Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kepada semua pembaca fiksyen shasha.seperti biasa aku di sini adalah untuk menyambung kisah Histeria. Kalau yang tak baca lagi #iizzitot-Histeria, pergilah baca. Hehe. Di sini aku ingin menyambung punca punca histeria. Ternyata banyak faktor benda ni terjadi. Nanti aku akan cerita faktornya berlaku di bawah. Oisyemen, macam sejarah la pula.
16 Julai 2017 (Ahad,pagi)
Keesokannya. Seawal 5:00 pagi kami bangun untuk mengemas semula dan kembali ke dalam dorm masing masing. Aku melihat satu persatu muka kawan kawan aku. Muka kepenatan + blur yang terpamer termasuk aku.aku mencapai tuala serta barangan mandian aku lalu meletakkannya di dalam bilik air. Selesai aku mandi aku mengambil air sembahyang untuk menunaikan solat tahajud.
“Eh telekung aku ada dekat surau la pula..”Omel aku. Aku mengeluh seketika.
Aku kembali semula ke dorm aku. Aku mendengar mereka berbual tentang topik semalam
“Uda. Aku dah habis mandi dah ni”ujar aku. Memandangkan dia menyuruh aku copkan tempatnya selepas aku mandi.
“oh okay okay.”Ujarnya lalu mencapai tuala menuju ke bilik air .
“weyh aku punya takut semalam. Weyh first time weyh aku tengok depan mata aku”ujar Irah. Kerana tahun ini merupakan dia menduduki asrama maka dia tidak pernah menghadapi perkara perkara sebegini.
“samalah. Dah lah waktu nak dekat tengah malam pulak tu. Aura depa kuat”ujar aku.
“betul, tu pun buat kelas malam malam.”Ujar Ina
“Isya hang okay dah ke.kenapa tangan hang gila sejuk semalam?”Tanya aku.
“tula.sejuk kot tangan hang Isya”kata Ayna
“aku rasa panas dekat tepi aku. Aku boleh rasa kehadiran dia. Aku tak berani nak toleh sebab tu aku minta Wiyah bacakan .lepastu aku ada nampak ‘something’ ni dok perhatikan kita”ujar Isya.
“dia kat dalam dorm kan, bahagian tingkap?”Tanya aku
“haah. “jawab Isya sepatah.
“Izz hang nampak ke?”Tanya Ina
Aku hanya tersenyum sahaja.
“aku pun ada nampak ‘something’. Masa kita semua dekat bawah tu .aku tengok la dekat bahagian tangga .ada benda putih lalu. Aku ingat orang.tapi bila aku tengok dekat atas. Dia takdak. Kalau betul orang mesti dia kena lalu .”Ujar Ayna.
“weyh siapa nak mandi kat bilik air tu?”Tanya Huda yang baru selesai mandi .
“saya saya.”Ujar Ina lalu menuju ke bilik air.
“aku dari semalam lagi,aku dengar tapak kaki macam orang berjalan time hampa semua tidur.aku nak tengok tak berani”ujar Ayna.
“tapak kaki orang berjalan? Orang nak iron tudung kut. Husnudzon.” Ujar aku sambil tersengih sengih. Memandangkan dorm ini hanya bebereapa meter sahaja dari bilik seterika.
“kepala otak hang. Gila pa iron tudung pagi pagi buta.”
“aku pun ada juga, aku dengar ada orang panggil nama aku.aku dengar macam suara Isya.”Ujar Uda
“jap jap. Aku panggil hang?”Tanya Isya
“tak, dengar macam suara hang. Jadi aku buka la earphone.aku tengok hang rancak je sembang dengan Irah.so aku buat tak tau la dan kembali memakai earphone”ujar Uda, Mengakhiri ceritanya.
“macamana la hang dengar orang panggil hang sedang kan hang pakai earphone?”Tanya Ina.
“tu la.macamana tu. “ujar Ayna. Huda hanya mengangkat bahu sebagai tanda tidak tahu.
