Jangan Dilupakan Kalimah Agung

Salam admin dan pembaca fs. Cerita kali ini tidaklah seram cuma ia penuh dengan iktibar bagi mereka yang mengambilnya. Aku ke medan selera untuk mencari sarapan pagi. Ketika sedang beratur aku melihat dan mendengar seorang adik kecil bersuara
“ Mama…Tengok tu. Eee kotornya “. Sambil tangannya menuding ke satu arah. Aku jugak nampak apa yang anak kecil Nampak. Ada makhluk sedang muntah atas makanan. Ada yang sedang kencing dalam makanan dan ada yang menjamah dulu makanan. Aku tahu sebab apa. Sebabnya ialah mereka tidak membaca Bismillah. Ayat yang paling suci, paling mulia dan paling pendek. Sampai makanan depan mereka terus dimakan tanpa mereka sedari ada yang mendahului mereka.

“ Mana ada abang. Mama tak Nampak pun “. Kata ibu kepada anaknya
“ Ada tu. Muka hodoh dok muntah “. Kata si anak lagi. Ibu mula marah-marah. Ada beberapa orang yang melihat lalu menegur wanita tadi. Kata salah seorang dari mereka anaknya terkena sampuk. Minta agar di bawa berubat. Si ibu terus bangun dan menarik tangan anaknya. Anaknya kelihatan takut bila melihat beberapa ekor makhluk dengan perut buncit melompat di atas meja dan menjilat dengan rakusnya. Aku terus mendapatkan wanita tersebut

“ Assalamualaikum. Minta maaf saya nak mencelah sikit hal anak puan “. Terkejut wanita tersebut
“ Hah…Apa yang tak kena pulak dengan anak saya encik “. Tanya wanita tersebut
“ Anak puan ni hijab dia terbuka. Sebab tu dia boleh nampak macam-macam. Apa yang dia nampak tadi tu betul. Ini semua sebab tak baca Bismillah “. Aku berterus terang
“ Aduhhh…Apa hal ni. Sorang tadi kata kena sampuk. Encik pula cakap hijab terbuka. Sudah, sudah! Saya tak percaya semua. Mainan perasaan saja “. Kata wanita tersebut dan terus pergi ke arah kereta.

Apa yang boleh aku katakan lagi. Dah orang tak percaya dan tak boleh menerima nasihat orang lain. Aku melihat ramai yang lupa akan kalimat mulia ini. Sudah beberapa kali aku menulis tentang kisah ini. Kita mudah lupa. Begitu jijik bila melihat makhluk memuntahkan dari mulutnya dan kita pula memasukkannya kedalam mulut sambil bergelak ketawa bersama rakan2 yang lain. Aku dapat melihat reaksi makhluk ni bila seseorang membaca Bismillah walaupun di dalam hati. Dia akan melompat jauh seolah2nya terasa bahang dengan kalimah Bismillah. Dia akan ke meja lain mencari mangsa dan begitu senang dapat. Setelah kenyang di gosok2nya perutnya tapi kita melihat seperti makanan itu tidak terusik.

Tadi semasa aku ke pasar malam. Aku sempat melihat makhluk tersebut dengan rakusnya menjilat darah dari daging lembu. Ada yang menjilat dan makanan yang tidak bertudung. Ia dibiarkan terbuka bagi membolehkan pelanggan melihat makanan tapi itulah, ada yang mendahului. Dijilatnya dengan begitu lazat. Ketika maghrib aku melihat ramai yang membawa anak2 kecil ke pasar malam. Aku melihat makhluk sedang bermain dengan anak kecil yang di dalam kereta sorong. Terkekek-kekek ketawa si anak

“ Apa yang dia dok gelak seronok sangat ni “. Tegur ayah kepada ibunya. Itulah bahayanya kita membawa anak kecil ke pasar malam waktu maghrib. Takut jika ada yang berkenan di hati dia akan mengikut pulang ke rumah. Pada mulanya aku nak menegur mereka tapi bila teringat aku pernah di marahi ketika berterus terang tentang anak yang hijab terbuka maka aku diamkan saja.

“ Tak semua boleh terima apa yang abang cerita dekat depa bang. Abang tengok dan buat tak tau sudah la “. Kata isteriku bila aku cerita kisah anak kecil dan di pasar malam. Kadang2 aku Cuma tak sampai hati andai tidak berterus terang bila apa yang aku nampak dan nak share tapi ada betul juga kata2 isteriku. Aku harus diam dari menegur dan menggunakan medium penulisan untuk menyedarkan yang lain. Moga ada yang berubah dan memdidik anak2 agar tidak melupakan kalimah Bismillah. Cukup mudah dan bukannya doa makan yang panjang seperti di ajar kepada anak2 kita. Sampaikan walau satu ayat
#ariffbudiman

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

7 thoughts on “Jangan Dilupakan Kalimah Agung”

  1. Btul en.ariff..org zmn skrg bkn nk ambik kesah bab2 cmni.kolotlaa…ktggalan zaman..mngarutlahh..sabo j.org nsht mcm2 alasan dia bg.xlogik bagai

    Reply
  2. Tu sebab org2 alim atau yg concern hal spt ini jarang mkn diluar..tak terjamin bersih..makanan terutama jenis berlauk dibiarkan terbuka mmg setan suka lah..kedai yg guna pelaris lagi..huhuhu..jadi lebih selesa mkn dirumah walau sibuk bekerja..masak sendiri lebih berkat utk keluarga sebab dimasak dgn penuh kasih sayang disertakan zikir2 dan selawat ketika masak.

    Reply

Leave a Comment