JANGAN TEGUR!!!

JANGAN TEGUR!!!

Assalamualaikum korang… Sebelum aku memulakan cerita ni, harap korang jgn laa kecam aku sbb aku ni tak pandai sgt nk mengarang cerita. Walaupun cerita aku ni pendek je, harap² boleh la mengisi masa lapang korang ye. Aku tahu yg korang semua suka membaca. Hehehehe Btw, sebelum ni aku ada share cerita kat sini. Thanks atas komen korang. Tersenyum je aku baca komen korang. Sampai hati korang. Haha.. Hanya yang melalui je akan merasai keseramannya. Sebelum bercerita lebih lanjut, thanks sekali lagi admin sbb sudi siarkan cerita aku.

Cerita seram dekat asrama tu, aku skip dulu laa ye.. InsyaAllah, lain kali aku cerita. Skrg aku nak kongsikan pengalaman seram dekat kampung. Family aku ni ada la bukak bisnes kecil-kecilan, pekerja pun adik beradik aku je. Masa tu aku cuti sem, jadinya aku tolong la dorang berniaga disamping nak cari duit poket skit. Jarak dari kedai ke rumah dlm setengah jam gak kalau jalan tak jem. Biasanya setiap hari Khamis petang baru kitaorg balik ke rumah, sbb setiap hari Jumaat kitaorg cuti rehat, tutup kedai. Hari² biasa kitaorg tido dekat kedai je, jimat duit, jimat minyak kereta. Lagipun adik aku bersekolah dekat dgn kedai.

Pada petang khamis tu, cuaca mmg redup je tambahan lagi baru lepas hujan.
Aku berempat dgn kakak, adik perempuan dan adik lelaki. Sementara dorang tutup pintu kedai semua, aku panaskan enjin kereta. Kedai aku ni betul² di tepi jalan, masa tu aku tengok banyak lak kereta. Jalan pun agak jem.. Yela baru lepas hujan memasing bawak kereta slow je. Lepas berbincang kami adik beradik, so kitaorg buat keputusan nk lalu ikut highway je.

Malas nak menghadap jem. Walau sedia maklum jln highway tu sunyi dan tak ramai org gunakannya ,kitaorg nk redah je. Lagipun bukan tak biasa lalu ikut highway tu. Actually highway tu baru je siap, tak ramai yg tahu highway tu dh boleh guna sebab signboard pun tak pasang lagi. Pada petang tu, aku tak de la rasa tak sedap hati ke apa. Perasaan tu mcm biasa je cuma tak ada mood, mungkin sebab penat keje kot. Lps dah settle tutup kedai semua, enjin kereta pun dah panas, aku pun memulakan perjalanan dgn bismillah…

Tak silap aku, masa tu dalam pukul 6 lebih la.. Adik aku yg lelaki duk sebelah aku, yg berdua lagi diam je kat belakang. Aku tengok dorang dah pejam² mata dah nak lelap. Masa dekat jalan biasa, banyak la kereta. Dah nama pun jem kan. Lepas aku nampak je simpang highway, aku pun terus ler bg signal masuk ikut highway tu. Masa masuk simpang highway tu , ada gak dua, tiga buah kereta ikut sama. Tapi masing² bwk laju ,mcm nak tercirit. Haha Aku lak rileks je, bwk kereta pun slow² je. Nyawa lebih penting kan.

Dalam perjalanan tu, tiba² hujan turun lagi tp hujan renyai² je..tak lebat pun. Cuaca redup, senja dah pun masa tu. Langit kemerah-merahan. Jln highway tu mmg sunyi gila. Aku baru perasan, kereta aku je masa tu ada kat atas jln raya. Kadang² aku sembang gak dgn adik lelaki aku tu nak hilangkan rasa mengantuk. Sedang asyik melayan fikiran, tiba² mata aku ternampak susuk tubuh nk melintas jalan. Adik aku ckp “kak, ade org nk lintas jalan.. Slow² je kak”. Aku jawab ” ha ah aku nampak..” Aku slowkan kereta, Allah!!aku dgn adik lelaki aku berpandangan. Mmg jelas dan nyata, aku nampak susuk tubuh berpakaian putih lusuh, mcm ada tanah² gitu, dia mendepakan sebelah tangan dia, melintas slow² dpn kereta aku.

Rambut dia panjang mengurai, melayang2 di udara, kaki lak tak jejak tanah,muka dia berpaling ke tepi. Mmg kitaorg tak nampak muka dia. (Alhamdulillah). Lps tu, bdn dia tembus pembahagi jalan mcm tu je. Dia turun ke bawah, bwh tu ada bangunan terbengkalai. Aku lak hanya mampu sebut “Allahuakhbar”.. Ulang² ayat tu je aku sebut. Adik aku pun dah pucat muka dia, kalau toreh tu mmg tak berdarah rasanya. Kakak aku dgn adik perempuan tak nampak sbb pejam mata.. Ingatkan tido² ayam tapi rupanya mmg tido.