“aku pula terjaga macam orang kejutkan. Aku ingat dah pukul 4 .sebab aku kunci alarm.lepastu aku tengokla jam kat henset aku.baru pukul 3.aku tengok sekeliling.hang dengan isya bukan tidur bergabung. Tapi aku tengok pagi ni hampa gabung katil.”Ujar aku.tidak terlepas untuk menceritakan malam pertama tidur di hostel.
“hang salah tengok kut.”Ujar Irah
“ya mungkin juga sebab time tu pagi buta mungkin aku mamai lagi.”Ujar aku , cuba berfikiran positif
“aku pula time tidur dengan Irah tu. Aku rasa panas kat bahagian belakang. Aku tidur mengiring masa tu. Aku tak berani toleh belakang. Aku nak kejut Irah, tapi tak sampai hati pula nak kejut. Jadi aku lawan dia dengan ayat ayat al-quran sampailah rasa panas tu takdak dan aku tertidur”ujar Isya.
“weyh hampa ni, sebelum ni aku okay ja tidur. Dah la aku duk dalam dorm sini. Lepas hampa cerita ni buat aku taknak tidur ja kat dorm ni. Dah lah jangan cerita lagi. Takmau dengar lalalala.” Ujar Irah. Kami mula mendiamkan diri sebelum menukar topik lain.
“Izz.”Panggil Isya
“ye Isya”sahut aku lalu aku mendekati Isya di katilnya.
“aku rasa sakit sangat dekat leher ni. Ada apa Izz?” Tanya Isya
Aku melihat di leher Isya. Ada satu luka seperti satu garis.
“ada luka Isya ..dia macam segaris macamtu.” Kata aku.
“Weyh Ayna .mai sini jap.”Kata Isya .
“yang ni macam bentuk cakar je.?”Ujar Ayna
Bingo.betul tekaan aku.macam bentuk cakaran.
“aku pun rasa camtu gak. Balik nanti bubuh minyak.”Kata aku. Aku tidak tahu yang cakaran ini bukan cakaran biasa. Oleh kerana terlalu awal pagi dan tidak cukup tidur otak masih tidak dapat berfungsi.
Selesai kami bertujuh bersiap, kami menuju ke surau untuk solat subuh berjemaah. Aku membuka kasut lalu memasuki surau. Selesai mengazankan, mereka yang terdiri beberapa orang lelaki menunaikan solat sunat subuh. Aku ingin sekali menunaikan solat sunat subuh memandangkan aku telah tinggal solat tahajud pada hari ini.
Kata mak, Solat sunat subuh banyak fadhilatnya. Tetapi aku tewas dengan dunia. Aku melihat semua pelajar perempuan tidak menunaikan solat sunat subuh menyebabkan aku tidak ikut serta sekali. Astaghfirullahalazim..
Selesai solat sunat subuh berjemaah, kami diminta untuk mendengar tazkirah subuh. Aku lihat sebahagian daripada pelajar perempuan sudah berbaring di surau. Bermakna mereka tidur sekejap. Aku juga ingin berbaring seketika kerana tidak cukup tidur. Tiba tiba telinga aku mendengar tentang kejadian semalam. Membuatkan mata aku sedikit segar lalu menghampiri mereka.
“semalam masa kejadian tu aku dengan yang lain lain ada lagi dekat dewan Makan. Tiba aku dengar Tiha menjerit. Masatu aku dah cakap mesti kena ni. Ingat masa tu nak je lari. Tapi aku terfikir. Kalau bukan aku siapa lagi nak tolong. So aku suruh yang lain bagitahu dekat aspuri. Aku dengan beberapa orang yang lain handlekan Tiha”ujar Beah.
“lepastu macamana boleh kena?”Tanya Irah
“diorang kata Tiha dengan Zul dating dekat pusat sumber. Hampa tau kan dekat pusat sumber tu keras. Yang kawan dia teman tiha tu kata la. Masa tuisyen pendidikan islam . Dah la gelap kat kawasan tu dengan malamnya ”jawab Beah.
