Jiran Tingkat Atas Kedai Makan

Assalamuaalaikum w.b.t dan selamat malam buat pembaca ruangan Fs. Nama aku Eda. Aku ada satu pengalaman yg agak seramm. Dulu aq pernah bekerja di sebuah kedai makan di Johor. Almaklum kampung halaman ada saje keje kat kedai makan tapi yelahh saje nk cari pengalaman kerja kat tempat jauh.

Masa aku kerja di sana, aku dan kawan , Eza menetap di sebuah bilik tingkat 1 bersama seorang lagi pekerja tetap namanya kak Siti. Bilik yang kami menginap betul2 ditingkat 1 atas kedai makan tersebut. Dan ditingkat 2 pula terdapat sebuah bilik tapi aku masa tu tak pasti pulak ada orang tinggal atau tak.

Kat bilik kami terdapat koridor dan dari situ boleh nampak rumah kat bawah dan terdapat seekor anjing yang sentiasa menyalak tiap kali malam tiba.
So aku jenis yang suka lepak kat koridor tu, saje nak amik angin malam lepas penat kerja. Kami kerja start petang hinggalah waktu subuh. Nak dijadikan cerita masa mula2 aku tinggal kat bilik tingkat 1 tu, dah kitorang siap2 nak tidur mesti akan ada bunyi orang tarik perabot, tarik kerusi dan kdang2 bunyi guli melantun di segenap bilik tingkat atas.

Waktu tu aku pun dah pelik kenapa orang atas ni rajin sangat??. Bila aku tanya pada kak Siti,”ishhh diorang memang rajin mengemas. Dahlaa pegi tido”. Itulah jawapan yg selalu aku dapat. Kak siti pulak jenis pasang ayat2 suci AlQuran kat handfon die sebelum tidur. kitorang jugak akan tunggu subuh ,selepas solat barulah kami akan tidur.

Pada satu malam minggu, aku lepak kat koridor bilik tu, lepas tu anjing yang kat rumah uncle bawah tu tenung tajam jeee aku. Bulu roma aku dah mula naikk. Huii lepas tu tiba2 anjing menyalak kuat smpai nk tercabut rantai die.

Waktu tu aku toleh belakang, cuba teka apa yang aku nampak?? Bayang2 rambut panjang dari dinding bilik kami bergerak naik ke koridor bilik atas. Perhhh terus tak pikir apa aku lari masuk bilik sambil terketar2. Sejak haritu aku dah tak lagi lepak koridor n tak pulak aku ceritakan kat kak Siti ngn Eza. Ada lagi cerita masa aku tinggal kat situ, satu malam aku dengar bunyi bising sangat kat bilik tingkat 2.

So aku pun beranikan diri naik nak tengok apa yg jadi. Aku pun ketuk laaa pintu bilik tu tapi yg heran nye lps aku ketuk pintu bunyi yang bising2, tarik perabot n kerusi bagai terhenti. Tapi takderk pulak orang yang bukak pintu. So aku assume dorang faham kot kami rasa terganggu. Aku pun turun sambung kerja smpai lahh kedai tutup. Masa habis kerja dah naik bilik nak rehat tetiba badan aku panas gile. Eza bgthu kt aku,”Eh Eda, aku rasa kau demam teruk ni panas sgt jum g klinik” . Kak Siti pun iyakan. Masa tu aku rasa lemah dan terbaring je.

Aku terus tertidur. Sedar2 aku lihat ramai je orang kerumun aku. Eza dan Kak Siti pun muka dorang risau sangat. Dorang tanya aku okey dah ke. Aku bagithu aku okey je sebab dah tidur lama. Punya lahh terkejut dorang sambil tanya aku tak ingat ke apa yg berlaku. Dorang citer kat aku masa aku demam semalam masa aku trbaring tu, aku menangis mendayu2 sambil mata tengok kat siling atas. Lepas tu sambil menangis aku senyum lepas tu ketawa kuat. Masa tu dorang cite dorang takut sangat dan pasang ayat2 alQuran tapi aku makin menjadi2. Jari aku tunding ke bilik atas sambil menangis dan gelak masa yang sama.

“Aku nak naik sane…hu…hu…hu” dgn mata aku merah lagi sebab dah byk nangis. Kak Siti terus call maksedara nya iaitu Mak Timah yang agak mahir dlm perubatan Islam. Masa Mak Timah datang kat bilik kami, aku tiba2 bangun melompat dan mencangkung kat sudut bilik sambil gelak”huuuu..huuu..aku nak balik…” .Mak Timah terus membacakan Ayat alquran dan aku terus melompat ingin keluar bilik. Masa tu dorang sempat halang aku.

Atas arahan mak Timah, dorang memapah aku keluar bilik dan sewaktu turun, aku trus pengsan. Kak Siti dan Eza ceritakan semua yg terjadi malam tu tapi aku tak ingat satu pun. Mak Timaj bagitahu kami ‘benda’ tu marah sebab aku dah ketuk bilik mereka kat tingkat 2. Dia nasihatkan kami supaya tidak naik ke bilik atas dan buat tidak tahu sahaja dgn bunyi bising. Rupa2nya aku baru tahu bahawa bilik diatas sememngnya didiami oleh ‘makhluk’ tersebut.

Kak Siti yang selama ni tinggal berseorangan sebelum aku dan Eza datang sudah kerap diganggu. Kak Siti dah lali dgn bunyi2 di bilik tingkat 2. Sudah pelbagai cara mereka lakukan untuk halau makhluk tersebut ttpi tidak berjaya. Pemilik bilik asal tingkat 2 juga ada menceritakan mereka ingin sewakan bilik tersebut namun selalu tidak berjaya. Ini kerana papan tanda “Bilik untuk disewa” selalu terjatuh dan mereka yang menelefon nombor yg tertera sentiasa dibalas dengan suara garau “makhluk” tersebut.

Sejak dari kejadian tersebut aku dah tak berani nak ketuk pintu rumah orang sembarangan. Sekian..

::hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

10 thoughts on “Jiran Tingkat Atas Kedai Makan”

  1. Bunyi guli,perabot n lesung batu dh outdated,kt flat umah aku ni bunyi org DRILL DINDING kul 2-3 pg,tnye org/pegi cek sndiri umah atas tu mmg dh bertaun kosong..

    Reply
  2. kadang2 kita tak tahu pun kita kacau diaorg ,lalu kwsan diaorg ke apa tetiba kena. huhu
    susah betul…tak ada niat nak ganggu. tp tak boleh ke bertolak ansur sikit

    Reply

Leave a Comment