Assalamualaikum readers FS. Sebelum tu, jutaan terima kasih kepada admin kerana menyiarkan cerita aku yang sebelum ini ‘Jangan ikut nenek tu!’. Terima kasih juga pada yang memberi komen. Aku jenis jarang online, sibuk mengejar harta dunia sambil menyimpan sedikit saham akhirat. Jadi maaf kalau aku tak balas komen semua ya. Dimana mrsm tu? Biarlah rahsia, sebab bukan itu yang aku nak point out kan sebaliknya intipati cerita mengenai niat perbuatan kita kerana Allah S.W.T. Ok, enough introduction. Hey Dakmi here. Lets the story begin. (Warning alert! Cerita panjang kali ini).
Cerita kedua: Jam Tiga Pagi.
Cerita yang kedua ini berlaku di sebuah matrikulasi di negeri bernombor (tahu kan, jadi diam-diam sahaja. Haha). Disebabkan masalah teknikal berlaku ketika aku mengambil spm, jadi aku hanya dapat memohon program dua tahun (PDT) matrikulasi. Aku ditempatkan di blok A yang mengadap ke arah hutan dan bilik aku berada di aras yang paling atas blok, bersebelahan dengan tangga. Oleh kerana pelajar PDT tidak ramai, jadi hanya dua orang sahaja ditempatkan didalam satu bilik. Sepanjang keberadaan aku di blok tu, tiada apa yang menyeramkan sangat kecuali gangguan yang klise seperti bunyi-bunyian.
Sungguh aku tak sangka bahawa aku akan diganggu pada suatu malam ini. Sebagaimana remaja lain, aku kerap on the phone (OTP) pada lewat malam (zaman dimana hotlink offer call rate murah jam 12pm). Selalunya kalau aku otp, aku akan duduk di tangga untuk mengelakkan roomate aku, Iza merasa terganggu dengan aku. Tapi pada malam itu, ketika aku otp di tangga blok, aku disapa angin sejuk yang meresahkan aku. Aku rasa tidak sedap hati tiba-tiba, namun aku teruskan juga otp dengan teman tapi mesra aku (ok letak afiq la). Tengah sibuk berborak, secara tiba-tiba, mata aku tertancap pada suatu benda di tepi hutan. Disebabkan aku ni rabun malam, jadi nampak kurang jelas benda apa tu. Tengah aku berfikir-fikir pabenda tu, tiba-tiba kedengaran bunyi ranting pokok patah dan jatuh. Terus bulu roma aku merinding naik, meremang. Cepat-cepat aku bangun dan lari masuk ke bilik. Iza yang tengah bersiap nak tidur, terperanjat tengok aku berlari masuk bilik. Terus dia bertanya “asal mi?”
“Takda apa. Jangan tutup lampu dulu eh, Za. Nak sambung borak jap, hehe”
Aku taknak takutkan Iza, walaupun aku tahu Iza sebenarnya kuat (dia sangat pandai menjaga diri, solat cukup, baca al-quran dan even sebelum tidur pun, dia akan ambil wudhu’. Sila tiru macam Iza, jangan jadi macam aku. Haha!).
Aku sambung borak dengan kawan aku, sedar-sedar dah 3 pagi. Masih lagi ada topik untuk kami bualkan, tiba-tiba aku terdengar suara bayi menangis. Terus aku tegur sebab ingatkan anak buah dia ke yang belum tidur. Tu silap aku, pergi tegur buat apa! (kan dah kena). Dia kata mana ada anak buah dia. Yang belum tidur dalam rumah tu cuma dia je. Aku kaget sebab aku tau aku dah tersilap langkah. Serentak lepas afiq cakap bukan anak buah dia, tingkap nako di kepala aku diketuk, tak! Tak!. Keras badan aku menahan ketakutan. Afiq nak sedapkan hati aku, mengatakan mungkin anak warden blok aku. Aku pun mengiyakan sahaja, padahal tingkap aku dah pun diketuk seolah mengatakan dia dah sampai. Afiq cuba mengajak aku berborak supaya aku tak berasa takut sangat, sedang dia bercakap, kedengaran suara orang ketawa di hujung talian. Kali ini, Afiq pun dengar sama. Terdiam kami berdua. Cuba mendengar lagi, kot la budak aras bawah ke, ketawa tengok movie ke. Tiada. Senyap sunyi, satu bunyi pun tiada hatta cengkerik pun tak berbunyi malam tu.
