Asalamualaikum warga Fiksyen Shasha. Aku merupakan seorang peminat tegar page ni, boleh dikatakan hampir semua post aku baca. Kalau busy pun, aku akan baca jugak lepas dah settle semua kerja aku.. Hahaha hebat tak. Al-maklumlah aku ni memang suka cerita misteri macam ni. Memang dari kecik lagi aku diselubungi misteri nusantara. Tapi ni kisah benar bukan rekaan semata2. Sedikit intro tentang diri aku, nama aku Deqna (panggilan dalam family ja k), umur aku muda lagi masih bergetah uolss, masa kecik aku samseng sikit a.k.a tomboy sebab aku membesar dengan abang2 dan adik2 laki.
Kiranya aku ni terjebak la dengan kekasaran yang diwariskan oleh abang2 dan adik2 aku nih. Kalau hangpa tengok gambaq aku masa kecik hangpa takkan percaya bahawa tu adalah gambar aku. Sebab aku lani lawa macam Park Shin Hye yang ayu-ayu gitu, hahaha. Alhamdulillah aku dah berjaya berubah daripada tomboy kepada kayu. Eh silap, ayu. Ok disebabkan masa kecik-kecik aku ni seorang yang kasaq, aku banyak la travel dengan abang2 dan adik aku. Ala travel naik gerek jaa ronda-ronda dalam kebun getah since kawasan rumah aku memang banyak kebun getah dan belakang tu ada bukit. Bukit yang macam bukit la. Tu pun tak tau ka. Orang panggil situ Bukit Perak Lama. Haa sapa yang duk Kedah mesti tau Bukit Perak Lama tu kat mana.
Okay2 sambung cerita aku. Masa tu aku rasa umoq aku dalam 8 ke 9 tahun macam tu la. Abang aku Si Petai dan Si Genuak tu tua 2, 3 tahun dari aku. Adik aku Si Jering tu umoq 6 taun masa tu. Petang tu kami boring, so kami 4 orang p la travel kawasan jajahan kami tu (Port ronda2). Sebelum2 ni kami tak ronda la jauh2 sampai bukit tu. Senakai2 kami, kami dengaq cakap mak ayah gak tau. Depa tak bagi kami tak buat. Tapi petang tu abang aku Si Petai ni ajak ronda2 sampai Bukit Perak tu. Kami pun ikut jaaa… Redah hutan naik gerek, haha (banyak kali gak tayar gerek aku pecah sebab duk ronda dalam hutan). Ronda punya ronda.. Hangpa tau dak kami berjaya sampai Bukit Perak. Agak jauh dari rumah kami. Tapi takpa. Kami punya sifat nak menjelajah tu tinggi. Ibarat ada sesuatu yang duk panggil kami masuk lebih jauh.
Dah masuk dalam sikit, tiba-tiba aku nampak macam satu kawasan lapang yang luas dan bersinar-sinar macam tasik disinari matahari tu disebalik semak samun pokok2 dan daun2. Boleh bayang dak? Aku pun tarik lengan Si Genuak. “Woi Genuak hang nampak dak?” sambil tuding jari telunjuk kat arah tasik tu. Pastu Genuak balas “natang pa tu?” . Tanpa membuang masa kami pun melulu ke arah tasik tu dan, jeng jeng jengggg. Guess what?? There’s a castle on the lake ! Cehh ajet omputih lak. Tapi btoi weyy kami jumpa istana terapung atas tasik. Memang cantik. Tapi tasik tu bukan kala biru macam dalam cerita Barbie tu. Haha Ayaq dia kala kelabu2 nak hitam macam tu tapi bergelora la ditiup angin. Kat tengah2 tu ada istana yang agak lusuh sebab tak bercat dinding tapi cantik. Lebih kurang macam Taj Mahal gitu. Kawasan tu sunyi takdak bunyi bising unggas ka apa. Cuma dengaq bunyi ayaq tasik bergelora ja. Kami 4 orang memang terpukau terpana terpaku punya lah tengok benda depa mata nih.
Kami punya excited gila b**i lari menghala ke istana tu sampai tinggai gerek kat situ. Takpa takdak orang nak curi pun gerek kami tu. Apabila kami sampai betoi-betoi kawasan istana tu, kami baru nampak ada pagar yang tak tinggi sangat. Lebih kurang tinggi kami jaa tapi pagar tu dibelit2 dengan rambut. Belitan rambut tu macam rantai besi yang orang kunci pagar tu la. Maybe “penghuni istana” tu tak dak rantai besi jadi dia belit dengan rambut dia jaa. Pagar tu mengelilingi tasik tu. Kat pagar tu jugak dipenuhi tumbuhan menjalar so tak nampak macam pagar sangat. Nampak macam semak samun ja. Haa Kat tebing tasik tu (luar pagar) ada perahu kala kuning lusuh yang duk dalam keadaan terbalik siap ada dayung lagi. Maknanya kalau kami berjaya buka pagar tu, kami boleh p istana tu naik perahu. Aku dengan adik aku Si Jering tu beriya2 ajak abang aku masuk istana tu. Kami suruh depa kerat2 rambut tu guna pisau supaya boleh buka pagar tu, (abang aku suka bawa pisau rambo sebagai self protection).
