Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca FS sekalian. Best kan baca kisah2 mistik di FS ? Thanks admin sebab approve cerita aku. Nama aku Jo dan aku terpanggil untuk menceritakan pengalaman yang tak akan aku lupakan sepanjang hidup aku. Aku nak warning siap2 nie : cerita nie mungkin tak seram.
Kisah ni terjadi lebih kurang 3 tahun lalu. Waktu tu aku dan tunangku, Haikal (bukan nama sebenar) bekerja di Kuala Pilah. Sebuah daerah yang menarik, aman damai dan orang2 kat sane memang rata-ratanya baik2. Aku dan tunang berasal dari Kuala Lumpur. Kebetulan kami dicampak ke daerah yang sama, syukur sebab tunang aku adelah bestfriend aku. So takdela aku m**i kutu kat Pilah sengsorang.
Salah satu bende yang kurang best adalah nak masuk Kuala Pilah kena lalu Bukit Putus. Banyak kisah Bukit Putus yang aku selalu dengar dari Pilah Folks. Bukit Putus sekarang dah cantik, jalan takla bersimpang siur macam Bukit Putus yang asal. Buat pengetahuan korang Bukit Putus ada jalan lama dan jalan baru; yang angker lagi keras adalah jalan lama la. Harusssssss. Teringat kisah bapak aku yang lalu kat jalan Bukit Putus sorang2. Waktu tu tahun 80-an. Die nak balik rumah arwah atuk aku di Bahau, terpaksa lalu Bukit Putus. Masa tu takda jalan baru lagi. Dia sorang sebab mak aku tak ikut dan waktu tu malam masih muda, lebih kurang pukul 9 malam.
Macam biasa bapak aku drive kereta Citroen dia dan lepas 10 minit die masuk Bukit Putus, baru die sedar die je sorang atas jalan. Sebab die confident, die pun layan je lagu2 oldies dalam kereta dia. Dia takla rasa seram ke apa, sampai lah satu ketika dia lalu kat satu pokok yang sangat tinggi dan besar. Pokok tu banyak akar2 kecik yang berjuntai-juntai. Elok kereta dia lalu je bawah pokok tu, PANG!! Entah dari mana datang tapi dia kata tiba-tiba macam ada 10 gelen air jatuh atas kereta dan windscreen die. Masa tu memang tak hujan dan bila die dah lepas pokok besar tu dah takda air dah. Bapak aku pelik dan dah mula cuak. Lepas tu die memang tak pandang belakang, lebih baik jangan kan. Takat tu je la cerita die.
Pastu Kisah pakcik tua naik basikal di Bukit Putus korang mesti penah dengar kan ? Kadang2 die kacau orang kat jalan baru jugak tau. Kisahnye, sape yg tgh drive sorang2 akan ternampak seorang pakcik tua kayuh basikal sorang2. Bile ko dah melepasi pak cik tua nie, tak lama lepas tu ko akan nampak die lagi kat depan, dan lagi, dan lagi. Haikal dan kawan2 aku yang lain pernah kene . tapi lama2 pak cik nie akan hilang dari pandangan. So korang jgnlah pandai2 nak berenti kereta tumpangkan pak cik nie ye.
Bagi yang dah biasa menetap di bandar, Kuala Pilah memang takde pape bro. Sumpah bosan lepas habis keje sebab takde tempat lepak. Kalau ko rajin berjogging paling habis ko boleh la berlari-lari kat resthouse, ade satu bukit yang memang orang suke pegi sebab kecuramannya memang best utk berjogging atau brisk walk. Cuak pun cuak sebab jugak banyak pokok2 besar dan tinggi dan pukul 6.30pm tempat tu dah mula gelap sebab cahaya dah tak masuk. Kuarters yang kami tinggal bersama rakan-rakan lain pun kuarters style lama; lantai parquet, dinding kuning, ceiling berlubang, grill zaman tok kadok.
