Janji Si Tanduk : Zaman MRSM

Cerita ni masa aku kat MRSM ** – ***** dulu. Masa tu aku form 5 tahun 2001. Ok sebelum aku start citer, disclaimer dulu. Ni memang cerita yang betul2 jadik dan aku tengok depan mata aku sendiri. Tak ada tokok tambah sikit pun. Tujuan aku cerita bukan sahaja nak share, tapi untuk bagi iktibar atau panduan untuk rakan2 semua. Kalau ada siapa2 yang ex-student maktab ni memang patut tahu cerita ni.

Dulu aku dengan member2 aku ni memang jenis gila2 sikit. Bukan gila2 hisap rokok ke, skodeng ke, gila gila maksud aku memang jenis yang suka cakap merapu la. Kat maktab ni tak macam maktab2 lain, diorang pakai bilik tidur, tapi kat sini pakai dorm. So aktiviti hujung minggu kitorang ialah berkumpul kat tengah2 dorm tu, bukak cerita2 hantu. Standard budak sekolah la. Kalau bukan cerita kutuk cikgu kerek, mesti cerita hantu. Dua tu je. Kitorang punya member2 sembang hantu ni kalau nak sebut semua memang tak cukup tanah la, so untuk cerita aku ni, ada beberapa orang penting yang terlibat. Shahmi, Joe, Muz, Muje dengan Suhardi.

Agak typical la cerita aku ni, seperti biasa, bila berkumpul2 gini, ko memang start rasa takut la. Normal la dah cerita2 hantu takkan rasa lucu pulak. So makin lama, bila makin takut, mereka2 yang asalnya duduk jauh2 tu semua pun tepek2 la duduk dekat2. Ni la aktiviti kitorang malam minggu. Selagi tak kena sound dengan pak guard atau warden, hampeh nak tidur awal.

So, cerita dia start bila ada satu malam tu, ada mamat ni dari dorm lain tiba2 masuk dorm kitorang. Nama Ezad. Junior kitorang la time tu. Asalnya kitorang sound suruh dia balik, tapi dia ni memang rapat dengan batch kitorang. Bukan sebab apa, sebab masa tu, member aku Shahmi ni ada adik form 2 kat situ. Kira adik beradik masuk mrsm la ni. So mamat Ezad ni member baik adik Shahmi ni, nama Zafi. Setelah penat nak halau, kitorang pun kasik la dia join kitorang. Dengar aje, tak boleh tambah apa2. Junior la katakan.

Aku ingat lagi, masa tengah bercakap tu, budak Ezad ni cakap, “abang tak takut ke sebut2 hantu ni, orang kata kalau kita sebut2 hantu, dia akan ada jarak 7 meter je dari kita”. Tu dia, ayat yang cukup untuk hantar kitorang semua masuk tidur. Dalam hati tu nyumpah2 jugak la sebab potong stim nak bercerita sampai pagi. Tapi bendanya tak bertahan lama, lepas je budak tu blah, kitorang macam sambung cerita tapi dari katil masing2 la (katil double decker) & tak lama lepas tu berhimpun balik. Pendek cerita, masa kitorang tengah cerita2 tu, tiba2 aku macam terbau sampah busuk gila. Aku ingat lagi, time tu member aku ni ada sorang kena cekam kuku (cagu), so Joe pun sound la, weyy busuk gila bau sampah. Dengan tak semena2 lagi sorang member aku ni sekeh kepala Joe & kata, “apa2 pun jangan tegur, buat taktau je”.

Masa tu baru aku perasan, tu memang bukan bau cagu, tu bau sampah. Sumpah busuk gila. Rasa nak muntah ada jugak. Tiba2 kan, bau tu hilang kejap. Tapi tak lama ada balik bau busuk tu. Tapi yg kali kedua tu dah bukan bau sampah, tapi bau macam getah tayar kena bakar. Berdasarkan apa yg kitorang duk asyik cerita sebelum2 ni, kitorang memang tahu la bau getah tayar terbakar tu adalah bau toyol. Sebab toyol ni jauh akan bau sampah, tapi kalau dia dah dekat betul dengan kita, dia akan bau macam getah terbakar. Masing2 pun dah faham sendiri & terus naik tidur. Aku tidur berkepit dengan member aku Shahmi ni. Sambil2 nak terlelap tu sempat lagi la kutuk member aku yg kaki ada cagu tu hehe. Sempat lagi tu dalam hati aku.. lepas tu kitorang terlelap.

Tengah2 syok tidur tu, aku tak ingat la pukul berapa time tu, tapi tiba2 budak Ezad ni tadi datang balik & kejut member aku, si Shahmi ni. Dia suruh bangun sebab ada emergency. Katanya, adik Shahmi yang duduk kat dorm lain dari tadi menangis tak berhenti & tak boleh nak pujuk mahupun tegur. Gaban apa nangis pun nak kejutkan abang, pandai2 la, dalam hati aku. Dah la tu kot kejut abangnya saja takpe jugak, ni siap bukak lampu dorm. Perghh time tu darah senior aku tiba2 menyirap. Aku sound la, apahal sampai bukak2 lampu kan. Dia bisik slow je kat Shahmi (aku kat sebelah Shahmi), “adik abg nangis sebab nampak toyol”.

