Jentik Pyscho – LAST

Assalammualaikum & salam sejahtera para peminat cerita FS. Hari ni aku akan sambung lagi kisah si Sherry dan menjawab segala persoalan yang berlegar di minda u olls k. Ada jugak yang hairan kenapa aku letak tajuk ‘jentik pyscho’ sebab sebenarnya aku tak tau nak letak tajuk apa. Hahaha. Anggap je la ‘jentik’ tu ‘usik’ sebab dari perkataan tu kira jadi titik tolak cerita ni bermula. Nanti kejap lagi aku cerita.

Satu lagi, tak kurang jugak yang marah aku kenapa tak bawak pegi berubat (alahh, jangan la marah aku hehehe), tu pun nanti aku jawab jugak. So korang sabar ye? Korang siapkan apa yang patut, nanti tak pasal2 korang salahkan aku sebab buat kerja korang tergendala. Sediakan jejan bebanyak sebab cerita kali ni panjang lebar dari Melaka ke negeri Pahang singgah di Johor beli berangan. Ok k aku mula..

Hmm, part bonet tu memang berkunci tau. Aku tahu sebab Tira ni jenis teliti dan akan cek 2x kalau kereta dah lock atau belum. Satu lagi kunci kereta memang dia akan bawak naik bilik takut-takut alarm ‘letop-letop’ (berbunyi) memalam so senang nak off.

Sebenarnya aku dah lama syak si Sherry ni ada ‘something’ tapi aku tak trfikir akan jadi gini pla. Dulu masa kitorang masih ‘dak-dak’ hostel, biasalah hostel ni banyak berlaku kecurian kan. So satu hari tu aku tercicir dompet. Aku gelabah wei pagi tu sebab waktu exam, kad matriks aku ada dalam tu. Aku bising la dalam rumah (ingat tak hostel kitorang serumah ada 3 bilik?). Puas aku keluar masuk bilik, tandas, bilik sebelah pun aku rempuh. Choii tak dak la, aku beradab so aku tanya baik2 je.

Tetiba waktu Sherry keluar dari bilik nak pergi dewan periksa, dia tengok tepat di mata aku dalam 5 saat cenggitu la, “awak kena cek raga pakaian”. Aku yg tengah kalut masa tu dah tak fikir apa-apa macam aku ikut je arahan si Sherry. Then, yeap betul dompet aku ada dalam timbunan kain kotor di sudut bilik. Satu lagi, selepas peristiwa tu ada satu lagi kejadian kecurian besar-besaran sebab satu aras aku (tingkat 1) hampir semua rumah melaporkan kecurian. Tp Sherry tenang je dan slumber dia bagitau kitorang, “ada dua orang pecah masuk bilik, boleh pergi dekat pekerja cafe yang hujung”. Tak ke skema bahasa pertuturan beliau?

Aku pun pelik jugak kan macam mna dia tau then aku tanyalah. Dia senyum n jawab, “Semua benda aku tau. Takdelah, gurau”. Eh?? Semua? Bangun bulu roma aku wehh. Aku pun nak tau lagi, “macam mna kau tau? Boleh ajar aku tak?”, aku acah-acah je pastu dia senyum n cepat2 masuk bilik sebab dia memang jenis tak banyak cakap. Oh ya, Sherry duk sorang dalam bilik sebab roommate dia yang sepatutnya tinggal dengan dia awal-awal dah daftar keluar. Anak manjalah katakan & susah nak berjauhan dengan family (kalau itulah sebab yang real, tu je aku tau).

Selain tu, Sherry juga banyak kelebihan lain seperti pandai mengurut, mengubat orang, senyuman manis dan wangi bunga-bungaan (tu pun kelebihan eh) tapi betul tak tipu, senyuman Sherry mampu memukau orang sekeliling hinggakan ramai yang dok usha-usha tapi pelik 1 pun Sherry tak terima. Aku pun boleh cair tau tengok senyuman dia (bukan suka kaum sejenis ye) sebab senyuman dia tu mcm ape ye. Sangat ‘membahagiakan’. Boleh ke ayat cenggitu hehehe.

Pernah sekali tu, kebetulan kaki aku terseliuh sebab konon2nya aku perasan berat aku ringan kot. Dengan akal yang pendek aku terbalikkan bakul raga kain plastik tu then aku panjatlah atas tu sebab aku nak capai barang atas loker. Last2 dgn raga2 tu sekali bocor kauuu. Aku rasa bodoh sangat masa tu sebabnya esok aku ada midterm kot n lecturer tu adalah lecturer yg sangat sangat garang siap ugut, graduate tahun depan kalau tak hadir dan beliau tak terima walau apapun alasan kecuali mati. Lecturer aku yang cakap eh..

