Jangan pandang belakang UiTM Seri Iskandar

Assalammualaikum semua pembaca tegar FS. Kali ini akak berkenan nak share kisah-kisah angker yang akak alami sepanjang hidup di dunia ini. Cewah ! harapnya sudilah admin mengapprove kisah akak ni dan sudilah jua korang semua membaca kisah tak seberapa nak seram akak ni ye. Adalah beberapa kisah mistik yang akak nak tulis kat sini. Semua berlaku beberapa tahun lepas. Ada juga kisah yang boleh dijadikan pedoman kepada kita khususnya. Harapnya korang semua terhibur lah ya.

KISAH 1:
Masa ni akak baru masuk diploma kat UiTM Perak. Sesapa pernah belajar kat UiTM Perak Seri Iskandar tu mesti familiar dengan Blok Teratai. Blok yang ada tangki air merah tu le blok akak. Masa tu akak dapat bilik empat orang. Geng bilik akak diwakili akak, Lynn, Adda and Mas. Semua lain-lain course. Jadi lain-lain jugak waktu belajarnya, waktu study groupnya.

Cerita seram takut-takut memang belambak masa duduk satu sem kat blok teratai ni. Memang blok ni puaka betol. Rasanya sekarang blok ni budak laki yang duduk kot. Masa time akak dulu memang selalu ada kes hysteria dan sebagainya.

So ceritanya jadi kat kitorang satu malam tu. Adda ni amik course ID so dia memang bz. Nak-nak masa tu nak hantar project dia la kot. Dah lupe, 11 tahun dah. So dia akan selalu takde kat bilik sebab study group bilik kawan dia atau kat bilik study bawah blok teratai ni.

Satu malam tu memang lain je rasa. Dalam bilik masa tu ada akak and Lynn kot. Adda kat bawah study group and siapkan project dia. Akak and budak bilik dah landing dalam bilik nak tidur. Lampu semua dah tutup. Bilik kitorang katil double decker ada dua tapi kitorang rapatkan sebab memasing penakut. Haha.

Tengah sedap nak tidur tu tetibe kitorang dikejutkan dengan suara jeritan bebudak kat bawah. Dalam jeritan tu akak sendiri dengar satu suara ngauman atau lebih tepat suara garau yang memekik. Kuat sangat. Akak terus bangun duduk atas katil. Bedebar dah masa tu. Pelik betul suara tu. Akak tak sure budak bilik akak dengar ke tak.

Selang berapa minit lepas tu ada orang ketuk bilik akak and kitorang pun bukak la walaupun takut sebab orang yang ketuk tu suruh bukak pintu cepat. Menggelabah tapi bukalah jugak kan. Buka je pintu Nampak beberapa budak perempuan papah si Adda ni bawak masuk bilik. Nampak Adda ni menggeletar masa tu. Berpeluh sakan. Kitorang terkejut and terus bawak dia baring kat katil dia. Kitorang Tanya dia kenapa and apa yang dah jadi kat dia. Dia cuba nak cerita tapi tak dapat sebab takut and geletar kan. So kitorang suruh dia tidur saja. Semua tidur dalam ketakutan dan debaran. Suara garau mengaum tu dah senyap.

Esoknya Adda demam rasanya. Lepas dia dah ok baru dia bukak cerita. Kisahnya malam tu dia nak pegi toilet kot. Lupa. Dia lalu depan pintu yang memang akan Nampak direct tangki merah tu. Dia taknak pandang tangki tu tapi tertengok jugak. Dia Nampak ada pompuan rambut panjang pakai baju putih duduk tepi tangki tu menghadap keluar. So muka tak Nampak. Belakang pompuan atas bahu dia ada kucing hitam yang macam nak lepaskan diri dari bahu pompuan tu. Kucing tu macam nak menerkam si Adda lah. Yang buatkan Adda menjerit adalah sebab pompuan tu menoleh ke arah Adda tapi Adda tak bagitahu apa yang dia Nampak. Tahu-tahu dia dah ada kat dalam bilik.

Kitorang dengar memang meremang sebab tangki tu memang seram bila malam. Senior pesan jangan lepak situ or lalu situ sensorang. Suara yang kitorang dengar mungkin datangnya dari pompuan tu dan kucing dia. Sejak kes tu, selalu sangat jadi kes hysteria. Hampir tiap minggu. Dengan kes orang minyaknya, kes hantu jahat kejar hantu kecik lah. Macam-macam.