Pergh..time tu tuhan saja yang tahu. Aku celik mata & perasan member2 aku yang lain tu ada lagi yang tengah bersembang, tak tidur lagi. Aku terkejut dengar dia cakap toyol, aku pun macam tanya dia, “toyol???”. Member2 lain dengar aku sebut.. Demm. Semua tengok sama sendiri. Kitorang ingat kitorang yang duk bercerita pasal toyol tu. So, mana member2 aku yang tak terjaga, kitorang biarkan je. Mana yang ada je pergi tengok adik Shahmi ni. (itu la yang dalam cerita ni ada joe, muz, muje dengan suhardi). Kami ni golongan yang terjaga & yang belum tidur lagi time tu. So, terus ke dorm adik shahmi ni (nama adik dia ni zafi).

Aku masuk je dorm dia (lagak senior la), sound budak2 dorm tu (diorang form 2) “ni apahal ni..tak tidur lagi..!!” Masa aku sampai tu, aku tengok yang kerumun katil Zafi ramai gila, satu dorm tu rasanya, siap yg kat hujung2 tu jengket2 kaki lagi nak tengok keadaan Zafi. So straight away kitorang tahu malam ni memang ada masalah. Member aku Shahmi ni jenis cool sikit, dia pun tepis2 orang yang kerumun tu sebab nak pergi ke katil adik dia. Aku dengan member2 ngekor belakang jela. Hehe. Best jugak time tu, rasa senior gila sebab masa kitorang sampai budak2 macam kasi laluan kat kitorang.. Hehe..

Tapi… Bila tengok je adik dia, kitorang semua tengok sama sendiri. Adik dia ni yang jenis memang bertubuh kecik sikit, kurus je. Dia memang nampak ketakutan sangat2. Katil dia kat hujung dorm, time kitorang sampai tu, dia mengerekot gigil2. Lutut dia rapat kat dada & tangan dia genggam dua2 letak depan muka sambil nangis2. Memang mengerekot la. Apa lagi, si abangnya pergi la tegur dia. Shahmi ni slow2 je tanya.. “mu ni kenapa?”. Dia sentuh je adik dia, adik dia macam kuatkan dengusan sambil tepis2 tangan Shahmi ni. Memang pelik la..

Kitorang tanya la member, apa yang jadi sebenarnya. Yang Ezad ni kata, masa dekat2 nak tido tu (time2 kitorang tengah bersembang lagi la), Zafi pergi tandas & balik lari2 terus mengerekot. Awal2 tu dia kata toyol.. toyol.. tapi lama2 tak bercakap terus.. nangis2 dengan dengus2 jer.

Agak lama la kitorang kat situ sampai last sekali, baru adik dia macam dapat terima, yang tu abang dia. Dia menangis peluk abang dia. Menangis la macam orang hilang mak bapak. Yang abangnya, Shahmi ni macam blur2 tengok kitorang2 sama sendiri. Tak lama lepas tu semua pun macam dah ok sikit. Yang Zafi ni pun mintak nak tidur dengan abang dia, so kami bawak balik dia & dengan kuasa senior yang ada, kami suruh semua bersurai & tidur.

Malam tu, semua tidur tak lena sebab kitorang tau adik dia memang cakap betul. Sebabnya, daripada timeline cerita Ezad, kitorang memang tau adik dia bukan buat2 cerita, sebab kitorang dah ada feel benda tu datang dari awal lagi. Cuma adik dia ni ter”special” pulak, nampak.. nasib la.. Cerita khamis malam jumaat tu tamat kat sini.

Esoknya pulak, seperti yang dijangka memang kecoh satu sekolah pasal nampak toyol ni. Kat Terengganu, hari jumaat cuti so memang pagi jumaat tu meriah la budak2 junior tabur cerita. Siap ada yang pergi dorm budak2 tu nak tanya cerita. Kitorang buat derk je masing2 malas nak tokok tambah. Ada la beberapa yang datang bertanya, tapi time tu aku just jawab, aku mengantuk semalam, tak ingat apa pun. Malas nak cerita panjang2.

Si Zafi ni pulak, satu hari memang murung je. Sepanjang hari macam biasa je, cuma murung. Sehinggalah ke waktu lepas2 asar dekat2 nak maghrib. Kitorang kat sana sebelum maghrib ada ro-call dulu. Kumpul depan surau. Kitorang macam biasa la, duduk jauh sikit. Budak2 skema je pergi queue depan2 tu. Hehe. Tiba2 dengar macam kecoh. Ada orang pengsan. Dan dalam kecoh2 tu, aku macam dengar la diorang panggil2 nama Shahmii..Shahmii.. Baru kitorang tau yang pengsan tu adik Shahmi, Zafi.

