Jangan Main Torchlight | Hospital Kingdom | Siti Oh Siti

KISAH 1: JANGAN MAIN TORCHLIGHT

Assalamualaikum admin dan pembaca pembaca FS. Mungkin apa yang sye ingin tuliskan tidak seram tpi kalau korang ade di tempat sye ni ketika tu seram jgk la.
Ketika sye form3 pihak sekolah ade buat kem kat salah sebuah universiti di Johor selama tiga hari dua malam. Tknk lah mention u mne kn.

 
Pada malam pertama mase dia pusat kem tu semua okay je tkde la nmpk yg bkn bkn. Masuk malam kedua tu masuk je maghrib sye rse takut takut. Ape yg di takutkannya pon tk taulh kn. Lepas solat tu adelah nmpk bdk bdk main kt tepi bilik air yg selalu digunakan pelajar lelaki waktu tu. Dalam hati anak anak cikgu kot malas la nk tanya tanya org. Bila sye dan kawan sye 4 org tngah lalu ni automatik bdk bdk kecik tu bole berhenti main terus pandang sye macam sye kacau dia main. Yang hairan dia cme pandang sye seorang je. Bile fikir balik hairan jadinya 5 org yg lalu sikit bole padang sye je? Tpi kenapa?

 
Sye diamkn diri sampai jam menunjukkn 12.30 untuk briefing jungle tracking. Pada waktu tu group sye ni dduk di hujung sekali. Punya lh bosan + ngantuk kawan sye ni tangan pun gatal nk main torch light kt tepi hutan tu main la suluh suluh kt akar akar pokok. Tiba tiba mata sye ni ternmpk mcm ade kain putih di tepi stor yg letak kayak tu. Dalam hati ni nk tau lah sngat ape bnde tu kn sye pon suluh kt tmpat tu balik.

 
Dh suluh kt objek tu suluh la makin atas makin atas. Smpai separuh je dh nmpk mcm org kne ikat (pocong) teruslh dh tk suluh smpai muka kalau suluh tu tk tau laa ape nk jadi kang.
Last last org g jungle tracking sorang sorang sye dh buat plan sndri sruh kawan tnggu dpn semak tu klu sye sampai jln sama sama. Punyalh takut waktu tu mcm mcm plan dlm otak tknk habiskn jungle traking tu. Nasib betul yg nyorok tepi semak tu kawan klu bnde lain tk tau lh ikut dia kenana nnti.
Sekian cerita sye.


KISAH 2 : HOSPITAL KINGDOM

Sebut pasal hospital kingdom, ni bukan kisah kat hospital. Tapi ni kisah aku masa mula-mula masuk matrik. Ramai yg tau tempat ni kot. Sebab dia rare sket. Asrama ktorg ni orang kata bekas hospital. Ada 9tingkat, 4wings (A, B, C, D).

Masa kejadian ni berlaku, aku baru umur 18tahun. First time masuk asrama. Jauh dari family. Macam-macam aku belajar. Time ni la aku blajar psl orang kena histeria, orang kena santau, orang cuba2 nak b***h diri, orang jatuh dari tingkat 9. Adoyai. Macam-macam lagi. Tapi paling best, cerita hantunya.

Sebabkan aku first time duduk asrama, aku mcm tak reti sgt nak deal dgn masalah2 mistik ni. Mase ni aku mcm heartless sket. Bagi aku hantu ni tak wujud pun. Sampai la satu malam ni, aku dengan roommates aku masing-masing sibuk siapkan assignment. Jam dah pukul1 pagi. Aku pun mcm biasa, pergi toilet sebelum tidur. Toilet jauh. Hujung setiap wing. Aku kena tempuh 10bilik cmtu dan 1 bilik utiliti. Bilik utiliti ni biasa student akan letak baldi baju2 kotor, toiletries, etc.

so, aku dgn melenggang kangkungnya, berjalanla menuju toilet. Sunyi je malam tu aku rasa. Tapi aku mls nak pikir sgt. Masa aku lalu bilik utiliti tu, tetiba dari ekor mata aku, aku perasan ada menda besar duduk bertenggek kat atas simen, sambil tenung aku. Bulu roma aku mmg naik 90 darjah dah. Aku pun pusing badan, terus masuk bilik. Kat bilik, aku mintak roommate aku teman aku ke toilet. Masa aku lalu balik, aku tengok takde pape pun, hatta baldi kosong.