“patut la masa malam tu tiha lain macam pandang aku. Dia macam tenung tajam dekat aku lepas keluar pergi tandas dengan kawan dia.”Ujar aku
“ye ka?”
Aku hanya mengangguk sahaja.
“kawan dia semalam pun macam nak kena dah.” Ujar Irah
“ye ke ? Aku tak tau sebab aku takdak kat sana”ujar Beah
“haah. Hah lepastu apa jadi.” Tanya Irah
“lepas tu dia kata dia nak liza. Masa tu liza macam takut takut pun ada. Tapi dia beranikan diri juga. Dia kata dia nak main nenek nenek bongkok tiga dengan maklang”ujar Beah
“huish creepy gila.”Ujar aku
“dia tahu liza?”Tanya Irah
“tu la,aku pun pelik, macamana dia boleh kenal Liza masatu.”Kata Beah
“lepastu dia bawa kami sampai depan aspuri,pastu hampa tau tak dia buat apa? Dia tunjuk kat situ sambil kata ‘cik cong’ aku tak nampak apa apa time tu. Tapi bulu roma aku naik kut. Hampa tak rasa ka macam nak lari. Dahla time tu ustaz dengan cikgu cikgu lain takdak. Tak ke buntu masa tu kami.”Ujar Beah. Kami hanya tekun mendengar cerita Beah
“hah lepastu dia kata dekat liza.’Liza , nak main dekat situ boleh’ dia tunjuk dekat asrama aspura. Lepastu dia pergi dekat situ. Masa tu budak aspura tengah main ping pong dekat bawah. Lepas Tiha masuk semua budak aspura berginjak. Dah la dengan budak aspura tak pakai baju time tu. Ya Allah”ujar Beah. Kami yang mendengarnya, hanya ketawa kecil. Okay memang tak boleh blah.
“pastu Tiha tenung mata budak aspura sorang sorang. Pastu kami terperasan, kami pesan kat budak aspura’ jangan tengok mata dia. Baca apa yang patut’. Pastu dia senyum sinis. Kami biar je dia pergi selagi dia dalam aspura. Lepastu Zul Ikut dia kat belakang pelan-pelan. Dia sorang je berani. Tiha masa tu perasan macam diekori terus dia pukul bahu zul sambil kata ‘jangan halang aku!’. Masa tu Zul macam nak marah pun ada. Tapi dia tahu yang tu bukan tiha sebenar .weyh aku dengar dia tampar pun kuat weyh. Apatah lagi yang kena tamparan tu.”Ujar Beah,panjang.
“hah lupa pula, sebelum masuk aspura tu kan, dia tengok kat atas. Pastu dia lambai lambai. Dia lambai sapa weyh? Memang seram sejuk gila kami masa tu weyh.”Kata Beah.
“bapak aaa..”Ujar Irah
“kan ada kakak form 5 yang kena tu kan. Waktu ustaz nak selesai berubat tu, benda tu ada cakap ‘yang ni baru sikit ja,nanti aku bawa kawan kawan aku pula’ . Pastu kakak tu pengsan. Yang Tiha masa tu.4 kali duk pengsan bangun, pengsan bangun.”Ujar Beah
“huish. 4 kali ?”Tanya aku, inginkan kepastian.
Beah hanya mengangguk
“aku rasa dia nak dapatkan kekuatan la”ujar Ina
“mungkin la. Sebab , 4 kali dia pengsan, karakter lain yang masuk. Ada budak, nenek la. Macam macam.”Ujar Beah
“hah hampa tahu tak yang kena sorang lagi tu Zul?”Tanya Beah
“tau ja, tapi dia macamana boleh kena?”
