Kebun lama Hj Akup

Assalamualaikum admin,
Terima kasih sekiranya admin sedia publish cerita daripada saya kepada pembaca setia fiksyen syasya.
Sebelum itu, nama saya Hanna, 28 tahun dan berasal dari Sarawak. Saya sebenarnya memang berminat menulis, cuma saya belum ada keyakinan yang tinggi untuk menulis secara umum.

Sebelum ini saya perrnah mencuba utk menulis novel sendiri tetapi saya kekurangan idea untuk mantapkan isi-isi penulisan saya. Semoga dengan berkongsi kisah bersama Fiksyen Syasya akan jadi satu titik permulaan buat saya.

Saya akan tukar nama watak di sebalik cerita ini nanti demi menjaga hak peribadi ahli keluarganya. Kisah ini terjadi ketika umur saya masih 15 tahun pada tahun 2003, malam tu saya singgah di kedai runcit makcik. Kedai runcit ni bekas arwah atok yang punya. Setelah atok meninggal makcik yang usahakan bersama nenek.

****
Jam menunjukkan hampir pukul 10:00 malam, kakak datang untuk menjemput saya pulang.
Ketika itu, saya sedang menonton sambil bersembang dengan nenek.

“Assalmualaikum nek. Buat apa tu,”Tegur kakak.

“Wa’alaikumsalam. Takda apa-apa, tengah sembang dengan Hanna sementara tunggu Aini jemput.” Jawab nenek.

“Ye nek. Na, jom la. Dah nak lewat ni. Balik dulu ye Nek?”

“Ye, Elok-elok bawa motor tu, jangan laju sangat.”pesan nenek.

“Baiklah nek.” Jawab kami serentak.

Menjadi kebiasaan suasana kampung pada waktu itu masih riuh sedikit. Dengan membonceng motorsikal, saya dan kakak menggunakan jalan lain daripada kebiasaan sekadar saja. Ketika sedang membonceng di jalan masuk dewan serbaguna yang berhampiran dengan pejabat pos dan flat pejabat daerah, kakak saya mula menegur.

“Hanna, kau ada tak hidu bau tu?.”
Selamba je dia tanya saya macam tu.
Sebenarnya saya memang ada terhidu juga masa tu.

“Ish, apa pulak kakak ni. Malam-malam macam ni jangan la tegur bukan-bukan.”
Jawab saya dengan nada geram.

“Eh, maaf. Terlupa pulak. Jalan je la.”
Boleh lagi dia gelak kecil.

Kebetulan kawasan tu ada pejabat dan kuaters lama telekom yang dah terbiar dan tak berpenghuni. Kawasan tu pulak kerap kemalangan sebab selekoh simpang.
Tapi masa tu, belum ada kes kemalangan melibatkan kematian.Beberapa tahun kemudian ada kemalangan yang melibatkan kematian 2 orang pelajar sekolah menengah.

Bagi saya kampung saya ni unik, walaupun tak berapa besar tapi ada nama-nama yang menggambarkan kampung saya ni luarbiasa. Antara Kampung yang berdekatan adalah Kampung Sungai Endot, Kampung Wawasan,Kampung Masjid baru, Kampung Sungai Benang, dan ada beberapa kampung lain yang berdekatan. Masa tu masih tak tahu sangat nama-nama tu. Sekarang dah boleh ingat.

Dari jalan dewan serbaguna tu tadi agak sunyi hanya beberapa buah motorsikal je lalu. Ada la pernah beberapa kali yang biasa lalu jalan tu akan ada kisahnya tersendiri. Tapi malam tu kami tak fikir tentang tu. Pada awalnya saya mula berasa biasa saja, cuma sedikit geram dengan teguran kakak tadi pasal bau tu.

Setibanya saya dan kakak masuk ke jalan Kampung masjid lama, tiba-tiba saya terdengar letupan seperti bunyi mercun. Hanya sekali.

‘BOOMM!!
bunyi letupan tu memang agak kuat.
Saya hanya sempat menoleh ke kanan kerana fikir tayar belakang motorsikal kami meletup.

“Kak, tayar motor kita meletup la.” Saya mulai panik. Sebab kawasan yang kami lalu tu memang sunyi dan ada kawasan gelap tidak jauh dari situ ialah kawasan kubur. Tapi kami tak berhenti di situ.