Katil di sebelah aku kosong sebab Iza tidur satu line dengan aku, yang memisahkan aku dengan Iza hanyalah almari sahaja. Langsir di katil kosong tu tiba-tiba beralun seolah ditiup angin dari luar sedangkan tiada angin malam tu (kalau kipas pun, dia tak beralun macam tu). Aku mula mengigil. Aku cakap dekat afiq yang aku nak tidur. Tapi afiq mintak aku jangan putuskan talian. Kedengaran suara bayi menangis bertingkah dengan suara ketawa mengilai dalam phone, menyebabkan aku nekad putuskan talian dengan afiq. Aku letak phone atas meja, terus aku berselubung dalam selimut. Cuba membaca ayatul-kursi. Macam-macam bunyi aku dengar, bunyi rantai diseret ke lantai, bunyi bayi menangis, bunyi tingkap diketuk. Dari dalam selimut, aku nampak satu bayang di atas almari kosong, hanya nampak awat-awat sahaja. Sampai satu tahap, aku rasa macam dah overwhelmed dengan semua tu, aku bingkas bangun lari naik atas katil Iza. Iza yang terperanjat bangun tengok aku.
“Iza, bagi aku tidur dengan ko malam ni” rayu aku sambil selubung selimut satu badan.
Iza yang terpisat-pisat bangun hanya mengangguk. Tanpa banyak tanya, dia memberikan sedikit ruang kepada aku agar lebih selesa. Entah pukul berapa aku terlelap. Sedar-sedar azan subuh berkumandang, aku terus bangun balik ke katil aku. Campak selimut, terus pergi bilik air, amik wudhu’, solat subuh then sambung tidur balik. Nasib masa tu weekend. Tengahhari tu, Iza tanya kenapa malam tadi. Aku ceritakan dari A sampai Z tentang apa yang jadi. Dia hanya ketawa sambil cakap “Haa otp la lagi sampai lewat malam.” haha. Afiq ada menghantar beberapa sms kepada aku (whatsapp belum wujud lagi time ni) bertanya samaada aku ok ke tidak. Dia pun tak boleh tidur malam tadi, kena ganggu katanya. Aku tidak bertanya lanjut mengenai apa yang menganggunya, takut. Haha. Walaupun itu terjadi, otp tetap juga aku lakukan. Alah bisa tegal biasa. Haha.
Cerita Ketiga: Masih Jam Tiga Pagi.
Masih lagi di matrikulasi yang sama cuma tahun yang berbeza dan blok yang berbeza. Untuk PST, aku dipindahkan ke blok C dan harus mendaki bukit untuk ke blok aku (mungkin pihak pengurusan nak aku kurus sikit kot, husnuzon). Blok C ini terkenal dengan keangkeran ceritanya. Bermacam cerita ada di blok C, dari membunuh diri sampailah kepada mak cik karipap. Aku? Seperti biasa, tak ambil port sangat dengan alam sana. Di blok C ni, aku masih ditempatkan di aras 4, dan dari hallway aras aku boleh nampak kafeteria. Kadang aku study kat hallway ni malam-malam. Selalu juga nampak kelibat hitam lalu-lalang depan kafe lepas tu hilang. Tapi aku buat derk je sebab aku pakai rule – kalau aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku.