Aku ngn adik lelaki aku je yg nampak lembaga tu. Bila dorang dgr aku istighfar, dorang kat belakang sibuk duk tanya kenapa tapi aku diam seribu bahasa. Lidah jd kelu untuk berkata². Dorang pun dpt agak la kitaorg nampak sesuatu. Mulut masing² terkumat kamit baca apa yg terlintas. Aku punya nervous sampai tersilap baca doa berbuka puasa, tapi aku tak cerita la dekat dorang.hihi

Tak lama lps tu, tak semena² lak kereta aku terasa berat. Aku dah tekan minyak sekuat hati tapi kelajuannya tetap perlahan. Aku rasa mcm bawak penumpang melebihi had muatan, berat gila kereta aku. Enjin kereta pun dah mengaum kuat. Masa tu mmg tak ada sebijik pun kereta lalu. Rumah perkampungan jauh lagi. Peluh² dah mula menitis. Aku dah menggelabah. Kakak aku suruh aku berhentikan kereta kat tepi jalan.

Kawasan kat situ pun mmg seram, kiri kanan kelapa sawit je, jalan lurus lak tu. Hujan still renyai², langit dah makin gelap dah nak maghrib kot. Kakak aku turun, dia lak yg bawak kereta. Dia baca² apa yg patut, lepas tu dia bwk. Kereta terus meluncur laju, tak berat dh mcm tadi. Masing² dlm kereta diam, perasaan masa tu hanya Allah je yg tahu.

Ingatkan gangguan dia sampai situ je tapi rupanya sampai rumah pun dia ikut. Iskhh.. Masa tu dah sampai dpn rumah, lps je kakak aku park kereta , tiba² dia terjatuh ke belakang, mcm ada yg menarik badan dia. Aku cepat² panggil mak ayah. Ayh aku baca la ayat² suci Quran. Lps tu dah ok, kitaorg naik rumah mandi, solat, mkn semua. Kitaorg sembang la pasal kejadian tadi. Ayah aku pesan lain kali kalau hujan, dah senja, jgn la lalu ikut highway tu.

Highway tu mmg keras, ramai yg dah kena. Hurmm..kitaorg diam je. Sebelum ni lalu situ tak ada pape kan. Kali ni je tak bernasib baik. Kakak aku lak dia ckp td masa dia nk masuk rumah, dia nampak ada lembaga hitam duk ikut belakang dia. Benda tu tarik lengan dia dari belakang, sampai dia terjatuh. Kakak aku ckp benda tu besar, hitam, bdn berbulu, mata merah mcm biji saga. Uiiii..berdiri bulu roma aku ni weii!!

Dah lepas Isyak, semua pakat duk lepak je kat ruang tamu. Aku lak tak tahu nape aku rasa tak sedap hati. Aku malas nak fikir, aku layan game COC je kat dlm bilik. Tiba² aku dengar bunyi bising kat luar. Aku keluar bilik, aku tengok kakak aku meracau. Sampai ke luar pagar rumah dia lari. Dpn rumah aku tu dah la ada busut, gelap jgn ckp la.

Depan skit ada kebun duku. Tiba² mata aku ternampak lembaga berpakaian putih dekat bwh pokok duku tu tapi lembaga tu seakan² melayang di udara ke kiri dan ke kanan. Aku tunjuk dekat adik aku, rupanya dia pun nampak jugak. Bila suasana gelap, ada benda putih mesti kita boleh nampak kan? Mmg jelas la aku nampak lembaga tu. Bila aku pandang dekat busut, aku nampak mata. Dua bijik mata, merah mcm biji saga.

Badan tak nampak, cuma mata je. Aku dah tak tahan dh, aku lari duduk dekat beranda rumah. Akak aku masa tu meracau lg kat luar pagar rumah. Mak aku suruh ayh call Ustaz Halim suruh datang rumah. Tak lama lps tu, Ustaz Halim pun sampai dan pulihkan balik semangat kitaorg. Ustaz Halim ckp dia dah “sembelih” benda tu. Benda tu ikut kitaorg sebab kitaorg nampak dia. Aku la tu, dgn adik aku tapi kitaorg ingat manusia..sebab tu tegur. Tegur pun mcm tu je.. Huhu Menurut Ustaz Halim, kakak aku kena sampuk sebab badan dia lemah.

Tu la pengalaman yg tak dpt aku lupakan. Betul² dia tunjukkan diri dia. Alhamdulillah, benda tu kacau tak lama… Lepas kejadian tu pun, kitaorg tak serik lalu ikut highway tu. Yg pasti alunan al-Quran dan zikir sentiasa meniti di bibir. Alhamdulillah… Sampai sini je dulu, nanti kalau aku free aku share lak cerita dekat asrama aku. Thanks, dan jgn lupa pesan aku.. “JANGAN TEGUR”!! Kalau nampak diamkan je. Bye korang.

-yaya-

5 thoughts on “JANGAN TEGUR!!!”

  1. Soal tegur menegur ni kdg benda tu lumrah manusia penuh pertanyaan kan…
    Kdg tu udah mcm tindakan refleks plak…
    Dh TERtegur br otak jln berpikir ape yg kita tegur td tuuuu…

    Reply
  2. Yes.. Itulah sepatutnya yang perlu kita amalkan.. Ayat2 suci Al-Quran jangan pernah tinggal.. Ayat Qursi tu amalkan selalu sebab itu adalah pendinding dalam hati kita 🙂

    Reply

Leave a Comment