Jodoh, pendengki atau penjaga

JODOH, PENDENGKI ATAU PENJAGA

Seronok bila baca cerita yang pelbagai dalam fiksyen ni. So aku pun tertarik untuk menceritakan pengalaman yang menjadi sejarah hitam dalam hidup aku dan keluarga. Tiada tokok tambah perisa masam manis masin tapi ada singkatan cerita supaya tak panjang lebar. Panjang itu pasti kerana berkisarkan 6 bulan aku berubat. Tidak la seram sampai mencacak bulu yang ada di badan tapi boleh membuatkan hilang akal kalau fikir secara logik.

So awal ni aku ceritakan dulu siapa AKU. Berumur 23. Nama Nur. Aku sakit sejak aku mula bercouple dengan lelaki bernama Fakhrul. Sebelum aku bercinta minta dengan Fakhrul, dia bercinta dengan perempuan bernama Adibah(exgilr). Mereka sebaya.

Hubungan percintaan antara aku dengan Fakhrul tidak la lama. Tapi sampai ke peringkat seminggu lagi nak bertunang tapi dibatalkan family aku atas dasar ada yang tidak kena. Tapi aku still jugak berkeras untuk menjalinkan hubungan dengan Fakhrul. Konon nya sanggup sehidup semati ala2 hindustan. Sayang tu tak bertempat. Tunggu la nanti baru la korang tahu kenapa aku kata tak bertempat.

Bulan 1 2016
Dah 6 bulan aku putus cinta dengan Fakhrul. Mungkin memang tiada jodoh. Fakhrul telah couple kembali dengan Adibah (hebat kan permainan dia). Aku mula bergerak sendiri. Tergerak aku untuk berubat secara tradisional sebab sering rasa sakit2 badan dan seperti diperhatikan. Rasa rimas bila di rumah, susah untuk membaca al quran. Kebetulan abang ipar aku sedang berubat tradisional dengan seorang pengamal perubatan tradisional (ustaz Halim).

Suatu hari kami berjanji untuk pergi ke kerumah ustaz Halim setelah banyak kali di batalkan di sebabkan ada halangan. Selepas dia melakukan ritualnya, ust. Halim bagi tahu kami yang aku ni ada gangguan dan gangguan ini sangat kuat. Sepanjang aku hidup ini kali pertama aku dengar yang aku ada gangguan makluk halus. Tambah pulak aku memang tidak pernah ambil peduli dengan isu2 makluk halus ni apatah lagi nak percaya.

TAPI sesuatu terjadi. Diri aku tertiba rasa marah dan menampar lantai sambil tersenyum di depan ust. Ust. sekadar memandang tajam mata aku. Selesai berborak sekejap, ust. suruh aku balik dan terus mandi berehat. Dalam perjalanan pulang, diri aku seperti marah yang amat sangat dengan ust.Halim.

Sepanjang 2 hari aku berkerja(selepas berubat dengan ust.Halim), kawan2 skerja sering tegur aku kelihatan sangat tak bermaya. Aku diam saja.

Masuk hari ke3. Hari yang mencipta sejarah. Waktu menunjuk kan jam 4 tepat petang di kedai. Aku mula rasa gelisah, rimas geram dan sedih nak menangis. Entah kenapa. Aku terus ke tandas konon nya untuk tenangkan diri. Tak nak nampak pelik depan kawan. Tapi lain yang jadi nya. Aku mula tak bolah kawal diri. Aku mencangkung depan pintu tandas dan mula nak nangis. Di kedai ada sebuah blik yang kami buat sebagai stor(tapi kerap digunakan). Aku lari sembunyikan diri dalam bilik tu sambil menangis.

Tiba2 Kak Siti(kawan sekerja) datang dari belakang untuk mengemop lantai. Dia suruh nya aku ketepi, tapi aku masih membatukan diri (posisi mencangkung)+ bergoyang seakan berzikir dan tiba2 menjerik “NAK BALIK..AKU NAK BALIK..JANJI AKU TAK KACAU DAH”. Pulak dah. Mau tak terkejut Kak Siti tu. Mengamuk aku time tu. Habis helmet dengan tong sampah aku balik. Tempat kerja aku ni pulak memang sentiasa pasang suruh2 alquran. Tambah mengamuk la aku. Tak terkawal. Mulut dan badan aku bukan lagi aku yang gerak kan. Makluk tu yang kawal.

