Kisah last yang aku cerita ialah kisah yang aku lalui masa aku kat universiti. Klimaks dia ialah bila aku dah dirasuk (dengan tanduk tu la) dan penghujung kepada zaman gelap aku kat universiti ialah bila seorang ustaz ni bantu aku slow2 ubatkan aku, kasi minum air yang dah dibaca etc. Dan lepas tu Alhamdulillah aku dah jarang kena kacau, walaupun ada masa-masa tu dia nak jugak gurau2.. Sebagai penutup kisah seram hidup aku ni, aku nak share apa yang aku lalui masa aku praktikal. Korang semua tahu kan, dalam tempoh belajar tu setiap student kena lalui latihan industri (LI). Masa tu agak buntu jugak la nak cari training kat mana yang boleh kasi pengalaman yang best.. cari punya cari aku berjaya buat training kat kilang cair & buat besi, Amsteel di Banting.
Sebagai persediaan untuk 6 bulan punya training, elok je selesai semua urusan register dengan company tu, aku terus cari rumah sewa. Dipendekkan cerita, aku bersetuju untuk sewa satu rumah ni, terletak di tengah2 antara Kilang Amsteel ni dengan Bandar Banting (tak ingat dah nama taman apa). Aku kongsi rumah sewa ni dengan course mate aku, nama Arip. Dia praktikal kat Telok Panglima Garang, agak jauh tapi dia sanggup ulang alik dari Banting ke Telok Panglima Garang. Aku tak kisah pun, janji sewa tong-tong.. Hehe..
Kat rumah ni la benda paling best pernah berlaku kat aku. Aduh.. Tapi kita akan bercerita balik pasal kejadian kat rumah ni kemudian. Aku nak bukak cerita pasal apa yang terjadi masa kat kilang Amsteel ni dulu.
Ok, korang semua tahu la kan, kalau dah nama kilang cair besi, buat besi, dah dikira industry berat la tu. Dan jumlah kematian disebabkan kemalangan kat tempat kerja kat sini memang tinggi la. Ada yang mati kena langgar forklift la.. Ada mati jatuh la.. banyak lagi la.. Tapi bukan itu yang nak aku ceritakan kat sini. Hmm.. Aku tak tahu sama ada disebabkan benda2 macam ni menjadikan tempat ni keras atau memang dia dah keras dari asalnya.
Ada sekali tu, masa tu furnace tengah shutdown.. so kitorang ada sejam sahaja untuk buat maintenen sebelum furnace start cairkan besi balik. So dalam tempoh ni, memang semua orang akan rushing la siapkan kerja masing2. Takde fikir benda lain, masing2 sibuk kejar masa. Nak dijadikan cerita, aku diarahkan oleh supervisor aku (Hakim) suruh ambil barang kat satu conveyor ni. Conveyor tu naik tinggi gila, kena naik tangga tinggi baru sampai tempat tu. Tempat ni memang orang dah bercerita dah yang pernah nampak benda pelik2, tapi aku masa tu memang rush kerja, so takde pulak terfikir benda2 ni. So panjat punya panjat, maka sampailah kat tempat yang aku nak ambik barang tu. Sunyi beb tempat ni, tinggi, berhabuk kuat sangat (habuk dari batu kapur atas conveyor tu) dan habuk2 ni warna putih. Memang berdebu gila, kalau korang jalan, habuk kat lantai atas pada paras buku lali lagi. Tapi disebabkan takut report supervisor buruk, nak tak nak aku redah je la nak ambik barang tu.
Tiba2 kan.. bila aku sampai satu tempat tu, aku rasa macam ada benda duk tengok aku. Mungkin takde tapi perasaan tu memang tak sedap. Ok..aku pernah bagi tahu kat korang kan, sejak berubat dulu walaupun gangguan2 dah kurang aku alami tapi aku still dapat rasa kalau benda2 ni ada dekat2. Tanda2nya aku rasa dada berdegup kuat, aku berpeluh, start fikir pelik2 etc. So inilah benda yang aku rasa masa aku kat atas tu. Tak semena2 aku rasa gemuruh tiba2, jantung aku berdegup dan aku start rasa ada benda kat situ. So cepat2 aku ambik barang tu dan turun bawah balik.