Ustaz pun suruh Shahmi & the geng angkat adik dia ni. Yer la, dah adik dia pengsan, abang la yang mengangkat. Aku pun tolong la, papah dia masuk surau. Sebelum tu, aku cerita dulu, surau maktab aku memang besar gila, sebab asalnya adalah dewan makan dan disebabkan sebab2 tertentu, diorang tukar la jadi surau, so memang besar la. Ngam2 aku dengan Shahmi letak adik dia ni, tak semena2 tangan dia berayun sepak muka aku. Korang boleh bayangkan tak, mata dia tertutup, badan dia terbaring lagi, tapi tangan dia memang libas2 siapa yang dekat.

Sementara tu, budak2 yang habis ro-call tadi pun semua dah start masuk surau & lalu la depan adik dia ni. Pelik gila, walaupun mata tutup, terbaring, dia seolah2 tahu kalau ada orang lalu atas kepala dia. Tangan dia akan libas2 ala-ala sapu karpet kalau ada orang dekat dia. Masa tu aku tengok Shahmi, tengok Muz, aku kata, ni dah lain dah ni. Kitorang panggil ustaz & bagitau tau bla bla bla, ustaz sendiri pergi kat Zafi ni. Mula2 time dekat2 Zafi ni takde pulak gerak2. Ustaz aku mula2 macam tak percaya, tapi tiba2 tangan dia naik sepak muka ustaz tu. Aku gelak jugak la sikit hehe sebab nampak ustaz tu macam kalut2 undur2 ke belakang sambil tepis2. Tapi serius, posisi yang sama, mata tertutup, tapi tangan dia akan libas2 kalau ada orang dekat2.

Kami dapat arahan ustaz kata tinggal je kat situ dulu, suruh semua pergi sembahyang jemaah. Cuma Shahmi jela yang ada tengok2 kot adik dia sedar ke apa ke. Bagusnya, time sembahyang tu takde pulak macam dia meracau ke apa ke, elok je. Habis sembahyang, ustaz aku ni pun jirus muka dengan air & Zafi ni sedar la.. tapi dia memang lembik sangat. Cuma satu je yang dia cakap, dia lapar sangat2.. so kitorang bagi makan roti sikit. Memang lembik condition Zafi. Muka pucat sampai aku nampak bibir dia biru sikit2. Dia tak larat jalan, so aku dengan Shahmi papah dia balik ke dorm dia.

Ok, cerita dia start bila kat dorm tu. Aku dengan Shahmi dah rasa macam lain sikit, sebab sebaik saja sampai kat dorm dia tu, adik dia ni bunyi macam mengerang. Kalau korang nak dapat gambaran dia, korang bayangkan bunyi dengus lembu yang dekat2 nak mati lepas disembelih tu.. ggrrhh.. ggrrhh… susah nak cakap bunyi macam mana, tapi kalau korang duduk sebelah & dengar bunyi mamat ni mendengus, mesti korang cuak gila.

Tak lama lepas tu, ustaz aku sampai kat dorm, nak check keadaan Zafi ni. Kitorang tak cakap apa2 kat ustaz, kitorang hanya diam & ustaz tu sendiri dah macam hilang akal dah bila tengok. Kalau tadi Zafi tu hanya dengus2 kuat2 jer.. tapi ustaz tu sampai, mata dia pulak siap tertutup separuh & kelopak mata kiri kanan dia getar2. Bayangkan mata vibrate2 & suara dengus2. Serius cuak gila. Ustaz aku kata, “ermm ni ustaz memang tak boleh buat, ustaz taktau ilmu2 batin ni”. Dia kata dia nak balik rumah try tanya org2 yang tau sikit.

Sebelum ustaz keluar dari situ, ustaz tu kata jaga Zafi ni. Jangan gurau2 dengan dia. Ustaz kata, benda tu memang dah masuk dalam badan dia, cuma macam tak betul2 kontrol lagi. Sebab tu mata Zafi ni macam gegar2. Ustaz pesan jangan buat apa2 sampai dia balik. Aku, Joe dengan Muz faham2 je. Kitorang take control, untuk make sure orang tak datang dekat, kitorang halau semua yang dalam dorm tu & kitorang 5-6 orang je dalam dorm tu. Time tu budak2 lain memang penuh gila kerumun kat luar dorm nak tau apa jadi.

