Haii..firstly macam biasa gak..aku nak ucap terima kasih untuk admin sebab siarankan cerita aku ni(lau di publishkan la) hahaha. Okey cerita yang aku nak cerita ni based on pengalaman aku sendiri. Xada tokok tambah. Cerita ni jadi pada tahun 2008 masa tu aku darjah 6 and aku ada seorang adik perempuan aku gelar dia acu and aku ateh beza umur aku dengan acu setahun je. Means aku darjah 6 dan dia darjah 5 kami sekolah sekali dan kami dua beradik duduk di asrama. Tiap-tiap petang kami akan main bola jaring dan aku sebagai GA acu sebagai GD.
Satu petang tu kami main bola jaring seperti biasa di posisi yang sama. Selepas setengah jam game acu tiba-tiba rebah (jatuh tapi masih sedar) aku papah la dia ke tepi padang and tanye dia ada sakit mane-mane tak. Acu cakap sakit ibu jari kaki then aku decide nak stop main and balek ke dorm kami. Aku papah acu sampai kat dorm aku suruh dia rehat jap and aku pergi mandi balek dari mandi aku tengok dia tengah tido so aku kejut la suruh dia mandi. Acu cakap dia tak larat nak jalan and aku papah serta teman dia mandi (mak pesan suruh jaga acu elok2 hahaha).
Dah siap mandi acu cakap nak balek sebab dia tak tahan sakit kat ibu jari tu aku pun bagitahu la penyelia asrama (tak ada warden lagi masa tu) dekat magrib tu abah datang asrama ambik acu (umah aku dengan asrama tak jauh pun) lepas acu balek aku buat la aktiviti lain macam hari-hari biasa study lepak dengan kawan (dalam bilik study la) pukul 10.30 kitaorang abez study and masuk dorm siap-siap untuk tido pukul 11 dorm semua da wajib tutup lampu. Malam tu aku letih sangat kot aku ingat sebelum pukul 11 aku dah tido(biasa aku yang tutup lampu kul 11 tu) tiba-tiba dalam kul 1 lebih penyelia datang kejut aku. Kata abah aku tunggu aku nak bawak balik. Ahhh sudahh da kenapa. Aku siap-siap terus ikut penyelia asrama aku tu..betol abah datang and aku balek rumah dengan abah.
RUMAH
Sampai kat rumah aku tengok banyak sangat motor. Aku tanya abah kenapa ramai sangat abah senyap je pegang aku then bawak masuk rumah.Dalam rumah tu aku tengok orang ramai tu duduk macam mengelilingi sesuatu kat ruang tamu then aku dengar orang baca yasin. Aku cari mak nampak mak duduk kat tengah -tengah tu aku pergi dekat mak orang-orang situ semua bagi laluan kat aku. ACUUU!!!..ye acu yang terbaring kat tengah ruang tamu tu aku tengok mata mak merah. Aku tanya mak nape dengan acu mak tak jawap acu terbaring dan di selimutkan dengan cadar. Datang seorang atuk (jiran aku yang pandai mengubat) tanye aku “cuba ateh cerita apa jadi petang tadi” aku cerita la dari A-Z. Atok tu senyap and semua yang ada kat situ pun dengar je cerita aku.
“Cuba ateh panggil acu” cakap atok tu. Aku pun duduk sebelah mak aku mengadap acu aku panggil acu aku tanye dia kenal tak ateh(sambil pegang tangan )tak ada respon aku start sebak dah ni aku tampar muka acu dia tak bangun gak aku dah start nangis aku cakap ateh nak gi sekolah dengan sape esok ateh nak makan kat kantin dengan sape masa rehat nanti acu bangun laa(mak aku dah nangis teruk time ni) tiba aku rasa acu gengam tangan aku. Mak acu pegang ateh!! Jerit aku.
Atok tu datang dekat aku bawak air segelas dia baca-baca macam surah aku dengar. Atok tu bagi aku gelas tu “ateh suap air ni kat mulut acu ye” mak bagi aku sudu aku suap air tu sikit-sikit kat mulut acu. Semua kat situ nampak acu minum air tu dalam masa yang sama acu nangis. Semua nampak air mata acu laju je ngalir kuar jatuh kat pipi dia tapi tak ada esakan pun. Senyap je. Aku yang nangis kuat masa tu. Atok tu datang bisik kat telinga acu”acu kena kuat ateh tunggu acu abah mak ada sini, nanti along angah balek nak jumpa acu bangun ya” ayat tu je yang aku dengar lagi kuat aku nangis masa tu kot..sambil tu atok tu bacakbaca then tiup kat acu dari atas sampai bawah atok suruh aku suapkan acu air tadi sampai abis aku buat.