Si Tira n si Yam tu dok gelakkan aku tapi bila nampak air mata heroin aku meleleh dorang dah start risau. Pastu cepat2 cari minyak gosok konon. Hah tau gelabah kan. Tapi kitorang memang tak simpan minyak gosok waktu tu. Belum sempat pun nak pinjam minyak gosok, Sherry dah tercegat depan pintu kata nak pinjam iron. Kebetulan aku tengah menahan sakit masa tu, then dia mai dekat aku. Dia pegang je bahagian yang terseliuh sambil pejam mata then tiba2 sakit tu beransur hilang.

Dalam masa yang sama aku bersyukur dan dalam masa yang sama jugak aku tercengang. Seperti tau apa yang terbuku di hati kitorang. Sherry cakap “Gifted” pastu kenyit mata. Aku pun thanks la kat dia tapi fkiran aku masih belum sampai ke tahap yang ‘itu’. Korang faham kan. Walaupun aku dah start buat andaian macam2 tapi yelah aku fikir maybe kelebihan dia je kot, so aku clearkan minda aku. Begitu juga dengan Tira n Yam. Dahlah aku tak panggil dia pun, lepastu tak tanya apa2 terus pegang kaki aku. Meremang jugak bulu roma aku waktu tu.

Sampailah satu masa ni, aku sedar satu perkara. Aku tak pernah nampak Sherry basuh baju tapi baju2 dia selalu bersidai. Dia lambat bersiap tapi dia yang dulu sampai kelas. Kitorang tak satu kelas tapi ada beberapa kali aku terserempak ngan dia. Bilik Sherry sentiasa kemas n wangi. Kalau aku lalu bilik Sherry, kan bilik first, aku harum wangi2 tu. Tapi entahlah kenapa aku tak amik peduli sangat pasal tu seabb aku tengok dia baik dan tak pernah buat jahat jadi aku set diminda aku yg mungkin aku terlalu paranoid. Tulah kitorang tak syak macam2 n terima dia jadi housemate kitorang d rumah sewa.

Mungkin skrg ni korang tengah gelabah kan apa jadi dengan Sherry tu n dalam masa yang sama korang mesti tengah syok dengar perbuatan si Sherry kan. Hehe. So aku cerita dulu benda yg berlaku sebelum aku rungkaikan segala pertanyaan yang telah lama terbuku dan yang sedang meronta2 dihati korang tu k.

Selepas kejadian Sherry mengaku Jerry tu, kitorang ingat dia dah ok sebab perangai dia kejap sedih kejap garang. Kitorang pun buat kesimpulan mungkin dia stress kot. Hahaha. Nampak tak minda kitorang yang sangat positif. Tapi memang selepas Yam pindah bilik tu, banyak kejadian luar biasa pulak berlaku terutama part masakan dan bonet tu. Tambahan lagi, selepas peristiwa tu malam2 Sherry akan pusing satu rumah tu cam tawaf lah sebab dia kata nak segarkan badan. Segarkan badan apa jam 3 pagi.

Kalau kitorang intai dekat jendela, dia akan berhenti pastu ketawa. Nasiblah takde jiran yang nampak aksi terlarang si Sherry tu. Pastu dia suka kunyah gula. Yeap gula batu tuu, yg kasar2. Dia bubuh dalam mangkuk then kunyah guna sudu. Dalam perasaan takut-berani Tira tanya la, tak sakit gigi ke. Sherry terus tengok dia tajam2 pastu Tira pergi belakang Yam. Hahaha. Aku pun try nak confess dengan dia, nak tanya bebaik, kau ada masalah ke? Dia cuba sengih, jeling dan blah gitu jee naik bilik. Cenggitulah kelurusan bendul aku, boleh lak tanya cenggitu ek.

Pastu, dalam bilik air, dia akan terbalikkan semua barang yang ada dalam tu. Contoh syampu, penutup d bawah n badan di atas. Gayung, baldi, pencuci muka semua dia buat gitu. Kalau berus gigi dia akan susun melintang di atas flush tandas tu. Selipar pun sama terbalik. Bilik dia pulak dia akan tabur roti yang dah dicarik2 di sepanjang tingkap. Pernah jugak sekali tu, dia memasak lagi tapi kali ni masakan ‘orang’ lah. Haha.