Kerap jugak kitorang dengar suara budak gelak-gelak dalam bilik. Lama-lama semua lali dan buat dek je. Lepas kes Adda, masing-masing kerap lepak bilik aje. Lewat malam memang tak merayap. Huhu…

KISAH 2:
Masih di blok teratai. Bilik sama. Penghuni sama. Salah sorang rumet akak ni dia memang letak buku yassin dia bawah bantal. Kisahnya berkait dengan yassin tu. Ingat lagi aritu ari khamis. Petang. Rumet akak tu dok tercari-cari yassin dia yang tiba-tiba hilangkan diri. Dia menggelabah sambil minta kitorang cari sama. Puas juga kitorang selongkar sana sini nak cari yassin dia. Namun hampa.

Dia ada satu yassin tu saja. Kitorang tak ada. Ada quran saja. So tak boleh bagi dia letak bawah bantal. Dia sedih la sebab dah biasa tidur dengan yassin plus dia memang jenis lemah semangat sikit. Jadinya seminggu jugak yassin tu hilang tanpa khabar berita.

Lepas seminggu, petang Khamis juga masa tu, akak balik kelas dulu. Yang lain belum balik. Akak sampai je terus lepak katil rumet yang hilang yassin tu. Entah kenapa akak saja lah gatai tangan angkat bantal dia and nahhh…. Buku yassin dia dah ada bawah bantal tu. Akak happy lah sebab maybe dia dah jumpa yassin dia. Akak mesej lah dia (masa tu pakai mesej lagi takdak wasep segala) akak kata lah baguslah kau dah jumpa yassin kau.

Tapi dia reply kata yeke dah jumpe? Dia kata akak jumpa kat mana. Padahal akak tak jumpa pun. Krik krik dah kat situ. Bila semua budak bilik balik so kitorang tanyalah sapa jumpa yassin tu and letak bebaik bawah bantal dia. Letak sama sebijik macam yang dia selalu letak. Masing-masing kata tak jumpa dan tak tahu macam mana yassin tu boleh ada. Terdiam semua dan masing-masing malam tu baca yassin ramai-ramai dalam bilik. Baru sedar diri masing-masing. Emmm…

Akak ambik kesempatan Tanya hal ni kat senior alim sorang ni. Dia cakap maybe ada benda yang meminjam yassin kitorang. Soalan senior tu “ Korang rajin tak baca yassin tu?” akak jawab lah jarang. So senior tu kata sebab jarang bacalah orang tu pinjam nak baca. Insaf masa tu. Lepas kes tu rajin kitorang baca yassin dan quran dalam bilik.

Kes ni betul-betul bagi impak kat kitorang. Yela masa muda remaja ni banyak nau laghanya. Bila dah kena tegur cara macam ni, terpempan la kan. Korang semua pun kalau ada quran dan yassin di rumah tu rajin-rajin lah baca. Karang terkejut pulak kalau hilang tetibe kan. Hehe…

KISAH 3:
Panjang la pulak. Takpe, rajinkan diri membaca ya. Kisah ni jadi masa akak sekolah menengah. Akak tinggal kat taiping masa tu. Pagi-pagi pegi sekolah naik bas sekolah. Kitorang area kampong kat taiping ni yang naik bas ni ramai le jugak. Cuma kitorang kena ramai-ramai pegi rumah pakcik bas ni sebab kitorang memang penumpang pertama yang akan naik bas dia. So bertebaran lah kitorang tunggu depan bas dia sementara nak tunggu dia keluar rumah tu.

Depan garaj bas dia ni ada rumah india. Dalam dua tiga rumah macam tu. So bila kitorang melepak kat sini akan berhadapan lah dengan rumah india ni. Satu hari tu, sepupu akak yang sama-sama naik bas dengan akak ni Tanya adakah akak Nampak mende yang dia Nampak setiap ari kat bumbung rumah india tu. Akak kata tak pernah Nampak apa-apa pun. Akak Tanya sepupu akak apa yang dia Nampak. Tapi dia diam aje sambil pandang bawah lah. Pandang tepi lah. Macam nak mengelak dari pandang bumbung rumah india tu.