Aku, Joe, Muz, Muje dengan Suhardi, semua cuak sebenarnya. Kitorang jaga kat pintu dorm je, agak jauh la dari katil. Takde siapa kecuali Shahmi yang berani duduk dekat Zafi. Shahmi ni duduk betul2 kat kaki adik dia, tepuk2 kaki adik dia. Agak lama jugak la keadaan macam tu maintain sehinggalah tiba2, aku dengar Shahmi jerit2 kat adik dia. Adik dia yang tadi elok, tiba2 je dengus kuat2 balik & start sepak2 Shahmi. Dengus2 tu sama je, bezanya kali ni mata dia dah fully terbukak. Taklah terbeliak tapi terbukak la. Si Shahmi ni pun macam nak pegang2 adik dia, ditendang jugak sekali dua. Lepas tu, Shahmi ni dah macam tak tahan, dia berganjak duduk jauh2 sikit.

Kitorang tahu si Zafi ni memang dah kena rasuk. Tak logik sangat tadi dia lembik gila, tapi kali ni dia duduk bersila atas katil tu tenung kitorang yang ada kat pintu dorm. Cuak gila. Tenung tu macam tundukkan kepala sikit, kira tengok pakai hujung2 mata la. Muka standard masam. Dia bersila & dua2 tangan dia atas lutut. Gerun sangat bila si Zafi ni bertindak pelik. Mula2 dia buka pose bersila tu, kejap kang dia baring tengok siling, lepas tu bersila balik, lepas tu baring balik. Lepas tu pergi jalan2. Lepas tu bersila balik.

Shahmi ni cakap slow2 jer.. “Zafi..ni aku ni Shahmi. Kau kenal aku tak?”. Apa yang berlaku lepas tu memang betul2 diluar jangkaan kitorang. Suara Zafi dah lain & yang paling kitorang cuak, dia dah tak cakap bahasa melayu dah, dia dah start cakap siam. Prong prang prong prang.. sepatah apa pun kitorang tak faham. Serius. Sambil2 cakap sambil2 ludah2 kat tepi, ludah ke atas. Lepas tu badan & mata vibrate macam aku ceritakan tadi..

Kitorang tak berani nak buat apa2, so semua pun terjelopok je kat tepi pintu masuk tu, tak ada siapa pun berani nak dekat termasuk Shahmi2 ni skali. Bodohnya kitorang time tu, kitorang masih lagi ada dalam dorm tak keluar2. Huhu. Masing2 diam je tengok tabiat si Zafi ni. Kalau lepas dia jalan2 kat hujung dorm tu, bila dia duduk bersila je mesti tundukkan kepala sambil usha kitorang balik sambil sengetkan kepala macam tadi.

Lama jugak lepas tu, ustaz aku sampai balik, dia kata kawan dia tak ada yang boleh buat, dia terpaksa mintak tolong sorang bomoh ala2 siam area2 tu jugak (sebenarnya ustaz aku tak berapa suka bomoh siam ni, memang la diorang ni buat jadik, tapi banyak yang boleh menyesatkan). Ustaz bila tengok je si Zafi ni dah kena sampuk, dia istigfar.. “astargfirullah..apa dah jadik ni”. Aku nampak ustaz dah kecut tengok zafi ni duk ulang2 buat benda yang sama – duduk, baring, berdiri, jalan2, lepas tu duduk bersila balik, tenung kepala senget2. Ulang benda yang sama je tapi time ni Zafi tak agresif lagi la..

Ustaz pun berbisik kat kitorang, dia kata in shaa Allah sekiranya dibacakan yassin ke kepala dia, benda tu boleh keluar. Aku dari awal lagi dah curiga, sebab dari awal ustaz tu kata dia memang takde ilmu2 nak lawan jin ni. So ketar jugak, kang baca2 yassin jadi apa2 kang, siapa nak lawan. Ustaz tanya kitorang berani tak kalau nak pergi grab Zafi. Yang kitorang ni tujuh orang, badan gaban2, si Zafi ni bertubuh kecik je, so kitorang macam ok je la kan. Lepas je dapat sign ustaz, aku, Shahmi, Suhardi ngan Muz pergi rapat2 dengan Zafi & nak pegang dia.

“Korang nak tangkap aku ke?”, dengan tiba2 suara lain pulak berbunyi. Dah bukan suara siam tapi suara macam budak2 pulak. Berhenti kejap kitorang tengok sama sendiri, faham yang kitorang nak tangkap ni bukan sekor je, tapi sekarang at least dua ekor. Siam dengan budak. Dan kitorang tak tahu berapa ramai lagi yang ada, yer la kan mana nak nampak benda2 gini. Ustaz bisik kat kitorang, jangan takut, dia tak boleh bunuh, dia hanya boleh takut2kan kita. Time tu rasa berani tu ada sikit (sambil tangan ketar2 jugak la). Kitorang slow2 rapat kat Zafi ni & dia masa kitorang dah dekat tu, yang siam pulak masuk. Muka senget2 kiri kanan kiri kanan sambil baca2 ayat siam kat kitorang, seolah2 sumpah kitorang. Lepas tu ludah2 kat kitorang..cilake. Cuak gila. Tapi berkat berani dalam diri masing2, kitorang cepat2 tangkap & pegang dia.

