JELMAAN MEREKA 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada peminat tegar FS. Nooora kembali lagi dengan kisah yang lain pulak. Sebelum tu terima kasih pada admin sebab sudi siar kisah aku ni dan kisah yang berjudul JELMAAN MEREKA. Ok, jom kita mula bayangkan kisah yang terjadi pada keluarga sebelah arwah ayah aku (al-fatihah untuk ayah dan rindu ayah sangat2) maaf kisah agak panjang.

Ayah aku mempunyai 8 orang adik beradik dan ayah merupakan anak yang sulung, ditakdirkan arwah atok seorang pawang yang terkenal di kampung. Arwah nenek pula seorang wanita yang baik, pandai masak (sambal petai ikan bilis nenek paling win) dan juga pandai mengaji. Kalau nenek sedang memasak di dapur anaknya pula mengaji di ruang depan. Ada salah bacaan nenek akan tegur saja betulkan bacaan dari dapur. Atok meninggal pada tahun aku dilahirkan iaitu 1982.

Anak2 nenek pun dah besar panjang dan 3 daripada mereka terjebak dengan aktiviti tidak siha. Puas dinasihati dan bermacam cara agar mereka berubah, namun sia2 kerana mereka terus lalai dengan kehidupan mereka. Nenek mula berjumpa dengan seorang bomoh untuk merawat anaknya. Bomoh itu juga sekampung dengan nenek. Segala perintah bomoh itu nenek turuti sehinggalah kami mula perasan apabila pulang ke kampung. Sebelum maghrib, nenek akan menggali lubang di setiap penjuru tiang rumah. Pernah sekali aku mengintai apa yang nenek lakukan, dan apa yang aku lihat nenek menuang sedikit cecair warna merah dan meletakkan anak kunci kedalam lubang itu.

Setiap kali nenek lakukan mulutnya juga akan terkumat kamit membaca. Pernah juga orang kampung bercerita pasal nenek yang seakan terpesong itu. Versi orang kampung mengatakan pada suatu pagi dia terserempak dengan nenek sedang berjalan kaki. Orang itu menegur nenek mahu ke mana, nenek kata mahu ke pasar dan kebetulan orang itu juga mahu ke pasar lalu diajak nenek sekali, tapi nenek menolak pelawaan. Jauh juga kalau nak ke pasar berjalan kaki tapi orang itu terus berlalu. Sampai saja di pasar orang itu terkejut sebab nampak nenek sedang berada di kedai ayam.

Pelik macam mana nenek boleh sampai dahulu sebab dia berkereta, nenek jalan kaki saja. Mustahil boleh sampai begini cepat. Lantas orang itu pergi ke arah nenek dan menegur, “dah lama ke makcik sampai?”. Iye jawab nenek nak balik dah pun. Nenek berlalu sambil orang tadi terpinga-pinga. Sempat juga orang tadi bertanya pada peniaga apa yang nenek beli dan peniaga itu cakap tak beli hanya nakkan darah ayam sahaja. Geleng kepala saja orang itu mendengarnya. Patutlah aku nampak macam cecair merah rupanya darah yang dituang kedalam lubang.

Nenek seorang yang baik dan ramah. Sesiapa yang datang pasti dipelawa makan nasi dulu baru pulang ke rumah tapi mungkin mahu merawat anaknya, dia telah tersalah pilih cara rawatan. Setiap kali berjumpa orang, nenek akan meminta anak kunci untuk dibuat ubat katanya. Pernah juga isteri kepada pakcik cakap yang nenek ada belaan sebab selalu nampak wanita diatas leher nenek, dan memang selalu nenek akan tunduk apabila sedang makan atau duduk. Nenek meninggal pada tahun 2004 kalau tak silap, dan menghembuskan nafasnya lebih kurang 4 pagi. Jenazah nenek dikebumikan selepas asar dan waktu nak sembahyangkan nenek, angin bertiup sangat kencang tapi tak hujan, pokok2 meliuk liuk, kain2 berterbangan. Aku tengok masing2 memegang kain baju kurung atau kain pelekat risau kalau terbang dibawa angin hehehe.

Dan bila malam menjelma, pakteh mula bercerita (dah arwah juga pakteh sekarang). Oh, lupa nak cakap pakteh memang tinggal dengan nenek. Malam nenek meninggal pakteh tertidur diruang tamu tak tahu macam mana boleh tertidur padahal memang dia takkan tidur sebab nenek ni selalu nak buang air pada waktu malam. Masa tengah tidurm pakteh mimpi dia tengah menarik keranda dan pakteh pun tersedar lalu terus jenguk ke atas katil nenek. Sangkaan pakteh nenek sedang tidur, dikejutkan nenek jika mahu buang air atau minum. Tapi nenek tak bangun terus saja pakteh memanggil pakcik di sebelah rumah dan pakcik tu mengatakan nenek telah meninggal. Pakteh tertanya-tanya macam mana dia boleh tertidur sebab dia memang takkan tidur malam seperti biasa. Nenek juga selalu kata kat pakteh yang dia tidak mahu sesiapa pun bahkan anak sendiri melihat cara dia menghembuskan nafasnya.

SELEPAS 3 BULAN PEMERGIAN NENEK

Disini kisah bermula….jeng..jeng…jeng… Aku ingat lagi, waktu ini akademi fantasia sedang rancak. Aku juga selalu layan di channel chat@15 astro, sampai tengah malam dengan abang dan adik aku. Bila dah lewat sangat malaslah nak naik tidur bilik atas. Masa tengah tidur dengar juga suara lolongan anjing dengan kuat lepastu pulak dengar suara ayah kejutkan aku dan abang, ”dik,dik, bangun. Bangun pergi tengok mak kau kat atas tu”, laung ayah. Aku pun bangun naik ke atas sempat jugak tengok jam. Oh, baru pukul 5 pagi, napa pulak mak ni.

Bila sampai bilik mak dan ayah (bilik mak ayah belah hujung sekali siap dengan bilik air), nampak mak tengah baring sambil badan dia terliuk liuk. Mata pula melilau-lilau kejap ke atas, kiri dan kanan. Aku panggil, “mak, mak”, tapi takde sahutan dari mak cuma mata saja yang melilau. Lantas abang aku buka pintu bilik sebab rasa bahang pulak pagi tu. Kami semua bergilir-gilir panggil mak tapi mak langsung tak menjawab. Bila azan subuh berkumandang, mak terus duduk dan bertanya “kenapa korang semua ada sini, tak tido ke?”. Hah yang ni baru mak.

Kitaorang cakap takde apala saja je. Ayah pulak ajak jom semua turun bawah. Masa nak sampai tangga untuk turun mak tetiba patah balik nak masuk dalam bilik dia. “Eh nak ke mana?”, kata ayah. “Jom2 turun”, kata abang kat mak sambil paut bahu mak. Masa nak turun pun mak akan toleh ke atas dan tengok je atas bilik dia. Abang terus pegang mak suruh turun, mak duduk tepi pintu kepala dia tak habis2 toleh ke atas. Ayah pun tanya, “ada apa kat atas tu?”. Mak jawab, “takdo apo sajo yoo”. Aik kita orang pandang sesama sendiri napa lain sangat lenggok mak cakap ni. Memang mak dan ayah orang negeri sembilan. Cara mak cakap pun sampai sekarang tak hilang loghat negeri dia cuma kali ni lenggok dia lain macam sikit. Terlalu pekat loghat dia, macam berlagu lenggok tu.

