Assalamualaikum, Hai semua. Terima kasih admin sebab siarkan cerita aku. Cerita ni berdasarkan pengalaman aku sendiri dan aku pun baru 4 bulan lepas berubat dengan ustaz di Johor Bahru.
Kalau sebut je pasal ‘tindih’, mesti semua orang tahu kan. Badan kaku tak boleh bergerak, nak menjerit pun suara tak keluar. Padahal kita dah guna sekuat tenaga kita nak lawan tapi tetap kaku. Macam tu lah yang aku alami hampir setiap malam, kadang-kadang aku jadi takut sendiri bila waktu tidur dah sampai. Takut-takut kena tindih lagi malam tu. Aku mula kena tindih dari dibangku sekolah rendah lagi. Sehinggalah sekarang umur aku dah mencecah 24 tahun.
Nak dijadikan cerita, aku semakin kerap ditindih selepas aku lepasan SPM. Biasalah budak lepasan SPM mesti cari kerja part time kan untuk cari duit poket. Setiap malam juga lah aku akan ditindih. Sebelum aku ditindih, aku mesti akan dengar bunyi kipas berpusing kuat dari biasa. Bunyi kipas berlawan dengan angin, dapat bayangkan kan macam mana bunyinya. Sebab bunyi tu kuat, jadi aku akan tersedar dari tidur semasa ditindih. Bila aku buka je mata, automatik aku akan nampak lembaga hitam berbulu berdiri dekat pintu bilik aku. Masa tu nafas aku memang dah sesak sebab ditindih, aku pejamkan semula mata dan baca ayat kursi sebanyak mungkin sehingga aku tertidur semula. Bila bangun pagi esoknya, kaki aku lebam-lebam.
Aku ada seorang kawan lelaki yang selalu juga join perubatan darul syifa, aku cerita dekat dia yang aku selalu kena tindih sampai tahap aku rasa badan aku terapung sendiri bergerak terkena tangga katil. Katil aku dua tingkat tapi aku tidur sorang je. Aku rasa badan aku terangkat sendiri tapi aku tak nak buka mata. Aku pejam je mata sambil baca ayat kursi, al-fatihah, 3 kul, ayat seribu dinar. Lepas aku baca tu, aku rasa badan aku sikit-sikit turun ke katil semula. Kawan aku kata tu jin. Dia dah suka dekat aku. Dia nak ambil aku bawa pergi tempat dia. Tapi disebabkan aku baca ayat-ayat al-Quran, dia letak aku balik. Masa tu aku betul- betul dah cuak, aku tak dapat bayangkan kalau aku dah tak cukup khudrat nak lawan ‘dia’ , aku bangun pagi jek dah ada kat alam lain dengan ‘dia’ , jauh dari family aku. Kawan aku suruh berubat, tapi aku yang macam berat hati nak pergi.
Perkara ni berlanjutan sehingga aku nak tamatkan zaman bujang aku pada usia 22 tahun. Dapat bayangkan kan berapa lama aku tahan dengan gangguan ni. Dua minggu sebelum aku diijab kabulkan, ‘dia’ datang berbisik dekat aku masa aku tengah tidur. Masa tu jam dekat- dekat nak pukul 5 pagi. Aku rasa tangan aku macam kena sentuh dengan orang. Tapi aku tak buka mata, aku pejam je kuat-kuat sebab aku tahu tu ‘dia’ , bunyi kipas dah kuat lain macam kan. Dua kali ‘dia’ berbisik dekat aku ” Kau Pilih Aku Ke Dia? “….” Kau Pilih Aku Ke Dia? ”
Aku diam tak jawab, suara ‘dia’ lelaki macam manusia, tak ada yang menyeramkan tapi aku kuatkan hati baca ayat kursi berulang kali sehingga aku sendiri rasa ‘dia’ dah tak ada. Sejak dari tu aku dah tak diganggu lagi, mungkin aku pun dah nak berumahtangga dan ‘dia’ pun berhenti mengganggu aku.
