Kawan Baik ketika Kecil

Salam admin2 FS dan pembaca2 semua,

Aku Amri. Semoga semua yang membaca kisah ini, jadikan apa yang baik itu sebagai ilmu dan pengajaran, yang tak baik itu jadikan sebagai sesuatu yang membuatkan kita lebih dekat dan mengingati-NYA, tuhan sekalian alam.

…………………………….

Flashback Tahun 1996, *Maaf ingat2 lupa*

Aku : Hahahaha..

Malek : Lompat lompat… Hahaha

Aku dan rakan baik aku ketika zaman kecil, begitu gembira sekali bermain bersama-sama. Menjelang sahaja waktu petang, sudah pasti aku akan mencari Malek untuk bermain bersama-sama di belakang rumah. Rumah lamaku itu ialah sebuah rumah di dalam perumahan kastam. Namun bukan semua rumah di kawasan itu didiami orang kerana sewa ketika itu tak silap aku dalam RM700 pada tahun 1998 (Setelah diberitahu oleh abahku beberapa tahun kemudian).

Semua jenis permainan kami main, menyorok-nyorok, buaian, lompat ting ting dan macam2 lagi. Selalunya hanya kami berdua bermain bersama selepas waktu sekolah petang, kira2 dalam jam 5.30 petang macam tu. Kadang2 je abang aku turut serta, tapi katanya bosan bermain dengan aku sebab katanya, aku main sorang2 lalu dia pergi bermain di kampung sebelah. Aku hiraukan sahaja sambal menunggu Malek. Dan biasanya aku akan pulang sendiri ketika hamper gelap/senja. Malek seorang yang kurus sahaja tapi dia seorang yang periang dan sememangnya dia akan tunggu sahaja aku pada waktu petang setiap hari jika tiada abangku. Aku pun taktau kenapa dia selalu tiada jika abang aku tiada.

Namun, ada suatu hari itu, abahku memukul aku dengan rotan kerana aku degil untuk pulang ke rumah ketika hamper waktu azan. Malek sebenarnya mengajak aku bermain lagi, aku hanya menurut kata. Lagipun, ketika itu permainan yang aku main masih belum habis, main kejar2, sepatutnya giliran aku pula untuk kejar Malek. Tetapi disebabkan abahku sudah menjemputku di belakang rumah itu, aku hanya mampu menangis kesakitan dirotan sambil melihatkan Malek yang turut menangis dan melambai-lambai ke arahku.

Abah : Abah da cakap jangan main sorang2 di belakang ni, da nak maghrib da ni

Tak semena-mena, azan berkumandang. Dan Malek sudah tiada lagi di tempat bermain tadi

Aku : Hu… Hu… (Menangis) Adik nak main lagi..

Abah : (membaca ayat2 suci dan aku terus terdiam)

Keesokan dan hari2 seterusnya, aku berpesan kepada Malek untuk hanya bermain sekejap sahaja, takut dirotan lagi, dan Malek senyum sahaja, dan angguk tanda setuju

Tak berapa lama selepas itu, Abahku dinaikkan pangkat dan kami sekeluarga berpindah ke negeri lain. Ketika beransur-ansur untuk bergerak dengan kereta. Aku memandang keluar dari tingkap di dalam kereta, sedih melihatkan aku meninggalkan seorang rakan baik sepermainanku, Malek yang melambai2 dan kesedihan di luar. Takpela kawan. Maafkan aku. Insya-Allah jika dipanjangkan umur, kita akan bersua kembali.

Aku : Bye Malek, jangan lupa aku bila kita berjumpa di masa akan datang

Malek yang kurus kering itu, dari jauh mengangguk, sambil melambai2 lagi. Manakala abangku yang mendengar aku berkata seorang diri itu. Terus menyekeh ku dan cakap aku bercakap sorang2.

……………………………..

Tahun 2010

Setelah beberapa tahun merantau disebabkan mengikut abahku yang kerap ditukarkan tempat kerja, akhirnya, aku kembali ke negeri yang pernah aku duduki dahulu ketika masih kecil. Tapi bukan di perumahan kastam tersebut, tapi melanjutkan pelajaran di sebuah universiti tapi berdekatan dengan rumah lamaku dulu.

Kenangan zaman kecil2 ku dulu. Masih kuingat. Adakah semuanya masih ada? Di mana semua kawan2 ku masa kecil? Itu yang bermain dalam fikiranku.

Dan maka bermula lah minggu orientasi di universiti. Malam itu Aku dan beberapa pelajar junior lain akan melalui satu program (yang sepatutnya dilarang) tapi entah kenapa senior2 facilitator ingin buat juga. Iaitu program permainan burung hantu. Sepatutnya setiap seorang pelajar akan ditempatkan di beberapa tempat seorang diri, namun mungkin atas sebab2 tertentu, 2-3 orang akan ditempatkan sekali.