“hang tahu kan dia kena tampar dengan Tiha, pastu masatu dia lain macam and then dia masuk kat dorm. Pastu kawan dia terpandang dia lain macam. Tiba tiba ja Zul ni nangis tak henti henti tapi dia tak jerit. So kawan dia ni syak ada something wrong. Pastu dia panggil kawan kawan yang lain and depa pergi angkat zul ni ramai ramai ke surau. Masa tu kami nak pi balik dorm dah, terserempak dengan depa ni. Jadi kami tak tau la apa jadi.”Ujar Beah
“kiranya masa Tiha tampar Zul tu, benda tu transfer kat Zul ke?” Tanya Ina
“haah, sebab benda ni boleh masuk melalui pandangan, sentuhan dengan sentuh dekat ibu jari kaki”ujar Beah
“ohhh baru tahu .”
“sebenarnya banyak faktor yang jadi, first Dating kat pusat sumber. Memang silap banyakan sebab tu laluan dia. Dah la malam ,lampu kat situ pun macam hidup segan mati tak nak je.” Ujar Irah, kami hanya mengangguk sahaja tanda setuju.
“Betul tu. Patut la masa pergi tandas tu kan. Aku seolah seolah diperhatikan. Bila pandang ja, terasa macam aura hitam semacam. Sebab tu aku panggil hang Ina.tapi aku tak dapat tafsir apadia. Nasib weyh kita pergi berjemaah mastu.” Ujar aku.
“sebabtu la hang panggil aku?” Tanya Ina. Aku hanya mengangguk.
“Faktor dia juga sebab depa bisinga, da yang mulut celupar. Tak jaga kebersihan.tengok la semalam, kami dapat dorm form 5.dengan biskut terabur kat lantainya. Elok sangat.”Ujar Beah. Memang aku akui semuanya benar benar belaka.
Selesai sahaja bercerita mengenai peristiwa semalam, aku melihat hampir separuh kaum wanita tidur dalam keadaan baring, duduk, menyandar pada dinding dan sebagainya.hanya beberapa sahaja yang mendengar tazkirah subuh, itu pun tersungguk sungguk menahan mengantuk. Perlahan lahan aku mengundur diri kerana mata aku kian memberat.
Sekian lama menahan mengantuk, aku mengambil keputusan untuk tidur sebentar dalam posisi baring.Selepas beberapa minit aku tidur, aku dikejutkan oleh Irah. Aku melihat semua orang dalam posisi baring dan sedang mengangkat tangan mengaminkan doa. Aku menjadi malu kerana aku merupakan perempuan yang akhir bangun tidur. Gila tak malu. Semua orang tengok kut, nasib kaum adam tak tengok. Yang tengok pun ustaz yang bagi tazkirah sebab dia menghadap kepada semua. Selesai tazkirah, kami kembali ke dorm seperti biasa dan pada pukul 8:00 am, kami memulakan pembelajaran untuk meneruskan kem Inap ilmu tersebut.
Bersambung…
Sekian, cerita Histeria (punca) sudah tamat. Insya Allah aku akan menyambung Histeria II yang hampir kena satu sekolah. Aku harap, ambil iktibar daripada apa yang terjadi. Oh ya aku dengar cerita, yang Si zul ni dia dah insaf dan minta clash dengan Tiha ni. Tiha pula, lepas kena clash. Dia pergi kapel dengan orang lain. Astaghfirullahalazim. Dan dengar cerita, Zul ni solat sunat untuk Tiha dengan BF baru dia ni semoga mendapat hidayah. Kita doakan yang baik baik sahaja. Dan kalau hampa nak tahu, Hari Isnin hari tu, hanya 15 daripada 27 orang sahaja yang hadir dalam kelas aku, jadi Cikgu cikgu semua, kurang mengajar ilmu kepada kami kerana hanya sikit sahaja bilangan yang hadir dan menghabiskan masa mereka dengan menceritakan pengalaman mereka. Nak aku ceritakan pengalaman mereka tak ? Insya Allah aku akan ceritakan pengalaman mereka di Terbuka Hijab
Aku ingin memberi pengajaran dari cerita ini,
*Ingatlah bahawa sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi manusia. Sudah ada ayat agar kita tidak mendekati zina bukan? Kenapa masih ada yang ingin berkapel? Sedangkan jika benar dia adalah jodoh kita , kenapa kita tidak memberi dia sahaja kepada Allah terlebih dahulu dengan melalui doa.kenapa pilih jalan yang menuju ke zina? Kapel yang halal adalah nikah.jika cinta.luahkan kepada Allah.bukannya kapel.
