Kawan Dalam Almari

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua readers. Terima kasih admin kalau sudi terima cerita aku ni.

Aku Damia. Banyak benda-benda mistik yg aku alami sejak aku pindah ke rumah sewa kedua aku ni. Aku yakin, ada sesuatu yang tak kena kat rumah ni. Aku pindah ke sini awal tahun ni. Gangguan macam kelibat lalu lalang, bunyi pelik, barang jatuh tiba-tiba tu biasa bagi aku.
Tapi sejak beberapa bulan lepas ni, makin menjadi-jadi pulak.

Aku pernah belikan anak aku yg berumur 3 tahun setengah 1 set mainan ‘walkie talkie’. 1 set ada dua ketul walkie talkie.
Kalau salah sorang bercakap, lampu warna merah akan berkelip-kelip kat walkie talkie tu.
Satu hari tu, aku kat dapur dan anak aku pulak tengah sibuk main kat ruang tamu.
Tiba-tiba anak aku cakap “Awak kat mana? Jom lah main lagi!”
Berulang-ulang kali anak aku cakap sampai aku rasa nak pegi tengok dia.
Bila aku tengok rupanya anak aku tengah main walkie talkie tu. Tapi satu lagi walkie talkie tak ada. Aku fikir mungkin ada la tu kat celah-celah mainan dia yang lain.

Aku pun okay je lah, nak sambung buat kerja kat dapur. Baru je nak melangkah, aku ternampak lampu kat walkie talkie yang anak aku pegang tu berkelip-kelip sambil anak aku pulak macam fokus je nak dengar.
Anak aku pun cakap “Kenapa awak duduk situ? Datang lah sini!”
Terus meremang segala bulu tengkuk. Aku tengok jam rupanya dah nak pukul 11malam dan laki aku pun lupa jalan balik rumah agaknya.
Aku terus tarik anak aku dan siap-siap untuk tidur. Kerja kat dapur lantak situ. Hahaha.

Esoknya aku uruskan rumah macam biasa.

“Ibu, dia cakap dia dalam almari.”
Anak aku cakap sambil pegang walkie talkie. Aih, tak habis lagi ke pasal walkie talkie? Aku dah rasa seram walaupun masa tu cerah lagi.
“Dalam almari? Apa dia?” Aku tanya.
“Kawan la ibu..”
Aku biarkan, taknak tanya lebih-lebih.

Kadang-kadang waktu malam, aku perasan lampu walkie talkie tu berkelip-kelip seolah-olah ada orang tengah berkomunikasi guna walkie talkie tu. Yang peliknya aku tak jumpa walkie talkie yang lagi satu.
Aku iyekan je cakap laki aku, “alaa rosak la tu.. sebab tu berkelip-kelip je..tak payah fikirkan sangat..”

Kira-kira seminggu lepas tu, sementara anak aku tidur lagi, aku kemas bilik hujung yang mana aku jadikan bilik stor. Penuh jugak la barang-barang tak pakai dalam bilik tu. Dan selalunya aku kunci bilik tu dari dalam sebab taknak anak aku masuk.

Aku bukak almari baju yang dah tak pakai untuk bungkuskan baju-baju lama yang dah tak muat dek kerana lemak tumbuh dengan jayanya.
Terasa nak tercabut jantung aku bila aku jumpa walkie talkie yang hilang tu duk elok je dalam almari tu.
Siapa pulak letak kat sini?
Serta merta aku teringat anak aku cakap, “ada kawan dalam almari”.
Gila tak meremang?
Lagi sekali aku tinggal kerja macam tu je. Penakut tahap apa taktau.

Tengah aku syok masak, anak aku datang.

“Ibuuu, dia marah. Nanti dia datang lagi.”
Aku tengok tangan anak aku ada dua-dua walkie talkie.
Bila masa anak aku ambik? Seingat aku tadi aku biar je walkie talkie tu dalam almari lepas tu aku kunci pintu stor dari dalam.
Anak aku pandai bukak kunci pintu ke?
Anda ingat saya ada masa untuk sakit kepala? Ahh, aku biarkan. Ambik yaasin, baca.

Itu lah serba sikit pengalaman aku kat rumah ni. Ada banyak lagi yang lain. Kalau ada masa nanti aku cerita kejadian lain pulak. Sekian.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 5]
Damia

41 thoughts on “Kawan Dalam Almari”

  1. seronok aku baca pengalaman seram mcm nie ????nanti sambung lagi yer mana2 pengalaman yg seram2 tu ??

    aku bagi semua bintang2 dilangit ?????

    Reply
  2. hahaha..sempat ko bt lawak ehh..

    best walaupun setori ko simple je..tp senang nak paham..kalo baca aku x rasa seram sgt..
    tp bile aku terpandang almari baju aku otomatik keseraman tu datang..huhuhu

    aku bg ko 8/10

    Reply
  3. Cita best tapi malangnya apa anak tu cakap tak endahkan dah kenapa? Aduhai la parent zaman skrg..bila makin teruk anak berkawan dgn setan baru nak menyesal tak guna dah..panggil ustad skrg dan halau setan tu .jgn dibiarkan..

    Reply
  4. “Anda ingat saya ada masa untuk sakit kepala? Ahh, aku biarkan. Ambik yaasin, baca.”

    Tak ingat lah awak ada masa untuk sakit kepala bagai. Kalau sakit, nah panadol actifast~ Hahahaha k gurau.

    Alhamdulillah. Dengan sekali lafaz saya berjaya menghabiskan bacaan cerita awak.

    Lepastu apa yang jadi? kawan dia ada datang balik x?

    Reply
  5. same mcm anak sy sis, selalu main dgn KAWAN dia..huhu sy just cakap mama xsuka suruh dia balik..if pegi mane2 tempat mistik klo ad menda tu anak sy akan tegur..ciss la..mak dia dhla penakut..hahahah

    Reply
  6. Hi Damia, cerita you best! i pernah duduk berdua main dengan anak aunty i umur 3thn, tiba tiba dia tunjuk penjuru dinding kata ada kawan dekat situ. I nak pengsan okayyyyy! so i feel you.

    Reply
  7. citer pendek tp meremang oiiiiiiiiiii.

    org lelaki kalau kite ckp bkaitan hel mcm ni mesti ayat mcm drama, “walkie talkie rosak la tu x pyh fikir sgt” yg kte ni org prmpuan mmg la cpt rse anasir tak elok kan.

    hehe

    Reply
  8. Anak mama pun mcmni. Selalu ckp Jojo ada dlm bilik stor. Jojo tgh tdo. Mama pun tanya sape Jojo? Anak just tunjuk kt bilik stor. Mama duduk apartment 3 bilik. 1 bilik kecil dkt dgn pintu masuk mmg suami mama jadikan stor simpan vakuum, kotak2 dan barangan lama. Mama cerita hal ni dkt abh mama. Abah dan mak mama dtg stay kt rumah 2,3 hari. Abah masuk setiap bilik dan azan dlm tu. Abah jgk solat dlm semua bilik termasuk bilik stor. Abah ckp wlpn stor jgn biarkn x masuk.Sekurang2nya jenguk2 sekali sehari. Sejak tu takde lagi mama dgr psl Jojo drpd anak mama. Alhamdulillah.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.