Betul2 sebelum aku nak start turun tangga tu, hati aku tak puas kalau aku tak tengok belakang, kenapa entah. Mungkin perasaan nak lawan rasa takut tu kot.. So aku decide nak tengok juga kasi puas hati. Supaya aku tahu yang sebenarnya takde apa2 pun, aku je cuak lebih. So apa aku buat ialah aku kira satu dua tiga, aku pandang belakang & tengok sekeliling tu puas2..
Kawasan atas tu gelap sikit, cahaya dari bumbung tu kena cover dengan tangga2, dengan conveyor belt yang berselirat.. so kawasan dia agak kelam. Mata aku pun scan puas2, celah2 tangga sana pun aku tengok dari tempat aku berdiri, sekadar nak puaskan hati. Bila dah puas aku tengok dan aku rasa memang takde apa2, aku pun nak sambung turun tangga & balik ke supervisor aku.
Elok je aku pandang depan balik, aku rasa macam nampak ada satu asap kat sebalik tiang hujung sana. Tinggi benda tu lebih kurang tinggi kita. Cuma sebahagian je yang aku nampak, sebahagian lagi tersorok celah2 tiang. Aku macam terkaku kejap & terfikir, takkan kena kacau sampai nampak kot.. Yer la selama ni sepanjang aku kat universiti, memang aku tak pernah nampak pun. Aku kena kacau tiup2 telinga, tarik selimut, bisik2 macam tu je.. tapi tak pernah nampak live la.. dan aku tak pernah mintak untuk nampak pun.
Aku tak puas hati dan aku beranikan diri jugak. Aku still nak buktikan bahawa benda2 ni tak boleh nampak dan cuma boleh kacau2 macam tu je (tang ni aku silap). So apa aku buat, aku rapatkan diri aku dengan tempat tu slow2 dan mata aku tak henti2 tenung benda yang macam asap tu. Asap tu macam mana aku nak cakap aa, hmm dia bukan asap macam bakar sampah kepul2 tu, dia macam kabus je tapi shape dia kekal. Dia macam kabus tapi tak telus sangat macam kabus tu. Hmm pandai2 la korang imagine macam mana.. Benda tu macam aku cakap, dia sedikit terselindung belakang tiang. Yang peliknya walaupun aku cuba bergerak ke tepi untuk dapatkan angle yang besar, benda tu seolah2 turut ke tepi jugak. So aku tetap nampak bahagian yang sama je. Tak dapat tengok penuh apa benda tu. Lagi aku ke tepi, dia akan sembunyi balik dan tetap tonjolkan sebahagian saja.
Then aku start berdebar2 sebab aku percaya yang aku nampak tu bukan sesuatu yang patut dinampak, so aku cepat2 turun tangga untuk balik ke supervisor aku. Turun tu tak la lintang pukang tapi aku lajukan jugak menapak sebab aku rasa takut sangat time tu.
Sampai je kat supervisor aku, dia sound apasal lama sangat. Nak je aku cerita apa yang aku nampak tapi cukuplah.. Kat Amsteel tu dah banyak gila kisah misteri yang aku dengar, so aku rasa aku tak perlu tambah koleksi diorang.
Itu satu2nya kejadian yang aku alami masa aku kat Amsteel. Nanti aku sambung apa yang aku lalui kat rumah sewa yang aku cakapkan tadi (yang ni best)..
—————————————————–
Masa aku praktikal kat Banting ni, kadang2 housemate aku (Arip) selalu je tidur kat rumah yang kilang dia sediakan untuk pekerja. Yer la, kilang dia kat Teluk Panglima Garang sedangkan kami menyewa sama2 di Banting. Agak jauh jugak dia ulang alik, dalam 30min macam tu tiap2 hari. So aku boleh faham kenapa kadang2 dia tak balik rumah dan decide nak tidur kat rumah company tu je. Aku ok jela.
Biasanya kalau si Arip ni tak balik tidur kat rumah, dia akan roger awal2 kata malam ni dia tak balik, so aku tak akan kunci pagar dan grill. Mamat ni pulak selalu lepas habis waktu kerja dia jarang balik terus, mesti nak pergi lepak2 dulu, minum2 dengan member dulu baru balik, kadang2 pukul 1-2 pagi baru masuk rumah. Berlainan pulak dengan aku, mata aku memang tak tahan (mungkin letih praktikal berat) pukul 10 memang selalu aku dah “switch off”.