Korang ingat tingkap zaman dulu tak ? Lepas bukak ade satu besi yang banyak lubang dan korang kene besi tu. Entah nak explain susah tapi sapa yang pernah membesar dekat dalam kuarters kerajaan masa kecik2 confirm tau. Aku duduk dengan 3 orang member yang lain dekat hujung jalan dan tunang aku duduk dengan 2 orang member die dekat lorong yang tersembunyi sikit. Sebelah tu ade hutan kecik, pokok besar2 dan malam2 sila rasa takut kalau kau terlalu lorong tu. Semacam sikit.
Tapi tu bukan focus dalam cerite aku nie.
Disebabkan aku dan Haikal dah mula lebam di Kuala Pilah, masa tu cuti, kami plan untuk jalan2 balik hari di Bandar Melaka. Bosan la pegi Seremban sebab balik2 jumpa muka member2 Pilah jugak. Kalau nak ke bandar Melaka dari Kuala pilah, korang boleh lalu jalan dalam. Dan tunang aku memang champion bab2 jalan dalam. Tapi terhad kepade Pahang dan Melake je la. Sebab die boleh melenjan atas jalan dengan kereta Saga die yang dah modified. Acah2 Nissan GTR atau Porsche Panamera. Poyo.
Kami pun merentasi jalan nak ke Bandar Melaka melalui Tampin. Route kami adalah K.Pilah-Tampin-Melaka. Waktu siang jalan nie okay, boleh diterima kemesraannya tapi kalau malam dan sorang2, aku tak berani. Member aku sorang ni, Anis, memang travel hari2 dari Tampin ke K.Pilah sorang2. Aku respect sebab die berani dan pada die route tu biasa je. Moving on, waktu tu dalam tengari la. Kami pun sampai di Bandar Melaka dan jakun kejap sebab Melaka dah ada macam2. Kami pun merewang, makan2 dan sempat singgah Bukit China sebab nak makan cendol dan rojak mamak yg famous tuh. Lepas tu kami pun begerak ke JJ Aeon sebab nak cari barang kat Daiso. Selesai solat asar di JJ
AEON, tunang aku yg namenye Haikal kate :
Haikal : Jo, jom tengok Insidious 2 nak ? Baru keluar kot. Bile lagi ?
Aku : Umm…orait gak tuh. Tapi by the time movie ni habes dah maghrib tau, kite ni nak balik Kuala Pilah malam2. Nak lalu jalan dalam jugak ke? Kalau jam macam mane ?
Haikal : Ok2 kite lalu highway. Ala cite nie satu jam setengah je. Pas maghrib kite balik ah.
Aku pun menurut la kehendak Haikal. Aku pun tak berape risau sebab Haikal memang jaga aku kalau kami ke mana-mana. Badan pun sador. Heh heh. Kami pun tgk lah cerite Insidious 2. Aku memang dasar penakut so memang tercampak campak la popcorn aku time scene hantu kelua. Haikal tegelak-gelak tengok aku. Memang jilake cite nie sebab banyak scare jumps dan cara pengolahan tak typical so ko tak tau bile nak kene pejam mate. Aku rasa separuh dari movie tu memang aku tak tengok sebab tutup mata. Biasanya aku akan ambil masa 3-4 hari nak recover lepas tengok cite hantu yang menakutkan. Habis je cite Insidious 2 aku menyesal sebab nak kene travel ke Kuala Pilah dan esok keje. P****g tahap moksya.
Maka kami pun masuk kereta lepas solat maghrib. Masing2 letih sebab satu hari bejalan, bijak pandai pulak tengok cite hantu,dan jam menujukkan dah pukul 8.30 malam. Kurang2 sampai K.Pilah pukul 10 malam. Esok keje. Arghhhhhhh ini lah perasaan yang paling tak best di dunie. Aku pastikan Haikal exit Ayer Keroh dan lalu highway jugak sebab kadang2 die buat2 lupa. Nak kata die nie berani sangat tak jugak, aku yang penakut lebih. Macam la kat atas highway tu takde natang2 jugak kan ? aku tak peduli, yg penting aku tak nak lalu jalan lama or jalan dalam.