Macam biasa dia ajak dengan muka manis. “Korang tak nak makan ke? Harini aku masak ‘aaaaYAM TIRAmmm’, sambil renung Yam dan Tira. Gulp! Cuak beb. Kitorang cepat2 keluar dari rumah tu dan start enjin kereta. Masa ni lah kitorang bercadang nak panggil ustaz datang rumah. Sebab kitorang pasti ni bukan penyakit hospital ni sebab dia tau banyak benda yang orang lain tak tau. Kitorang dah tak tahan menanggung perit tak dapat tidur malam, pastu esok ke kelas plak mata bengkak.

Kebetulan, kawan aku (panggil dia Syida la ye) satu kos aku, ayah dia seorang ustaz. So aku call Syida dan kitorang pun bincanglah nak jumpa. Pastu dia suruh datang rumah. Pagi tu jugak kitorang bergegas ke rumah Syida. Sebab ayah dia ada je kat rumah sekarang. Rumah dia taklah jauh sangat dalam 30 minit daripada kawasan Uni. Tapi, oleh kerana Syida ni tinggal dalam asrama, jadi kitorang kena singgah dia dulu. Dalam perjalanan ke rumah Syida, aku rasa perjalanan tu terlalu panjang padahal makan masa 30 minit je. Tapi aku rasa macam 2 jam. Kitorang semua rasa benda yg sama.

Then, Syida buka mulut. “Weh korang, orang yang korang maksudkan ni korang pernah usik tak?” pastu kitorang pun fikirlah. Setahu aku takde. Tiba2 Yam menyahut, “yeap ada kot, dulu aku pernah bubuh garam dalam minuman dia. Saja nak tengok reaksi dia sebab dia nampak cool je”. Syida tanya lagi. “pastu?” Tira pula jawab kali ni “kitorang ada sembunyikan kasut dia, tapi kitorang dah kembalikan pun”. Yam menyampuk, “bukan kau ada gunting stoking dia ke dulu sampai berlubang di tumit tu”. Rupanya dorang dah kenal lama sejak dari PLKN tapi Sherry ni jenis pemalu dan asyik mengalah. Syida geleng kepala, “korang dah salah kacau org beb”.

Pastu setibanya di rumah Syida, kitorang bagi salam dan dijemput masuk. Pertanyaan yang sama diujarkan, “korang ada usik kawan korang tak?”. Pastu ayah Syida menggeleng. “Hmm, kamu dah salah langkah kali ni, sebab orang yg tinggal dengan kamu ni ‘kuat’”. Aku syak Sherry ni bunian kot. Tapi ustaz tu cakap, kena datang sendiri jumpa Sherry baru jelas. Sebenarnya, kalau ikutkan Sherry tak leh berdepan dengan orang yg boleh mengubat gangguan ni. So korang dapat tangkap tak apa yang jadi dengan Sherry? Kejap lg ye.

Masa kitorang bawa ustaz tu datang rumah Sherry takde, macam dia tahu je tentang kehadiran seseorang. Tapi ustaz tu pantau keadaan sekeliling dan dalam rumah. Tiba2 kitorang terhidu bau yang sangat busuk macam bangkai tikus pun ada. Ustaz masuk ke bilik Sherry dan dia suruh amik garam di dapur. Lepas garam bertukar tangan, ustaz tu tabur ditepi2 dinding tandas, bilik kitorang dan bilik Sherry. Pastu ustaz tu buka bilik Sherry dan kitorang nampak apa? Bilik tu suram, gelap dan bersawang walaupun waktu tu tengahari). Selama ni aku tengok bilik ni bersih dan harum bunga2an. Ustaz tu tanya, korang ada makan makanan dia masak tak baru2 ni? Kitorang cakap takde. Mujurlah kitorang tak makan, sebab mungkin dia dah santau makanan tu kata ustaz. Lepas ustaz tu baca2 dia pun balik, esok dia datang lagi katanye. Kalau boleh kitorang nak ikut je Syida dan ayahnye balik. Eh takkan la pulakkan, hehe.

