“Apa kehal si Aznan ni berlari masuk ‘bay’ pukul 2.30 pagi ni?” Monolog aku sendiri sambil terus melayankan mesin tester aku. Sementara menunggu keputusan SPM 1994, aku bertekad bekerja di sebuah kilang di Ayer Keroh, Melaka. Seperti kebanyakan kilang, kilang ini juga tidak sunyi dari cerita-cerita seram dikala shift malam bertandang. Baru-baru ini kecoh pontianak kejar ‘man begau’ ketika buang sampah jam 5 pagi hingga mencicit dia lari ke arah kantin. Kisah wanita bebaju gaun putih di bahagian bancuhan bahan chemicals dan kadang kala terdengar jeritan histeria kakak-kakak serta awek kat bahagian packaging. Itu semua macam nasi tambah bila bekerja di kilang ini.
Tapi hari ini di ketika shift malam aku lihat aznan seperti menyembunyikan sesuatu. “woi aznan, kau dah kenapa?” kata aku kepada aznan. Aznan senyum kelat sambil menggelengkan kepala.
Jam merangkak ke pukul 3 pagi. Waktu ini paling seksa menahan mata bagi yang bekerja shift malam. Aku lihat Aznan seperti berak kapur. Duduk sambil melakukan kerja dengan gerak pelahan. Menginjak jam 6.00 pagi semua pekerja bahagian mesin tester melakukan kerja-kerja pembersihan sebelum diambilalih oleh pekerja shift pagi jam 7.00 pagi nanti.
“Wey, mie, cul, zam, kalau kauorang nak pergi toilet ajak aku sekali ye? ” tiba-tiba Aznan muncul ketika kami sedang mengumpat supervisor en Daud.
“Aik tak pernah-pernah pergi toilet berpasukan, ko jumpa ‘dia’ ke?” Serkap si azam. Aznan tersengih lagi.
Jam 2.00 pagi kerja malam begini memang membosankan bagi Aznan. Beberapa kali Aznan ketawakan cerita rakan-rakannya berjumpa hantu. Baru-baru ni si Man Begau berlari ke kantin lepas buang sampah jam 5:00 pagi. Aznan gelak besar sambil menunjuk-nunjuk jari ke muka Man Begau yang takutkan pontianak.
“Nanti la ekau, satu hari ekau kono padan muko” Balas Man Begau dengan slang Palong Negeri Sembilannya.
Bagi Aznan, kalau kita berani, tentu hantu tak berani. Simple dan gigit prinsip itu kuat-kuat.
“Adehh.. sakit pulak perut aku ni Mizi” kata Aznan kepada rakan disebelahnya. “Kau cover aku sekejap, aku nak memerut” sambungnya lagi sambil mencicit lari ke tandas. En. Daud memanjangkan leher melihat anak buah pergi dengan bahasa isyarat ingin ke tandas.
Aznan masuk ke tandas kilang ada 5 pintu tandas. Sunyi.. sepi… selalu ada saje abang-abang di bahagian lain yang duk merokok pagi-pagi buta begini. “Ahhh.. kalau aku bernai, hantu mesti takut” Aznan terus mengigit erat prinsip yang dipegang bila mengusik rakan-rakannya.
Aznan memilih tandas yang paling ‘menyelerakan’ dikalangan 5 tandas tersebut. “okey.. hujung sekali ni macam best”. Aznan terus mencangkung sambil menghisap rokok. Sambil melayan proses ‘pengeluaran’ bahan yang tidak diperlukan sesekali Aznan melihat atas ruang kosong yang boleh dipanjat oleh sesiapa. “Hantu? Eh takkan la hantu nak memanjat” bisik hati Aznan. Di lihat pula bawah terdapat ruang seluas kira-kira 1 kaki dari lantai di bahagian bawah pintu tandas yang diselak guna pensel. ” Kalau ada orang datang, bayang-bayang tentu terlihat dari dalam” Kira-kira si Aznan. Ntah kenapa lain macam pula dia berfikir kali ini.
Rasanya tiada lagi proses pengeluaran tetapi perut masih sakit. Betis Aznan pun dah semakin lenguh. Bertambah tidak selesanya adalah kali ini tandas seakan sunyi sepi dari biasa. Tiada bunyi cakap atau sayup-sayup bunyi mesin. Selalunya ada juga sikit sayup pelbagai bunyi. Sejuk pun lain macam. Nak kata hujan tak ada pula. “ah! aku berani dia takut” Ayat semangat diperkukuhkan di hati Aznan.
Sedang asyik berkerut-kerut muka melayan senak perut, tiba-tiba Aznan terlihat helaian rambut pada ruang kosong bawah pintu tandas di hadapannya. Sedikit demi sedikit rambut semakin banyak dan tebal. Tiba-tiba terjengah sebahagian muka yang mengerikan sambil tersengih. Aznan yang terperanjat dan mengambil masa beberapa saat untuk berfikir terjah keluar. Dia tidak sanggup menjadi mangsa kerakusan makhluk tersebut sedang ia berada di dalam bilik yang kecil ini keseorangan. Dia tidak mampu membayangkan jika dia dan makhluk itu sahaja berdua bertentangan di dalam bilik tersebut dihalang dengan dinding kiri, kanan dan belakang.
Aznan terus membuat keputusan. Terus dia berdiri agar dia tidak lagi melihat wajah mengerunkan itu. Dicapainya seluar miliknya terus dipakai walaupun di hujung jari kakinya terdapat beberapa helaian rambut. Dia nekad.. jika makhluk itu berdiri di hadapan pintu sekalipun, tetap dia akan rempuh dan berlari ke ‘bay’ kilangnya. Sebelum membuka pintu sempat ia mencapai seluar dalam yang tidak sempat dipakai. Aznan terus membuka pintu dan terus berlari tanpa melihat kiri dan kanan.
“Woi Aznan, kau dah kenapa?” Mie memecahkan igauan Aznan dan Aznan membalas dengan senyuman serta menggeleng kepala.
“Apa yang ingin dikatakan kepada rakan-rakannya? Tentu Man Begau ketawakan aku terbahak-bahak”. Bisik hati kecil Aznan.
Termenung seketika memikirkan scene dia di dalam tandas tadi. Mizi cuba ajak berbual tetapi Aznan seperti masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan.
Akhirnya jam 6.00 pagi menjelma. Dia dan rakan-rakan perlu membersihkan mesin serta beberpa perkara bagi menyerahkan tugasan kepada shift pagi pula. Tekadnya dia tidak akan ke toilet seorang diri lagi selepas ini. Prinsip aku berani, dia takut tidak lagi digigit kemas.. sebaliknya terus ditelan. Biarlah apa orang nak cakap.
“Dahlah.. jomlah mulai dari hari ini kita pergi ke tandas berpasukan.” Balas Aznan yang aku kira masih ingin sembunyikan rahsianya. Aku semakin pelik dan tahu tentu ada sesuatu yang berlaku. Satu hari, tentu akan aku korek rahsia si Aznan ini secara terperinci. Man Begau pulak puas aku suruh cerita details bagaimana dia boleh kena kejar dengan pontianak. Tapi dia cakap dia masih belum berani nak cerita, takut benda tu menghantui dia. Konon-konon macam balas dendam la sebab bocor rahsia. Ceh!!
“Wey Aznan apa gelembung dalam kocek seluar kau tu?” Cul bersuara. Aku juga melihat seperti gumpalan sesuatu. Sedikit darinya terkeluar dari kocek seluar. Berwarna hitam.
Aznan seperti panik sambil menarik keluar benda seperti kain berwarna hitam tersebut… dan menguraikan satu persatu
Spender…. sambil aznan tersengih.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Haha.nice.
Seramedi.hahaha do the best
Hahahaha
Hahaha part last tu adoiii lah
hahahaha cerita yang kemas! 🎈👍🏼
.
hahahaha ..bongokk
seram2 pun ada lawak..
hahaha..okey..part last tu kelaka..aku imejin rambut dlm poket die tu..baru nk rasa seram2 sejuk..hahaha..aku bg 8/10..
BEST!😊
Teruskan berkarya!
TO:MIE
Cerita yang menarik!Jalan cerita sangat mudah difahami dan unsur lawak juga ada diselitkan dalam cerita yang dikarang.Boleh dikatakan,pengakhiran cerita memang susah untuk dijangka.Sangat kreatif!Jikalau ada kelapangan,kongsilah cerita lagi ya
Assalamualaikum
Terima kasih otai-otai penulis dan rakan pengkomen di fiksyen shasha kerana bagi peluang aku belajar menulis.
Terbaek jemi. Nice ending,hehe. Kipidap
hahahaha nasib baik ta kkeluar tandas ngn takde seluar.. atau yg lg teruk kua tandas package tak basuh hasil emas. hihi