Korang bayangkan, Zafi ni lebih kurang 5 kaki je..kurang kot, tapi yang memegangnya ni dekat tujuh orang. Dua orang kaki kanan, dua orang pegang kaki kiri, tangan kiri sorang, kanan sorang, sorang tekan pinggang jangan bagi dia menggeliat2 & aku dengan sorang lagi cengkam kepala dan tekak. Kuat gila. Siap awal2 tu ada yang melambung2 kena terajang. Yang peliknya, sebaik saja ustaz aku sentuh dia & ustaz bagi salam, “assalamualaikum..”, Zafi ni terus pengsan. Diam je..

Agak lama dia diam macam tu, kitorang tanya ustaz, macam mana ni, ustaz kata mintak betulkan posisi dia & ustaz suruh pegang jugak walau apa pun. Sebab daripada apa yang ustaz tahu, benda tu takkan pergi cara baik. So kitorang expect dia akan datang balik anytime. Ustaz pergi ambik wuduk dan suruh setiap sorang yang pegang tu gilir2 ambik wuduk. Turn aku pergi ambik wuduk kat toilet luar, ramai gila budak2 luar bertanya, macam mana, apa jadi, bla bla bla, tapi aku diamkan je. Habis ambik wuduk aku masuk balik & diorang pass yassin kat aku. Ustaz kata kita nak bacakan yassin tapi masing2 mesti pegang Zafi jugak sambil baca.

Start je baca macam ok lagi, lama lepas tu mata Zafi ni bukak balik. Bukak je mata, nangis2. Muka lesu & takut2. Dia tanya, kenapa ni, apa jadi ni, apasal pegang aku ramai2. Ustaz pun tanya “siapa kamu”, dia kata la “saya Zafi ustaz, kenapa ni?” sambil nangis2. Ustaz pun bagi isyarat suruh kitorang lepaskan. Kitorang lepaskan je, Zafi ni terus duduk bersila balik macam yang asal2 tadi. Aku dah tengok member2 aku yang lain, sebab kitorang tahu tu memang benda tu punya stail duduk.

Peliknya dia ni macam Zafi betul, tanya apa dah jadi, kata dia lapar la, sakit la, tapi kitorang semua tahu itu bukan Zafi. Sebab Zafi memang sepatutnya lembik gila tak boleh nak bangun. Yang ni siap pergi jalan2 tengok tingkap & kata “ramai jugak kan hari ni”. Ustaz pun macam dah start sedar yang tu bukan Zafi tapi kitorang buat bodoh je tunggu time nak tangkap balik. Disingkatkan cerita, kitorang grab balik Zafi ni & dia macam berpura2 lagi.. “abang.. abang.. apa ni.. sakit la.. kenapa ni..” sambil nangis2. Memang kalau tak sebab stail duduk tu, kitorang memang percaya la tu Zafi.

Ustaz kata jangan layan, baringkan dia, kita baca balik yassin. Kalau betul dia Zafi, dia patut ok je. Dengar jer ustaz cakap macam tu, baru la benda tu tunjuk diri dia, senget2kan kepala balik & kata, “korang ingat aku takut yassin ke? Kehkehkeh. Jom kita baca sama2. Jom laa.. Jom laa.. Kehkehkeh”..

Banyak lagi la yang dia mengarut, kitorang buat tak dengar je. Untuk pengetahuan korang, malam tu macam2 yang bergilir2 masuk badan Zafi, aku rasa at least tujuh jenis kot, semua lain2 suara, lain2 stail bercakap. Kitorang bacakan yassin & salah satu daripada ramai2 jin tu siap ikut kitorang baca yassin. Sumpah aku tak tipu korang. Bila dia baca je, semua berhenti & tengok ustaz. Dia siap boleh mencelah, “kenapa berhenti, aku tengah syok ni. Kehkehkeh..”

Tapi kitorang habiskan jugak yassin walaupun tahu yassin tak memberi apa2 kesan kat Zafi. Bayangkan la, asal baca je, dia yang habiskan ayat tu dulu laju2. Lepas tu tunggu kitorang masuk ayat lain. Masuk je ayat lain, dia habiskan ayat tu laju2. Tunggu ayat lain pulak. Sampai habis semua yassin. Yang kelakarnya habis je ayat last, kitorang diam je mati akal, Zafi ni pulak yang siap baca “sodakollah hul azim” siot betul..

Malam tu berterusan dengan kitorang pegang Zafi je. Dalam hati betul2 mengharapkan ada orang yang boleh bantu, kalau takde jugak, sampai ke subuh la pegang dia. Aku nampak ustaz dah beberapa kali angkat telefon. Dalam hati, dah ada orang nak tolong kot. Sementara tu, kitorang ni macam syok pulak layan2 jin dalam badan Zafi. Daripada perbualan tu, ada beberapa yang macam baik2 je, ada yang agresif. Kalau yang baik tu, kau ajak bercakap pun dia layan je, contohnya yang budak tadi, lepas tu ada perempuan & ada yang bahasakan diri dia pendek. Yang agresif tu yang siam & satu lagi panggil tanduk.