Malam tu Sherry tak balik rumah. Aku tak tau mana dia pergi dan memang tak nak amik tau pun. Sebab jawapn dia mesti buat kitorang tak aman tak keruan punyelah. Dalam jam 8 gitu, kitorang baring sama2 di atas katil, lampu memang kitorang tak pernah tutup dah dan aku rasa dah berapa hari tak tidur. Tidur pun tidur2 ayam. Masa tu kitorang semua rasa kepanasan. Tiba2 je padahal kitorang dah mandi dah sebelum tu. Tira capailah buku di atas meja belajar sebelah katil tuk jadikan kipas lah konon.

Then ada gambar jatuh dari buku tu. Tira amik then dia menggigil2 tunjuk dekat kitorang. Gambar tu gambar kitorang bertiga masa kitorang pergi satu pulau hari tu. Itu tak pelik, yang peliknya gambar kitorang tu dilukiskan tanduk atas kepala masing2. Korang dapat bayangkan tak, gambar tu sengaja lah diconteng cenggitu. Pastu belakang gambar tu ada tulis, ‘jangan berani ajak sesiapa’. Ni dah kali ke-100x kitorang cuak dan ke-1000x bulu roma menegak. Malam tu memang tak leh tutup mata langsung. Study pun dah tak hadap dah.

Esoknya kitorang ada kelas lagi dan memang dah tak larat sangat2 tapi kena gagahkan juga masuk kelas sebab tak lama dah nak exam. Kitorang bercadang pergi kelas bersama dan balik bersama walaupun masa kelas lain2. Then, aku teringat aku ada kenal budak yg sekampung dengan Sherry iaitu Mail. Aku kenal dia seabb dia berselisih dengan Sherry satu ketika dulu dan Sherry yang bagitau diorang sekampung. Entah kenapa aku rasa nak jumpa dia.

So aku ikhtiharlah cari sebab yang aku ingat dia amik kos ekonomi je. Kelas aku hari tu ada satu je waktu pagi dan lepastu aku dah takde kelas lain. Yam n Tira pulak ada beberapa kelas lagi. So nak tak nak aku kena tunggu dorang sampai habis kelas. Aku punyalah gigih pergi ke fakulti Mail dan berharap aku akan jumpa dia. Tunggu punya tunggu dalam sejam jugak aku kat lobi bawah tu, Mail pun lalu. Nasib aku kali ni. Aku panggillah, dia nampak hairan lepastu aku cepat2 kenalkan diri. Pastu dia pun ohh je lah. Aku ajak dia pegi café dekat fakulti diorang dan bermulalah soalan2 aku.

Mail pun cerita dari A-Z. “Sebenarnya Qay, si ‘tut’ tu.. (tak leh seru nama dia nanti dia datang Mail kata) dia tu mengamalkan ilmu hitam/sihir. Sihir ni diamalkan oleh keluarga dia bermaksud bermula dari moyang-moyang yg terdahulu. Ertinya, ia telah jadi warisan ataupun turun-temurun. Ilmu diorang ni boleh dikatakan kuat tau, sebab ramai juga yang gagal membuang ‘makhluk’ diorang ni. Yang aku tahu, dulu ‘tut’ tu tak amalkan benda ni. Dia ok masa zaman sekolah. Tapi akibat selalu diejek dan dibuli mungkin dia dah terima benda tu.

Dijadikan cerita, masa sekolah dulu takde seorang pun yang minat dengan dia, sebab dia berkulit hitam dan berjerawat teruk. Lepas tu, budak2 lelaki selalu ambil kesempatan membuli. Diorang tarik rambutlah, koyakkan bukulah. Budak perempuan pun tak kurang hebatnya. Oleh kerana dia pelajar cemerlang, ramai budak2 perempuan ni dengki sampai diorang curi bekas pensel atau buku latihan supaya dia didenda sebab tak dengar arahan cikgu. Banyak lagi benda yang berlaku sebenarnya. Korang hati2 k, jangan sampai korang jentik sikit pun.”

Tapi aku jawab, “dah terlambat kot, sebab roommates aku pernah usik dia masa PLKN dulu”. Mail menggeleng, “patutlah korang jadi tak keruan. Sebenarnya kata mak aku, ilmu diorang ni bukan digunakan untuk perkara yang jahat. Tapi bergantung kepada perbuatan seseorang tu. Bila orang baik, dia akan baik. Mesti dia pandai mengubat kan Qay?”. Aku angguk je. Mail sambung, “ ilmu dia ni aku agak, dah tak terkawal, mungkin dia ada melanggar beberapa pantang berdasarkan perjanjian dia dengan syaitan. Tulah sebab dia jadi kejap baik dan kejap jahat. Kalau korang rasa mental dia dah terganggu, ya mungkin itulah salah satu sebab ilmu ni dah tak terkawal. Bercakap tentang ilmu begini, kalau dia pilih untuk dapat bermacam ‘kebolehan’ mungkin syaratnya berbeza dengan syarat untuk gunakan ke arah yg tak baik. Mungkin dia dah tak amalkan/langgar perjanjian yg dorang buat, so benda tu akan bukan lagi jadi penjaga malah jadi pengganggu”.

