Assalamualaikum semua, ini kali pertama aku menulis bab-bab mistik ni. Terima kasih admin sebab menyiarkan artikel yg tidak berapa seram. Kisah in lebih kepada pengajaran, kepada siapa pun di luar sana, jangan lah berlagak sebab mereka makhluk Allah s.w.t dan ada kelebihan masing-masing.
Kisah berlaku di kampus Unikl yang pertama wujud di Bangi tahun 2006. Ia dah lama wujud sebelum Unikl tertubuh lagi. Ada 3 blok A,B dan C. B dan C untuk lelaki dan aku dr Blok C. Rutin aku setiap malam, akau akan lepak di bilik kawan Blok B. Terletak nun jauh di tingkat paling 4 tinggi hujung nun di corner hujung tangga belakang. Penghuni tetap di bilik kawan ku ada 6 orang, mereka adalah acap ,pak teh, wak lan, tord dan 2 orang lahi aku dah lupa nama(sorry).
Mereka ni semua jenis orang baik2 kelakuan dan percakapannya. Bercampur student degree dan diploma, lepak bersama.
Diantara mereka ni, Tord ialah yang paling berlagak hero dan lain dari semua. Alang bercakap, mesti gah dan tidak mahu kalah. Kalau sebang, kalah kehebatan Hang Tuah lah jugak..
Malam itu bermulalah kisah mistik, lepas kami makan nasi set rm 1.50 di kedai Pak Cik, semua pakat lepak bilk. Berborak sampailah jam menunjukkan pukul 1.00 pagi. Oh ye, time ni weekend so ramai budak balik rumah masing-masing or outing.Jadi banyak kosong biliknye kat semua blok. Masing-maisng tengah layan borak, tiba-tiba si Tord buka cerita hantu.
Seperti yang aku cakap, Tord ni xnak mengalah bab-bab citer ni. Dia paling hebat dalam semua. Kami pon bertukar cerita mistik dan sampai lah giliran Tord bercerita. Lupa nak bagi tahu, aku ni kadang boleh nampak and rasa kalau ‘natang’ ni ada. Hijab x buka selalu tp sixth sense ada la, dan aku ni dulu pengecut nak mampos but sekarang dah okay sikit la.
So sambung pada cerita aku, time tengah kami story hantu, aku dah perasan ada ‘natang’ yang djenguk dari tingkap. Kepala botak warna oren duduk usha-usha minat dengan cerita kami. Aku perasan tapi yang lain aku tidak tanya nampak sekali. Tord pula dengan megah sembang nak buat kawan dengan ‘natang’ ni. Dia nak buat macam bestfriend la. Nak jadikan khadam dia dan bagai katanya.
Macam biasa, kami semua bahan dia cakap poyo gila la. Jangan sembang bikin bimbang, tengok sekali datang ‘natang’ ni ada berani atau tidak. Malam tu kami habis bercerita dalam pukul 3.30 pagi. Masing-masing dah nak tidur. Disebabkan waktu da lewat aku pon tidur di bilik kawan (nak jalan kebilik sendiri cuak) heheheh. Aku tidur bawah, atas lantai sebab menumpang bilik kawan. Yang lain tidur atas katil, katil tord betul-betul di tepi tingkap yang terbuka luas.
Tiba-tiba, Tord lompat dari katil dan tidur di tepi aku atas lantai. Dia cakap takut jatuh dari tingkap, so nak tidur sebelah aku. Dah mengantuk punya pasal, aku pon sambung tidur balik. Disinilah keadaan yang paling seram berlaku, gitar yang bersandar di tepi katil Tord berbunyi sendiri seperti ada yang memetiknya. Kami semua terjaga dari tidur dan usha masing-masing. Dalam 2 minit gitar berbunyi sendiri, rasa mcam 2 jam pula.
Kami semua terpaku tidak tahu nak buat apa-apa. Yang lain dari katil semua turun dan pakat tidur sama-sama atas lantai sebab cuak. Nak baca ayat apa pon dah tidak ingat, semua tunggang langgang. Lepas gitar berbunyi, aku perasaan ada benda terbang keluar bilik dari tingkap. Aku dapat agak ‘natang’ tu nak bagi ingatan kat Tord dan kami semua kot. Malam tu kami maki Tord cakap besar lagi nak kawan bagai, seklai ‘natang’ tu datang semua cuak bagai.
Jangan kata nak buat khadam, baru dengar bunyi dah menggelupur. Kami tidur lepas azan subuh sampai ke asar sebab masing-masing terkejut beruk katakan. Lepas dari peristiwa ti Tord masih lagi sembang kencang, cuma bab mistik ni dia tidak berani nak kencang sembang lebih-lebih
Maaf la kisah tidak seram sangat, tapi aku suka terjah lokasi mistik sekarang ni. Baru pergi Bukit Tunku sebelum puasa. Nanti ada masa lapang aku story lagi pasal Bukit Tunku pula.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
unikl MFI ler tuu..
Hoccayy tak seram sangat
Huaaaahaha
nasi pakcik tu 1.50 je? murahnya mana nak dapat sahre lokasi sikit
Tue 2016????skrg,xkan jmpe da rm1.50
Tertypo plak…2006,maaf?
DET AMT la tuu. .hahaha
Kalau nak banding dgn hantu pontianak memag tak seram. Tapi kalau jumpa situasi mcm ni, boleh terkedu jugak beb. Rasa hantu Kurt Cobain tu lepas gian.
malas nk bace org yg mengaku boleh ‘nampak’ ni…
dah dia boleh nampak nak buat macam mane ? ko ape masalah kau tak puas hati kalau dia boleh nampak ? bebal.