Assalamualaikum kpd admin FS & pembaca semua.Saya Hani & kisah yang ingin dikongsi di sini sememangnya berlaku pada diri sendiri. Sebenarnya,saya diberi kelebihan oleh Allah SWT utk melihat makhluk alam ghaib sejak kecil lagi. Jadi,terlihat makhluk ghaib ini terkadang menjadi kebiasaan pd diri saya.Kejadian yg ingin saya kongsikan di sini berlaku pada tahun 2002,tahun akhir saya melanjutkan pengajian dalam bidang Masters di sebuah IPTA di utara tanahair.
Untuk pengetahuan semua,sy menyewa sebuah bilik apartment di uni tersebut & tinggal bersendirian.tetapi,kadang2 ada juga rakan sekelas dtg ke apartment untuk perbincangan & menyiapkan tugasan.Tetapi,most of the times..saya memang berseorangan. Dan,memandangkan apartment saya bersebelahan dengan masjid uni tersebut,maka saya juga boleh dikatakan sebagai pengunjung masjid yg setia. saya suka spend masa dari Asar sehingga Isyak di masjid tersebut,mengaji Al-quran & solat berjemaah hampir setiap hari jika tidak keuzuran.
Dipendekkan cerita,waktu itu cuti semester,dan uni agak lengang & sunyi.
saya mengambil keputusan untuk stay di uni untuk menyiapkan projek akhir sebagai syarat untuk graduate.seperti biasa,suatu petang saya pergi ke masjid untuk menunaikan solat asar hingga isyak berjemaah.waktu itu,jemaah muslimah hanya ada 4 org shj termasuk sy.usai solat asar,kami bersalaman dan salah seorang muslimah tersebut adalah kawan lama sy.beliau saya namakan Hidayah.Waktu itu,terasa seronok pula bertemu kawan lama.Kemudian,dia bertanya saya “Tinggal di mana?”..saya balas “Bilik no 4 di apartment bawah sana”.
Hidayah sangat seronok bila dimaklumkan sy tggl di apartment yg sama dgn dia.Tapi,sesuatu yg pelik ialah,sy tidak pernah nampak beliau di apartment tersebut sebelum ini.tapi,sy tidak lah bertanya lebih lanjut.
kemudian,kami teruskan solat berjemaah sehingga isyak yg akhirnya tinggal hanya kami berdua shj di ruangan solat muslimah.selesai solat isyak,seorang jemaah lelaki di bawah (ruangan solat muslimah di tingkat atas) terus menutup suis lampu di bahagian atas.Maka,saya & Hidayah bergelap di atas..hanya lampu kecil samar2 menerangi ruang solat kami.saya mula rasa sesuatu yg tidak kena kemudian mengajak Hidayah pulang bersama memandangkan beliau maklumkan tinggal di apartment yg sama.
Tapi,Hidayah menolak..beliau hanya berkata “takpe la,Hani balik la dulu” dan terus bangun,ambil tikar sejadah beliau dan terus berjalan ke arah satu sudut yg lebih gelap tanpa menoleh ke arah saya lagi.saya pun bingkas bangun & terus meninggalkan Hidayah di dalam masjid berseorangan.
Sejak dari hari itu,saya tidak pernah bertemu Hidayah lagi.Dan,saya pernah ketuk bilik apartment beliau (seperti yg beliau maklumkan),tapi tiada berpenghuni.
Sehinggalah pada suatu hari,saya terserempak dengan seorang jiran lelaki saya.Dan,dia bertanya “Siapa room mate?Dia dtg waktu mlm pas isyak,pastu keluar balik tgh2 mlm”.Saya pada waktu itu bagai nak luruh jantung. Mana tidaknya,saya tidak pernah ada room mate pun!saya terdiam & jiran saya bertanya lagi “siapa dia tu?tak pernah nampak pun sebelum ni?”. Saya hanya menjawab “tak pasti pula..” & terus berlalu pergi. Persoalan jiran saya seolah2 merungkai bbrp kejadian misteri berlaku di apartment sy seperti lampu terbuka & tertutup sendiri,pintu bilik di ketuk & dibuka sendiri.Dan,yg plg epik,bila tv on sendiri di hadapan saya & kawan2 sy yg lain!Tapi,tiada kejadian yg mengganggu lebih dari itu,Alhamdulillah…
Bila difikirkan,makhluk Allah ini pelbagai.Mungkin “Hidayah” yang sy jumpa itu adalah jelmaan jin Islam & tiada niat untuk mengganggu sy.Mungkin beliau datang berkunjung je apartment sy sebab sy pernah menjemputnya untuk datang..mungkin…..wallahualam…
Apa-apa pun,kejadian itu telah lebih 13 tahun berlalu & setiap kali saya berkesempatan ke masjid uni tersebut,sy tercari-cari juga “Hidayah” yang sy jumpa suatu waktu dahulu.Namun,tiada kelihatan lagi makhluk Allah itu…
InsyaAllah..di lain waktu saya akan bercerita lagi pengalaman2 mistik sy yg lain di FS..Assalamualaikum…..
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Sereeemmmm…
Adooiiii…
persoalannya…adakah Hidayah tu masih hidup??
Weh seram gila
uum.usm
hidayah tu hantu ke?
Siapakah dy???