelik. Terus mak Tam kata dekat aku “abah dah sakit teruk. Tadi mak meraung dekat rumah” dalam hati aku ya Allah selamatkan lah keluarga aku. Lepas ambik aku terus kami pergi ambik kakak aku dekat asrama. Oh lupa nak cakap kakak aku masa tu dia sekolah teknik dan duduk asrama. Lepas je sampai rumah. Aku nampak mak aku duduk diam dengan mata merah rambut tak terurus. Abah? Aku sedih tengok abah masa tu. Dia duduk peluk kaki dia mcm budak-budak isap ibu jari. Atuk aku suruh mak aku bawa abah keluar rumah naik satu kereta dengan kakak dan adik aku. Mak Tam aku drive. Aku balik kampung dngan atuk aku. Aku mula-mula tak tahu kenapa aku kena naik kereta asing. Sampai je atas highway aku tanya atuk kenapa asingkan aku.

Aku : kenapa tak bagi angah ikut abah.

Atuk : kamu lain diorang lain. Kamu tak kena ‘usik’

Aku pelik. Tak kena ‘usik’. Apa maksud atuk aku. Takpa la aku yang tak paham nih cuma buat taktahu je la. Yela umur 12 tahun apa la sangat aku boleh tahu. Sampai kampung terus atuk aku bawa keluarga aku,  pergi satu rumah dekat kawasan kampung Tanjung malim perak.

Atuk dengan keluarga aku balik lama sangat. Sampai laa pkul 3 pagi yea. Yes 3 pagi okay semua. Baru lah diaorang balik. Aku dengan pelik tengok muka mak aku yang baru lepas nangis sayu je. Adik aku diam. Bapak aku muka letih. Kakak aku diam macam adik aku. Aku cuma berharap esok semuanya kembali macam biasa.

Keesokan paginya, aku bangun dan tak nampak sorang pun family aku. Haa sudah dalam hati aku pasti family aku dah balik semalam yes aku pasti sangat. Sampai la atuk aku bersuara

Atuk : diaorang tak balik semalam. Yang balik cuma atuk. Diaorang tido rumah tokjang dekat Tanjung Malim. Atuk tahu kamu nampak. Jangan dilayan. Dia cuma nak main sebab dia tak boleh usik kamu.

Aku pelik. Dari semalam kata tak boleh usik. So pagi tu, aku bersiap dan kata dekat atuk, aku nak ikut dia pergi Tanjung Malim. Aku nak tngok family aku. Atuk cuma iyekan je. Walaupun dia berat hati. Sampai rumah tokjang. Family aku semua okay cuma yelaa aku nampak muka diaorang semua letih. Sampai la tokjang aku cerita benda yang jadi.

Tokjang : Taktahu la nk cerita macam mana. Semalam pergi berubat ustaz tu kata rumah kamu tu ada penghuni. Makanan dan minuman dalam rumah kamu semua kotor. Angin dalam rumah semuanya angin santau.

Ya Allah terkejutnya aku bila tokjang cerita semua. Lepas tu dia bagitau lagi apa yang jadi semalam. Kira nih tokjang flashback apa yang jadi la semalam

Tokjang : semalam masa sampai satu family kamu, badan diaorang panas. Mak kamu asyik tak keruan dan tak senang duduk. Ustaz tu cakap ada hantu raya ikut sampai sini. Masa berubat tu abah kamu dah bertukar badan. Hantu raya tu dah jadi penghuni dalam badan abah kamu. Hantu raya tu cakap ada orang hantar dia. Dia kata dia dihantar untuk musnahkan keluarga kamu dan jatuhkan abah kamu. Tapi dia tak hantar dekat abah kamu je. Mak kamu pun kena. Kakak dan adik kamu pun kena. Kamu saja dia tk hantar sebab kamu ada pendinding kuat. (Korang aku punya pelik lagi bertambah sebab bila masa laa pendinding nih duk ada) hantu raya tu kata dia nak kamu. Baru kerja dia selesai. Dalam badan abah kamu penuh barang santau. Lepas habis berubat semuanya muntah rambut, kaca yang tokjang lagi takut diaorang muntah ‘kuku harimau’.

Masa tokjang aku cerita. Ya Allah luruh jantung aku. Aku rasa macam aku tak adil sebab aku tak merasa sakit diaorang.

Sampai laa satu malam ustaz tu mintak atuk aku bawa aku ketempat berubat tu. Ustaz tu pandang aku sambil dia senyum. Cuma dia pesan gunakan setiap kelebihan untuk sesuatu yang bernilai. Aku tak paham kenapa dia cakap macam tu. Sekarang masa untuk “berperang” sehabisnya. Malam tu sebab atuk ada cakap benda tu nak jumpa aku sebelum dia kembali ke tuan dia.

Semasa sesi mengeluarkan sisa santau yang masih ada, aku ada perasan ada satu lembaga besar belakang family aku. Besar sngat. Dia bertanduk berlidah tajam bermata merah. Dia senyum dkat aku. Aku cuma diam. Ustaz terus panggil aku duduk menghadap depan family aku. Dan waktu itu memang aku yakin, aku bukan menghadap meraka. Sebab semuanya pandang aku dengan renungan tajam. Aku cuba beranikan diri. Ustaz aku hanya cakap dekat aku gunakan ilmu diberi. Terus mak aku bersuara. Garau bunyinya.

Mak : aku nak semua m**i. Kenapa hang halang kerja aku!. Bodoh!bodoh!