Tapi nak dijadikan ada sekali tu, dia tak bagi tahu yang dia taknak balik rumah malam tu, so aku tak kunci la grill dengan pagar. Aku ingat lagi masa aku tidur tu aku terjaga sebab aku dengar grill terbukak & tutup balik. Satu perangai pasal arip ni dia suka kacau2 aku sebab dia tahu aku memang ada history rasuk2 ni (kitorang coursemate kat uni). So malam tu aku tidur & aku dengar kat jaring hijau tingkap bilik aku tu dia cakar2.. Grr.. Grr.. korang faham2 je la ehh macam mana bunyi jaring hijau tingkap tu kalau kena cakar.
Aku cakap dalam hati “nak mampus kot arip ni malam2 buta ni buat lawak bodoh..”
Tapi masa tu aku mengantuk sangat, so aku malas nak layan & aku tidur jela. Aku dengar Arip ni kat dapur, bunyi pinggan2 mangkuk dengan sinki bukak air, bunyi mandi etc.. Tapi semua tu bukannya berterusan.. maksud aku, dah tertidur tiba2 dengar bunyi air sinki, then aku tidur balik.. Lama lepas tu dengar pinggan pulak, then aku tertidur balik.. Aku tak kisah sebab aku dah biasa dengan perangai Arip memang macam tu.
Keesokan harinya, pagi2 buta lagi aku pergi kerja. Macam biasa arip dah takde kat rumah la.. Kan jarak dia setengah jam, dah tu dia masuk ofis pulak pukul 8. Aku pulak masuk pukul 8.30, kilang pulak cuma 10 minit je dari rumah sewa aku (tak adil). Hehe.. Nasib la. Aku yang cari rumah tu so kau kena la berkorban tengok aku tidur lagi masa kau nak keluar pergi kerja.. Kih2..
Habis je kerja, aku terus roger Arip sebab ingat nak ajak dia lepak malam ni makan kat mana2. Dia kata ok. Tunggu dia balik. Aku tunggu punya tunggu.. Sampai pukul 10 dia tak sampai rumah2 lagi.
Aku tension aku call la dia, aku tanya “Kau balik pukul berapa Arip?”, dia kata dia tak tahu lagi jadi balik atau tak. Mungkin balik tapi lewat sikit.
“Kau jangan nak buat gila macam semalam dah balik pukul 1 buat2 bising pulak..” aku sambung.
Arip diam kejap.. lepas tu dia jawab..
“Mana ada aku balik semalam, kau pening ehh..”
Elok je aku dengar Arip cakap macam tu, aku tak cakap banyak. Aku siap2 barang mana yang perlu. Sebab aku tak rasa aku nak bermalam kat rumah tu sorang2 lagi. Jauh kat hati aku ni, aku betul2 berharap yang Arip balik semalam dan dia cuma takut2kan aku.
Tiba2 semua yang terjadi malam tu aku start terfikir balik satu persatu. Macam mana bunyi grill terbukak, bunyi cakar (ni yang paling aku takut sebenarnya), bunyi mandi, tap air etc. Aku masa tu memang keliru sikit mana satu aku nak percaya, adakah aku perlu percaya yang Arip tu betul2 tak balik atau aku perlu percaya yang semua tu bukan khayalan aku. Memang pening. Tapi aku taknak ambik risiko.
Aku decide aku nak balik tidur kampus aku kat Bangi malam tu jugak. Jam masa tu dah tunjuk pukul 10. Detik hati aku ni berfikir, kalau bertolak pukul 10, sampai pukul 10.45. Aku hanya kira2 cincai, sedangkan masa tu hati aku betul2 tak senang memikirkan jalan balik dari Banting-Dengkil yang memang banyak kisah budak2 kilang aku ceritakan. Demm.. time ni la semua benda tu nak muncul dalam ingatan balik..
Selesai je packing ala kadar, aku start enjin dan aku gerak keluar dari rumah. Aku pass through area kilang aku dan simpang nak masuk KMB dan aku teruskan driving. Dalam hati ni tak berhenti fikir yang bukan2. Aku memang tak boleh nak stop fikir cerita2 yang diorang semua ceritakan kat aku. Pasal kereta kena tahan perempuan la.. pasal ada orang duduk seat blakang la.. etc. Sepanjang jalan bulu aku meremang. Bukan la penakut, tapi otak aku masa tu memang tak boleh nak stop fikir benda2 tu, aku pun tak tahu kenapa.
