Terima kasih kepada FS kerana sudi menyiarkan kisah-kisah saya yang terdahulu QUARTERS & RESORT. Kali ini saya ingin berkongsi lagi dengan peminat FS pengalaman melalui “Jalan Lama”.” yang terletak di Negeri Johor.
JALAN LAMA
Kepada peminat FS jika kalian pernah terbaca kisah aku dimana mak aku mempunyai kelebihan iaitu adakalanya hijabnya terbuka dan dapat merasai kehadiran makhluk yang bernama b—-n. Tetapi mak aku ini jarang sekali atau sukar untuk nampak makhluk-makhluk yang ngeri contoh cik punti atau mat bungkus atau seangkatan dengannya.
Cumanya mak aku ada pengalaman lain seperti mak dan ayah aku nak masuk kedai makan dan tiba-tiba mak aku ternampak ada beruk dalam kedai makan. Mak aku apa lagi terus ajak abah aku keluar dari kedai makan tue. Tuan kedai pula seakan tahu yang mak aku ternampak mahkluk tue “Ouh orang rumah boleh nampak yer” pertanyaan tuan kedai kepada abah aku. Abah aku hanya membisu seribu bahasa dan terus keluar daripada kedainya.
Abah aku dahulunya berkhidmat di dalam unit operasi adakalanya sukar untuk mendapatkan cuti dan disebabkan itu juga jika kami pergi bercuti atau pulang ke kampung masa yang kami dapat adalah kebanyakkanya pada bukan musim cuti sekolah, errmm sedih kan hahah. Abah aku juga suka memandu pada waktu malam dan sering menggunakan jalan lama sebagai jalan alternatif.
Aku masih ingat percutian hari minggu kami di Segamat Johor. Percutian singkat itu telah kami laluinya dengan penuh gembira dan peristiwa seram itu pula berlaku pada masa kami dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.
Abah memandu kereta dengan perlahan dan berhati-hati. Jalan lama yang dilalui kami begitu gelap dan sempit. Cahaya bulan pula tidak kelihatan pada malam itu manakala jumlah kenderaan juga sedikit. Sedang abah memandu kereta tiba-tiba mak aku bersuara “ Abang…abang berhenti.. berhenti…Ish ish banyak nyer orang!! “Meriahnya ada pasar malam nie!! ”. Kelihatan mak aku begitu teruja serta meminta abah aku untuk memberhentikan kereta kami di dalam keadaan yang tergesa-gesa. “ Mak aku memandang diluar tingkap dengan begitu lama dan begitu ralik sekali.
Kami pun terpinga-pinga lantas memandang diluar tingkap. Apa yang kami nampak hanyalah ladang sawit yang terbentang luas dan dalam keadaan luar yang gelap gulita. Abah aku bersuara “ Dia mai dah dia mai dah..” Abah dengan tenang meminta kami adik beradik membaca Ayatul Qursi sebagai pendinding diri.
Kami tidak berasa panik mungkin kerana sudah terbiasa dengan situasi seperti itu atau mungkin juga kami tidak nampak apa-apa objek yang pelik atau yang mengerikan. Jika itu berlaku mau kami bertempik agaknya. Suasana gelap malam itu bertukar menjadi suasana yang sedikit merisaukan kerana ada lori dan beberapa buah kereta yang berselisih dengan kereta kami mula memberikan lampu besar.
Suara abah pula telah bertukar menjadi sedikit garau dan tersekat-sekat. Kami sudah berasa sedikit cuak lantas terfikir bagaimana lah nasib kami dan apa yang akan terjadi nanti. Kami bersuara “ Abah!! suara abah garau!! ” pada masa itu abah terus membaca beberapa surah yang dihafaz dan dihembuskan ke telinga mak aku dan sambil memandu mamandang kehadapan dengan penuh berhati-hati.
Abah meminta kami membaca ayatul qursi dengan kuat sedikit manakala mak aku pada masa itu ketawa dan tersenyum-senyum. Abah pernah cakap kepada kami jika situasi itu berlaku jangan gentar teruskan membacanya kerana mahkluk itu terbalik jika bacaan dibacakan dan mereka pula ketawa pada ketika itu sebenarnya mereka berasa panas kesakitan Wallahualam.
Jadi kita janganlah gentar dan jangan berhenti bacaannya. Banyakkan juga selawat kerana selawat juga itu pendinding diri. Mulut kami terkumat kamit membaca ayatul qursi. Perjalanan pada malam itu aku rasakan begitu jauh dan masa malamnya pula aku rasakan begitu panjang.
Di saat suasana tenang aku, adik dan abah tiba-tiba kami terlihat ada beberapa helaian kain putih bertebangan diudara. Mereka bertebangan secara berselang seli ke kiri dan ke kanan. Jika anda pernah menonton filem “Casper”objek tersebut seakan seperti itu berwarna putih, jarang dan nipis ianya bertebangan diudara. Apakah ia ??? menjadi tanda tanya kepada kami. Bukan burung tidak bersayap dan tidak ada wajah atau rupa. Bukan 1 tetapi 4 yang mengikuti kereta kami. Yang peliknya kakak aku tidak dapat melihat objek itu walaupun terbangnya agak rendah dan betul-betul berada di atas berhadapan kereta kami.
Objek-objek itu tidak kelihatan lagi dan ianya hilang apabila kami memasuki kawasan pekan. Alhamdulillah mak aku dah sedar, dia seperti kepenatan dan katanya tertidur sebentar. Walaupun kejadian aneh seperti itu telah lama berlaku tetapi kami masih setia menggunakan jalan lama sebagai jalan alternatif. Bezanya sekarang dengan usia yang semakin senja ini kami jarang memandu pada waktu malam kerana faktor keselamatan.
Kata abah makluk itu memang wujud dan kami tidak perlu takut kerana kami tidak mengganggu mereka. Mak aku pula ada memberitahu adakalanya makluk ini memang berada di sesuatu kawasan tertentu dan kadangkala ianya memberi isyarat yang mereka berada disitu dan ada juga kami perlu berhati-hati. Aku ada lagi kisah-kisah yang pelik dan seram. Insyaallah akan aku kongsikan kepada peminat-peminat FS jika aku mempunyai masa lapang untuk menulis.
Maaf jika penulisanku ini agak kucar kacir sedikit.
Pengirim
Fida
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit