Aku berasal dari Kelantan namun telah berpindah ke Melaka pada usia lapan tahun dan hampir enam tahun menetap di sana. Berpindah ke negeri orang, terdengar seronok bukan? Tinggal di rumah baru? Akan dapat kawan baru? Tapi betullah apa yang orang tua-tua cakap. Indah khabar dari rupa.
Banglo mewah setingkat itu sudah cukup selesa untuk keluargaku tinggal ditambah pula dengan persekitarannya yang tenang dan nyaman kerana terletak di kawasan kampung. Di sebelah rumahku adalah sebuah rumah milik tukang urut terkenal yang dalam proses pembinaan. Manakala, di depan rumahku pula adalah sebuah tanah perkuburan islam dan di sebelahnya ada padang bola. Memang tidak dinafikan perasaan takut ada tergambar di fikiranku apabila tiba di rumah baru kami. Menurut penjaga rumah itu ia sudah tidak berpenghuni hampir tiga tahun.
Pada awalnya, keadaan masih lagi dalam keadaan yang baik. Aku juga sudah mula selesa tinggal di situ. Namun, lama-kelamaan perasaan gembira dan teruja mula bertukar seram. Pernah satu hari, ketika keluarga kami nyenyak tidur, ibuku terdengar satu bunyi ketukan pintu. Namun, dia tak berniat untuk membukanya. Satu lagi ketukan kedengaran dan hilang begitu sahaja pada ketukan ketiga. Itu merupakan peristiwa pertama yang terjadi di rumah itu.
Peristiwa yang kedua pula telah dialami oleh adik perempuanku, Wani. Pada anggaran jam sebelas malam. Aku sedang belajar di bilik belajar bersebelahan bilikku. Ketika itu Wani ingin mengambil sesuatu di bilikku, namun belum sampai seminit dia berlalu, dia kembali semula ke bilik belajar kami. Mukanya kelihatan pucat dan enggan berkata apa-apa pada malam itu. Kejadian itu hanya terhenti setakat itu sahaja tetapi selepas kami berpindah semula ke Kelantan dua tahun setelah kejadian itu barulah Wani menceritakan perkara sebenar bahawa sewaktu dia ingin ke bilikku, dia telah melihat satu sosok tubuh manusia yang berpakaian serba putih dan berambut panjang dengan muka yang penuh darah dan menyeramkan memandang tepat ke arahnya. Lembaga itu sama tinggi dengan langsir bilikku. Meremang bulu romaku apabila mengetahui hal itu.
Manakala, peristiwa seram yang ketiga pula, telah dialami oleh adik lelakiku, Hakim. Dia sering terjaga pada waktu malam. Pernah satu malam, ketika semua penghuni rumah sedang tidur nyenyak, dia pergi ke dapur untuk minum air. Ketika tiba di dapur, dia terkejut apabila terlihat satu lembaga hitam yang sangat tinggi sehingga mencecah siling kapur rumah sedang berjalan menuju ke bilik mandi. Namun, kejadian ini juga turut dirahsiakannya sehingga kami berpindah semula ke Kelantan.
Seterusnya peristiwa terakhir pula dialami oleh aku sendiri, iaitu pada hari khamis jam sebelas malam. Ketika itu aku sedang asyik menonton televisyen seorang diri. Tiba-tiba aku terlelap dengan sendiri. Namun, aku cuba membuka mataku dan dalam keadaan cahaya yang hanya diterangi cahaya televisyen, aku dapat melihat satu lembaga yang berbadan agak besar serta berkepala botak dan mempunyai taring memandangku. Aku cuba untuk bangun dan berlalu dari situ namun tubuhku tidak mampu bergerak. Lalu, aku hanya mampu memejam mata sehingga lembaga itu hilang dengan sendiri. Kejadian itu juga aku rahsiakan hampir dua tahun.
Setelah kami berpindah semula ke Kelantan. Barulah ibu bapaku memberitahu kami bahawa rumah itu agak “keras” dan punca sebenar gangguan itu masih lagi tidak diketahui. Mereka juga ada mengatakan bahawa penghuni asal rumah itu pernah mengalami pelbagai kejadian pelik dan mengambil keputusan untuk berpindah dari situ. Keluarga kami merupakan penghuni kedua dan apa yang kami alami itu mungkin sama dengan apa yang dialami oleh penghuni asal. Setelah mengetahui kisah sebenar itu, barulah kami sekeluarga mula membuka cerita yang telah dialami masing-masing. Rahsia demi rahsia dibongkarkan dan ia telah menjadi satu pengalaman yang tak dapat kami lupakan sehingga hari ini.
So you guys jangan nak excited sangat bila dengar something yang interesting. Maybe the real situation not same like our imagine okay. And thanks for reading my experience. Bye
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
nsib baik penulis sekeluarga tak dikne kacau teruk sngt, mungkin rumah tu dh lama x buat bacaan yasin.
bosan
Bosan burit mu
bosan lain kali xyah baca
Fix your english, please. Btw, nice storyline.
ok la…klo aq la kena hari tu juga aq share exp