Alhamdulillah majlis persandingan dan menyambut menantu berjalan dengan lancar. Selepas kahwin, aku menetap di rumah mentua dahulu sementara mendapat rumah sendiri. Hari-hari aku berjalan seperti biasa tapi tanpaku sangka setelah hampir sebulan aku tidak diganggu, ‘dia’ kembali lagi. Memang tidak sekerap dahulu aku ditindih tetapi aku sering kali terlihat kelibat hitam melintas. Aku ingat bila dah kahwin, dah ada suami, ‘dia’ dah tak ada selera nak kacau aku, rupanya tak. Dan bermulalah kehidupan aku yang dahulu bila tiba waktu tidur, aku jadi takut sendiri cuma acah-acah berani je. Selagi ada khudrat nak lawan, aku baca jek lah ayat al-Quran sebagai pelindung.
Dua minggu lepas tu, aku disahkan mengandung. Alhamdulillah rezeki Allah. Sepanjang aku mengandung, aku tak diganggu, aku pon tak tahu kenapa. Rutin malam aku sebelum tidur tetap sama, baca ayat al-Quran, mungkin Allah nak lindung aku dan zuriat. Alhamdulillah. Selepas bersalin dalam tempoh berpantang pun kehidupan aku aman damai tanpa gangguan, cuma aku kerap mimpi benda-benda pelik je. Sehinggalah usia anak aku 10 bulan, aku tiba-tiba sakit belakang yang tak pernah aku rasa. Rasanya sakit nak bersalin pun tak macam tu. Sakit belakang seminggu lepas tu hilang sendiri. Lepas dua minggu, sakit belakang tu datang balik.
Aku sampai tak boleh nak bangun sebab tiap kali nak bergerak jek pinggang rasa macam nak patah. Masa ni aku dah duduk rumah sendiri. Esoknya husband bawa aku pergi klinik. Yang buat aku tak sedap hati, doktor tak tahu aku sakit ape sebab aku tak ada jatuh, angkat benda berat pun tak ada. Doktor cuma bagi aku ubat urat dengan kalsium je. Balik rumah tu aku makan juga lah ubat tu tapi tetap sakit. Aku call mak aku nangis-nangis sebab aku tak pernah rasa sakit macam tu. Malam tu juga mak aku bawa aku balik rumah dia. Mak aku nak aku berubat dengan ustaz dekat kampung tu, tapi ustaz tu cuma berubat malam jumaat je. Terpaksalah aku tunggu lagi dua hari sebab hari tu baru hari selasa. Terasa lama gila nak tunggu sampai hari khamis malam jumaat tu.
Last-last hari rabu malam aku ajak mak aku pergi rumah ustaz tu nak minta tolong tengok sama ada aku sakit urat atau sebab lain. Ustaz tu tanya nama penuh aku dengan mak aku. Dia tanya ciri-ciri gangguan yang aku alami. Dia ambil sebilah pisau tumpul dan acukan di bahagian yang sakit. Masa tu hanya Allah saja yang tahu sakit tu macam mana. Ustaz tu cakap dia hanya acukan saja pisau tu, bukan tekan tapi sakit tu terasa sebab ada yang mengikut aku. Ustaz tu cakap benda tu dah lama ikut aku. Asalnya benda tu ikut ayah aku balik dari memancing, sampai di rumah, ‘benda’ tu ternampak aku dan sebab tu ‘dia’ mengikut aku pula. Ustaz tu cakap lagi, “Nasib Baik Kau Boleh Mengandung, Selalunya Tak Boleh, TuDia Ada Kat Atas Pokok Tu Tengok Kau, Kau Nampak Tak?”.
Aku pandang sekeliling tak ada benda pun yang aku nampak, ” Tak Nampak Pun” jawab aku.
“Kau Tak Nampak? Alhamdulillah, Esok Kau Datang Sini Semula Sebab Aku Buat Pengakhiran Malam Jumaat Je. Nanti Air Tu Dah Siap, Kau Minum Pastu Mandi Sekali, Esok Kau Bawa Garam Je, Banyak Pun Takpe Sebab Nak Buat Pendinding Rumah Sekali”.
