Kehilangan Terungkai

Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana. Aku merupakan anak perempuan sulung daripada 5 orang adik beradik. Cukup la kot aku intro diri aku. Cerita yang aku nak kongsikan dekat penggemar FS ni terjadi pada tahun 2011.

Aku macam biasa lah bersiap untuk pergi ke sekolah. Oh ya, masa ni aku form 2. Sesi petang lah kata kan. Adik aku selalu teman aku tunggu bas. Kita gelar dia A jelah. Dia lelaki. Back to our story, masa aku tunggu bas dengan dia aku dah syak something yang tak kena tau dekat A ni, tapi aku biarkan je lah. Maybe A tak sihat ke apa. Then, A ambik ranting kayu, kebetulan dekat area aku tunggu tu ada busut. Si A ni cucuk2 busut tu, lepas tu dia datang dekat aku, dia cucuk belakang aku guna ranting tadi sambil buat muka sinis. Aku marah dia, dia buat tak tahu je. So aku tak ambik port sangat. Bas pun dah sampai. Aku suruh A balik rumah.

Lepas aku balik dari sekolah, aku dapat berita yang mengejutkan aku. Family aku kata, A hilang. Pada mulanya, ayah aku yang perasan. A takde masa ayah aku balik kerja. (Fyi, adik aku yang ni suka menyorok bila ayah aku balik dari kerja). So ayah aku pun tanya la dekat mak aku, mana si A. Mak aku cakap, A ada dalam bilik sebab dia baru lepas mandi, mestilah pergi pakai baju. Ayah aku cari A dalam bilik, A takde. Dengan rasa curiga, ayah aku bagitau dekat mak aku yang A takde dalam bilik. Mak aku siap tunjuk lagi kesan air tapak kaki A baru lepas keluar dari bilik air. Kiteorang pun cari la A ni satu rumah, tak jumpa. Naluri mak aku kata yang si A ni tak keluar rumah pun sebab kasut A ni masih ada dan mak aku tak dengar bunyi pun pintu terbuka atau tutup.

Dah puas cari dalam rumah takde, ayah aku keluar cari A dekat rumah sedara2 aku pun tak jumpa jumpa. Mak aku nangis jangan cakap lah. Anak hilang kot. Ibu mana tak meraung.. huhu. Semua cari A tak jumpa. Arwah tokwan aku pergi kunci 4 penjuru dekat area rumah aku. Pastu dia suruh pakcik aku masuk melalui pintu belakang. Habis semua almari dekat dapur diaorang bukak, bekas beras pun dorang bukak, kot la jumpa A dalam tu katanya. Dah dekat dapur takde, diaorang masuk bilik belakang dengan bilik tengah, pun takde. Last sekali, bilik A. Pakcik aku duduk atas katil A baca ayat ayat suci al-quran. Pakcik aku ni pandai la jugak kalau bab bab ghaib ni.

Dia terpandang bawah, dia nampak ada hanger, terus dia tarik hanger tu sambil sebut ‘ Allahuakbar ‘. Keluar tangan A sekali hanger yang ditarik tu, pakcik aku terus turun dari katil sebab nak tarik A keluar dari bawah katil tu. A pun keluar dalam keadaan sujud kat lantai. Pakcik aku panggil nama dia, tapi dia masih blur. Dah lama sikit, dia baru sedar terus dia nangis. Ayah aku peluk pujuk dia suruh berhenti menangis. Satu jam adik aku hilang. Act bila flashback, kiteorang dah bukak kot semua besi katil A tu. Tapi kiteorang nampak kosong je bawah katil tu, takde apa apa, kiteorang pun pasang la balik.

Mak aku pulak cakap, dia dah banyak kali tengok bawah katil tu, mak aku siap sujud lagi merayu suruh pulangkan A tapi bayang A pun tak nampak padahal tempat mak aku sujud tu dah berhadapan dah dengan A . A hadap mak aku, mak aku hadap A. Mak aku tak nampak apa apa langsung bawah katil tu. Tetiba jumpa dia dekat situ. Lepas A sembuh sikit, kiteorang tanya dia, macam mana boleh masuk bawah katil tu, dia kata ada orang panggil dia masa dia nak pakai baju, pastu orang tu terus tarik dia masuk bawah katil. Dia dengar kiteorang panggil nama dia, tapi dia tak boleh menyahut. Dia kata orang tu rambut panjang, dah tua ada darah dekat mulut dia.

Aku cerita dekat mak aku tentang perlakuan si A ni masa dia teman aku tunggu bas. Mak aku kata, tengahari tak elok main dekat luar. sebab benda halus aktif masa tu. Kiranya benda tu ikot adik aku balik pastu main sorok2. Ermm.. Sejak kes adik aku hilang kena sorok tu, bermula kisah seram dalam hidup aku dan family. Nanti ada masa aku share apa yang terjadi selepas peristiwa ni. Harap korang suka cerita aku walaupun tak seseram mana sebab lepas ni ada yang lagi seram aku nak kongsikan. Ini baru permulaan kisah. Maaf ya kalau ayat aku tunggang terbalik. First time tulis. Hoho . Tq admin kalau post kisah aku. Bye.

Cha.

4 thoughts on “Kehilangan Terungkai”

  1. Harus sgt risau cuak takot plus sedih sesgt kan mase A tu ilang…
    Akk plak yg berderau ble pakcik tarik hanger tu ade tgn A…
    A tu umur bape tahun ekk???
    Anak bongsu ke?

    Reply

Leave a Comment