Ternyata rule yang aku pakai tu silap. Zaman PST adalah zaman mencabar minda sebab kau kena perform result baik untuk melayakkan kau masuk universiti (di ‘brainwash’ kan begitu oleh lecturer). Jadi aku ni jenis study lewat malam and last minute. Memang spesis macam tu. Satu malam tu, aku tengah study kimia. Keadaan bilik aku gelap dan aku menggunakan lampu meja study sebab roomate aku, nini dah lama diulit mimpi. Ralit sangat buat latihan, tak sedar jam dah tunjuk pukul 3 pagi (tak sedar sebab aku study dengar lagu pakai earphone, tahu jam 3 pagi sebab aku tengok phone nak tukar lagu). Sedang dok enjoy buat equation, aku secara tiba-tiba tak dapat gerakkan pensel aku, secara totalnya aku tak dapat gerak (a.k.a kena pasung). Time tu aku dah panik, apasal ni kan?!. Tengah-tengah panik tu, aku terasa sesuatu seperti sedang bernafas di tengkuk aku. Meremang toksah cakaplah. Sumpah time tu aku rasa nak lari tapi tak boleh. Fuhh dugaan.
Aku cuba tenangkan diri kot la boleh gerak tapi hampeh. Lastly, aku terus baca ayatul-kursi dan bertawakal kepada Allah S.W.T. Lepas baca kursi dalam hati, aku dapat gerak, terus aku baling pensel, earphone semua atas meja, sempat lagi aku tutup lampu meja (patutnya aku tak payah tutup, aduhh). Apalagi aku terus lompat tidur sebelah nini (katil kami gabung, almari diletak sebelah tingkap nako) aku dah siap-siap silang kaki dengan nini, takut kena hempap. Aku ingatkan dah habis dah gangguan, rupanya dia dok menjelma depan aku (apa yang aku nampak ialah dia warna putih, nak kata kak ponti pun tak, nak kata gula-gula pun tak, aku tak tahu dia apa yang pasti memang jin la kan). Mulanya dia hanya memandang aku, aku tak nampak mata dia tapi aku tahu dia tengah pandang aku (yelah siap mengadap aku kat depan katil aku takkan dia nak pandang nini pulak). Aku memula buat-buat tidur, kot la dia blah pergi tempat lain ke. Ehh takk. Dia boleh gerak sikit-sikit pergi tepi katil aku (aku bukak mata sikit je, menyorok bawah selimut je masa ni). Sumpah time tu, aku macam nak pengsan segala la. Tapi tak boleh, haha. Alih-alih aku baca ayatul-kursi 3, 4 kali baru dia hilang. Malam tu macam-macam bunyi aku dengar. Budak menangis la, bunyi angin la (macam ada ribut padahal takda pun). Bising sangat. Tapi yang peliknya time aku baca ayatul-kursi, senyap je, takda bunyi langsung. Habis je baca ayatul-kursi, terus bising balik. Keadaan tu berlarutan sampailah aku terlelap, masa bila aku terlelap pun aku tak sedar. Pagi esoknya, aku tak cerita pun kat nini, sebab takut dia pindah bilik. Lagi haru nanti.
Walau apapun, tu dua kisah yang aku rasa paling angker yang pernah aku kena. So kebanyakkan masa memang aku amalkan ayatul-kursi sebagai pendinding diri. Alhamdulillah setakat ini, aku ok lagi, even tempat tu, diaorang kata angker ke keras ke, aku baca isti’adzah sambung ayatul-kursi dan NIATKAN minta perlindungan dari Allah S.W.T. Yang penting niat. Lagipun banyak manfaat amalkan ayatul-kursi ni, korang try la.