Salah satu daripada perbualan kitorang, Muz ni tanya budak, kau dari mana, dia kata dia dari KL. So Muz tanya macam mana sampai sini, naik bas ker? (sambil gelak2). Dia jawab ”terbang la bodoh..haha”. Yang kelakar tu, dia kata “ok la, aku dah nak keluar ni, boleh bagi ruang sikit tak & bukakkan tingkap tu” yang Shahmi ni pergi la bukak tingkap, last2 kena tipu je. “Aku tipu jela.. Hehe. Bukan senang masuk2 badan orang ni.. Heheh”..

Yang perempuan ni pulak, dia kata dia tinggal kat batu tinggi kat sana (sambil jari tunjuk2 kat dorm budak perempuan). Kitorang faham la dia nak cakap dia duduk atas bumbung tu. Cuak gila bila dia kata “aku ni dah lama area ni, hutan lagi dulu.. korang datang ramai2 tempat aku buat apa, tapi aku tak kisah, aku nak kacau korang tapi kacau jela. Aku bukan boleh bagi orang nampak aku pun”. Dalam hati aku kata agaknya yang power2 je kot boleh tunjukkan diri ni.. entah la. Begitulah antara yang baik2 punya jin, boleh cakap2 macam biasa je. Dia akan ceritakan kisah dia, dia buat lawak2 bodoh yang kitorang taklah rasa kelakar sangat.

Malam tu aku ingat memang banyak sangat yang tukar2 masuk badan Zafi. Setiap kali dia keluar, Zafi akan pengsan macam biasa, kalau celik je maknanya dah ada yang lain masuk la. Yang menakutkan, kalau yang agresif macam siam dengan tanduk ni masuk, dia punya menggeliat lain macam sikit. Memang kena pegang kuat2. Kalau melambung2 tu biasa la. Aku pun naik pelik macam mana badan kecik macam tu kena rasuk jadi kuat gaban. Siam dengan tanduk ni kalau masuk memang akan sumpah2 kitorang. Aku pegang kepala Zafi ni, dia macam tak suka aku pegang kepala, banyak kali dia macam baca2 mantera apa2 entah, lepas tu hembus kat aku dengan member. Cuak. Kalau korang tengok cerita longkong, hah macam tu la sebijik mantera2 yang dia baca. Aku ni taklah tau bahasa siam, tapi aku tau tu bukan perbualan biasa, memang macam membaca jampi2. Siap hembus2 pulak kat kitorang.

Yang tanduk ni pulak, tak boleh kalau pegang keras sikit. Dia kata dia dah lama tak masuk & dia tak kacau orang, dia cuma nak pakai Zafi je. Mana abangnya nak bagi, siap Shahmi ni tepuk2 dahi Zafi kalau dia merapu2 sangat. Yang lain2 termasuk aku pun, kadang2 time dia cakap bukan2 sangat, kitorang tepukkan je dahi dia (dalam hati berani la sebab ramai, kalau sorang ampunn..). Tanduk ni bengis gila. Dengus2. Geleng2 kepala kuat2. jerit urghhh… huarghh.. macam2 lagi jerit dia. Pakcik mana tanduk ni sebenarnya aku taktau la. Sebab suara memang kasar gila. Garau2 basah. Kadang2 suara dia macam 2 tone pun ada jugak..

Ada sekali tu, dia bengang gila dengan kitorang, dia cakap, “Baik korang lepaskan aku sekarang, kalau tak tujuh orang yang pegang aku malam ni, sampai cucu cicit korang aku cari, aku kacau.. aku janji aku kacau sampai kau akan ingat yang kau pernah pegang aku malam ni..” time tu longgar jugak la tangan aku menggenggam sebab time dia cakap tu dia betul2 tenung aku atas kepala dia. Siapa tak cuak. Ustaz kitorang je yang kuatkan semangat kitorang, ulang2 dia kata, jin tak boleh bunuh, dia kacau je.. jangan tunjuk lemah..

Keadaan tu berterusan sampai pukul berapa entah, ustaz aku kata dia nak ambik orang kat pagar. Tak lama lepas tu dia datang balik, bawak sorang ala2 sami. Baju oren, tasbih kat leher. Dia kata dia bukan sami, dia bomoh biasa je, tapi dia pakai macam tu untuk takutkan jin2 yang kacau Zafi. Tapi memang betul, masa tu tak silap aku yang perempuan tu ada dalam badan Zafi. Bomoh tu masuk je, yang rasuk Zafi tu jerit & keluar dari badan Zafi. Kitorang tau dia keluar sebab Zafi pengsan & tak melawan. So maknanya tak ada apa2 la dalam badan dia time tu.