Esoknya seperti yang dijanjikan, aku pun tiba di rumah ustaz tu. Ada sepasang suami isteri nak berubat juga masa tu. Masa aku buka pintu kereta, sayup-sayup aku dengar suara perempuan mengilai. Aku tutup pintu kereta semula. Lepas tu mak aku ajak turun, baru aku turun. Ustaz tu berubat kat luar rumah. Belakang rumah ustaz tu ada pangkin, jadi berubat ramai-ramai kat situ. Ustaz tu tengok aku pastu cakap, “Dia Ada Lagi Tu Kat Sini, Ikut Kau, Tengok Kau, Lepas Kau Mandi Dengan Air Ni, InsyaAllah Hilanglah Sakit Tu. Aku Bagi Kau Kunci Diri, Kau Kena Hafal, Baca Dengan 1 Nafas, Tak Boleh Senafas, Baca Dua Kali Nafas, Jangan Lebih Tiga Nafas Je”.
Alhamdulillah, dah 4 bulan aku berubat dengan ustaz tu. Rumah pun aku dah pagar dengan air garam bacaan ustaz. Pinggang aku pun dah pulih sepenuhnya. Tiada lagi gangguan, mimpi-mimpi pelik, lebam-lebam di badan semua dah tak ada. Kunci Diri tu aku amalkan tiap hari, Alhamdulillah Allah temukan aku dengan ustaz tu.
Ok lah, sampai sini je aku nak share cerita. Cerita aku memang tak seram, cuma nak kongsi pengalaman. Assalamualaikum.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Kenapa penulis cita ni ambil masa yg lama utk berubat? Dah sakit teruk baru cari ustad? Adoi la..setau saya jika bdn ada kesan lebam lps bangun tido tu tanda sudah disetubuhi jin jantan..pd pembaca lain jika alami masalah mcm ni cpt2 la berubat ya..
mcm mana kalau org lelaki pula yg dpt tanda lebam2??
Jin kunyit lah tu haha
Jin kalau dah jatuh cinta dgn manusia mmg bahaya jika tak kuat ..saya penah alami kes spt ini..2 ekor jin jantan ikut mana saya pergi tp tak dpt masuk tubuh saya sebab saya mengaji hari2..cara lpskan diri juga guna garam kasar dan renjisan air yasin kelilin rumah..
saya ber’cinta’ dgn ‘dia’ 13 tahun. sejak saya awal2 nak akil baligh dia dah datang tapi belum jelas ‘cinta’ tu. start 7 8 tahun lepas makin ketara. sakit teruk, esp bila rapat dengan lelaki. merata pergi berubat, tapi kejap je then dia datang balik.
now start berubat dgn ahli keluarga sendiri, sejak sebulan ni alhamdulillah dia dah xkelihatan. kalo nampak pun dari jauh je. so i understand apa rasanya yg penulis alami
Dulu aku selalu kene tindih…bile bgtau parents..deme just kata aku tido tak baca doa.. Bila aku otp malam2 dengan kwn lelaki, tetibe je aku menggigil smpai tak boleh nak berkata2… Kalau aku mesej smpai lewat malam…pstu tertido…mmg kaw2 la rasa kene lanyak ms tido… Tapi takleh nak buat ape….dah teruk sgt baru aku g berubat…menjerit2 aku ms ustaz baca ayat2 rukyah….n smpai la pon aku masih berubat… Aku tak tau la jin jatuh cinta ke apa…tp smpai la ni, tiap kali aku nk serius dgn laki, mesti tetibe aku makin dijauhkan…dh berkali2 aku cuma mampu tgk je org2 yg pnh aku sayang bersanding dgn org lain… Makin lama,makin lanjut usiaku…
nasib baik dy xkaco umah tangga, xkaco laki ko anak ko.. perghh… lame kot dari kecik kne tindih…
sis cerita lebih kurang macam saya. ada ustaz darus syifa penah cakap, saya ni susah nak kawin sebab ada benda ikut saya .. tapi sekarang umur saya 32 & akan berkahwin lepas raya tahun ni . yang buat saya risau, sebulan sebelum saya bertunang, saya dapat mimpi pelik, ada seekor makhluk wajah seolah2 manusia tp muka dia bengis dan menakutkan datang marah & ugut saya, dia cakap “kau kena kahwin dengan aku, kau tak boleh kahwin dgn lelaki tu, kalau kau degil aku akan pastikan kau takkan selamat” .. lagi beberapa bulan sy akan kahwin dan saya agak risau. Tapi saya tetap semua yg terjadi dengan izin Allah.