“Hanna! baik kau diam, fokus dan jangan banyak cakap. Kau pandu motor ni selaju mungkin. Jangan pandang kiri kanan.”
Kakak mulai panik.

“Kakak dah kenapa? Tayar motor ni meletup” saya semakin panik.

“Motor ni tak ada apa-apa. Nanti sampai rumah aku bagitahu. Jangan pandang kiri kanan tau. Masuk jalan singkat ni.”

Sambil kakak menunjuk jalan yang berdekatan untuk sampai ke rumah.

“Astaghfirullahalazim.”

Kedengaran kakak beristighfar sepanjang perjalanan.

Saya terus diamkan diri sehingga sampai ke rumah.Saya yang panik bertukar rasa pelik dengan tingkahlaku kakak. Saya memang tak terfikir lansung untuk rasa takut.

Buka saja pintu, melihat abah sedang menonton d ruang tamu.

“Kenapa ni, macam dikejar hantu je.”
Tegur abah dengan risau.

“Takda apa-apa abah.”
Jawab kakak (ketawa kecil) sambil menarik tangan saya mengajak ke bilik.”

“Akak dah kenapa ni.Kena sampuk ke? Dah sampai rumah kot.”
Tanya saya yang masih rasa pelik.

“Tadi, masa kau tegur pasal tayar meletup tu. Tu bukan tayar yang meletup. Aku toleh ke kiri, aku nampak sesuatu yang sedang menebang pokok dengan sebilah kapak”
Macam cerita horor pula.
Kakak kelihatan seperti seorang yang penat berlari.

Saya pula dengan serta-merta terasa seram sejuk sebab terbayang-bayang apa akan berlaku pada ketika itu kalau saya yang nampak.

“Macam mana rupa dia kak?”
Saya ingin tahu.

“Dia berbaju putih berambut panjang. Kau nak tahu tak tu la kebun Hj Akup yang kita biasa dengar seberang rumah kita ni, selalu bergendang malam-malam.”
Cerita kakak

“Oh ye. Macam mana kakak tahu?
“Penjaga kebun ke kak?” Tanya saya kepada kakak.

“Mungkin la kot. Pernah juga dengar cerita rumah dia tu ada penunggu.”

Saya mula teringat, memang di rumah Hj Akup tu selalu buat upacara bergendang sebelah malam. Biasa juga dengar nenek dan makcik bercerita, orang kata Hj Akup tu ada bela hantu raya. Tak pasti betul ke tak.

Sebab nenek selalu bagi sedekah pada pasangan suami isteri yang berusia d rumah tu. Sebab nenek memang kenal mereka.

“Sebab tu la aku tak nak bagitahu kau masa dalam perjalanan tadi. Aku tak nak kau panik dan hilang fokus.Ok la, jom tidur la.”
Kakak menghentikan ceritanya setakat itu.

Saya pula masih terbayang-bayang keadaan masa tu. Sebab, saya dulu penakut orangnya, tapi sekarang alhamdulillah. Kerana ada cerita disebalik kenapa saya tidak mudah berasa takut sekarang ni. Insyaa Allah saya akan kongsikan.

Apa pun cerita hantu raya Hj Akup ni, saya sekadar tahu saja. Sekarang rumah tu masih ada, Cuma peristiwa itu boleh mengingatkan kembali sedikit cerita tentang hantu raya Hj Akup.

Sebagai penutup, ada beberapa ujian yang saya lalui agak menguji keimanan saya.Saya tawakal dan bersangka baik. Walaupun tak panjang sangat, beberapa kali pembetulan yang perlu saya buat.Saya mohon maaf seandainya ada kesilapan dan kekurangan dalam penulisan saya.

Saya doakan semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah. Amiin.

AnnaKunfayakun.Sarawak.

3 thoughts on “Kebun lama Hj Akup”

  1. orang kampung kmk…kebun ni ow?mun ekot suasana n jalan yg dmksudkan, kebun yo bkn di kpg masjid lama,yo kpg masjid baru nk?xjauh dr kubur…ado kebun sblh..ado org mdh kebun yo berisik,tp xtauk sapo nmo org mpun kebun yo…

    Reply

Leave a Comment