Pastu Si Petai ni kata, “jomlah balik. Nak Maghrib dah pa”. Sebab tengok keliling dah makin gelap. Maybe dia takut. Tapi aku tak puas hati aku nak masuk jugak istana tu. Kot2 la ada emas ka apa boleh bawak balik, hahaha.. Tapi disebabkan Si Petai ni dah marah. Aku akur. Kami semua balik. Nasib baik la kami ingat jalan balik. Yang peliknya, masa balik tu kami jumpa satu batu besar berbentuk bulat kala hitam. Besar lebih kurang sebuah kereta. Masa nak p tadi tak jumpa pulak batu tu. Disebabkan hari makin gelap, kami balik cepat2 kayuh gerek laju2. Sampai rumah ja tengok2 pukui 8 lebih dah. Haaa sudah. Mendapat la sebatan sorang 2 libasan. Haha bengkak pungkok kami. Kami habaq kat mak ayah kata kami sesat. Padahal kami p Bukit Perak.
Malam tu tidoq, aku mimpi aku p istana tu sorang2. Dalam mimpi tu, aku kerat rambut yang duk lilit pagar dan berjaya naik perahu kuning lusuh tu. Tapi aku tak reti dayung perahu tu, berpusing2 kat tempat yang sama. Gigih aku berusaha akhirnya sampai jugak istana tu. Sampai jaa istana aku jalan sampai depan pintu. Memang Lusuh gila istana tu dengan tak cat, tapi cantik. Aku punya curious nak tau apa ada dalam istana tu so aku ketuk pintu. Pastu ada sorang pompuan cantik muda lagi pakai jubah putih keluar sambil senyum. Muka dia memang cantik gila bercahaya tapi lani aku dah tak ingat rupa dia camna. Bau perfume dia memang wangi tak tau nak habaq (semalam aku terbau wangi ni dalam bilik aku sebab tu aku terlintas nak cerita dalam fikyen shasha).
Pompuan tu tarik tangan aku dia ajak aku jalan-jalan dalam istana dia. Memang cantik gila istana dia. Dalam tu tak nampak macam ada dinding sebab memang luas dan tak tau betapa luasnya sampai cari dinding tak jumpa. Pompuan tu diam ja tapi tak lekang dengan senyuman. Aku pun diam sebab terpaku dengan keindahan istana tu. Sorry aku dah tak ingat macam mana rupa dalam istana tu, kalau aku cuba ingat, aku cuma nampak ruang dia dipenuhi kabus tebal sampai penglihatan terbatas. Tapi sumpah cantik cuma aku tak ingat. Lepas tengok2 ruang istana mimpi aku berakhir macam tu ja. Pagi tu bangun aku tanya abang2 dan adik aku btoi ka apa yang kami nampak kelmarin. Depa pun mengiyakan. Kami masing2 jadi blur lepas tu. Tak keluar rumah sangat padahal kami tak pernah lekat rumah, asyik nak keluaq ja.
Benda tu jadi rahsia kami 4 orang. Takdak cerita kat sapa2 takut orang tak percaya. Biaq la jadi pengalaman kami 4 orang. Mungkin kami insan terpilih yang dipilih untuk nampak istana tu. Yang menariknya aku sorang ja mimpi masuk istana tu. Dan banyak kali jugak aku mimpi aku tunggu seseorang kat satu tempat yang cantik. Lebih kurang macam tepi tasik tapi cantik ayaq biru jernih disinari cahaya matahari dan ada perahu kuning kat situ. Dalam mimpi tu aku tunggu jaa, tak naik perahu pun. Mimpi tu berlanjutan sampai sekarang walaupun aku dah 22 tahun. Mimpi tunggu seseorang.
Mimpi yang sama. Sebuah tempat yang cantik tepi tasik dan ada perahu kuning. Tak tau apa maksud mimpi tu, dan sapa yang aku tunggu. Kalaulah tu bunian, takkan dia minat kat aku kot? Sebab aku pun pompuan. Entah2 dia ingat aku laki sebab aku dulu kan tomboy, haha takpun bunian tu lesbian. Emm.. tak tau lah. Pening aku dibuatnya. Lagi pikiaq bertambah sakit kepala aku. hmm Terima kasih noh hangpa sudi baca coretan aku yang tak best ni. Kalau rajin nanti aku cerita lagi k. Byee
: oh ya.. Bukit Perak Lama ni yang dekat jalan nak p Sik tu. Bukan Hutan Lipur Bukit Perak baru yang area Titi Akar tu tau. Orang area tu tau lah ni kawasan mana hihi
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
hahahaha comel nyaaa. “ntah2 bunian tuu lesbian” hahaha awak kacak sangat kot time kecik dulu. kikiki.
Hensem gurl ni, hehehehehe…
Berdebor sgt mse korg bersungguh nk masok istana tu…
Ghiso dh masok xleh kuor plak kang, dahlar xde sape tau korg g situ…
Selepas kejadian ade x korg g situ smle…???
Mmg sepatutnye tgh2 tu mmg ade tasik ke???
apakah mksd disebalik mimp² tu… Bukan dia untk kat ko…dia nk jodo an dngn saudara laki dia kot… Hahahaha
Xnk jumpa ustat ker mna taw ade bende yg disampaikan ker melalui mimpi tuh
Ehmm hebat cerita nya ea 👍
Tapi boleh Sy tau ea
di mana tmpt tu dan boleh kasi kita Google maps tak ea
Tmpt tu