#JB – Black House

Hai admin fiksyen shasha,terima kasih saya ucapkan kerana telah menyiarkan cerita saya sebelum ni.kali ini saya ingin berkongsi satu lagi kisah misteri yang benar2 terjadi dalam keluarga abang saya.kisah ini diceritakan sendiri oleh abang dan kakak ipar saya.kita teruskan kisahnya ye..

Kisah ni berlaku dalam tahun 2012 hingga 2013.abang aku seorang tentera.dia berkhidmat di salah satu kem di bandarJB.pada pertengahan tahun 2011,diorang telah berpindah kem.kem diorang adalah kem yang paling lama disitu.disebabkan perpindahan itu,diorang pun kena pindah keluar juga dari duduk dalam kem itu.tapi kediaman telah disediakan oleh kerajaanlah.tapi masalahnya,rumah yang disediakan agak lama untuk diorang.rumah jenis flat 4 tingkat.abang saya pun tak ada pilihan lain sebab semua dah ditetapkan pegawai.jadi berpindahlah mereka ke rumah tersebut.rumah mereka tingkat atas sekali iaitu tingkat 4.kawasan rumah diorang agak tededah juga sebab tak ada
pondok pengawal macam di kem.ada jugak 4 blok rumah disitu.

Sebaik saja melangkah masuk ke dalam rumah tersebut,perasaan abang dah lain macam.macam tiada keceriaan dalam rumah tersebut.gelap,suram,seram dan tiada seri semua ada.dengan dinding yang diconteng dengan pelbagai corak tah apa pe.dinding penuh dengan contengan katun2 yang tak dikenalpasti.
dengan siling yang dah terkopek lagi.apabila hujan turun,kena tadah pakai baldi,sebab air masuk.rumah tersebut ada 3 bilik,ada 1 master room.jadi diorang ambiklah master room.selesa sikit,sebab ada anak kan.masa tu anak abang hanya sorang je.perempuan,umur dalam 4 tahun.

Setelah seharian mereka mengemas rumah itu,mereka pun masuk tidur awal malam tu.masing2 keletihan.tepat jam 12 malam,anak diorang tiba2 menangis,kakak ipar ingatkan nak menyusu.biasalah budak2,malam2 mesti bangun nak menyusu kan.dah dibagi susu pun tak nak,siap bangun sambil duduk bersila lagi.matanya tepat memandang ke atas siling.diorang cuba tenangakan,tapi makin menjadi jadi pula dia menangis.Diorang berjagalah hingga ke pagi,sampai tak sedar bila diorang terlelap akibat terlalu mengantuk.

Gangguan tersebut berlarutan sampai beberapa bulan.mula2 diorang suami isteri tak syak apa2.tiap kali jam menunjukan jam 12 atau lebih,anak diorang akan menangis sambil jarinya menunjuk ke atas siling bilik mereka.meremang habis bulu roma diorang melihat tingkah laku anaknya seperti ternampak sesuatu dekat siling tersebut.kita sedia maklum kan,kanak2 mungkin masih terbuka hijabnya untuk melihat benda2 halus.Sejak dari kejadian itu,mereka tidur tanpa menutup lampu.kalau lampu terbuka,benda tu kurang sikit mengganggu.

Pada suatu pagi,kakak ipar bangun awal untuk menyiapkan sarapan mereka bertiga.dia terpandang siling antara dapur dengan ruang tamu terbuka luas.boleh muat seorang manusia untuk masuk ke siling tersebut.dia pun mengejutkan suaminya untuk melihat apa yang berlaku.diorang mula2 fikir ada orang hendak menceroboh.bila diingatkan rumah mereka paling atas.tak ada tangga lagi pulak naik atas,macam mana pula pencuri panjat atas.kalau penceroboh pun,mesti diorang dengar takpun pencuri tu mesti terjatuh sebab siling pun bukannya baru.siling lama yang hampir nak habis dah terkopek.

Abang pun alihkan siling tu macam biasa.tiada tanda pecah semua,cuma siling tu dialihkan saja dari tempat asalnya.diorang tak fikir negatif sangat.masih fikir kalau2 yang alihkan siling tu penceroboh.untuk sedapkan hati.selang beberapa minggu kemudian,siling tu terbuka lagi.terkejut gila kakak ipar masa tu,dia pun tanya suami dia.
isteri:bukankah kau dah alihkan siling ni ke tempat asal ka?
Abang:aha,dah(masih mamai lagi,baru bangun tidur)
isteri:tapi kenapa siling ni terbuka lagi?
Abang:mana aku tau..(dengan selamber alihkan siling itu ke tempat asal,biar tak nampak berlubang)