Akak kuatkan pendinding diri ya kak. Hati2. Semoga semuanya dipermudahkan & dilindungi ALLAH. In Shaa Allah
Insyaallah akan lebih mendekatkan diri pada Allah.. cuma sepanjang tempoh bertunang macam2 mimpi buruk datang, .. ‘benda’ ni dr dulu lagi selalu dtg dlm mimpi, dia akan dtg & paksa sy ikut dia.. at the same time ada ‘seorang’ lagi lelaki muncul & selamatkn sy, lelaki sorg lagi ni dulu xpnh tunjukan muka dia cuma di wajah dia berseri.. tapi lepas sy bertunang hari tu, ” ada satu mlm saya mimpi sy berada dlm sebuah rumah yg cantik dgn sorg lelaki yg sy seolah2 penah kenal, dia pegang tgn saya bawa saya keluar dr rumah tu.. masyaallah tempat tu mcm di atas gunung yg rata, ada rumput yg ala2 rumput carpet boleh nampak kabus2 sebab tmpt tinggi, ada bunga sekitar rumah.. sy yakin lelaki yg dtg dlm mimpi sy kali ni, lelaki yg sama yg selalu selamatkn sy dr ‘benda’ tu.. tapi kali ni dia tunjukkan wajah dia, wajah dia handsome sgt, putih berseri2, tak pernah seumur hidup saya nampak lelaki se handsome tu,muka dia flowless & berseri2 ,sampai masa saya tgh tulis ni pun jantung sy berdebar2 bila teringatkan wajah ‘lelaki’ tu.artis korea pun x sehensem tu hihi.. dlm mimpi tu sy ckp dgn ‘dia’, sy ckp yg saya dh bertunang dan akan berkahwin tak lama lagi. tp dia jawab “saya tahu, saya sayangkan awak, tapi sy cuma boleh jadi kawan awak saja & sy akan jaga awak”.. macam mengarut saja tapi ni btl2 yg saya rasa.. Tapi saya masih lagi risau pasal mimpi ugutan yg pertama tu.. hari2 sy berdoa supaya dijauhkan dari perkara yg tak baik sy pesan pada adik sy kalau ada sesuatu yg buruk terjadi masa sy nikah nanti, sy harap dia carikan pertolongan utk sy.
Tu la kan…klu dah tahu ada jin …x leh biar kan kene berubat supaya halau trus. Sbb kita x nmpk klu org yg berubat tu tahu.
Sis sy pun pernah alami ,klau kena tindih tu nk jerit nma mk klau boleh nie tk? kdang2 nk bukak mlot hergghh punya la susah pyah keras mlot?pdahal dh jerit skuat kuat tpi mcam tk ddngari uishh ?lgi2 bila nk bca dlam hti lgi la brterabur?tpi sy slalunya akan gerak kan ibu jari kaki bru la sy dpat bngun sperti goyang goyang kan ibu jari kaki heee… lpas tu bru la suara sy akn ddngari,tktahu kenapa msti sy akn goyangkn ibu jari kaki bila trasa dtindih .itu sy la tktahu orang lain??
Ramai yg tnye nape da tau kena ganggu tp xnak brubat… Sbnarnye… Kdg2tuan nye bdan bukan xnak brubat… Tp ‘benda’ tu yg halang… Mcm mn die halang… Mcm2 cr blh buat… Yg alami je tau mcm mn..
Saya seorang perawat islam. Banyak pengalaman dalam kes jin cinta. ika perlu khidmat saya boleh wassap 0123779564.
Ariffin