Cerita ke-2 pulak, bila aku datang asrama awal. Aku orang jauh. Travel 8jam naik bas. So, kebiasaan diawal sem, aku akan balik awal 1 ari dari roommates aku. Nak jadi cerita ketiga-tiga roommates aku orang KL. Dorang biasanya akan sampai pagi esoknya. So, malam tu aku akan sorang2. Bila aku message kawan2 aku, ramai tak balik lagi. Ramai tak ambil short semester biasanya. Jadi, asrama aku agak lengang la. Untuk memudahkan urusan pengurusan, pihak asrama cuma membuka bilik dari tingkat 1-4. Jadi, tingkat 5-9 dibiarkan kosong.

Malam tu, aku dah start boring. Taktau nak buat apa dah. Aku pikir baik aku pegi tengok TV. Ha, asrama aku ni ade 3level je ada TV. Level 2, 4 & 6. So aku pun bergerak ke tingkat 2. Aku tengok penuh orang. Aku pun pegi naik lif ke tingkat 4. Aku tengok budak2 pasang cerita tak best. Aku pun naik lagi ke tingkat 6.

Masa tu seriously aku tak ingat tingkat6 ni kosong. Aku cuma nk TV je. Aku pun masuk bilik TV. Tadaaa! Kosong. Aku pun capai remote & pasang cerita aku. Aku happy- happy layan konsert sambil bermain henset.

Tiba tiba, pintu bilik tv tu dibuka. Aku cuma pandang sekilas je sambil sibok berbalas mesej. Aku tengok 2perempuan masuk dan duduk belakang aku.Aku biarkan je. Dalam 10minit, aku takde dengar sebarang suara dari mereka. Aku macam tersedar & terfikir. Kenapa aku berani sgt naik tingkat 6 ni?? Padahal takde orang kot sepanjang level ni.

Aku memang tak berani pandang belakang lagi. Aku terus bangun & nak bergerak keluar. Tiba-tiba aku dengar suara perempuan belakang aku gelak. Aku terus keluar bilik TV dan baru perasan semua lampu tertutup disepanjang koridor. Aku hanya boleh berdoa sepanjang menunggu lif terbuka. Nak lari ikut tangga pun gelap. Memang cari pasal betul. Bila lif terbuka, aku tengok ada 2 orang students didalam lif. Mereka tanya “buat apa atas ni? Tak takut ke?”. Aku senyap je sampai la aku tiba di tingkat 1. Sampai skrg aku tak tau sape perempuan dalam bilik TV & lif tu. Aku harap mereka manusia la.


KISAH 3: SITI OH SITI

Assalam, hai fiksyen shasha. saya suka baca blog awak,hehe nak jugak share penglaman saya kat sini.
Kisah ni terjadi kat saya time saya sem 3 di politeknik, tahun 2008. Waktu tu baru beberapa hari start sem baru, bilik pun still lengang lagi. (kitaorang memang every sem tukar bilik).belakang bilik saya tu padang. Saya tengah dduk kat meja study, sambil cas fon n denga lagu dalam laptop. Time tu petang lagi, but hujan agak lebat disertakan dengan kilat dan guruh n langit pun gelap . tiba2 tingkap bilik saya kena ketuk, (saya punya meja study tu bersebelahan dengan tngkap, saya duduk tu sambil sandar kat tingkap).

saya pun bukak earfon n toleh, tengok kat luar, saya tengok kawan saya siti (ex rum8 saya sem 2) sambil bertuala kecil kat kepala senyum kat sya. then dia cakap, x baik duduk tepi tingkap sambil main fon nanti kena sambar kilat. terus dia blah. saya senyum saja, saya ingatkan apa. then saya terus sambung dengar lagu tapi dh x main fon. (takut jugak dengar siti tu cakap). tiba2 saya teringat, saya cek balik kat luar tingkap, omg…baru saya ingat bilik saya kat tingkat 4. macam mana siti tu boleh lalu kat blakang tu?? n baru saya ingat dia kan ambik sijil, so sem 3 tu dia xda kat poli, dia praktikal 6 bulan….sekian, tu la pengalaman saya

HANTAR KISAH ANDA: FIKSYENSHASHA.COM/SUBMIT

Rating Pembaca
[Total: 10 Average: 4.4]
Mariana Mashitah Mohsin

4 thoughts on “Jangan Main Torchlight | Hospital Kingdom | Siti Oh Siti”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.