Perasaan kakak ipar dah lain macam dah,mesti ada sesuatu yang tak kena.dekat seminggu lagi abang kena pergi operasi ke sabah.nak buat macam mana,dah tugas seorang askar.dahlah masa tu kakak ipar tengah pregnant.kena tinggal berdua pula dengan anaknya di rumah itu.Masa diorang tinggal berdua macam kejadian telah berlaku.dengan segala bunyi seperti ada berpesta dekat atas siling.selama diorang tinggal disitu benda tu tak pernah menunjukkan diri.cuma dia mengganggu secara ringan2 je.tapi cukup menakutkan bagi mereka.selama abang pergi operasi,semua lampu dibiarkan terbuka oleh kakak ipar.takut jangan cakaplah.dahlah ditinggalkan selama 3 bulan.terasa begitu lamanya.nasib baik kakak seorang yang hati kental.walaupun takut tinggal seorang,tapi dia dah biasa dengan apa yang berlaku.dah lali dengan segala gangguan tersebut.terpaksa beranikan,katanya.kalau aku dah lama cabut lari.

Pada suatu petang,ada saudara terdekat datang ke rumah mereka.abang masa tu pun dah balik dari operasi.semasa naik tangga atas sekali,mereka dah kena ganggu dengan benda itu.boleh pula benda tu baling sesuatu ke arah mereka.pak cik dan mak cik ni ada kelebihan untuk menghalau benda2 halus.mereka dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena dengan rumah abang.masa tu abang tak pernah cerita dengan sesiapa pasal rumah dia tu.oleh kerana pak cik dan isterinya mempunyai kelebihan sendiri,mereka dah boleh rasa tanpa di diberitahu oleh abang.alang2 dah sampai rumah,pakcik dan isterinya pun buatlah upacara menghalau benda halus yang sering meganggu mereka.

Bermulalah upacara menghalau makhluk halus tersebut.mak cik jadi perantara makhluk tersebut.pak cik pula menjalankan tugasnya dengan bertanya kepada makhluk itu.makhluk tersebut telah memasuki badan mak cik.dengan muka yang menyeramkan sambil menampakkan barisan giginya.betapa hodohnya muka makhluk itu.makhluk tersebut tersenyum sinis dan menyeringai memandang pak cik dan abangku.kakak ipar dan anak perempuannya masa tu disuruh pak cik ke rumah jiran sebelah.tidak diizinkan melihat upacara tersebut.takut perkara yang tidak diingini berlaku.pakcik pun mula bertanyakan soalan kepada benda itu.
Pakcik:kenapa kau suka kacau keluarga ni?
Makhluk:disini adalah tempatku,rumahku(dengan suara yang garau dan menyeramkan)
Pakcik:disini bukan tempat kau,jangan kau ganggu mereka lagi!(gertak pak cik)
Makhluk:disini tempatku,tuanku telah meninggalkan aku disini!aku adalah penjaga tempat ini(mendengus dengan kuat,diiringi dengan ketawa kecil mengekek)
pak cik:siapakah tuanmu?!
Makhluk:tuanku adalah manusia yang sering memujaku!!
Pakcik:pulanglah ke tempat asal kau,disini bukan tempat tinggal kau(sambil mulut terkumat kamit membaca sesuatu)

Selesai membaca apa yang patut,pakcik lalu memercikkan air yang telah dibacakan ke seluruh badan isterinya.makhluk tersebut menjerit kesakitan lalu perlahan lahan benda tu pun keluar dari badan isterinya.dengan rambut kusut masai,badan berpeluh-peluh,mak cik pun menolong suaminya memagar seluruh rumah tersebut.siling yang selalu terbuka itu pun telah dipahat oleh pak cik dengan kayu.setelah selesai semuanya pak cik pun memceritakan makhluk yang menghuni rumah mereka.apa yang megejutkan ialah ada sekumpulan/sekeluarga beruk telah menghuni siling mereka dan makhluk yang menyerupai perempuan telah menghuni tandas utama mereka.tandas itu bertentangan dengan dapur.siling yang selalu terbuka itu pun antara dapur dengan tandas.

Kisahnya,ada penghuni lama yang tinggal disitu dulu jarang bergaul dengan jiran2 disitu.mereka adalah satu keluarga.mereka tinggal di rumah tersebut agak lama juga.setelah keluarga itu berpindah,belum ada orang yang pindah ke rumah tersebut.abang aku lah orang yang pertama menghuni rumah itu selepas keluarga itu.mungkin dia telah meninggalkan belaanya di rumah tersebut.terperangkaplah benda itu disitu.setelah upacara menghalau makhluk tersebut,tak ada dah kejadian pelik berlaku.kalau pencuri masuk pun,dia tak boleh keluar.dia akan melihat dalam rumah itu adalah sebuah lautan.