Akak tak suspek apa-apa sebab maybe dia Nampak bayangan je kot. Nak jadi cerita, first time dalam hidup akak Nampak mende-mende ghaib ni live depan mata. Masa tu tengah tunggu bas macam biasa dalam pukul 6.20 am. Akak tengok rumah india tu. Rumah dia dah terang lah sebab dah bangun agaknya kan. Tapi kat bumbung dia tu akak terkesima Nampak mende ni. Menda ni terapung tau atas bumbung rumah dia. Berselubung macam pakai telekung. Tinggi dan besar. Kat tangan dia macam pegang mangkuk macam kemenyan tu.

Dia berpusing 360 darjah. Bila nak tengok muka dia je dia akan berpusing dari kita. Jadi memang takkan Nampak muka. Dia. Akak diam kaku kat situ sambil tengok menda tu. Jangkaan akak itu mungkin dewi/dewa yang jaga rumah india tu. Memang real terapung atas bumbung. Masuk je dalam bas bila bas bergerak keluar dari area kampong barulah akak ada kekuatan nak bukak mulut dan cerita kat sepupu akak tu. Akak cerita apa yang akak Nampak secara terperinci dan dia boleh gembira pulak dengar cerita akak. Rupanya dia happy sebab ada jugak orang yang Nampak. Bukan dia sorang. Dia ingat dia tak betul dah selama ni. Huhu…

KISAH 4:
Kisah ni jadi masa dah kena halau duduk rumah sewa dari UiTM Perak. Haha. Satu rumah kitorang sewa 4 orang. Lain-lain course jugak semuanya. Lain-lain ragam jugaklah kan.

So cerita dia satu petang rembang nak maghrib, kitorang melepak kat hall sambil tengok tv. Tahun tu tengah femes cite jangan pandang belakang lakonan Pierre Andre dan mak beliau. So dialog-dialog hangat dalam cite tu memang jadi bahan jenaka lah masa tu. Antaranya dialog nenek Pierre “Darma… sapa yang kamu bawak tu. Ajakle dia naik ke rumah. Mari le… mari le…. Aish! Apa ke buruk benor ghupe kawan kamu tu”. Haaa…. Itu antara dialog yang sensasi masa tu.

So nak dekat maghrib tu kitorang ni agaknya takde keje kan. Memasing gatai mulut dok ulang-ulang dialog tu sesame sendiri sambil gelak-gelak. Dasar pompuan kan. Haha… kitorang duk lah nyakat satu sama lain sampailah azan maghrib berkumandang dan memasing siap nak solat semua. Tapi still dok gelak-gelak sambil ulang dialog tu lagi.

Sampailah tengah malam, semua dah tidur. Kitorang semua tidur kat master bedroom. Akak sorang je tidur bawah lapik toto. Lagi tiga ketul housemate tido atas katil. Akak tak ingat akak tersedar pukul berapa tapi sebelum azan subuh masa tu. Tetiba akak terdengar kat luar rumah satu suara lelaki garau. Suara ni sebijik macam suara hantu jahat dalam cerita jangan pandang belakang tu. Suara bila hantu tu nak keluar kan. Macam tu lah suara dia.

Bila dengar je suara tu akak terus kaku kat bawah tu. Bilik gelap pulak. Nak gerak kiri kanan pun takut. Menggelabah jangan cakaplah. Nak panggil geng-geng atas katil tu pun tak berani. Suara tu terasa macam sebelah telinga akak je masa tu. Memang nak terkencing terkucil semua ada. Akak terus selubung dalam selimut sambil tutup telinga tak bergerak. Suara tu masih ada sampailah akak sedar azan subuh. Elok je azan suara tu hilang. Dekat sejam lebih jugak dia dok terjerit mengaum garau parau kat luar tu.

Akak terus bangun bukak lampu dan amik wuduk nak solat. Memang takut sesangat. Bangun je semua geng-geng akak cerita kat dorang. Dorang boleh tak dengar apa-apa. Tidur mati betul padahal suara tu betul-betul dekat dengan bilik kitorang. Jadinya kitorang muhasabah diri lah. Jangan bergurau menda macam tu maghrib-maghrib. Memang suka la dorang tu nak kacau kita kan….tau takut kau.

