”Janganlah Menangis”

Assalamualaikum kepada seluruh para pembaca ruangan FS. Dan kepada admin, terima kasih jika menerima story aku untuk disiarkan diruangan FS ini. Sekadar ingin memaklumkan kepada semua pembaca bahawa ini pertama kali aku menulis cerita/pengalaman seram diruangan ini. Hope korang semua sudi membacanya. And sorry jika ada kekurangan dalam cerita ini ataupun tak seram ke, takpa lah. Niat hanya ingin berkongsi cerita. 

Kisah ini terjadi pada pertengahan tahun 2015 dan ianya berlaku di rumah sewa ku yang terletak berdekatan dengan masjid area batu muda, KL. ( pandai-pandailah korang teka eh. Hehe) ini zaman dimana aku masih lagi bergelar student bagi semester terakhir sebelum menamatkan pengajian dalam diploma pendidikan. Aku mula menyewa rumah tersebut pada awal tahun 2015, dek kerana rumah sewa itu berdekatan dengan kolej aku(5minit je walking distance) dan harga sewa rumah tersebut berpatutan bagi seorang student. Selama aku tinggal dirumah itu, tiada apa gangguan mahupun kejadian angker yang berlaku, semuanya baik-baik saja. Walaupun terkadang member-member lelaki aku selalu menyakat aku tentang ‘pokok besar’ dihadapan rumah tersebut, namun aku buat taktahu je sebab tiada apapun berlaku sepanjang aku tinggal disitu.

Sehinggalah tiba satu malam ni, malam dimana aku ‘terkena’ gangguan yang tak akan aku lupa seumur hidup aku. Sebelum aku meneruskan kisah gangguan tersebut, aku Cuma nak bagitahu kepada para pembaca, yang aku ni jenis suka stay up sampai lewat malam untuk menyiapkan assignment or layan K-drama(sebab tengah malam je wifi kat rumah sewa aku ni laju). Dan dalam rumah tu, bila malam je aku akan jadikan ruang tamu sebagai tempat tidurku. Ini kerana ianya lebih selesa dan sejuk berbanding tidur dalam bilik. Memandangkan rumah sewa aku ni kecil je dan hanya ada dua buah bilik. Bilik dihadapan berdekatan ruang tamu ada dua orang duduk, aku dan dua lagi kawanku duduk bilik kedua yang dekat dengan dapur. Jadi ada lima orag kesemuanya didalam rumah tu.

Okay, berbalik kepada cerita gangguan tersebut, pada malam itu aku masuk tidur awal, awal dari jadual tidurku sebelum-sebelum ini. Mungkin kerana pada siangnya kelas habis lewat petang dan aku kepenatan untuk stay up seperti malam-malam sebelum nya. Jam sudah menunjukkan detik 12 malam, aku pun bentang tilam dan bantal diruang tamu lalu menutup lampu bagi menaikkan lagi aura tidurku. Housemate aku yang lain dah senyap dibilik masing-masing menandakan mereka sudah lama dibuai mimpi. Nak dijadikan cerita, tengah syok aku tidur, tiba-tiba aku terdengar suara perempuan seolah-olah sedang bertengkar, aku dalam keadaan masih separa sedar tanpa berfikir panjang terus melelapkan mata semula. Kerana dalam fikiranku mungkin jiran depan rumah aku ni tengah gaduh kot.(Aku ni jenis cepat tersedar jika ada something jadi)

Tidak lama selepas itu, aku terdengar lagi suara perempuan diluar rumah sewaku ini. Kali ini bukan lagi seakan bertengkar, tetapi suara perempuan yang sedang meraung/merintih/menangis mendayu-dayu dan suara itu kedengaran amat menakutkan.Aku yang tadi nya mengantuk, terus segar bugar dibuatnya dek kerana terdengar bunyi sebegitu. Aku lihat pada skrin telefon, jam menunjukkan pukul 3.34am (aku masih ingat waktu itu sehingga sekarang). ‘’damn! Waktu macam ni juga ‘dia’ nak bunyi’’ monolog ku dalam hati.

Bunyi tangisan itu semakin lama semakin kuat kedengaran jelas diluar tingkap rumah sewa ku ini. Dan ianya seperti sedang mengelilingi ataupun berlegar-legar diluar rumah, ini kerana aku yang sedang berselubung didalam comforter mendengar suara tangisan itu sekejap dibahagian luar dapur, sekejap lagi betul-betul diluar tingkap ruang tamu ini. Masa tu hanya Allah je tahu betapa rasa takutnya aku, meremang bulu roma ni takpayah cakap laa. Rasa nak terkencing pun ada. Sedang aku dalam ketakutan, aku perlahan-lahan menyelak sedikit comforter aku untuk memberi ruang udara masuk. Lemas kot berselubung lama-lama dalam comforter tebal.

Dan saat dimana aku menyelak comforter itu tadi, saat itu lah aku ternampak.. okay, sampai sini je dulu cerita aku. Masa tak mengizinkan aku untuk meneruskan cerita ini. Dan risau juga jika terlalu panjang nanti ada part yang terpotong, so aku akan sambung dalam masa terdekat ini juga. Thanks kerana sudi membaca dan harap korang ternanti nanti lah ye sambungan nye. Maaf jika jalan cerita kurang menarik.. 

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

24 thoughts on “”Janganlah Menangis””

  1. kalu rse nk separuh2…xyah citerla…ape daaaaa.. len kali kalu free baru taip xdela nk benti2 kat trafic light.. ehhh angin plak rasa

    Reply
  2. asenya baik panjang berjela,feel pown xde terpotong cm black out,drpd buat smbgan,dh kna cari feel balik…adoiyaiiii……

    Reply
  3. Keadaan cerita tergantung ni mmg nampaknye sgt disengajakan…
    Sengaja nak menyakitkan hati pembaca…
    Sebab payah sangat ke nk abiskan menaip beberapa perkataan lg apa yg die nampak bile selak comforter tu…

    p/s: Akk tak perlukan keyboard/keypad warrior yg nak membela keadaan menggunakan bahasa kotor atau mencarut2 yer… Sekian…

    Reply
  4. Ok..xpe, xyah sambung pon xpe..x heran pon.. xbest mana pon cerita ko.. byk lg cerita lain yg best2.. hehe..

    Sebbaik baca komen dlu..haha..

    Reply
    • Mende lah kau ni. Wujud lagi manusia mentaliti kelas bawahn mcm kau ni. Mungkin si penulis ada hal tak dapat elak or mugkin saja nak gimik bagi cerita ni ramai baca. Ape dahh.

      Reply
  5. Pantang betul crita sekerat2 mcm ni. Kalau nak tulis mcm ni baik tak payah, buang masa kau dan buang masa orang yg baca. Kalau kau nak tulis, tulis lah masa kau betul2 free, citer bagi habis. Serius aku menyirap gila baca part last. Dah2 kau xyah sambung dah. Hilang mood terus nak baca. Admin pun satu, please la kalau citer sekerat2 mcm ni tak payah post lah. Maaf bahasa aku kasar sbb aku panas giler baca.

    Reply
  6. pasal ni ler aku malaih dah nak baca FS….hang bleh melingkop ler dengan crita2 hang tu..takyah sambung la ngok.. *satgi mai la geng2 dok backup.

    Reply

Leave a Comment