Waktu tu kami dah atas highway. Kami perlu ambil exit Simpang Empat utk lalu Tampin. Dari Tampin dah dekat dah dengan Kuala Pilah. Kira okaylah daripada kena redah jam kalau lalu jalan dalam. Hari Ahad la katekan. Lagi 50m nak exit Simpang Empat, tiba2 ada satu ambulans nie sudah p****g secara mengejut kerete kitorang sebab die nak masuk exit Simpang Empat, ambulans nie memang tengah bunyikan siren so kami paham la, tapi sebab terlalu sudden dan Haikal tekezut, die secara tak sengaje ter-miss simpang tu. Damn..
Haikal : Ah fuckkkkkk I ter-miss simpang empat exit. Bukak waze cepat
Aku : Alamak… ok2 I bukak skarang. Aku pun letak location Kuala Pilah kat waze.
Haikal : takpe waze ade, kite ikut jalan lain. Tgk lepas ni exit mana ?
Aku : waze suruh exit Rembau/Johol
Haikal : Ok layan. Nasib baik ada exit lagi yang boleh pegi K. Pilah.
Kami pun exit la Rembau. Confidence itu penting. Seingat aku tol Rembau kecik je, lepas tol Waze suruh masuk kiri. First time kitorang lalu jalan ni. Haikal pun tak pernah lalu. Kitorang pun bantai redah je.Lepas 2km tiba2 jalan yg terang bertukar menjadi satu jalan yg lurus, gelap dan sempit.
Kiri kanan adalah hutan tebal. Jangan kata lampu jalan, cahaya bulan pun kitorang tak nampak. Bayangkan untuk 10-15km seterusnya, hanya kereta kami sahaja yang lalu jalan tu. Takda langsung kereta lain, yang buat aku tak senang duduk adelah sebab kiri kanan aku tak nampak sebijik rumah pun. Padahal signboard utk masuk kampung ade beberape biji.
Aku dah mula takut. Haikal masih steady. Radio dah mula hilang signal sebab makin lama makin jauh di pedalaman kitorang masuk. Aku langsung taknak toleh arah tingkap. Aku tak duduk sandar pun. Aku restless. Aku dan Haikal sedang berada i tempat yg tak pernah kami lalu dan takda sebijik kereta pun atas jalan. Tiada bangunan, tiada binaan, tiada cahaya. Kiri kanan hutan tebal. Kebabian apekah ini. Haikal acah2 nak bukak tingkap aku sebab die tau aku takut. Aku bagi satu cubitan kerengga dengan intensity maksimum di tangan dia. Pegi la mampos sebab aku tengah takut.
Haikal : adoiiiii sakit la!!
Aku : ha buat lagi. you berani sangat kan ? you jangan main2 tempat mcm ni (aku meninggikan suara)
Haikal : Ok2 I mintak maaf. Rilekla Jo, biasala jalan kampung. Bukannya jauh dah pun, cuba you tengok waze lagi berapa kilometre
Aku : (aku pun tgk waze dan terkezut) Jauh la lagi Haikallll lagi 60km. asal jauh sangat nie? Dan kenapa jalan ni mcm endless? Bila nak jumpa simpang nie ?
Yang paling aku menyampah, signal 3G dah takda. Bar kosong. Langsung tak boleh nak buat call atau re-route. Apa yg waze dah bagi terpaksa ikut je. Aku teringat cite Insidious yg aku baru tgk tadi. Arghhhh ini tidak membantu.
Haikal : signal phone I dah m**i. You punya?
Aku : sama. Shit laaaaaaaaaa
Haikal : tiba2 I rasa macam tak sdap hati la. Asal jauh sangat nie. Amende waze ni.