Aku hanya diam dan tunduk. Sampai la ustaz tu kata jangan tunduk. Gunakan ilmu yang ada. Ya Allah waktu tu aku keliru sangat. Ilmu apa yang aku ada? Aku umur 12 tahun. Upsr pun belum ambil.

Bapak : aku benci hang. Kerja aku dah hampir habis tapi hang halang kerja aku. Aku benci hang!.

Aku hampir menangis. Aku taktahu dari mana kekuatan yang aku ada. Aku terus lafazkan ayat-ayat dari Al-quran lalu aku baca ayat qursi dan 3Qul. Terus aku berkata ” dengan nama Allah yang maha besar pulanglah engkau kembali ke neraka jahanam. Jangan kau kacau anak cucu adam” terus bapak aku pengsan dan mak, adik dan kakak meraung kepanasan. Aku minta pertolongan ustaz. Aku menyuruh ustaz cuba angkat semula abah aku. Ketika abah aku duduk menghadap aku , dia terus cekik aku. Waktu tu aku perasan mulut aku terkumat kamit dan jari telunjuk aku terus menekan pusat abah. Abah aku meraung. Selepas mak, adik dan kakak aku dah kalah dalam “peperangan” tu. Abah aku waktu tu on off. Sampai la aku menyuruh ustaz memberi aku batang pisang yang disediakan. Mulut aku terkumat kamit membaca ayat al quran dan langsung aku “menyembelih”kepala abah aku. Abah aku rebah sekali dengan aku sekali rebahh. Haha.

Esok paginya, alhamdulillah semua kembali normal. Cuma yela badan kami semua letih. Aku masih keliru dengan apa yang jadi semalam so aku tetap cari atuk aku. Aku tanya apa yang tak kena dengan aku.

Atuk : sebenarnya kamu kena jaga dengan seorang sheikh. Atuk tak tahu macam mana sheikh nih boleh ada bersama dengan kamu. Cuma ustaz ada pesan, kamu pernah terkawan dengan sheikh nih waktu kecik dulu. So dia ikut kamu jaga kamu. Sebabtu kamu boleh ubatkan orang tapi bukan kamu yang melakukan melainkan sheikh tu yang ubatkan.

Lepas dengar penjelasan atuk aku pasal “sheikh” nih. Terus aku teringat dulu masa kecik aku ada main dekat masjid semasa kami masih menetap dekat rumah lama di kedah. Aku selalu nampak sorang lelaki tua nih senyum je dekat aku. Sampai laa satu masa tu dia hulurkan tangan dan aku capai tangan dia lantas salam tangannya. Sejak dari hari itu hidup selalu senang. Pelajaran aku selalu baik aku selalu senang je nak menang mana-mana pertandingan yang aku masuk. Aku senang je nak hafal al quran. Ustaz ustazah selalu puji cara aku baca lancar. Mungkin laa sebab”sheikh” nih.

Lepas semuanya dah okay dah kembali normal. Kami sekeluarga pulang ke penang. Dan aku tahu mak aku tak rela lagi balik penang sebab ye la rumah tu angin dia penuh santau. Sebelum balik ustaz ada pesan, suruh aku yang bukak pintu rumah. Waktu aku bukak pintu rumah ya Allah punya laa berselerak. Rambut panjang merata ada pasir dan bau bangkai. Baunya ya Allah busuk sangat. Sebelum langkah secara tiba mulut aku terkumat kamit baca ayat dan terus aku langkah masuk. melangkah je masuk ada satu angin keluar dengan deras nya. Dan waktu tu baru la aku nampak rumah aku yang cerah yang penuh kasih sayang.

Alhamdulillah lepas beberapa bulan semuanya dah okay. Abah pun tak sakit-sakit dah mak, kakak dan adik semua normal. Cuma aku je laa yang jadi murung. Haha kisah nih nanti laa aku cerita. Yea apa yang jadi dekat family aku sebab kawan ofis abah aku. Dia hantar santau dan dia memang dah lama tak puas hati dekat abah dan family aku. Tu biarlah. Aku malas nak ambik tau. Sekarang hidup dia yg tak keruan. Mungkin balasan Allah. Yang penting kita doakan yang baik-baik .

P/s biar org buat jahat dkat kita.kita cuma diam dan senyum semula sbb itu kelemahan pada kebencian

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 4.9]
Cempaka

8 thoughts on “Iri Hati Dan Sheikh Pendamping”

  1. Wah menarik nye cerita..tk cerita santau ii pon tk pe…saya nk dengar cerita sheikh tu….tlg cerita kat fiksyen shasya..email saya la kalau tk nk cerita kat fiksyen shasha [email protected] …tlg ye cerita..saya suka dengar cerita org alim(wali ii)

    Reply
  2. niH niH niH niH

    NI la ngok, ini.. I N I .. mana datang H pula, eja elok sikit tak boleh ke, annoying.. annoying nih, masa nih.. benda nih..

    Reply
  3. Ishhh… macam xbetul je bila ko kata hidup ko jadi ‘baik’ sbb sheikh tu… semua bnda kan datang dari Allah. Kita buat sesuatu, dapat ssesuatu, semuanya dari Allah dan kerana Allah. Kena hati2 bila bercakap ye…

    Reply
  4. ada sambungan lg x wahai cik penulis?😬😬😬 cerita laa lg, byk2 pun xpa.. klu ada lg letak #namaanda dekat tajuk supaya sng nk search

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.