KISAH 5:
Ok ini last. Tapi lepas ni kalau kisah angker akak yang ni diterima oleh admin dan sekian khalayak, akak akan cerita pasal pendamping dan bunian pula. Tu pun kalau penerimaan kisah kali ni positif le. Kalau kene kecam ke apa, mintak maap zahir batin la ye.

Kisah ni jadi masa akhir sem kat blok teratai UiTM tu. Masa tu akak lepak-lepak luar kat koridor. Saja buang masa lepas final paper semua lah konon. Akak sensorang je masa tu. Masa tu petang waktunya. Tengah layan blues, tetibe akak Nampak sorang budak pompuan ni turun tangga bawak tongkat. Nampak macam buta. Akak perati je dia. Memang butalah. Akak pelik sebab rasanya takde student buta kat blok tu.

Akak tengok je dia susah payah turun tangga tu. Timbul rasa kesian sebab dia dari tingkat atas. Tingkat lima ke enam entah. Akak pun pegi la nak tolong dia. Masa dah sampai kat tangga tu akak terus nak pimpin dia sebab kesian kan. Macam tak tahu apa-apa pasal tempat ni. Tercangak aje. So akak pun katalah kat dia, “Meh saya tolong awak turun tangga”. Dia just senyum aje sambil angguk-angguk. Pelik sikit muka dia akak tengok. Dengan muka yang memang akak tak pernah tengok pun sebelum ni. So akak pun pimpinlah dia sampai bawah.

Sampai je bawah, dia senyum lagi kat akak sambil kata “ Terima kasih sebab tolong saya turun tangga ni”. Lepas tu dia bukak mata, kepit tongkat dia dan berjalan macam biasa ke depan tanpa langgar apa-apa. Steady je macam orang celik. Akak dah gelabah.

Rupanya akak kena kencing dengan budak tu. Siot tol. Dia sengaja buat buta. Tah apa motif tah. Sengal. Mencarut jugaklah akak masa tu.

Jangan marah ye. Saja selitkan hiburan di akhir kisah ni. Hehe… tapi kes budak buat buta tu memang betul tau. Ada orang perangai macam tu. Haiyaaa….

Ok sampai sini saja. Kalau cite akak dapat 2 juta like, akak akan sambung cerita lain yang lebih dasat dan power dari cite kanak-kanak kat atas ni ye.

Amigos !

15 thoughts on “Jangan pandang belakang UiTM Seri Iskandar”

  1. Best2..cite lg.mmg seram.cara cerita pun mudah fhm. Sy pun nk cerita tapi mls nk menaip.bc cerita2 org n komrn je dulu.haha.

    Reply
  2. haaaa budak prentending buta tu dak course ak, smpt kenal sekejap je lepas tu die keluar uitm sambung kt mesir course agama jugakla…

    Reply
  3. “Akak sampai je terus lepak katil rumet yang hilang yassin tu. Entah kenapa akak saja lah gatai tangan angkat bantal dia and nahhh…. Buku yassin dia dah ada bawah bantal tu. Akak happy lah sebab maybe dia dah jumpa yassin dia. Akak mesej lah dia (masa tu pakai mesej lagi takdak wasep segala) akak kata lah baguslah kau dah jumpa yassin kau.

    Tapi dia reply kata yeke dah jumpe? Dia kata akak jumpa kat mana. Padahal akak tak jumpa pun. Krik krik dah kat situ. Bila semua budak bilik balik so kitorang tanyalah sapa jumpa yassin tu and letak bebaik bawah bantal dia. Letak sama sebijik macam yang dia selalu letak. Masing-masing kata tak jumpa dan tak tahu macam mana yassin tu boleh ada. Terdiam semua dan masing-masing malam tu baca yassin ramai-ramai dalam bilik. Baru sedar diri masing-masing. Emmm…”

    **
    Tolong explain aku part yang ni.. tak faham

    Reply
    • Maksud akak penulis ni katanya dia saje cek bawah bantal kawan dia tu. tetiba yassin yang hilang minggu lepas tu dah jumpe. so dia mesejlah empunya yassin tu cakap baguslah dah jumpe yassin tu. tapi empunya yassin tu tanya akak penulis jumpa kat mana. tapi bukan akak penulis yang jumpe.

      maknanya kat sini yassin tu memang ada kat situ dah. takde sapa jumpa. maybe jin Islam la kot pinjam dan pulangkan semula.

      Huhu… rasanya macam tu la kot.

      Reply

Leave a Comment