Jelmaan Melati

Aku mempunyai satu tabiat yang agak normal bagi seorang remaja lelaki dimana suka keluar melepak diwaktu malam dan pulang kerumah ketika azan subuh atau hampir waktu subuh. Orang tua aku dah naik muak hendak nasihatkan aku. Biasala budak lelaki tambah-tambah bila berjumpa dengan kawan-kawan yang mengantuk pun boleh segar kembali. Aku tinggal di sebuah kampung di sebuah negeri paling utara dalam peta Malaysia. Kisah ini sudah hampir 8 tahun dan masih segar dalam kotak ingatan aku.

Aktiviti harian aku pada waktu malam adalah pergi melepak dirumah kawan aku. Disana aku akan berkumpul bersama kawan-kawan. Hampir setahun itu je aktiviti harian aku diwaktu malam selain daripada bermain futsal. Biasala aku baru habis tamat belajar jadi sementara tiada kerja aku luangkan masa dengan aktiviti membuang masa dan melepaskan tekanan dengan kawan-kawan. Jarak rumah aku menuju ke tempat aku selalu lepak lebih kurang dalam 3 kilometer ja dan rumah kawan aku ni kalu nak masuk memang kena lalu jalan kecil maksudnya rumahnya bukan ditepi jalan tapi agak ke dalam. Sebelum tu aku kenalkan nama kawan aku tu MD

Pada satu malam ketika itu jam lebih kurang 4 pagi , aku rasa mengantuk amat sangat. Kawan-kawan yang lain pun dah mulai beransur pulang. Jadi aku pun lepak perkena sebatang rokok dulu baru pulang. Aku pun hidupkan enjin motosikal aku. Perlahan-lahan aku meninggalkan kawasan halaman rumah kawan aku tu. Sampai di simpang jalan besar tiba-tiba aku berbau wangi yang amat. Baunya macam minyak wangi campuran bunga-bunga.

Tapi aku buat tak endah sangat sebab sebelah jalan kecil tu ada sebuah rumah. Mungkin kot minyak wangi jatuh ke apa. Mana tau kot-kot kucing lompat kena botol minyak wangi jadi botol minyak wangi jatuh dan tumpah. Perjalanan aku balik ke rumah malam tu memang tenang dan sunyi sepi. Alhamdulillah tiada apa halangan semasa aku pulang.

Malam esoknya aku pergi melepak seperti biasa. Aku beritahulah kawan aku yang semalam aku ada bau sesuatu yang wangi kat simpang jalan besar tu. Tiba-tiba si MD ni mencelah, dia cakap minggu lepas masa tengah hari mak saudara dia ada datang bawak anak saudara dia yang umur dalam 3 tahun. Masa tu dalam pukul 1 tengah hari anak saudara dia jerit-jerit beritahu ada seorang perempuan dengan pakaian berwarna putih berdiri di halaman rumah dia. Si MD ni keluar la menjengok mana tau kot-kot jiran yang datang. Tapi bila dia keluar tiada seorang pun dihalaman rumah dia.

Tapi anak saudara dia masih menunjuk ke arah halaman rumah dia dan cakap kakak ada kat situ. Pelik tapi si MD ni buat tak tahu la. Tengah hari hantu apa nak datang. Dia anggap anak saudara dia cuba nak ambil perhatian mereka.

Selepas aku dengar cerita si MD tu, mula-mula aku rasa seram gak, tapi lepas bergelak dengan kawan-kawan terus lupa. Malam tu aku balik awal sedikit dalam pukul 3.30pg macam tu. Masa tiba di persimpangan jalan besar tu, tiba-tiba aku berbau busuk seperti bangkai. Kali ni aku memang tak tunggu terus aku pecut motorsikal aku hingga sampai ke rumah.