Sampai satu kawasan tu tiba2 aku terdetik, “Eh, kalau aku potong masuk ikut kilang Genting Sanyen, aku tak payah la lalu kawasan Banting-Dengkil tu”.
Sepantas kilat, aku decide nak lalu ikut jalan lain. Jalan tu lebih jauh tapi jalan dia terang banyak lampu. So aku fikir tu adalah cara baik nak kurangkan berdebar hati aku ni. Kalau korang tahu kan, ada satu jalan lama nak masuk ke jalan besar depan Genting Sanyen tu. Dulu takde highway potong macam sekarang, so dulu aku memang ikut jalan tu la. Jalan ni kan, aku kena lalu satu jambatan kecik betul2 sebelum masuk jalan besar Genting Sanyen tu.
“Allah, macam mana aku lupa aku kena lalu jambatan ni..” detik aku dalam hati. Untuk pengetahuan korang, jambatan tu pun tak kurang jugak cerita horrornya. Dia jambatan sempit (2 lane la) lintas anak sungai. Tepi sungai2 tu semak samun, lalang tinggi2.. Diorang cerita kat situ selalu orang kena kacau. Aku pulak bila dah nampak jambatan tu baru terfikir, takkan nak u-turn depan2 tu. Tak kuasa aku nak u-turn gelap2 tu. So aku decide kuatkan hati & tekan minyak sekuat hati.
Orang kata bila kita takut ni kan, benda2 tu akan cenderung nak kacau kita. Aku ingat lagi ustaz yang ubatkan aku tu pesan, jangan terlalu berani dan jangan terlalu takut. In shaa Allah dia tak kacau kita. Silapnya aku malam tu, aku memang langsung tak boleh nak hilangkan perasaan takut. Yer la, masa tu dah agak lama juga la aku ditinggalkan gangguan2 ni. Tiba2 alami balik, siapa tak cuak. Dan benda yang aku takut betul2 terjadi, aku diganggu kat jambatan tu..
Aku nak lintas jambatan tu, aku dah tekan minyak sekuat hati. Tiba2 aku dapat rasa macam aku rasa mula2 dulu, telinga aku tiba2 jadi macam pekak sikit. Dia tak pekak terus, dia pekak sikit je. Kalau korang pernah merasa macam mana telinga berdesing lepas kena penampar, haa macam tu la rasanya pekak tu. Dia rasa sekejap je pekak tu dan yang aku ingat aku rasa ada benda tiup telinga aku. Tiup lembut2, sejuk2. Cukup lembut untuk buat aku tekan minyak tak ingat dunia. Tiupan tu sekejap je berlaku, masa tu aku dah gabra tak ingat. Jalan nak masuk jalan besar (yang terang) tu tinggal tak sampai seratus meter je tapi aku berdebar masa tu sampai rasa macam nak menangis pun ada.
Syukur.. itu saja gangguan yang aku kena kat jambatan tu. Elok je masuk kawasan terang, hati aku dah tenang sebab aku rasa selamat bila tengok kereta datang dari dua2 arah. So aku teruskan perjalanan macam biasa sampai Bangi dan elok je sampai rumah member aku, aku tidur tanpa cerita apa2 pun kat siapa2..
Semenjak daripada dua kejadian sebelum ni, aku dah tawar hati dah nak tidur kat rumah sewa tu sorang2. Asal aku balik keje je, aku akan confirm dengan Arip sama ada dia balik atau tak. Kadang2 tu aku sanggup lepak kat Tesco Banting sampai berjam2 asalkan dapat masuk rumah sama2. Yer la kan, dah kena kacau sekali kat kilang, sekali time aku tido, sekali masa driving, memang la aku susah nak lupakan benda2 tu bila aku duduk sorang2. Dah la rumah sewa tu takde TV, takde komputer apa.. kiranya kalau balik memang melopong tunggu terlelap jela. Tu yang selalu datang fikiran bukan2 tu..
Aku malas nak bercerita panjang. Bab-bab yang remeh temeh aku rasa aku taknak cerita sebab aku anggap tu psikologi aku yang tak betul masa tu, thus aku cenderung fikir bukan2. So aku nak straight to the point je iaitu kisah klimaks aku masa kat rumah ni.