Aku sempat berkenalan dengan beberapa orang rakan di situ. Namanya Ikram dan Syafiq.

Syafiq : Ni diorang nak main sorok2 kan kita kan? Dulu masa kat sekolah aku pun ade buat kat kem.

Ikram : Aah, buat relax je, mesti confirm2 dorang sendiri yang akan jadi hantu kacau2 kita

Aku : uish, mulut ko ni Ikram.

Syafiq : oi, agak2 r. aku ni lemah semangat jugak tapi mulut ko ni

Ikram : Sorry2

Aku : Dah2, layan je. Aku pun da letih ni

Maka bermulalah aktiviti burung hantu ni. Semua mata pelajar2 dibalut dan ditutup dengan kain yang panjang. Kami dibawa oleh geng2 facilitator, pusing2 sana sini, dan seterusnya meletakkan kami di beberapa lokasi yang tidak diketahui (tapi aku tau je diorang letak aku di mana, di tepi tong sampah, kurang ajar betul, busukkkkk)

Ikram : Pssttt.. Pssttt.. Sape

Aku : La, ko ke kat tepi aku (bisik2 secara perlahan)

Ikram : Amri, ko ke tu..

Aku : Ye aku.. hehe.. mana Syafiq?

Ikram : Tu yang menangis tu..

Kelakar pun ade. Syafiq ni memang lemah semangat, dah menangislah pulak. Entah apa yang facilitator tu buat, bunyi desas-desus, ranting2 kayu, haishh… macam2 dorang ni, layan je la.

Dalam 10-15 minit berlalu.

Tiba2, kedengaran jeritan dari arah tempat Syafiq, tapi bukan Syafiq yang menjerit, sebab bunyinya nyaring, kuat, dan itu adalah suara wanita.

AAaaaaaaa……………….(senyap seketika)….. hihihi…. (disusuli bunyi ngilaian)

Kedengaran beberapa bunyi tapak kaki orang berlari. Ha sudah, apa ni. Terdengar bunyi Ikram seperti membaca ayat2 suci tapi macam kelaut, gementar.

Aku masih berdiam diri di tempat itu tapi tak semena-mena tanganku ditarik oleh seseorang.

Oh itu Syafiq. Dan juga Ikram yang turut serta membuka langkah seribu (mungkin langkah sejuta kot). Dan pada masa itu juga, balutan di mataku tercabut. Dan ketika itulah aku Nampak Ikram dan Syafiq memandang ke belakang, walaupun gelap, tapi ada pencahayaan daripada lampu jalan.

Terdengar Syafiq berkata “Ya Allah”.

Ikram juga sempat berbisik kepada aku; “Ada benda putih terbang di tempat tong sampah”. Tong Sampah? Tong sampah yang busuk tu. Tu adalah tempat aku diletakkan tadi yang mana juga kebetulannya di bawah pokok besar di satu sudut terpencil hujung pagar universiti tu. Teruk le facilitator ni, jauh betul letakkan kami bertiga, dan diorang lari awal2 lagi.

Syafiq dan Ikram tercungap2 berlari, dan entah kenapa Syafiq yang tetibe berpaling mukanya kearah ku itu terus membelok ke arah lain dalam keadaan mukanya yang sangat terkejut.

Aku : (bisik hatiku – Syafiq, ko jangan kata “dia” kat belakang aku ni)

Tiba2 Ikram tersungkur, jatuh, kasutnya terpelanting entah ke mana. Tanpa melengahkan masa, aku pergi membantu Ikram. Syafiq sudah hilang dari pandangan. Facilitator2 yang lain turut hilang.

Aku sempat memandang ke belakang, tiada apa di belakang. Kiri kanan semua tiada.

Ikram : Weh belakang… ko.. belakang..

Aku memandang belakang, tiada apa. (aku takut sebenarnya, tapi tiada apa yang aku Nampak, so…), aku hanya membaca bismillah, lindungilah kami berdua ni. Entah kenapa seolah-olah bulu romaku meremang, namun aku nekad, nak jadi, jadilah.

Aku memapah Ikram dan terus membawanya ke asrama kami. Dia macam demam, pucat je mukanya. Tapi rakan2 sebilik ku yang lain membaca ayat2 suci, dan Ikram kembali tenang. Malam tu juga, heboh berkenaan cerita tersebut. Tapi, Syafiq masih tidak kelihatan.

Aku keluar dari bilik blok asrama ku. Kelihatan ustaz2 yang juga merupakan warden blok asrama, turut turun ke padang. Ada seorang facilitator yang sedang terbaring, dan dikelilingi oleh beberapa faci litator yang lain.

