Yo! Terima kasih kepada admin yang sudi keluarkan cerita aku ni. Ni adalah percubaan pertama aku untuk menulis cerita seram kat FS ni. Kalau penulisan aku tak best dan merima kritikan hebat, mungkin ini karya aku yang terakhir kat sini, hahaha. Nak kata cerita aku seram tahap terkincit tu mungkin tak la, tapi kalau korang yang jadi watak dalam cerita ni mungkin terkincit, hahahaha.
Cerita ni berlaku di rumah aku sendiri, rumah sederhana besar yang didiami oleh kami 4 beradik serta mak dan abah. Rumah kami terletak di sebuah kampung di kawasan sekitar Kajang. Rumah ini dibina sendiri oleh abah 26 tahun yang lepas dan mengambil masa agak lama untuk disiapkan oleh kerana kekangan kewangan dan pelbagai sebab lagi. Tanah tapak rumah ini dibeli oleh emak daripada datuk aku sendiri dengan harga cukup murah, kurang dari 20 ribu untuk tanah seluas 2 ekar (harga sekarang lebih 5 juta). Banyak kisah yang diceritakan oleh abah dan emak sewaktu mereka mula membina rumah ini, cerita mengenai wang la, keluarga la, pusaka la, makhluk halus la. Rumah kami ni terletak di hujung kampung , di kelilingi oleh hutan serta semak samun. Setakat terserempak dengan monyet dan kera tu dah jadi perkara biasa dah, kira macam terserampak dengan anak jiran je perasaannya.
Berbalik kepada keluarga aku, aku adalah anak bongsu dari 4 beradik, semua lelaki, semua hero. Abah aku adalah anak jati kampung yang kami tinggal ni, sebut je nama abah campur nama arwah atuk, dijamin satu kampung kenal. Emak aku pula berasal dari Kelantan tapi sudah bermastautin di kampung ini sejak dari zaman belajar lagi, sampai la ‘terkawin’ dengan abah aku dan terus menetap di kampung ni. Walaupun tinggal berjauhan dari halaman, hubungan mak dan saudara-saudara dari Kelantan sangat rapat. Rumah kami boleh dikatakan macam rumah tumpangan sementara kerana sering ditumpang saudara-saudara emak yang merantau ke Selangor. Ada yang duduk seminggu, ada yang sebulan, ada yang setahun, dan ada juga yang sampai 3 tahun.
Nak dijadikan cerita, ada seorang saudara kami dari Kelantan, aku namakan sebagai Naim je la, datang menumpang di rumah kami. Pada ketika itu aku berumur 13 tahun. Naim berumur 20-an dan masih bujang, berwatakan agak baik, mudah bergaul dan sering berjenaka. Dia datang dari Kelantan dan berkerja di sebuah kilang elektronik di Bangi. Rutin harian Naim bermula dengan mandi, sarapan dan kemudian menuju ke tempat kerja bersama-sama aku dan Abah. Abah akan menghantar aku ke sekolah dan seterusnya menghantar Naim ke tempat kerja.
Naim tinggal sebilik bersama abang aku yang ketiga, Malik (bukan nama sebenar). Malik ni merupakan abang yang aku paling tak ngam sekali, selalu bergaduh, bertumbuk dan macam-macam lagi. Hal kecik macam nak tengok channel TV pun boleh buat gaduh bertumbuk. Masa kecik dulu Malik ni orangnya pelik sikit, dia tak suka bersosial, pendiam dan tak mudah bergaul dengan orang luar. Menurut cerita Emak, sewaktu Malik berumur dalam lingkungan 6 tahun, dia selalu bermain bersama kawan imaginasinya. Paling best setiap hari, pada waktu senja, Malik akan pergi bermain dekat kawasan pokok buluh berdekatan dengan rumah kami, dia akan tenung je rimbunan pokok buluh tu sampai mak jemput dia balik rumah.