Selingan – Cerita pasal ayatul-kursi, ada satu kisah aku nak kongsi dengan korang. Rumah aku ni sebenarnya dekat sangat dengan pantai. Jalan 5 minit kang, dah jumpa pantai. Adalah suatu petang tu, aku pergi pantai dengan family aku semua. Mak aku nak beli ikan dekat nelayan situ, adik-adik aku pulak nak main air. Aku malas nak mandi time tu, duk je kat gigi air. Main-main pasir sambil tu terjerit-jerit la panggil adik aku. Memang seronok, bising la tempat tu dengan ketawa kitaorang. Agaknya kitaorang terlalu seronok, mak aku tegur la,
“Jangan seronok sangat, dah nak magrib ni”.
Kami terdiam tapi masih lagi bermain. Tengok macam dah lewat, mak aku ajak balik. Malam tu, aku macam tak selesa nak tidur. Pusing kiri salah, pusing kanan salah. Lastly, baca isti’adzah sambung ayatul-kursi sapu seluruh badan, tukar posisi tidur daripada yang biasa, aku tidur. Malamnya, aku mimpi (aku tersangatlah jarang untuk bermimpi, kadang tak pernah bermimpi. True story) aku berada dalam rumah nenek aku, kat bahagian dapur rumah ada satu pintu jeriji besi untuk masuk dalam rumah. Dalam mimpi tu, aku tengah berusaha tutup pintu daripada satu makhluk ni – rupa dia macam monyet tapi boleh berdiri sama tinggi dan besar macam manusia. Bila aku tutup pintu tu, dia jerkah aku balik sambil buka pintu tu. Aku tutup balik, then dia tunjuk taring dia sambil rentap pintu tu sampai terbuka. Dia berlarutan sampai la azan subuh berkumandang. Bangun pagi tu memang penat ya amat la. Cerita kat abah dan mak aku, depa cuma kata ‘tu la seronok sangat kat pantai semalam, kan dah ada yang mengikut’. Muka aku blur je bila mak aku cakap macam tu. Syukurlah takda benda buruk terjadi pada aku. Alhamdulillah.
Nota kaki – Ok guys. Ini antara cerita yang terjadi pada aku. Harap korang maafkan aku kalau ada tersilap kata, madah bicara. Kalau ada cerita lagi, InsyaAllah aku cerita pada korang. Dan ingatlah sekuat mana sesuatu makhluk tu, kuat lagi Pencipta kita Allah S.W.T. Kita ini mati itu pasti, hidup itu InsyaAllah. Salam sayang dari aku, Dakmi.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
menarik.
.
BEST
Best siap bagi nota lagi
Wow!!
🎈👍🏼
orang kata benda tu pun boleh mengikut baca sekali ayat qursi cuma ayat terakhir je tak boleh. betul ke?
best
.
nice !!
nice story dakmi..matrik pilah ke?8/10
Menjwb nota ngko:
-Cite best!
-aq maafkn slh slp ngko
-slm ksih drir aq.. Bebulu
pergi cukur skrg.
Itu bulu aq. Knper plk ngko yg susah?
yela2..x pyh cukur..bia je panjang..
Ok!
da panjang nnt ikat tocang tau..huhu
hahahahahaha kasi iron tarus k
erm..nk rebonding kan ke?aku baru plan nak suruh curl2 kan hujung2 nye tu..baru santekkk..huhu
satu je bende kite wondering. skang dah tak otp ngn TTM tu ke? hihihihi. Anyway , not bad. best !
BEST!🤗
Teruskan berkarya!
Penyampaian terbaik
saya ex-kmph..kira ex matrikulasi jgk la…dulu selalu ngat study pas kol 12…selama 2 tahun(PDT) dok sana walaupun dlm hutan,xpernah kena kacau smpai muncul2 ni…kena kacau sikit tu ade la…tarik kerusi ke cmtu…sbb aras atas sekali kosong…paham2 jelah…tp buat donno je lah kan…aku xkacau ko,ko jgn kacau aku nk menuntut ilmu…chewah..giteww ayat…
BEST!🤗
Teruskan berkarya!
Terbaek dakmi. Kipidap
best cte ni. seriau gak baca.
Budak Pdt ke budak Pst sebenarnya …