Aku pun turut serta untuk ke padang tersebut walaupun beberapa orang lain telah meluru masuk ke bilik/blok masing2 ketakutan. Program malam tersebut dihentikan serta-merta. Katanya ada orang kena kacau.

Kelihatan seorang Ustaz membaca ayat2 suci, sambil memapah facilitator yang terbaring itu ke tempat yang lebih sesuai untuk dibaringkan. Badan facilitator tersebut kadang2 menggelepar. Dan entah kenapa ketika aku berada di situ, dia memandang kearah ku dengan renungan yang tajam.

Tak semena-mena, bulu romaku seolah-olah naik lagi. Alamak, apehal ni.

Dan entah dari mana Syafiq datang.

Syafiq : Weh Amri, ko tak takut ke?

Aku : Hah (dengan gaya terkejut)

Syafiq : Tadi aku macam nampak sesuatu, seseorang ke sesuatu entah la, dia macam kurus kering je di tepi ko masa benda putih tu nak terkam kearah ko.

Aku : kurus kering?

Syafiq : Haah, Tu yang aku terus lari melencong ke arah lain, tapikan…

Aku : (sambal berfikir dan tengok belakang tapi takde apa2)

Syafiq : Orang yang kurus tu dia tak terkam ko, tapi dia tengok ke arah benda putih tu. Dan benda putih tu macam stop dan tak terkam ko dan Ikram. Macam orang kurus kering tu tahan benda putih tu. Lepas tu aku taktau la ape jadi sebab aku da masuk dalam bangunan.

Aku : Aku tak Nampak pape pun, ko jangan macam2 fiq.

Kelihatan ustaz sedang membacakan sesuatu. Facilitator tersebut masih merenung tajam ke arah aku, lalu aku dipanggil oleh ustaz tersebut

Ustaz – Mari sini.

Aku : ye Ustaz

Ustaz – Cuba ceritakan..

Tiba-tiba facilitator ini menyampuk. “Dia kacau tempat aku…”

Ustaz meneruskan lagi bacaan ayat dan tiba2 ustaz tersebut memerhatikan aku. Tapi pandangan matanya ke arah tepiku (rasenye aku berdiri sorang2 di situ) dan ustaz tersebut melihatku balik

Ustaz tersebut bertanya, “ Kamu okay”

Aku – okay Alhamdulillah. Kenapa ustaz, kenapa ni?
Ustaz – Pertamanya, ada sesuatu yang budak ni (facilitator yang kena rasuk tu) buat yang menyebabkan ada benda marah la… dan….

Aku – (aku diam sambil mendengar).

Facilitator tersebut pun sudah okay, diam dan tidak merenungku lagi.

Ustaz terus melihatku dan dia terus berkata sambil buat isyarat tangan ke arahku. “pergilah, dia tak ganggu kamu”.

Terasa seolah-olah ada angin di tepiku tapi tiada apa di sekitarku. Syafiq dan beberapa orang lain berada di sebelah lain dalam 10 meter dari aku. Pelik.

Facilitator tersebut dibawa ke bilik rawatan setelah keadaannya yang sudah tidak meracau lagi. Kata salah satu rakan facilitator itu, bahawa facilitator yang kena rasuk tu telah membuang hajat di pokok tempat aku diletakkan ketika permainan burung hantu tu. Menyebabkan penunggu pokok tersebut yang sudah sekian lama tidak buat kacau, jadi marah dan merasuk.

Tapi, satu cerita daripada ustaz itu juga, yang mengatakan, sesuatu bertubuh kurus kering telah meminta maaf kepada penunggu tersebut. Entah macam mana, penunggu tersebut mengalah dan terus pulang dan tidak merasuk lagi. Tambah ustaz lagi, benda yang bertubuh kurus kering itulah berada di sebelahku tadi. Tu yang ustaz pelik dan bertanya aku okay tak.

Aku tersangatlah pelik. 2 info yang sama daripada Syafiq dan Ustaz tersebut, apakah benda yang bertubuh kurus kering tu.

Setelah beberepa minggu daripada kejadian. Aku saje2 berjalan ke tempat2 aku selalu singgah atau bermain ketika kecil2 dahulu, sungguh menggamit memori. Dan tiba2 aku teringat akan perumahan kastam, tempat aku bermain dahulu.

Aku segera teringatkan rakan lamaku, Malek. Adakah dia masih di situ.

Aku melalui kawasan perumahan kastam tersebut dengan motorku, aku nampak semuanya sudah berubah, semuanya sudah didiami oleh orang. Pembangunan sudah naik, longkang sume sudah dinaik taraf. Macam2 jenis permainan di taman permainan, dulu kosong je. Maju betul tempat rumah lama aku ni jika dibandingkan ketika 10 tahun lepas.