Ada sekali tu, aku balik dari kilang agak lambat la.. Dalam pukul 7.30 lebih macam tu. Dan macam biasa aku akan call Arip.
Aku tanya “Arip kau balik tak malam ni beb?” “Tak kot. Aku stay sini je.” Jawab Arip ringkas.
Tapi jawapan ringkas macam tu memang aku suka supaya aku boleh buat keputusan awal2 yang aku akan balik Bangi terus. Masa tu aku ingat lagi aku kata nak balik rumah kemas2 barang dan cabut balik rumah member terus, so aku boleh redah jalan Banting-Dengkil, ataupun jalan jambatan tu masa orang tengah ramai lagi. Cantik..
Sampai je rumah sewa, macam biasa dah seharian kerja busuk2, mesti la mandi dulu kan. Masa tu langit tak betul2 gelap lagi, so keberanian pun masih belum pudar. Sental mana yang patut dulu baru wangi bersinar, elok jugak mandi nanti drive balik tak mengantuk. Aku ingat lagi, lepas mandi tu aku berkain tuala baring dalam bilik sambil dengar mp3. Mungkin akibat aku terlalu penat, aku tertidur dan bila aku terjaga, aku tengok jam dah pukul 11 lebih. Dalam hati aku, “Demm.. no way aku akan drive lalu jalan tu waktu2 macam ni..” So nak taknak aku keraskan hati dan nak tidur juga sorang2 walaupun hati aku, Tuhan je tahu betapa cuaknya perasaan nak duduk sorang2. Huhu.
Malas nak layan sangat perasaan takut tu, aku pakai earphone walkman aku & pasang full blast. Dalam hati aku, lantak la nak cakar ke, nak main sinki ke, nak main grill ke, buat la janji aku tak dengar. Yes yes yes. Hati aku rasa lega jugak. Biar la nak jadik apa pun, asalkan aku dapat tidur dengan aman sampai pagi cukup la. Sebab aku betul2 penat praktikal kilang besi tu. Seronok dengar lagu Michael Buble dalam walkman tu, langsung aku tertidur..
… Alangkah bagusnya kalau aku terus gerak hari tu.
“Ya Allah, apahal ni..” itulah kata2 aku dalam hati bila tiba2 aku terjaga dari tidur dan lampu bilik aku terpadam. Aku tengok jam aku, tekan butang lampu (jam 10 ringgit pasar malam je pun) dah dekat pukul 3.30 pagi. “Ahh.. TNB buat pasal la ni” Apasal pulak time2 ni pulak kau nak blackout kan.. Aduhh. So buat beberapa minit, aku hanya berdiam kaku dalam posisi sama waktu aku terjaga. Dan aku sambung dengar music sampai aku tertidur.
Yang aku ingat, aku sambung tidur balik lepas tu dan lepas tu (aku tak tahu pukul berapa) tiba2 aku terjaga dan aku alami simptom2 yang biasa aku alami tu. Jantung aku berdegup kuat gila. Aku rasa peluh berjurai kat muka aku. Dan aku dapat rasa bahawa aku akan kena kacau lagi malam ni. Masa tu aku dah start pelik, kenapa bilik aku je gelap sedangkan celah2 pintu bilik tu aku nampak lampu dapur masih nyala. So bila aku tahu je letrik ada, aku taknak fikir yang bukan2, sebab aku memang taknak. Aku bangun, aku on kan balik lampu dan aku sambung tidur.
Malam tu beberapa kali aku tidur terjaga, tidur terjaga. Bukan sebab tidur tak lena tapi ada je benda yang sentuh2, tiup2 telinga, tarik selimut etc. Yang paling klimaks tu ialah antara waktu2 tu la, aku terjaga dan lampu bilik tu terpadam sekali lagi. Dan kali ni apa yang aku nampak memang aku tak pernah alami seumur hidup aku.