Diorang terus panggil ustaz yang terdekat untuk rawat aku di kedai. Mau jugak 7 8 orang anak murid dia yang datang. Sebelum ust. tu datang dekat dengan aku, dia sembur air(tah air apa) kat tangan dia. Menangis meraung mengilai aku takut gila dengan tangan dia. Yang aku dalam keadaan kaki berbelit mengensot. Dah macam hantu suster ngensot pulak. Anak2 murid dia mula terkam aku untuk rawat aku.

Macam sedia maklum la. Makluk halus ni bukan senang nak di kawal. Habis semua anak murid dia aku libas ketepi. Lansung tak bagi peluang ust. tu sentuh aku. Mengamuk2 aku suruh diam kan bacaan quran dalam kedai tu. Nak dekat sejam jugak la aku mengamuk. Habis tudung dengan baju aku basah dengan air mata. Serius. Mana datang air amat sebanyak tu pun entah la.

Lastly diorang panggil ibu angkat aku. Ibu datang panggil nama aku melihat aku dalam keadaan selebeh.

Dalam posisi aku peluk ibu nangis2 nak balik. Tapi tak pulak bagitau kemana. Ust tu mula mendekati aku. Cubaan tangan dia yang di sembur air tadi nak memegang ubut kepala aku. Mengensot aku cuba membuka pelukan ibu sambil menangis meronta.

Aku pendek kan cerita. Aku sedikit tenteram selepas beberapa adegan aku mengesot satu kedai dan adegan melibas anak2 murid ust. Diorang panggil kakak aku untuk bawak aku balik ke rumah. Aku di rawat di rumah.

Datang pulak ust lain untuk merawat aku. Di tekannya ibu jari jaki aku dan tnya datang dari mana. Nah ini jawap nya “Dari Adibah, xnak dia ni dekat dengan Fakhrul”. Tergamam family aku. Patut la selama aku berkawan dengan Fakhrul asik bertelangah benda2 kecik. Aku jadi makin meluat dengan nama Fakhrul. Mula rimas. Dah lama rupanya Si Adibah ni buat kerja2 macam tu. Aku ja yang tak kenal perangai Adibah dengan keluarga dia.

Nak tahu lebih lanjut apa kaitan Fakhrul Adibah dan aku yang histeria? Boleh tapi aku nak tunggu feedback dari korang dulu. Mana la nak tahu korang tak suka cita aku.

22 thoughts on “Jodoh, pendengki atau penjaga”

  1. Smbung jea.. Aku nk baca.. Org lain taknak baca dia punya pasal.. Tp nnt letak tajuk yg sama eh.. Snang nk cari.. Smbung tau

    Reply
  2. Orang suka x suka kak oi habiskan je cerita xyah nak bersambung2 nak tunggu feedback bagai. Lain la crita akak ni ambik masa bpuluh tahun ke crita lain2 ke. Buang masa je.

    Reply
  3. writer sekarang ni suka cerita sikit2 lepas tu bersambung.. apasal ntahlah.. kalau memang betul nak share cerita, sambung jelah sampai habis.. bukan adik ni sorang je.. bersepah writer kt fs yg baru2 ni mcm ni.. huhu.. maaf kalau terasa.. #hanyasekadarkata

    Reply
  4. mengada je lah nk tunggu2 feedback bagai. cerita je lah bg habis. kalau org suka, dia baca. kalau tak, dia skip je. takyah ko yg susah2 nk tentukan. menyampah betul aku baca cerita mcm ni. nk tunggu ko sambung entah bila. sehari bkn sikit2 cerita yg di-post. ko dh post nnt pun tak tentu admin publish lg. gi mampos je la dgn cerita ko. acah2 nk tagih komen. pfft.

    Reply
  5. kalau boleh terus cerita sampai habis.Kitaorang pembaca bukan tak suka korang sambung cerita,tapi jangan kerap buat benda sama.Makin lama makin menyampah nak baca (Over pulak aku ni)hehehehe

    Reply

Leave a Comment