#Jimin-The ‘BEST’ Camping Ever

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca FS. Terima kasih kepada admin kalau cerita saya ini disiarkan buat kali kedua?

November 2014 (aku berumur 12 tahun)

Ketika cuti sekolah akhir tahun, aku dan geng kawan baik AKU (lebih kepada geng otak masuk air. HAHAH) dh bersepakat nak masuk kem motivasi (macam camping lah jugak) dari sekolah rendah kitaorg.
Kitaorang dah minta kebenaran mak bapak kitaorg, Alhamdulillah semua berjalan lancar. Settle.

Dari rumah nak ke tapak camping tu, kitaorang tak habis habis bersembang. Tekak aku pun dah haus. Haha. Biasa la kan. Sampai je kat tempat camping tu (tempat dia mcm tapak kat taman, pihak sekolah sewa. Gitu ah. Aku pun tak ingat) kitaorg daftar nama, lepastu kata bye-bye kat mak bapak.kitaorang duk satu khemah sebab masa daftar giliran sekali terus kan.

Kitaorang letak beg kat khemah lepastu kitaorang berkumpul kat dewan kecik. Maka bermula la ucapan guru dan taklimat dari guru. Kitaorang nk bernanah telinga. Punya la lama taklimat ngan ucapan. Habis je taklimat kami buat macam macam aktiviti yang disediakan.

Malam itu, semua orang dah nak mula tidur kecuali kami geng masuk air ni. Kami duduk dengan menutup badan dengan selimut. Kitaorang berkongsi cerita. Sudah tentu, cerita hantu la~~kongsi punya kongsi, sampai aku ni nak terkencing malam tu pun tak jadi nak kencing.

Malam esoknya ada aktiviti apa orang panggil yang masuk dalam hutan night jungle? night walk? Aku pun lupa, takpe lah. Kitaorang berjalan dalam kumpulan, seperti biasa, aku ngan geng aku jadi satu kumpulan, tapi lia ngan dian je lah takde sebab cikgu suruh dia masuk satu kumpulan dengan budak darjah 3 sebab suruh jaga diaorang, biasa lah, budak kan. Kesian. HAHAHAH.

Jadi, aku satu kumpulan dengan hanis, yaya, tihah. Yang aktiviti ni, siapa sampai dulu dia menang, budak darjah 1234 ni excited lah. Kitaorang ni borak borak gitu je ah. HAHA. Time duk borak ngan kawan aku ni, terdengar lak cam bunyi semak semak. So, automatic kepala aku toleh belakang. Mak aih, cik pontianak kat belakang lak. Time tu aku tak pikir apa apa macam hantu betul ke tak, sebab lia ngan dian cam acah takut kan kitaorang “korang nanti jalan elok elok eh. Nanti terjumpa something mula terkencing.. hihi” aku ingat yang cik pon tu lia sebab muka sebijik. HAHAH.

Lagipun lia ni pandai make up. Dulu hari guru, ada game make up hantu kat cikgu, dia jadi ooo make up, yang lain cop tepung je kat muka cikgu. HAHHA. Balik kepada cerita, aku pun try nak bagitau hanis.tapi, tiba tiba aku nampak lia ngan dian duk pakai telekung dengan muka penuh bedak ke tepung try nk terkejutkan hanis,yaya ngan tihah yang duk bersembang “opocot mak kau meletop top top!!!!!” Nak tergelak aku tengok yaya melatah.

Aku punya lutut pun dah menggigil nk terkencing pun ada bila otak aku dh berhubung yang tadi tu betul betul cik pon. Masa kawan aku duk gaduh pasal sergah tadi, diaorang perasan aku yang tengah cuak ni. “Tengok tu, nana cuak dah tu. Sian dia. Kau ah ni” kata tihah kat lia ngan dia. Masa tu, Aku cuba nak penjam mata sebaik mungkin sebab otak dah jam tak tau nak buat apa, ye lah kan, first time nampak cik pon.

Kawan aku pun datang kat aku. “Kau dah kenapa,nana?” Kata lia.
Time tu jugak, ada budak kat depan aku pun tercegat. So aku ingat cik pon ada kat situ lagi. Aku pun lambai kat lia menunjukkan isyarat suruh dia dekat sikit kat aku. Aku pun bisik kat dia “cik.. cik pon kat kat belakang sana.” Kata aku terketar ketar. Lia pun pandang belakang. Dia baca something then hembus. Lia ni kalau nak tahu, dia ni bab agama ok la sebab bapak dia ustaz.

“Ok dah. Jom gerak sama sama”

Budak tu pun jalan balik. Kitaorang jalan berkumpulan (bergabung ngan kumpulan lia ngan dian) Budak tu lak gi cerita kat geng dia. Budak lain dh mula start nk nangis. Adoi. Time tu juga lah kita orang terberhenti jalan. Sebab nampak cik cong lak. Aku dh mula kuatkan iman dan hati sebab lia sempat bisik kat aku “jangan takut dengan diaorang sebab diaorang pun makhluk Allah.Mungkin diaorang saja nak usik kita”

Aku tengok budak budak dah mula nak nangis. Kawan aku yang lain lak mcm kaku. Aku tarik nafas. Sambil lutut duk bergegar tangan menggeletar. Aku azan kuat kuat sambil tutup mata aku. Nak nangis pun asa. Lepas aku azan, aku buka mata aku, tgk cik cong dah takde.

Lia suruh aku ngan yang lain baca apa yang patut. Alhamdulillah, kitaorang selamat . 9Ramai dah kumpulan sampai dan ada yang duk nangis. Rupanya ramai jugak la kena kacau jadi kitaorang baca yassin ramai ramai malam tu.

Cikgu pun suruh kitaorang amik wuduk sebelum tidur. Itu sahaja dari saya. Gerak lu. Saya hargai lah jugak pengalaman ni. Membuatkan kita sedar. Apa pun, lepas kejadian ni aku tak kena kacau or anything. Alhamdulillah.

9 thoughts on “#Jimin-The ‘BEST’ Camping Ever”

  1. ”tapi lia ngan dian je lah takde sebab cikgu suruh dia masuk satu kumpulan dengan budak darjah 3 sebab suruh jaga diaorang, biasa lah, budak kan. Kesian. ”
    kau tu pun masih budak2 jugaa

    Reply

Leave a Comment