Ketika aku ingin pulang, aku terlihat sesuatu di belakang melalui side mirrorku. Seseorang berdiri di hadapan pagar rumah lamaku. Seseorang yang kurus kering je, sambal senyum ke arahku. Adegan itu macam 3 saat je. Tapi ia mengingatkan aku pada seseorang, iaitu Malek. Lantas aku berpaling ke belakang. Tiada orang.

Aku segera memulas pedal motorsikal memecut laju lari dari tempat tersebut. Kini aku faham segala-galanya. Baru aku faham, kenapa abah dan abang selalu berkata yang aku ni selalu bermain seorang-seorang, bercakap seorang-seorang ketika kecil dahulu. Malek itu bukanlah manusia. Mungkin perkara yang berlaku di universiti itu sebagai satu salam perkenalan kepadaku yang mana aku pernah berkata kepadanya, jika dipanjangkan umur, kita akan bersua kembali.

Aku taktau nak gembira atau tak. Namun, selepas kejadian itu, aku sudah tidak menemui lagi Malek. Adalah beberapa insiden yang si Syafiq dan Ikram kata ada ternampak lagi penampakan sesuatu bertubuh kurus kering di sekitar aku terutama bila melibatkan sesuatu yang mistik, seperti kerasukan pelajar2 dan lain2, tetapi hanya di sekitar kawasan berdekatan universiti itu sahaja, iaitu berdekatan dengan perumahan kastam itu. Seolah menjagaku. Aku pulak, tak pernah nampak pun, mungkin hijabku masih tebal. Syafiq dan Ikram sempat menganjingkan aku berkata, untungla ada penjaga, namun bagi aku. Aku tak pasti, mungkin itu “Malek” yang teringat aku dan dia pernah bermain bersama2 dahulu, kawan baik ketika kecil2 dahulu. Tapi bagi aku, penjaga yang sebenar adalah Tuhan kita, tuhan sekalian alam. Apapun di sini, seperti yang aku tegaskan di awal penceritaan.

jadikan apa yang baik itu sebagai ilmu dan pengajaran, yang tak baik itu jadikan sebagai sesuatu yang membuatkan kita lebih dekat dan mengingati-NYA

Assalamualaikum.
Amri

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]
Amri

29 thoughts on “Kawan Baik ketika Kecil”

  1. Wslm..
    Amri amri amri.. 4/10
    Setori kau mcm ok.. Cuma ada yg aku x brapa nak puas hati la.. Aku sangat details tau.. Nak mention kat sini tp mcm x boleh la.. Aku pesan kau baca balik setori ni and cari silap tu.. X banyk ada la sikit dalam 5,6 mcm tu.. Kipidap writers

    **haicikbambam

    Reply
    • jalan cerita ok..cume ade beberapa kesalahan ayat yg buat kn cikbambam kurang faham..kesalahan perkataan tu sambil –>sambal tu masih blh faham lg la..hahaha

      Cikbambam bg 5/10

      **hyesingkong
      **manapergi?

      Reply
        • Agak byk jgk la kesalahan ayat nye..kene repeat baca byk kali sbb nk faham kn ape yg die nk smpai kan..huhu

          **oo..yeke..igtkan poie mano tibo2 losap..huhu..mak nye da sihat?

          Reply
        • Still bole paham lagi la but kena cri ayat sendiri.. Hahaha

          **Pagi td still demam lg.. But da lancar ceramah dia..

          Reply
          • Alhamdulillah..Kalo da lancar ceramah tu da okey la tu..huhuhu..

            **ni kite borak2 ni sat g kene kecam plk..hahaha

          • Biarkan la drng cikbambam.. Yg penting da komen psl cerita.. Hahaha
            Dalam FS ni ada 3 team.. Silent reader team, team komen team x tahan tgk orang komen..

            Asyik nak kecam je..
            #getalife hahaha

  2. Best.. Nasib tak napak..kalo hijab terbuka mesti scary.. Abaikan kencaman huh nak detail2 g tulis story sendiri. Setakat typo sikit2 orang paham tu xda hal lah..

    Reply
  3. walaupun tatabahasa kelaut, cerita ni dah buatkan saya meremang bulu roma.
    kesian pulak kat malek tu.
    rajinkan menulis, nanti anda akan dapat rentaknya.

    Reply
  4. mse kecik ayah n abg tak pernah tanya plk kenapa main sorg2? dan penulis tak bgtau plk ayah; si penulis bukan main sorg2 tp ade kawan nama malek. kalau clear kat situ, maybe family syak something dan bawak pegi berubat ke ape ke.

    ok, tahun tu sewa 700 sgt mahal ye.. btl ke nih?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.