Pukul 4.25 pagi tepat acu buka mata. ya allah masa tu aku ase nak menjerit nak nangis semua ada aku peluk mak aku peluk acu. Aku tengok acu masa tu blurr gila-gila siap tanya lagi bila masa kita balek rumah ateh.aku senyap atok tu suruh acu bangun and aku papah acu bangun sebab masa tu acu lembik sangat-sangat. Atok tu bagi mak limau nipis yang dah dipotong tu ada dalam 7 biji aku rasa bunga and daun ape ntah. Bawak dia ni mandi dia lemah sanggat dah tu kata atok tu..aku ngan mak mandikan acu guna bahan-bahan yang atok tu bagi tadi. wehhh kul 5 lebih kot mandikan acu aku yang just teman mak aku mandikan dia pun sejuk sampai tulang rusukk. haha. Aku nampak acu ketar sejuk sangat kot dah siap tu acu cakap dia lapar sangat mak bagi acu makan pastu dah siap makan mak suruh aku bawak acu masuk bilik then suruh acu tido aku suruh acu baca 3 qul dengan ayat kursi .
Dah acu tido aku teman mak kat dapur mak duk buat air untuk orang-orang yang ada kat umah masa tu aku tanya mak..acu tido(tak sedar) kul bape lagi mak.mak pun cerita” balek dari asrama lepas abah ambik acu tu mak suruh acu makan and solat. Acu cakap dia letih ibu jari dia sakit ngat mak pun ambik ubat then sapu la kat ibu jari dia tu..then acu cakap nak rehat. Mak pun tinggal acu dalam bilik dia masa tu dalam pukul 8 lebih pukul 9 mak masuk bilik nak kejut acu sebab abah nak urut jari acu..mak kejut-kejut tak bangun mak panggil abah. Abah ambik air baca-baca ayat then renjis dekat acu tak jalan gak mak cakap..abah decide bawak kuar acu baring kat ruang tamu then panggil jiran-jiran ..abah ingat acu pengsan sebab sakit sangat tapi bila atok tu datang atok tu cakap acu dah tak da terkejut mak dengar. Then atok cakap acu dah dibawa keluar tu ada yang berkenan kat dia atok pesan suruh panggil ateh sebab ateh yang rapat dengan acu ateh boleh panggil acu balek .
Barulah aku paham so pagi tu lepas semua dah solat subuh jemaah kat rumah aku. Atok pesan kat aku ateh tengok-tengokkan acu jangan biar dia sorang-sorang teman acu jangan marah acu dengar apa acu nak cerita k. Aku anggukkan je. Atok pesan kat abah jangan biar acu kuar dari rumah lepas magrib sebab yang berkenan kat acu ni niat tak nak pulang acu dah pada keluarga. Lepas pada kejadian tu aku betul-betul jaga acu aku teman dia gi mana je sebab aku yang rapat dengan dia (abang-abang aku masa ni dah duduk kat u ).
Aku ingat cerita tu habis kat situ jela..rupanya sampai acu masuk sekolah menengah pun ada lagi sambungan nya. Tu sahaja dari aku dulu. Lau ada rezeki aku cerita lagi pasal acu.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
bes sambung lg.
Knp acu sakit ibu jari kaki? Knp acu mati sekejap? Knp benda tu bawa acu pergi? Kenapaaaa? Ke i ada termiss mana2 ?
ada benda berkenan kt dia, bawak dia pergi.. sbb tu dy xsedar.. atok tu mintak ateh pnggil acu balik sbb dy rapat dgn acu..
Mesti acu ade citer mse die ‘takde’ tu…
Shareler weeiiii…
Pastu klu benda tu berkenan pon kenapa ibu jari tu yg jd titik permulaan cerita tu…???
Explain peliiissss…
sebab ibu jari salah satu tempat yang mudah benda tu masuk
Ooo..
Kirenye mase sakit tu benda tu tgh masuklah yer…
Kay…pasni klu tetbe ibu jari berdenyut kena take action awal2 ni…
Next……
cepat la sambung…
best ni.. meremang rase. xsabar nak tggu sambungan
Ala cepat smbung. Suka buat org tunggu. Huuuu
Kira pangkat tinggi jugak la benda tu sbb boleh bawa acu keluar dari jasad. Mat saleh kata ‘astral projection’
Asal air mata aq bertakung bile bce part acu dh trbaring kt ruang tamu n ateh menangis2x ..
terase mcm aq plak yg kehilangan adeq ..
xsnggup woo ..
best cite nie..nak baca sambungan dye pulak