Pastu aku tanyalah tang Jerry tu. Mail kata, “ohh itu, sebenarnya Jerry tu cinta mati dia sebelum ni. Tapi Jerry dapat tau asal usul keluarga diorang so dia tak dapat terima. Ayah dia hantarkan jin yang bernama Jerry tuk jadi pendamping supaya dia akan rasa sentiasa ada”. Aku tanya lagi, dia ni bunian ke? Nak sangat tahu kan… Qay… Qay…

“Tak pastilah tentang tu, tapi kau tahu kan bila dah mengamalkan benda tu, mcm2 ilmu ghaib@magik akan berlaku. Sedangkan aku pernah nampak atuk dia lompat dari satu pagar jarak 5 kaki hatta 10 kaki pun lepas jee.. n geng diorang ni byk tau. Kena hati2 dengan org begini, kalau boleh elakkan diri. Korang kena paggil ustaz pagarkan rumah tu dan cepat2 pindah dari rumah tu. Kalau tak nanti korang boleh terbunuh tambahan lagi dua orang kawan kau tu pernah buat aniaya dekat dia. Dekat kampung aku, ada seorang pernah kena dgn keluarga diorang. Sampai sekarang jadi bisu akibat tak jaga mulut. Macam aku cakap, ilmu diorang ni agak kuat. Nasib baik tak mati, kalau mati confirm dalam keadaan yang terseksa. Lepas ni dia mungkin akan ghaib/disembunyikan, susah nak tangkap kaum diorang ni. Hahaha. So korang cepat2lah packing barang dan tinggalkan tempat tu”.

Oh ya berkenaan dengan mak dia Mail kata, “oh mak dia, mak dia bukanlah pengamal benda tu so dia berusaha melarikan diri daripada keluarga tu. Mak dia jadi mangsa keadaan, sebab mula2 mak dia tak tahu perbuatan diorang tu. Tapi bila orang kampung mula mencemuh, dia tertekan dan berakhir dengan bunuh diri tak silap aku. Tak pastilah perbuatan sendiri atau sebaliknya. Wallahualam. Si ‘tut’ ni ada dua orang je adik beradik n dia anak bongsu. Dia manja sangat dengan mak dia. Tapi nak jadi macam mana kan, dah takde. So mungkin yang bersama dia tu cuma halusinasi ataupun roh yang tak tenang atau juga jelmaan je”. Hah nampak tak, si Mail masih mengekalkan ‘tut’ dia tu, sebab dia takut disampuk pagi2 ni. Hahaha.

Masa ni aku rasa nak packing masa tu jugak dan dalam masa yang sama aku dah tak berani nak jejak kaki ke rumah tu lagi. Tapi kitorang dah sepakat tuk ajak Mail dan Ustaz tu datang sekali petang tu, sambil kemas barang dan memagar rumah. Mungkin ayat yang lebih sesuai membersihkan rumah kot. Hehe. Masa yg ditunggu dah tiba, Mail baru je melangkah masuk diperkarangan rumah, dia dah geleng kepala. “Ish3, hutan ke ni?”. Kitorang pun hairan lah pesal pulak hutan kan sebab rumah tu banglo kot. Hanya Mail dan Ustaz tu yang nampak rumah tu mcm hutan. Rupa2nya, pandangan kitorang dah ditutup selama ni. Malam tu, selepas berkemas kitorang tumpang rumah sewa kawan. Nasib baik rumah diorang tu rumah real. Hehehe

Satu lagi, rumah sewa tu bukanlah kepunyaan ‘seorang’ makcik tetapi kaum kerabat bunian/jin. Patutlah kitorang senang nak cari rumah, sewa pun murah dan dalam rumah tu lengkap kot. Sherry yang rancang semua tu sebab dendam terhadap orang2 yang pernah aniaya Sherry selama ni. Selepas ustaz pulihkan penglihatan kitorang, bergegar lutut sis oi. Rumah tu macam dah lama terbengkalai. Dah tumbuh daun2 menjalar patutlah Mail kata mcm hutan. Ye memang aku tak nafikan. Isi rumah tu berhabuk, dan berlumut.