Aku tidur di bucu bilik tu dan kat bucu hujung bertentangan dengan tempat aku baring tu, aku nampak ada benda duduk mencangkung. Aku nampak sekali imbas je, so aku tahu memang ‘benda’ tu la yang aku nampak masa aku kat Amsteel tu (masa ambik barang kat conveyor). Hati aku masa tu Allah je tahu, aku rasa jantung aku berdebar macam nak meletup. Benda tu betul2 mencangkung dan menghadap aku. Masa sekali imbas aku tengok tadi, aku perasan benda tu macam putih dan berambut. Macam mana entah aku nak huraikan, dia putih tu bukannya macam kain tau, dia putih ala2 asap yang tebal. Sebab aku rasa boleh tembus la tengok apa2 ada belakang dia. Masa tu dia kat bucu dinding, aku tak la nampak apa2 belakang dia tapi aku still rasa benda tu macam asap yang tebal sikit.
Aku cuma tengok sekali imbas je dan itu sahaja satu2nya waktu aku pandang ke arah tu, aku tak sanggup nak buat ‘double check’ untuk pastikan apa yang aku nampak tu betul2 ada. Pada aku, lampu yang terpadam buat kali kedua tu cukup untuk membuktikan bahawa aku memang sedang dikacau.
Dalam hati aku hanya membaca apa yang aku ingat. Fatihah, Kursi, empat Kul. Masa tu aku dah pejam mata dah, aku langsung tak berani nak bukak takut tiba2 benda tu menyeringai depan mata, mau tercabut jantung aku. So aku decide apa pun terjadi, aku cuma akan pejam mata kemas2 dan aku akan membaca je. BTW, walkman aku tu masih berjalan seperti biasa. Badan aku masih dalam posisi sama, tak berubah2. Sedikit pun aku tak berani nak berganjak.
Agaknya disebabkan otak aku terlalu penat, aku terus tertidur. Agak lama jugak la aku membaca tu tapi ok la, at least boleh jugak aku tidur malam tu. Bila aku dah terjaga pagi, aku mandi2 dan tak cakap banyak. Semua benda yang aku rasa aku patut ambil, semua aku sumbat dalam beg baju aku. Lain2 yang tak penting semua aku tinggal dulu. Nekad hati aku, sumpah aku tak akan balik rumah ni dah.
Dan lepas tu, sepanjang baki 4 bulan training aku kat Amsteel, aku memang tak tidur situ. Habis je kerja aku terus balik Bangi tidur kat hostel bilik member aku. Dia ni memang dah tahu kisah2 aku kena kacau ni, so dia ok jela kasi aku tumpang tidur, walaupun bilik tu kecik.
Last sekali lepas sampai masanya, aku bertemankan beberapa member2 aku pergi ke rumah tu dan ambil balik semua barang yang ada. Tutup rumah. Kunci. Tamat kisah hidup aku kat rumah tu. Masa aku pulangkan kunci kat tuan rumah tu, aku tanya dia rumah ni okey ke. Takde ke penyewa2 sebelum ni kata apa2. Aku cerita kat dia gangguan2 yang aku alami, dia kata takde pulak orang2 sebelum ni kena. Dia layan je cerita aku, lama jugak kami bersembang sebelum dia kasi nasihat doa banyak2 dan jangan tinggal sembahyang. Zass.. Walaupun tu cuma nasihat yang general, tapi masa tu agak terasa jugak la. Hehe. Dulu aku kelabu asap sikit bab2 sembahyang ni. Sekarang dah kahwin, Alhamdulillah dah berubah.
Tapi sejak daripada tu aku langsung takde kena apa2 dah, sampai sekarang. Ala..time tidur kena tindih2 tu aku anggap biasa la. Mungkin badan kita terlalu penat dan otak cenderung fikir pelik2. So setiap kali kena tindih aku tak anggap tu satu gangguan yang kritikal sebab aku pernah alami gangguan2 yang dahsyat lagi.
Kisah putih kat rumah sewa tu penutup kisah ngeri dalam hidup aku. Tapi entah la.. dulu masa tanduk stop kacau aku, aku pun ada terfikir, inilah penamat kisah tanduk tapi rupa2nya yang lain pulak aku dapat & siap tunjuk diri lagi. Aduhh.. Ni dah lama dah aku tak kena ganggu dan aku betul2 berdoa & berharap aku tak diketemukan lagi benda2 macam ni.
Sebagai penutup, aku nak pesan kat korang2 semua. Antara benda2 yang korang wish, tolong la jangan mintak untuk nampak bukti benda2 ghaib ni wujud. Kes aku, masa dulu aku suka bercerita hantu, tapi aku sendiri tak pernah nampak. Sehingga kisah si zafi yang aku pegang tu, kisah tanduk yang mula kacau aku kat KMB, then maksima kacau aku kat university dan termasuk putih yang kacau aku masa aku praktikal di banting, semua tu berpunca dari perasaan ingin tahu aku dulu. Sekali dah kena, memang susah nak lepas.
