Assalamualaikum kepada semua pembaca. Terima kasih kepada admin FS kerana sudi menyiarkan kisah aku. Masih ingat pada aku? Ya, aku JannaNick. Aku pernah berkongsi dua cerita dekat sini. Agak lama aku menyepi kerana tiada cerita untuk dikongsikan. Dan kini, aku kembali kerana aku ada satu kisah seram yang aku ingin ceritakan untuk korang pembaca setia FS. Cukup intro sampai di sini saja.
Aku nak kongsikan satu cerita seram yang terjadi kepada kawan aku. Jangan risau, ceritanya tak panjang. Mungkin kisah ni seram bagi korang dan mungkin juga tidak. Tapi bagi aku, memang seram jika aku sendiri yang alami.
Kisah ini mengenai kawan aku, Man (bukan nama sebenar). Man tinggal bersama keluarga. Pada suatu hari, ibu dan ayah Man pulang ke kampung kerana ada urusan kecemasan. Memandangkan Man tak dapat cuti, maka dia tak ikut pulang ke kampung. Dia tinggal dekat rumah tu dengan kakak dan adik dia. Diorang memang 3 beradik sahaja.
Nak dijadikan cerita, malam tu memang cuma ada mereka bertiga sahaja. Man, kakak dan adik dia. Man ni jenis yang suka lepak dalam bilik kalau hari bekerja. Yalah, siang dah penat bekerja, so malam memang waktu berehat. Selepas Maghrib, perut Man terasa sakit sangat. Dia pun berlari menuju ke tandas. Kedudukan tandas Man ni dekat hujung, belakang rumah tu. Ruang untuk bilik dekat rumah Man ni jenis memanjang ke belakang. Ada 4 buah bilik sebaris dan sebuah bilik menghadap ke arah bertentangan. Korang dapat bayangkan tak macam mana kedudukan bilik-bilik tu? Dan tandas tu berada di hujung, belakang sebelah bilik keempat. Ada sebab kenapa aku jelaskan kedudukan tandas dan bilik-bilik di rumah Man. Bilik Man nombor dua dari arah depan. Bilik nombor tiga, bilik kakak dia. Bilik nombor empat pula bilik adik dia. So, kalau Man nak pergi ke tandas, Man akan melintasi bilik kakak dan adik dia dulu.
Nak dijadikan cerita, masa Man lalu depan bilik adik dia untuk ke tandas, Man dengar suara adik dan kakak dia dalam bilik tu tengah ketawa. Adik dan kakak Man memang rapat. Biasalah, sama-sama perempuan. Ada sajalah benda yang digosipkan. Man tak ambil pusing sebab perkara tu memang biasa. Man pun masuk tandas dan melepaskan hajat besarnya. Dalam tandas Man pelik sebab dengar bunyi kakak dan adik dia terus-menerus ketawa macam mengilai halus dan meleret. Man buat tak tahu. Lepas buang hajat, Man menuju ke bilik dan melalui bilik adik dia. Masa lalu tu, Man dengar suara adik dan kakak dia tengah main dengan kucing sambil gelak. Man dengar bunyi kucing mengiau. Man pun buat macam biasa, masuk bilik dia. Dinding bilik Man ni jenis yang tak bersambung sampai siling sebab bumbung tinggi. So, ada gap di antara dinding dengan siling. Man pelik tengok bilik adik atau kakak dia tak buka lampu pun. Kebiasaannya, kalau diorang tak tidur lagi, memang akan buka lampu. Man baring atas katil sambil main game dekat handphone dia. Dia dengar lagi bunyi ketawa yang meleret. Tapi kali ni dengan bunyi macam baling-baling bantal dekat dinding. Man jadi tak sedap hati. Dia pun panggil adik dia dengan jerit dari dalam bilik dia je. Lepas dia jerit tu, semua bunyi tadi senyap. Tapi tak lama kemudian, dia dengar bunyi macam orang ketawa mengekek. Sayup-sayup je. Man terus rasa seram sejuk. Dia capai handphone dan wallet, nak keluar melepak dengan kawan-kawan untuk hilangkan rasa seram. Dia keluar je dari pintu rumah tu, dia nampak adik dan kakak dia baru keluar dari kereta. Man kaget!
“Korang dari mana ni? Bila masanya korang keluar?” Soal Man hairan.
“Lah, kitorang dari lepas Maghrib dah keluar nak cari makan. Masa tu kau dalam toilet tengah melepas,” jawab kakak Man. “Kau nak ke mana ni?”
“Err… Man nak keluar minum jap dengan kawan.”
Man tahu kakak dan adiknya tak berbohong sebab Man nampak adiknya menjijit beg plastik merah yang berisi polisterin makanan. Tapi Man pun tahu yang dia tak bermimpi atau khayal sebab dia dengar jelas bunyi ketawa tu datang dari arah bilik adik dia. Bukan sekali bunyi ketawa tu, tapi dua tiga kali Man dengar. Jadi, mustahil kalau itu cuma khayalan Man. Kalau kakak dan adiknya tiada di rumah, siapa yang tadi?
#JannaNick
Penceritaan yang bagus, Janna Nick
Harap dh x sendu la fs ni, cerita makin x sram, cerita rekaan pun ok dh, kalu dh x dak sgt pun,
janna nick betui ka??
Aku baca sebb dia tulis nama janna nick dekt situ.. haha
bosan cite ko la kimak.
??
Aku mau nengok lu buat crita bro