Aku : I pun. Dah2. You bawak kereta biar I tgk waze
Haikal tahu yang aku tahu yang dia pun dah rasa lain macam. Dia pun mainkan lagu2 koleksi Backstreet Boys untuk memecah kesunyian. Aku tak nak tengok depan sebab depan hanyalah kegelapan pekat yang disuluh dgn spotlight kereta Haikal. Dan aku tak nak ternampak apa2 yang melintas. Jam dah menjukkan pukul 9.30 malam. Aku tak tau tapi rasa takut aku makin menebal. Yes, aku memang penakut.
Tak lama lepas tu, aku saja nak tengok depan sebab aku kesian kat Haikal. Sorang2 bawak kereta and sorang2 kena tengok jalan. Spotlight kereta Saga lama dia dahla malap.
Tiba2, nak dijadikan cerita, 200m di hadapan kami nampak 3 orang lelaki berdiri di tepi jalan membelakangi kami. Maknanya muka diorang menghadap hutan. Statik. Berdiri tepi jalan mcm tu dan tak buat apa2. Kepala hotak dorang. Gile ke? Aku mengucap panjang sebab terkejut. Ade la mencarut carut dalam 7-8 perkataan. Hilang akal ape.
Aku : ***4$$$dkfjsdgl&& bangang mane yang lepak hutan waktu2 macam nie ? isap dadah ke??
Haikal : dah2. Jangan tegur. Biar je. Cuak doe jalan nie. Nyesal pulak exit Rembau. Semua ambulans punya pasal.
Ape yg Haikal baru cakap tak membantu langsung. Perjalanan malam itu dirasakan tersangtlah jauh dan lama. Kalau nak dipikirkan sebenarnye taklah jauh sangat. Tiba kami di satu roundabout kecik, dan belakang kami ada satu kereta Wira baru keluar dari satu simpang. Dalam hati kami kami doa tolongla kereta nie pun nak lalu jalan yang sama. At least ada gang. Haikal bagi kereta Wira nie p****g dulu. Tengok2 Wira ni memang lalu jalan yang kami nak tuju. Kami bersyukur kejap, sekurang-kurangnya ada kereta di depan dan tak la rasa takut sangat.
Lepas bulatan tu kami pun masuk satu jalan nie. Jalan kali ni lebih sempit. Tar yang diturap macam tak ikhlas. Gedegung gedegang kitorang dalam kereta. Jalan nie memang one way. Hutan masih meliputi pemandangan kami. Yes, kiri dan kanan. Cahaya bulan masih belum kelihatan. Mane bulan nie woiiiiii, pekik aku dalam hati.
Tiba-tiba kereta wira tersebut masuk simpang sebelah kiri. Simpang tu tulis “Kampung I***”
WHAT ? ada kampung kat celah-celah hutan nie ? kami pun down balik . sebab Wira yang kami harapkan untuk menemani kitorang telah tinggalkan kitorang. Kecewa…
Prettttttttttt! Haikal tiba-tiba emergency brake. Kepala aku terhantuk sikit kat cermin kereta. Sebab seat belt kereta dia rosak so longgar. Muka haikal tekejut .
Haikal : b**i punya b**i !
Aku : asal haikal ???
Haikal : you tak nampak ke? Tu b**i hutan. 3 ekor tiba2 lari lintas jalan nasib baik I tak langgar. You tau tak b**i hutan nie kalau kereta yang langgar kereta yang rosak teruk.
Aku : B**i. Yes. I nampak sekarang. Dah2 jalan.