Sebab tu bila ada member2 forum bukak thread nak tengok hantu kat mana, macam mana nak jumpa jin etc, aku cuma akan komen.. “toksah lah..”
Sekian.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Seram. Main ttup2 lampu pulak.
Bagus peringatan tu, sbb skrg kdg2 ada perasaan nak tahu, nak rasa, nak nampak tu sbb xpernah rasa sendiri. Dulu masa sekolah n dip je rasa. Tq for the reminder.
aku pun selalu jadi debar debar pastu berpeluh takleh gerak do memalam!!! cam perasaan takut gila!! ingatkan benda ni biasa je mmg ada mengena dgn benda mistik ke do ?
boleh jadi jgk sleep paralyse,, lebih krg mcm kena tindih jgk.. saya dah dua kali jadi camtu, x bleh gerak time mlm2, tapi x tau kalu yg tu sleep paralyse ka atau mmg kena tindih
Aku pun sentiasa berdoa semoga aku tak ‘nampak’ benda2 mcm tu sampai hujng nyawa.. Amin…
huhu.. xdpt bygkn klu aku kna mcm tu time aku nk tdo.. masa ank aku bru setahun lebey slalu dia kna kacau mlm2 sbb laki aku blik keje kul 3 pgi smpi rmh..
aku da pnat keje siang, ada smpi satu tahap ank aku asyik bngn melalak je sejam skali kna kacau.. tiap kali sembur2 air yasin n baca ayt2 sume dia tenang.. tp pastu kna balik…msa tu mmg aku mngmuk la mrh benda tu… ‘ko dah knpa mengacau, aku penat ni.. aku mls nk layan ko, jgn mngacau anak aku la.. aku nk kna masak pagi2 buta esk, nk g keje lagi!’
hahaha… sbb aku pnat giler keje siang, qa line lak tu.. bnyk berdiri… tp mmg btul la.. klu kite brani bnda tu pn pergi.. ank aku lpas tu tido smpi subuh… tp sgt2 jrg la aku jdik brani mcm tu…slalunya aku takut memnjng.. cume bile aku trlmpau pnat je la aku jd hangin dgn bnda tu… alhmdulillah berkesan la stakat ni…
Baru aku perasan aku komen panjng naw…
kwan2 lain yg sama2 pegang si zafi tu apacita? tak kena kacau ka? dan zafi tu dh feel free ka tanduk tu?
CERITA KAWAN2 LAIN YANG PEGANG ZAFI PULAK MACAM MANA.. NAK TAHU JUGAK.. HEHE..DIAORANG TAK KENA KACAU KE..
haah, masa kisah ke 2, janji nak cerita kisah mistik kwn kwn lain kannnn….cerita lah kisah dorg pulak.
Panjang nau citer ko dik…ponat den baco…
StoryPlot – 9/10
Penulisan – 8/10
Seram – 7/10
Misteri – 6/10
Komedi – 5/10
Adoiii time ko citer masa lampu bukak tutup tu aku tgh imagine gak la..tetiba lak signal bateri low kuar bunyi…tanjat kiter huhu…..umah tu maybe x de pepe…awk tu lew…tegur lg benda kt kilang tu..dh la bdn dh ada lubang2 penah kena rasuk, dia ngikut lew tuu..
Yup. Orang jarang tahu sesiapa yang pernah kena rasuk nih badan dia dah ada lubang. Means lepas ni jin lain pon boleh masuk badan dia.
mngkin hantu tuh perempuan. sbb bila dh kwen xda plak gangguan
#cumel
Bila lagi nak sambung kisah janji si tanduk ni?
mti rmh sewa tu kat bandar mahkota banting kan…pernah menyewa area sana.nasib x pernah kacau..cuma pernah sekali ms otw blk rmh…ikut shortcut kebun kelapa sawit…sekali ular tedung “berdiri” kat depan..ngeri wehh
Aku suka kisah bdk ni
Start minat dari kisah mrsm tula
Saya follow semua cerita awak.. pls cerita kwn2 awak pulak kena kacau.. tesco banting? tesco jenjarom tu ke?