Setelah selesai makan malam dan sesi berborak serta bergurau, Naim terus masuk ke bilik untuk melelap kan mata. Hidangan nasi berlaukkan kari ayam dan telur dadar benar-benar memberi kesan kepada matanya. Jam di tangan menunjuk sudah pukul 10 malam, mata dan otak perlu direhatkan bagi persediaan hari esok, seawal 7 pagi dia sudah perlu keluar rumah untuk menghantar EJ (aku) ke sekolah dan bekerja. Apabila tiba di muka pintu bilik, Naim terpandang akan Malik yang sedang duduk di atas kerusi di penjuru bilik. Tingkap dibuka dan Malik sedang khusyuk merenungi ke luar rumah . “Tengok apa tu?” tanya Naim kepada Malik. “Takda apa pun, saja je ambil angin malam” jawab Malik. “Ooo, ingatkan Malik tengah tunggu kawan” gurau Naim kepada Malik. Malik tersentak, lalu sambil tersenyum berkata “kenapa, kalau tunggu kawan Naim nak jumpa ke?”. Terkejut dengan jawapan Malik, dengan pantas Naim berkata “ TAK NAK AKU! Kau jumpa la kawan kau tu sendiri”. Lantas punggung Naim dilabuhkan di katil bersaiz queen dan selimut di katil ditarik. Naim terus mematikan perbualannya dengan Malik dan lantas memejamkan matanya untuk tidur. Malik bangun dari kerusi, ditutupnya tingkap bilik, suis lampu bilik dimatikan dan terus tidur di katil single di sebelah katil Naim
Sedang lena Naim dibuai mimpi, dia terasa katilnya seolah-olah bergoyang. Tilam springnya terasa seperti ada orang yang sedang melompat-lompat di atasnya.Terganggu dengan situasi itu, lantas Naim membuka mata untuk mencari punca. “ALLAH! “ Terkejut Naim apabila dia melihat kelibat seorang budak lelaki (lingkungan umur 5 tahun) sedang melompat –lompat riang di hujung kaki katilnya. Selimut ditarik, Naim terus berselubung di dalam selimut kerana terlalu takut. Setelah beberapa ketika, gegaran katilnya berhenti, dia tidak lagi merasa lompatan dari ‘budak’ tadi. Naim memberanikan diri untuk membuka selubung di muka. Bertambah terkejut Naim apabila ‘budak’ disangka telah hilang itu ada di sebelah mukanya. ‘Budak’; tersebut memandang tepat ke dalam mata Naim yang sudah tergamam akan kelibatnya. Walaupun muka ‘budak’ itu tidak kelihatan menyeramkan, tetapi ianya tetap menyeramkan kepada Naim yang mengetahui tiada budak sebaya itu di dalam rumah ini. Naim meneruskan tindakannya sebelum ini dengan berselebung didalam selimut. Habis semua ayat-ayat quran yang dia hafal dibaca. “Abang nak main dengan saya tak? Hehehe”, budak itu menegur Naim sambil ketawa. Naim menjadi semakin takut. Naim cuba mengejut Malik namun jelas usahanya sia-sia. Malik terus lena dibuai mimpi. Sambil menangis, Naim meneruskan bacaan ayat quran dan doa hingga dia tertidur dalam ketakutan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku bangun pagi seperti biasa, mengenakan pakaian sekolah siap bersongkok terus menuju ke dapur untuk bersarapan. Terdengar pintu bilik Malik dibuka, Malik keluar dari bilik juga berunifom sekolah masuk ke dapur untuk bersarapan. Naim masih berselimut di dalam bilik dan tiada tanda akan ke tempat kerja hari ini, dia demam untuk 3 hari. Setelah kebah dari demam, Naim menceritakan kepada kami sekeluarga apa yang berlaku kepadanya. Respon kami sekeluarga hanyalah dengan mentertawakan Naim kerana begitu celupar bergurau sebegitu dengan Malik pada malam hari. Naim bukanlah saudara kami yang pertama dikacau di rumah kami. Sebelum kes Naim, ada beberapa orang yang kena ‘kacau’ kerana bermulut celupar di dalam rumah kami. Mungkin aku akan kongsikan dalam tulisan aku yang akan datang (kalau tulisan yang ni tidak dikecam la). Hahahaha.
Terima kasih~
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Tq AJ..huhu
Welcome DeluStar…nick name aku EJ yer…hehehe
Best! Cite lg.klau bole pnjang sikit. Nt akak stanby popcorn 🤗
best buat laa sambungn yg lagi panjang n seram..
Nak tanya..takde usaha ke nak buang gangguan tu..huu..kalau saya dah seram dah kalau dirumah ada makhluk2 spt itu..
tak pernah pun, sebab menurut abah diorg tu menyinggah kejap2 jer.. tak pernah pon buat hal macam merasuk ke…so, ktorg pon layan kan aje la..haha
Setakat terserempak dengan monyet dan kera tu dah jadi perkara biasa dah, kira macam terserampak dengan anak jiran je perasaannya.
HA!HA!HA!
Cerita kau best jangan risau. Tapi kalau ada yang memberi constructive criticism, kau harus terima dan redha ye.
hanat lah wey
cerita pendek sgt bru nk fefeeling dh abis huhuhuh
ape pon terbaik lah bro
menarik tapi pendek sangat~
Thanks guys for the comment. lepas ni aku akan karang panjang2 sikit bg feel. Ni saja buat percubaan celup2 kaki je, nanti aku kasi panjang lg.
celup kaki..hee…ok la tu…
best lah cerita abam!! tapi pendek sgt. tak sabar nak dgr sambungan akan dtg.
Aku pernah rasa katil bergoyang camtu malam2 buta. Allah je la yang tahu. Takut gile..
Best.
Nak kongsi cerita:
1) tak perlu say sorry. Cerita best
2) tak payah kisah pasal kecam or di kecam.
Btw, u r good writer. Keep it up
baru cter dh habis.. adoi
abang U tuh ensem takkk?
ada iras2 fattah amin takkk?
Aummmm, Diva.
Good writer,nice story.
ala…ade sambungan ke?
Best.seram & sempoi.xsabar nk tunggu citer lain dari EJ…
bahaya malik nie.em em
#cumel
BOSAN!!!
Best. Tapi pendek sikit. Cer panjang lgi mesti lagi best. Tingkatkan usaha !!
Bolehlah
Uch