Haikal memang saying kereta. Kereta die adalah bini dia. Aku ni tunang je. Lebih kurang camtu la. So kalau b**i hutan tu terlanggar kereta dia tadi aku rasa die akan meraung tah hengat. Pengalaman nampak b**i hutan tengah2 jalan sunyi di waktu malam langsung tak kelakar. Kitorang pun teruskan perjalanan. Sesakali nampak signboard utk masuk simpang ke kampung-kampung lain. Tiba di satu jalan ni, kereta kitorang rasa berat sangat. Berat lain macam. Kereta SAGA Haikal pun bunyi macam lain. Aku tgk Haikal tukar gear sbb nak pecut lagi. Tapi tak boleh. Haikal tengok aku , aku tengok die balik. Dia tak cakap apa2. Aku faham. Minggu lepas di baru je servis SAGA die kat Shah Alam. Ok je. Kelajuan masa tu 40-50km je.
Tiba- tiba jalan tu macam kena naik sikit,nak teruskan perjalanan kena naik macam bukit, masa tu la kereta Haikal paling slow. Aku rasa dah habes gear die tukar, full throttle , tapi still slow kereta die . ah sudah. Ade bende tumpeng ke. Aku memang tak nak pandang belakang. Bulu roma aku dah naik. Semua ayat lazim aku bantai baca. Ayat kursi aku rasa dah seribu kali baca. Masa tu waktu tu terasa sangat slow. Aku tengok mulut Haikal pun dah kumat kumit baca ayat2. Masa tu Tuhan je tau kau punya takut. Peluh sejuk aku mula keluar. Haikal yg sepatutnya chill dan macho dan berani pun dah nampak sedikit gelabah. Kate sador. Cett
Di hadapan kami tanpa kami sedari muncul sebuah motorsikal. Penunggang takde helmet. Sekali lagi kitorang lega sebab kitorang not alone. Tapi cayalah brader ni sebab brani bawak motor sorang2 kat jalan camni.
Tapi ade sesuatu yang pelik. Motor ni bawak depan kitorang slow sangat. 30km/hr. apehal ?? mula2 Haikal ikut je tapi lama2 mana boleh. Pukul berape nak sampai weyh esok keje tau tak. Dan lagi satu yang pelik, lampu motor tak ade. Camne brader nie bawak kat jalan gelap tapi takde lampu motor ?
Haikal geram die pecut Saga die (tetibe dah tak berat dah) untuk p****g brader motor nie. Akhirnya brader ni mengalah dan kasi kitorang p****g. Time kitorang nak p****g tu Haikal ngan aku nak tengokla muke brader nie, ye la konon2 macam nak tunjuk tangan “Aparah slowww macam kura2”
Elok kami toleh belah kiri je (belah tingkap aku pulak tu) “brader” nie toleh kat kitorang.
Tu diaaaaaa mak hang. Terdiam aku. Kaku satu badan.
Haikal : “ Aparahhhh..”
Haikal terhenti di situ. Haikal nampak ape yg aku sedang nampak.
Kitorang mcm terpaku sambal tengok belah kiri. Kereta tgh jalan ni tau. Sebab ape? Sebab brader tu takda muka. Blur. Tak nampak hidung, mata, tapi satu benda ja kitorang nampak.
Dia senyum dan ada taring.
Haikal pecut sekuat hati . masa ni Saga dia mmg tak mengecewakan. Zazzzzzzz Haikal pecut sekuat hati. Jantung kitorang bagai nak meletop. Benda yg kami paling tak nak jumpa akhirnya membuat penampilan eksklusif. Atas motor kapcai pulak tu. Hebat props die. Gamaknye yg buat kereta berat tu die dan geng2 die la kot. Jilake sungguh kan.
Aku tak tau kenapa tapi aku beranikan diri toleh belakang sebab aku nak make sure betul2 ape yg aku nampak.
Brader ke motor ke takde dah. Hanya kami je di jalan tu.
Tak lama lepas tu akhirnya kami sampai di Kuala pilah. Akhirnya. Kami bersyukur sebab selamat dan berjaya jugak a lalu melepasi jalan gile nie. Aku tau ade je kampung2 kecil kat situ and kene lalu jalan tu tapi aku mintak maaf banyak2, malam2 jalan tu memang tak sesuai dilalui. Sebab tu kitorang je ade malam tu. Member kitorang orang Rembau, die cakap jalan tu siang pun orang jarang lalu. Lepas pukul 3pm dah lengang. Harapkan hari raya je la jalan tu meriah sikit.