Aku ingat lagi, bila je bomoh tu datang dekat kitorang, dia suruh kitorang lepaskan Zafi & dia sorang boleh handle. Aku mula2 macam tak percaya je bila nengokkan bomoh tu pun sekeping je. Sedangkan 6-7 badan gaban2 ni pun melambung2, inikan bomoh tu sorang. Tapi bila tengok balik biji2 tasbih sami kat leher dia tu, dalam hati aku cakap, ok kot, competent la ni kot.. Hehe..

Aku rasa dia ni memang power la, sebab start dia masuk sampai dia betul2 duduk kat pangkal katil, Zafi tak dirasuk pun. Comel je duduk diam2. Bomoh ni start baca2 entah apa benda yang aku tak faham & tiba2 Zafi ni bukak mata. Menjerit macam orang gila.. menjerit bukan jeritan agresif, tapi jerit macam takut sangat2. Dia hanya mengerekot kat katil macam tutup muka dengan lengan dia, tapi bomoh tu paksa dia tengok muka bomoh tu. Bomoh tu pulak sambung baca entah apa entah, aku pun tak faham. Zafi ni jerit2 lebih kurang seminit sebelum dia pengsan balik.

Lepas tu bomoh tu mintak kitorang datang rapat balik sebab dia nak cakap sesuatu. Dari apa yang bomoh tu kata, dia kata zafi ni lemah semangat. Kitorang cerita la yang pasal toyol tu semalam. Lepas tu dia macam angguk faham, dia kata orang semangat lemah ni, banyak kes kalau nampak mesti ending kena sampuk. Sebab time lemah tu, benda2 ni senang nak masuk. Kitorang angguk2 faham jela. Dia kata ada at least 11 jin yang kacau Zafi malam ni, ada yang masuk dalam badan zafi, ada yang datang tengok je untuk gelak2. Ada yang masuk tu untuk suka2 (budak & perempuan tu la agaknya), ada yang betul2 nak rosakkan badan Zafi (aku suspek siam dengan tanduk). Kata bomoh, apa yang ustaz cakap tu memang betul, dia tak boleh bunuh, tapi pernah terjadi bila badan kena sampuk, benda tu akan langgar dinding, langgar benda2, ambik barang2 & ketuk kepala. Kadang2 boleh lebam atau lebih teruk patah2. Sebab tu kalau ada yang kena rasuk, pegang jangan bagi dia jalan free2..

Dari apa yang bomoh tu cerita, kitorang faham yang jin2 lain semua dah setuju nak berhenti kacau, cuma ada tiga ekor lagi je yang taknak keluar. Kita dah agak dah, siam dengan tanduk ni takkan keluar senang2 punya, Cuma yang lagi satu ni kitorang tak tahu siapa, sebab setakat yang kitorang tahu, hanya dua je yang agresif, siam & tanduk. Bomoh tu suruh kitorang stay jauh balik, dia kata dia nak start halau 3 ekor tu supaya berhenti kacau. Kitorang follow jela. Dari jauh aku nampak bomoh ni letak tangan atas pinggang Zafi & slowly gerakkan tangan dia ke hujung kaki, sambil mulut baca bahasa apa entah. Kat hujung kaki tu, dia macam genggam tangan dia & tepuk dua belah tangan dia kat atas kaki Zafi. Dia buat benda yang sama je, ulang2.

Tiba2 si Zafi ni bangun, bomoh tu macam tak kisah je, dia biarkan Zafi round2 dorm tu sambil dia teruskan baca2 & tunjuk2 jari ke arah Zafi. Zafi bangun & dia buat balik macam mula2 tadi, dia jalan2, dia baring, ulang2..lepas tu jalan balik, pegang2 tingkap, tengok luar tingkap & duduk bersila. Bezanya kali ni, dia dah tak tenung kitorang, sebaliknya dia tenung bomoh tu. Lepas duduk bersila, dia bangun bersila atas katil pulak, sama jugak tenung bomoh tu sambil kepala senget2. Cuak kalau tengok dengan mata sendiri, sungguh aku cakap. Shahmi ni mata macam dah merah sikit dah, aku faham la apa dia rasa. Kalau adik aku kena macam tu pun aku sedih.

Bomoh ni biar je Zafi buat macam tu sehinggalah sampai satu peringkat, dia pergi dekat & tepuk dahi Zafi yang membuatkan Zafi ni pengsan balik. Dia pun ulang letak tangan atas pinggang & urut ke kaki macam tadi. Ada sekali tu, aku rasa bomoh ni lalai sikit, Zafi ni terjaga & jalan2, dia biarkan je. Last2 Zafi lari arah dia & sepak kat perut bomoh tu. Kesian jugak la tengok bomoh tu terguling2, dah la tu bangun bukannya sepak balik, bangun je terus sambung baca & cukup time dia tepuk dahi Zafi, confirm Zafi pengsan.