Ayah tanya lagi, “ada orang kan kat atas? Suruh dia balik”. Mak jawab, “biarlah dehh, bukan buek apooo pun, nak kawan yoo”. “Eh! Mana boleh mak. Nanti dia kacau cucu mak macam mana”, kata abang. “Takdoo doo. Eden tengok yoo. Tak kacauuu dooo”. Tak boleh la kata ayah, susah nanti. Mak pulak mata tetap pandang atas, ayah cakap, “dik. Pergi rumah cikwan mintak datang sini”. Mak dengar je ayah aku suruh panggil cikwan, mak macam marah. Dia lepaskan ikatan rambut dia. Dahlah rambut mak jenis keriting kasar paras bahu. Dah tu digerbangkan pulak rambut tu, serius aku takut tengok mak masa tu. Sampaikan aku nak lalu depan dia pun teragak-agak sebab kan mak duduk dekat pintu nak keluar kena lalu depan dia, mana tau mak tetiba agresif.

Pergi la aku dengan adik ke rumah cikwan yang selang berapa bijik je dengan rumah aku. Bagi salam kat rumah cikwan keluarlah isteri dia jawab salam yang seriaunya isteri dia jenis rambut keriting halus2 tu tambah pulak suasana gelap dengan sunyi terkejut jugakla kitaorang tengok isteri cikwan heheheee. Dah citer semua cikwan cakap jap lagi dia datang. Sampai je kat rumah aku tengok mak dah terbaring, mata melilau badan meliuk macam mula tadi. Aku takut gila sebab tengok mata mak. Sampailah cikwan datang. Ditegurnya mak. “Napa ni. Sapa la punya ni”, kata cikwan sambil duduk hujung kaki mak. Mak tetap macam tadi. Cikwan mintak meh sini lada hitam, aku nak kerjakan dia. Alamak aku cari kat dapur memang takdela lada hitam. Aku ke depan cakap takdelah cikwan lada hitam.

Terus mak aku mengilai terkekek kekek. Seronok sangat la tu sebab lada hitam takde, konon dia menangla. Sampai sekarang aku ingat lagi gelak mak tu. Memang nyaring betul siap ada ahaaaaaiiii kat hujung gelak dia tu. Cikwan cakap, “ooh nanti kamu yee, aku carik kat rumah aku, kamu gelakla puas2, nanti kamu yee”. Dalam 10 minit mak gelak macam tu sampailah cikwan sampai. Terus dibaca dan letakkan lada hitam kat ibu jari kaki mak. Apalagi mak menjeritlah dengan kuat. Puas jerit mak pun sedar. Mak tanya, “apa cikwan buat sini?”. Cikwan cakap, “kamu kenapa ni ada nampak apa2 ke tadi?”.

Mak cerita, masa nak pergi tandas mak nampak ada lembaga hitam dalam bilik air. Mak takut sangat sampai tak boleh nak keluar bilik air. Yang ayah pulak sedar mak takde pergi tandas lama sangat. Ayah pun jengoklah dalam bilik air, tengok mak tengah menggigil dalam bilik air. Lepas dari tu je kami pergi rumah pakcik kat kampung untuk berubat. Kami perlu sediakan pulut, ayam kampung, berteh jagung dan bla..bla..aku lupa la.

Masa dah berubat pakcik tu citer ni saka nenek. Nenek dulu berubat dengan bomoh kan. Ini saka bomoh tu la. Nenek nak ubatkan anak2 dia tapi bomoh ni hantar saka dia pada nenek untuk ganti dia. Bomoh ni juga dengki dengan atok aku, sebab ramai orang berubat dengan atok. Itulah punca dia buat semua ni. Masa aku taip ni pun laptop ni macam ada orang usik je. Tetiba keluar apa2, padahal takde usik pun mouse ni. Ini saja dulu kisah nenek, terima kasih semua sudi luangkan masa baca cerita aku ni. Maaf jika tak seram yee.

Psstt..psstt.. Ada lagi tau, dari kisah atok pulak..kan atok pawang..korang tunggu yee..

2 thoughts on “JELMAAN MEREKA 2”

Leave a Comment