*Kebersihan? Kebersihan itu adalah separuh daripada iman. Kenapa tak jaga? Sedangkan perkara macamani adalah penting untuk rohani dan jasmani kita. ‘Depa’ dah la benda kotor, lagi suka kepada orang yang tak jaga kebersihan ni.sebabtu salah satu faktor ‘dia’ pergi ke tempat kita. Jadi jagalah kebersihan , terutamanya kepada kaum hawa.jangan pandang remeh tentang perkara ni.
*kita kalau dah tahu tempat orang, jaga la adab. Mulut tu jangan celupar sangat. Cakap besar. Ingat kita berkongsi dunia dengan makhluk Allah yang lain.yang tak percaya dengan makhluk Allah yang satu ni, mohon buka al-quran dan baca terjemahan. Ada surah yang menyatakan tentang kewujudan mereka.kita kena la hormat mereka,’ depa’ tu pun tinggal di bumi Allah.depa ada dimana mana, Cuma mata kasar kita tak mampu untuk lihat depa. Hanya orang tertentu sahaja yang nampak.
Akhir kata,sampai sini sahaja aku menulis kisah ini. Meremang segala bulu roma aku ketika menulis cerita ini dan aku seolah olah diperhatikan.fuh, dahla duduk sorang sorang pukul 6 petang macamni dekat rumah.apa apa pun semoga Allah swt melindungi kita.Oh ya, kata mak aku. Baca Manzil dan al-mathurat sebagai pendinding untuk kita. Kalau nak senang hanya ayat kursi sahaja sudah cukup dan sentiasa dalam keadaan berwuduk walaupun kita tidak mendirikan solat. Walllahu’alam.
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Pebendelahhh kau ni. Takpayah lah nak acah acah novel, aku pening nak mrmbacenye woi.?
jangan kondem.baca sahaja.nanti sentap mcm kopiceroi.sentap dgn abg sajat.
best sangat cerita ni.puji je la.best sangat
kopi ceroi marah kat hang la ni sajat..siap mention kat entry dia yg baru haha
terima kasih sudi baca cerita saya. maaf jika kurang menarik .saya suka novel, why not saya acah acah macam tulis novel.mana tahu boleh kembangkan bakat saya ke .haha.dan kalau pening jangan la baca 🙂 ,nanti tak faham . hehe.
akak faham dan suka je baca entry ko dik sebab akak pon suka baca novel hahaha. btw, nasihat-nasihat yang ko bagi mmg terbaik (Y) marilah sama-sama kita semua muhasabah diri for a better ummah 🙂
ayat bm ko ni tunggang langgang..makin baca makin tak paham..tak boleh nk habiskan cite ko ni..macam ayat budak2..
Ok fiksyen ni..teruskan usaha ?
Pening oiii
saya baca mula2 mcm still bole sabar lagi..tapi lama2 kesabaran saya hilang.. maaf dik pndekkan sikit story adik next time ye..
Kak anje baca 2 perenggan yg pertama je.. Yg lain.. Hmmm
Saya suka, saya suka.. Sbb banyak pengajaran yg sya dpt dri vite ni?
Terbaik. Best, best. Seronok baca dari mula smpi habis. Nak lagi, please. Susunan cerita yang teratur dan tak terburu-buru, jadi dapat gambarkan situasi dengan jelas. Build up character pun menarik. Dan unsur-unsur nasihat tu yang paling bagus. Dapat belajar dari kesilapan orang lain. Syabas.