Keesokan harinya aku ceritkan hal ini kepada nenek aku. Nenek aku cuma tersenyum dan dia pesan ” Aku nak larang hang balik lewat-lewat hang jenis keras kepala, la ni aku nak pesan satu ja, masa bawak moto balik lewat-lewat malam baca Ayatul Kursi. Bukan baca masa jumpa! Baca sebelum jumpa maksudnya elakkan dari gangguan syaitan dan iblis “. Aku pun dengar dan ” Okla tok “.

Dalam pukul 11 malam lebih aku dh siap-siap nak keluar melepak. Tapi kali ni mak aku larang aku keluar rumah. Mak aku bising-bising kat aku dia cakap aku jenis tak dengar kata, suka buang masa. Masa tu aku memang aku bertengkar habis dengan mak aku. Hati aku jadi panas dan geram. Aku terus capai kunci motorsikal aku, terus aku pecut ke rumah si MD .

Bila sampai ke persimpangan masuk ke rumah dia, lepas ja aku belok tiba-tiba depan mata aku ada sekujur tubuh tengah berdiri betul-betul ditengah jalan. Masa tu aku memang dah brek mengejut. Aku pandang tubuh tu. Ya Allah! Tubuh makhluk tu seperti kabus. Cahaya lampu motorsikal aku menembusi susuk tubuh makhluk tersebut.

Kelibat mahluk tersebut seperti seorang wanita yang memakai telekung tapi bahagian kepalanya terdedah dengan samar-samar kelihatan seakan rambut panjang mengurai kebawah. Makhluk tersebut merenung tajam ke arah aku dengan matanya yang berwarna putih. Masa tu d***h dah naik ke kepala aku. Disaat itu hanya sebutan ” Allah , Allah, Allah , Allah ” yang mampu aku ungkapkan.

Tidak terlintas pun dalam fikiran aku bacaan ayat-ayat kursi. Diri aku seumpama patung yang bernyawa. Namun dek kerana kalimah ” Allah ” aku dapat sedikit kekuatan, aku pusingkan handle motorsikal aku…terus aku patah balik dan tak sanggup aku menoleh ke belakang. Aku jadi hilang punca. Tiba-tiba aku dapat akal , terus aku pergi ke rumah kawan aku seorang lagi di Kampung Paya.

Dalam perjalanan ke rumah kawan aku memang aku duduk atas seat motorsikal aku paling belakang takut makhluk tu tumpang aku dari belakang. Sampai ja ke rumah kawan aku tu. Mak dia bagitau yang kawan aku pergi ke kedai makan dekat dengan rumah dia. Dan kawan aku tu pergi dengan si MD. Aku terus bergegas pergi kepada mereka.

Bila aku sampai. Aku tak mampu bercakap. Selepas minum sedikit air baru aku ceritakan pada mereka. Air muka mereka terus berubah terutama sekali si MD. Sebab dia nak kena lalu jalan tu bila balik ke rumah dia. Dia siap marah-marah aku sebab cerita hal tu waktu yang tak sesuai bagi dia. Tapi Alhamdulillah masa dia pulang tiada apa-apa yang berlaku.

Keesokkan harinya , waktu petang aku kembali ke rumah MD. Dia beritahu aku orang kampung cakap itu jelmaan Melati ( Lagenda Tasek Melati ). Sebelum aku jumpa ada juga orang lain dah jumpa dan bentuk fizikal secara lisan hampir sama seperti yang aku ceritakan.
Tapi yang aku pasti apa yang aku nampak bukanlah khayalan sebab memang betul-betul depan mata aku. Mungkin juga peringatan kepada aku kerana bertengkar dengan mak aku sebelum tu. Allahualam

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4.3]
nad

11 thoughts on “Jelmaan Melati”

  1. Ko memang cerdik brader..memang betul aku dh pernah merasa ditumpang dengan bende ni…berat dia macam 3org gemok…series Moto aku slow nk mampos…hahaha …aku rasa kelakar gk kau kata camtu hehe.bijak ii

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.