Nasib malam housemate aku ade dan teman dan layan ketakutan aku. Yang penting takde bende ikut aku dan Haikal balik. Itu memang kali pertama dan terakhir kitorang lalu jalan tu.
Sekian…sorry kalau tak seram dan korang rasa aku syok sendiri.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Dari rembau ke pilah korang lalu bukit miku ke?
rse nye dorg x lalu situ laaa..
Rasanya xdek pun mcm tu jalannya..huhu
Crita anda ok, sedikit seram, cuma unsur mencarut tu kalau boleh blank kan laa.. letak je symbol2..
Aku rasa korang lalu bukit miku, perkampungan orang asli…mmg sunyi la citer dia…selama aku membesar kat rembau nei…belum pernah dengar kes2 mcm nei…lagi satu…masuk kampung orang mulut jaga…huhu…sebab benda2 halus memerhati orang2 baru mcm korang berdua ni…lagi2 perkampungan orang asli…
Macam bukit miku je tempat yg dia lalu ni .. huhu.. kalau saya mmg tak lah nak pandang muka rider tu..
Muncul pon tibe2 nampak sgt something wrong somewhere nokk..
Salam…ini mesti ikut jalan Rembau-Kg Batu-Johol-Kuala Pilah ni…ikut jalan Bukit Miku yang sunyi sepi itu…laluan aku sejak zaman sekolah dari tahun 80 an dulu…
Ikut jalan kampung dan kampung orang asli ini, jangan cakap pakai lepas je…kena banyak jaga ketertiban…kalau tak perlu, tak payah la tegur ke hapa….
Salam. Pernah melalui jalan ni juga rasanya. Tapi x tahu nama. Moyang den org podeh. Selalu je den lalu jalan lamo ni r. Dr podeh mmg lalu kg inas. Sebelum kg inas pun jalan dah golap, sunyi bonar eh. Den pum kecut lalu walaupun lrpas pukul 5 sebab dah gelap kawasan hutan. Bukit tu den penah lalu. Byk org asli tu sbb perkampungan org asli. Jalan sini mmg tembus ke johol. Dr johol boleh terus ke pilah. Keto den pun ponah borek bilo lalu naik bukit tu. Tapi den pakai satria modified ler.hehe. ‘Natang’ ni rabdom kacau sbb masa den lalu pukul 8 malam cenggitu la konooooo kacau. Lepas ni berhati2 dik. Basahkan bibir selalu dgn ayat suci inshaAllah.
ko kata tak seram?! seram bapak part moto kapcai dgn pakcik faceless tuh! Part awal2 masuk jln pun dh meremang sikit. huhu menyesal baca…
Banyak sgt mencarot…cite dah ok…sakit mate nk bace part mencarot tu..hurm…
Aku rse die ni kaki carut la..ptt la bende 2 suke..nk tulis cite tulis je la..nak mencarut bagai tu kenape?..aku bace jadi semak..
Klu bole kurangkan part mencarut tu.. Ni kan bacaan org awam.. ntah2 ada bdk2 yg baca kan jd satu pengajaran yg x elok bt mereka.. Maaf menegur.. sy kat lua pn slalu gak guna perkataan2 agak kasar but not in public mcm ni..
tumpang tanya, p****g tahap moksya tu apa maksud? huhu
haha..lawak + seram
Bosan
Saya pn lalu situ jgk….tp skrg dh ada lampu jln…. tak pernah la terserempak dgn mamat motor ni… cuma pernah nampak bola2 api semasa mendaki bukit di kg batu tu…atas bukit tu ada tempat org amik air bukit….tp jln ni mmg seram lepas pkl 1am ke atas…