Assalamualaikum
Aku sangat suka baca FS sebab ada beberapa cerita yang dikongsi di sini begitu dekat dengan peristiwa yang pernah dan sedang aku lalui.
Hari ini aku tergerak hati nak berkongsi cerita aku pula.
Pada 31 Ogos 2008, aku ditegur oleh seorang Pak Cik sewaktu aku sedang menunggu bas untuk pulang ke tempat belajar di sebuah ipta di Utara. Setelah sembang-sembang, Pak Cik tersebut meminta no telefon aku kerana katanya dia kenal ayah aku. Aku yang sentiasa positif ni pon bagi je lah no henpon aku sebelum melangkah naik ke dalam bas.
Bila aku sampai di hostel, ada no telefon tak dikenali menghubungi aku. Bila aku jawab, rupa-rupanya Pak Cik tu yang menelefon.
Antara intipati perbualan telefon tersebut:
-Pak Cik tu kata dia dah lama perhatikan aku masa kat stesen bas.
-dia kata aku dah takde dara.
-ada orang tak puas hati dengan aku dan sihirkan aku.
-dia kata dia boleh ubatkan aku.
-katanya dia pensyarah di ipta seberang daripada ipta tempat aku belajar. Ramai student dia yang berubat dengan dia.
-kalau nak berubat dengan dia, kena datang sorang².Tak boleh bagitahu orang lain.
Masa dia kata ada orang sihirkan aku tu, aku gelak-gelak je sebab aku ni takde apa yang boleh membuatkan orang lain tak puas hati/cemburu. I have nothing at all. So, aku tak percaya. Lepas tu, bila dia bagitau point yang last tu, lagilah aku tak percaya dan semakin sakan aku gelak. Dia marah sebab aku tak percayakan dia dan terus putuskan talian.
Malam tu, aku mesej abang aku dan ceritakan apa yang terjadi. Abang aku coolkan aku. Dia kata, takde apalah. So, aku pon relaks je la.
Bila balik kampung, aku cerita kat bapak aku (kini dah arwah). Bapak aku cadangkan aku pergi jumpa Wak yang boleh ubatkan orang untuk tanyakan hal ni. Tapi, asyik ada je halangan. Lagipun, aku malas nak jumpa bomoh.
Sepanjang aku belajar kat ipta, aku memang tak sedar atau tak terfikir pun yang aku ni disihir walaupun perjalanan belajar aku memang tak smooth.
Bayangkan, aku habiskan degree aku dalam tempoh 4 1/2 tahun, padahal course aku tu sepatutnya untuk tempoh 3 tahun. Mak aku cakap (masa tahun ke 4), “Kalau tak mampu, berhenti je lah!”. Tapi, bapak aku ni kalau bab belajar, memang dia sentiasa berbaik sangka dengan aku. Dialah yang pujuk aku, tenangkan aku dan dia marah aku kerana Allah. Dia kata, “Allah murka pada orang yang putus asa”. Dan akhirnya aku berjaya jugak grad 2012.
Lepas tu, rezeki aku agak murah. Agak mudah aku dapat kerja. Tapi, masalah timbul daripada diri aku sendiri. Aku cepat sangat stress. Aku selalu tak yakin diri. Aku selalu sangat bertukar-tukar kerja sebab aku stress tanpa sebab. Dada aku selalu berdebar-debar bila nak pergi kerja. Aku pernah fikir nak mati. Aku telan ubat batuk dan ubat selesema sesuka hati aku dengan niat aku boleh tidur selama-lamanya.
Mak bapak dan kakak yang rapat dengan aku, perasan dengan perubahan sikap aku. Diorang cadangkan aku pergi berubat.
2013: Aku start berubat dengan ustaz-ustaz kat Darussyifa’ setiap hari Sabtu/Ahad dan Ustaz Sam serta Ustaz Bad. Aku menjerit sewaktu ustaz azan, menangis dan agak agresif. Ustaz just kata aku terkena gangguan.
2014: Aku berubat dengan MakCik Emi. Macam-macam cerita yang dia beritahu aku. Ada orang tanam barang kat rumah. Orang tu nak jadikan aku bodoh sejak aku sekolah lagi tapi tak berjaya. Orang tu hantar “benda” kat rumah. Orang tu memang dah aim aku sejak aku lahir. Orang tu adalah jiran aku sendiri. Dia tahu aku pergi berubat. Minggu ni aku dah okay, minggu depan ditambah lagi sihir yang sedia ada sampai tangan Mak Cik Emi tu tak boleh nak pegang aku sebab bisa yang kuat katanya. Setahun aku berubat dengan makcik ni. Katanya, orang yg sihirkan aku tu, kunci pintu rezeki dan pintu nafsu aku. Aku tak paham sangat pintu yang dimaksudkan, yang penting aku nak sihat. Itu je tujuan aku. Lepas putus berubat, aku hijrah pergi negeri lain dan bekerja.
2015: Aku masih berhubung dengan ustaz Darussyifa’ dan ustaz selalu pesan supaya kuat semangat dan jaga amalan fardhu dan sunat.
2016: Kakak aku suruh kawan dia “tengok” kan aku sebab aku selalu tak lama bila berkawan dengan lelaki. Sebenarnya, sejak aku belajar kat ipta. Bila aku bergayut (otp) dengan pakwe aku (selalunya waktu malam), badan aku akan menggeletar secara tiba-tiba, gigi-gigi aku berlaga atas bawah sampai aku tak boleh nak bercakap walaupun aku dah cuba selubung badan aku dengan selimut. Padahal suhu sebelum aku otp tu adalah normal dan aku pasang kipas. Dan selalunya bila timbul krisis dalam perhubungan, aku suka “lari” dan break off walaupun sebenarnya bukan masalah besar. Aku suka sangat berprasangka buruk terhadap pasangan. Masa berubat dengan Cik Ca ni macam-macam benda yang keluar. Sampaikan Cik Ca ni hairan macam mana aku boleh bertahan sekian lama.
Errr, macam dah terpanjang sangat la pulak cerita aku ni. Mesti korang tertanya-tanya tang mana seramnya kan? Korang tak rasa seram ke bila sebenarnya diri kau tu bukan milik kau sorang? Kau tidur, dia belum tentu tidur dalam badan kau. Kau period, dia makan darah kau.. Tapi, hakikatnya kita semua milik Allah.. Semoga Allah melindungi kita semua.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
seram……
Cerita okey tapi kalau sudi ceritalah lah lebih detail lagi.
Sila citer detail… pasal pakcim 2 dulu pernah dia kate nk tgk tangan..nk telek..kononya… p nasib dia x minta no hp.kat stesrn bas pekeliling..
kesian…
cite best..
3/5
mcm belum cukup pjg.. nanti buat la part 2