Ustaz tu pesan, kitorang kena berubat jugak manatau dah termakan benda kotor. Alhamdulillah takde. Ustaz tu jelaskan serupa je dengan apa yang Mail dah terangkan. Walaupun semangat kitorang dah dipulihkan, tapi ustaz tu pesan kena sentiasa waspada. Manatau dia menjelma dengan rupa lain pulak. Eh bergurau pulak ustaz ni. Dan sampai sekarang aku tak tahu mana pemergian Sherry dan yang aku risau dia akan datang balik. Harap dia tak handal dalam media sosial kang dia jumpa cerita ni, dia cekik aku waktu tidur.

So kitorang dah masuk study week masa ni dan minggu depan dah start exam. Aku tak tau Sherry hadir ke tak, aku tak berani nak cari. Takut menetap tak pergi2 dekat aku nanti. Hehe. Kitorang dah masuk asrama balik, sebab dalam asrama lagi selamat kot dari duk luar. Huhuhu. Kitorang tak ceritakan benda ni deakt ibu bapa masing2 sebab akibat perbuatan sendiri kan dan aku risau sebab mak aku sakit jantung. Dalam beberapa bulan ketika berlaku peristiwa tu kitorang bertiga dah janji nak bertaubat dan berjanji akan menjaga mulut daripada berlaku keceluparan lagi. Walaupun benda ni tak kena dekat aku, maksud aku takdelah teruk sangat tapi kena amik iktibar jugak kan.

Harap korang puas hati dengan penerangan aku kali ni. Hehe. Dah habis ke popcorn korang? Dah tamat cerita ni. Aku tak sambung lagi k, nanti korang marah aku sebab cerita bersambung. Aku harap takde yang tertinggal tentang soalan korang tu. Hati2 korang ye, terutama di negeri orang. Kena jaga adab dan tutur bahasa k. Tq admin sudi siarkan coretan aku.

Salam kasih,
Qayla

26 thoughts on “Jentik Pyscho – LAST”

  1. makkk…takut nye cerita ni..serius selama ni korang duduk dalam rumah tinggal?? seram..kalau boleh nak tahu jugak sambungan kalau lepas dari cerita ni ade terjumpa sherry semula

    Reply
  2. part yang boleh buat mati tu macam pelik…..sungguh ke kuat sangat ilmu dia sampai boleh sebabkan manusia mati? bukan menghidup dan mematikan mahkluk tu kuasa Allah ke..

    Reply
      • bende tu boleh membunuh? tak pernah lagi orang kena rasuk sampai mati/bunuh orang lain…dalam filem hantu indon/inggeris jer camtu

        Reply
        • Mengawal, spt dgr bisikan suruh terjun atau seumpama dgnnya. Mrk bole kawal, dan dgn sihir pun bole menyebabkan kematian jika kesakitan dalaman. Byk lg. Mmg ajal maut tu Allah tentukan. Tp kena ingat, bila dh main dgn benda alah ni, semuanya takmustahil.

          Reply
  3. Oh..macam tu ceritanya

    Minta maaflah dulu ada komen,ya la tak tahu cerita sampai habis..mana nak tahu. Huhu

    Harap dia dah tak ganggu la… macam psiko pun ada. Pendendam.

    Kita dah ikthiar macam itu dah clear,semua terpulang pada S,nak buang atau simpan benda tu.. nak bawa berubat pun dia macam tahu2 ja kan.

    Orang yg guna kuasa selain Allah,lambat laun dia lemah juga. Nak tanding kuasa Tuhan,iblis berjaya sesatkan dia. Hati-hatilah.

    Reply
  4. Uhuhuhuhuhuhu memang seram meremangggg…
    Seketurunan kot amallkan ilmu yang salah. Nauzubillahiminzalik.
    Aku doakan moga Qayla tak lagi diganggu si “tut”
    Ini memang tahap gila, gila siot….

    Reply
  5. Ohh mcm tu citer dia eeaa… aku nk mntak maap la kat ko qayla, sbb dlm komen aritu aku kutuk ko n the gang.. tk tau plk si sherry tu memang brmslh.. korang pun lain kali agak2 la kalau nk pedajalkn org pun.. sekali dia kena, sampai sdh korang dia cari..

    Reply

Leave a Comment