Pada hujung tahun 2014,kelurga aku ada pergi bercuti ke JB.
Kami telah menginap di rumah abang atas permintaan dia.sebab lama dah tak jumpa,turutkan saja.mula2 masuk ke rumah abang dah lain macam.sebab suasana rumah dia macam gelap je.masa tu abang belum bagitau lagi tentang rumah dia.okey,buat macam biasalah.masa pegi tandas pula,walaupun ada lampu yang terang,tapi masih menyeramkan.keesokan harinya,selepas seharian pusing2 bandar jb,kita biat barbeque kat rumah sepupu.masa tu lah abang buka cerita tentang rumahnya.dari a-z.mak pun dah mula diam.tadi bukan main seronok makan sambil bersembang dengan gelak tawanya.aku pun tak lalu nak makan2 dengan diorang.dahlah memang penakut.jam dah dekat pukul 12 macam tu.kita balik dari rumah sepupu ada lah dalam pukul 1.

Dalam perjalanan balik rumah abang,kita orang ada terhidu sesuatu yang sangat wangi.semua diam.abang aku kata,jangan cakap sesuatu.kita pun diam je sampai rumah.sampai rumah boleh pula abang aku cakap,kitaorang ada lalu kilang orang buat wangi tadi.banyaklah kilang engkau.masa terhidu bau wangi,tak nampak pun kilang,yang ada kawasan perumahan dan kedai2 kecik je.nak kata wangi kereta,masa tu pula semua tingkap dibuka,nak ambik angin malam konon..ada lah dalam 5 minit macam tu baru bau tu hilang.

Malam tu semua sepakat tidur ruang tamu,temasuk mak.abang sekeluarga je tidur dalam bilik dengan lampu terbuka.mula2 hairan pula tengok abang buka lampu bilik sampai pagi.mungkin disebabkan ada budak kecil kata hatiku.kalau boleh nak pagi menjelma dengan cepatnya.dahlah ada 1 malam lagi untuk kita habiskan cuti.1 hari terasa bagaikan seminggu.
setelah habis membeli belah untuk dibawa pulang kl pagi tu.kita ters balik rumah sebab awal pagi kena bertolak ke kl.kerana keletihan,aku pun tertidur di bilik bersebelah dengan bilik abangku.masa tu pulak hujan turun dengan lebat serta ribut yang kuat membasahi bandar jb.semasa aku tidur,aku bermimpi melihat sebuah pelanggaran di jalan raya.aku melihat ramai orang datang meluru ke tempat kemalangan tersebut.dari jauh aku terlihat seorang gadis melambai lambai arah ku.aku ingin berlari ke arahnya,mungkin dia memerlukan pertolongan kataku.tapi kakiku berat sekali untuk melangkah ke arahnya.aku merasakan aku dihempap sesuatu yang amat berat.aku tak boleh bernafas.aku meronta ronta sambil memusingkan badanku.aku merasakan mukaku teramat sejuk.rupa rupanya percikan air hujan telah mengena ke mukaku,kerana aku lupa menutup tingkap.terasa ada bebanan berat atas badanku.aku melihat ke bawah,rupa rupanya tilam yang jatuh menghempapku disebabkan angin yang kuat.dahlah tilam tu berat.jenuh aku nak angkat.

Sepanjang kami menginap di rumah abang aku,tak ada sebarang gangguan yang berlaku sebab dah dihalau.tapi masih teringat apa yang diceritakan abangku.tu yang membuatkan kitaorang takut.sekarang abang aku dah pindah dari rumah tersebut.lama dah dia mohon untuk berpindah.baru tahun ni dapat.cukuplah 5 tahun menghnuni rumah lama tu.selama 2 tahun bertahan dengan gangguan makhluk2 yang tidak diundang.maaflah kalau cerita ni panjang sangat.maaf juga kalau ada ayat2 ya berterabur.budak baru belajar.hehe…terima kasih admin kalau cerita aku ni disiarkan.

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

8 thoughts on “#JB – Black House”

  1. aku x nak ckp apa..cuma aku rasa x sronok la baca..aku cuba pujuk hati ini untuk teruskan akan tetapi hati ini menolak..tapi aku kena baca juga sampai abis sebab x baik biar diri tertanya-tanya pasal whole story..

    3/10

    Reply
  2. lol rumah 4 tingkat lama kerajaan mana siling yg boleh dibuka…siling batu tu weh…aku 18 tahun ddk rumah 4 tingkat tu…tak pernah dek jumpa siling yg boleh dibuka kat dlm rumah..

    Reply

Leave a Comment