Sampai satu peringkat tu, kitorang rasa macam dah settle kot sebab Zafi pengsan lama gila tapi takde yang masuk. Memang betul, tak lama lepas tu bomoh ni panggil kitorang datang & bagitau yang masuk badan Zafi tu bukannya jin lain, memang jin tu dah lama dah kat maktab kitorang, cuma dia tak pernah kacau, ni 1st time dia kacau. Tapi dia dah halau tiga2 tu & ugut supaya jangan kacau lagi, kalau tak bomoh tu akan kurung dalam buluh, lempar dalam hutan ke, laut ke, tanam ke.

Kemudian dia pesan, jaga Zafi, dia ni jenis yang lemah semangat sangat2. Jangan bagi makan masam2, jangan bagi mandi lewat petang atau malam, jangan biarkan dia lapar, jangan bagi dia berenang. Apa2 jela yang boleh melemahkan badan dia. Bomoh tu kata selagi Zafi ni kuat macam orang biasa, tak ada benda boleh masuk. Diorang hanya masuk kalau badan betul2 lemah. Lepas tu bomoh ni pesan, “kalau boleh di kawasan asrama, awak dan kawan2 awak jangan bercerita pasal hantu ataupun jin, kerana apabila kita bercerita, kita tidak sedar bahawa mereka sedang turut serta mendengar apa yg kita ceritakan”. Zass… dalam hati aku, bomoh ni main kasi sipi2 pulak kat kitorang.. sound jela.. Hehe..

Upacara menghalau tu berakhir hampir pagi. Bomoh tu kata kalau Zafi kena kacau lagi, jangan takut, panggil je dia, siap tinggalkan no telefon lagi. Lepas tu ustaz aku bawak dia pergi mana pun aku tak tahu.

Si Zafi pulak esoknya memang lembik tak ingat & tanda2 lebam kelihatan kat pergelangan kaki dengan tangan dia. Yer la yang pegang tu besar2 padahal pergelangan dia kecik je. Sejak dari hari tu, aku paling pantang kalau ada junior2 berkumpul2 tengah dorm. Mungkin diorang bercerita benda2 lain, tapi aku memang taknak dah benda2 macam ni jadi balik, cukuplah sekali aku tengok jadikan sebagai pengalaman yang membuktikan benda2 ni memang wujud & cerita2 rasuk ni bukan dibuat2 atau dibesar2kan. In fact, sampai sekarang aku masih lagi ingat perbuatan Zafi malam tu tenung hujung mata, sengetkan kepala, usha kitorang dan jugak perbuatan dia ulang2 duduk bersila, baring, bersila, jalan2 lepas tu ludah2 kiri kanan. Bukanlah pengalaman yang menarik tapi cukup untuk mengingatkan aku bahawa di sesetengah tempat, kita mesti jaga2 dengan apa yang kita bualkan (amacam geng takut tak?)

Sebenarnya cerita aku tak habis kat sini. Korang ingat tak aku ada ceritakan tadi yang tanduk tu ugut untuk cari siapa yang pegang dia malam tu.

Aku memang kena time aku kat universiti, tapi lain kali la aku cerita. Panjang sangat dah ni.

31 thoughts on “Janji Si Tanduk : Zaman MRSM”

  1. tudiaaa , cita hg punyaa laa panjang tp best cuma kami pekik awat ustaz jaa tulun mna cikgu2 yg lain . Pelik aihhhhh .

    Reply
    • Tu la cita panjang. Ni antra cita panjang yg teman baca x bosan langsung. Yg lain ada yg panjang tapi teman mcm malas nk hadam. Tapi yg bro ni terbaik.

      Reply
  2. Suppose dkt situ kena ada ustaz yg boleh diharap. So takde lah kena pggl bomoh/sami etc. Dorg jampi apa pon semua menganga tak paham maksudnye. Kalau niat tak baik, tak ke naya jer si Zafi tu ?

    Reply
  3. Bagus2 cara penyampaian kau best la dik. Sama level dengan akak D13A dengan siDetektif tu dah.. Sambung lagi pasni pasal kat U pulak.

    Reply
  4. Terbaik la… seram doe… teringat masa kes mula2 aku dapat trace kawan sekerja aku mula di rasuk. Seram gila. Cuma waktu tu aku sorang.

    Reply
  5. Mmg tangki kt aspuri tu seram weiii..sbb aku n geng penah panjat n lepak situ..rase seram n meremang je..Pape pn MR Writer..lame x gr cite ko..menyepi ko skrg eh..hehehee..

    Reply
  6. Cerita ni masa aku kat MRSM ** – ***** dulu. Masa tu aku form 5 tahun 2001…

    MRSM “YT Besut.”

    YT (Yayasan Terengganu).

    Reply
  7. Cerita ni masa aku kat MRSM ** – ***** dulu. Masa tu aku form 5 tahun 2001…

    MRSM “YT Besut.”

    YT (Yayasan Terengganu).

    Reply

Leave a Comment