KEM

KEM

Nama aku Maii. Kisah ini berlaku kira-kira 10 tahun yang lalu berlaku ketika aku berumur 10 tahun. Kisah ini bermula apabila sekolah aku mengajurkan satu kem badan unit beruniform untuk meningkatkan jati diri murid-murid.

Masa ni first time aku pergi kem. Mestilah excited gila, kan? Pack barang kemain banyak sampai kembung beg (siap bawak snorkeling kit tu) hahahaha. Yang join kem ni cuma budak darjah 4 hingga darjah 6 je masa tu. Sebab baru start join aktiviti kokurikulum.

Kami bertolak menaiki bas bersama 5 orang guru pengiring, kalau tak silap aku. Lokasi kem ni agak terpencil. Terletak betul-betul dekat tengah hutan (area Gombak). Kawasan sekeliling kem tu memang natural. Dorm kami macam ala-ala rumah kampung yang dibina daripada kayu. Keliling dorm kami ada anak sungai dan dekat situ banyak ikan. Ada beberapa ekor arnab yang bebas bergerak tidak dikurung dalam sangkar.

Aku dengan kawan aku memang excited lah. Yalah, budak lagi, kan. Suka hati sajalah main celup-celup kaki dekat gigi air. Masa tu kecik lagi kan jadi aku memang tak terfikir la alam ghaib ke ape ke datang pun tahu nak enjoy je. Adab-adab kat tempat macam ni pun aku tak tahu pakai sebat je mulut cakap pakai lepas so benda-benda tu tak suka la. Silap sendiri huhu.

Biasa la kalau kem jati diri ni kan ada banyak aktiviti mencabar macam jungle trekking, flying fox dan night walking. Kejadian seram bermula pada malam kedua di kem. Ketika itu pihak kem sedang menjalankan aktiviti night walking. Tapi aktiviti night walking ni memang lain dari yang lain, sebab selalunya akan dibuat dalam kumpulan tau, tapi kali ni diorang buat jalan secara INDIVIDU dan TIDAK DIBENARKAN MEMBAWA TORCHLIGHT.

Masa fasi bagitahu tak boleh bawak torchlight dan kena berjalan sorang-sorang tu, adalah beberapa orang yang dah start menangis. Tapi aku tak tahu la apasal aku ni kental sangat, aku relax je (haha). Kami dibawa berkumpul di tengah-tengah hutan. Dan kami diarahkan berjalan mengikut route yang ditetapkan secara bersendirian. Memang gelap sangat keadaan masa tu. Lampu jalan tak ada, kiri kanan hutan tebal dan diiringi dengan bunyi serangga pada waktu malam.

Maka bermulalah aktiviti night walking. Fasi mula melepaskan murid seorang demi seorang. Sebelum pergi, fasi pesan, kalau nampak benda pelik-pelik, kata je cubaan. Aku ni jenis degil sikit. Maklumlah, sorang je perempuan dalam adik beradik. Atas aku ada dua orang abang. Jadi, aku anggap fasi tu saja je acah nak takutkan budak-budak (berlagak gila, kan?).

Tiba turn aku untuk berjalan sendirian. Dalam kepekatan malam diiringi bayu dingin menghembus lembut, kakiku menapak selangkah demi selangkah untuk menuju ke destinasi. Sesekali angin yang menghembus membuat aku menggigil kedinginan. Ketika asyik berjalan, tiba-tiba aku ternampak satu kelibat di tepi semak. Tapi aku buat tak endah je, sebab aku rasa tu cikgu aku je, bukan orang lain pun. Dok main goyang-goyang semak pakai costume pocong. Tengok pun dah tahu, itu orang, kataku dalam hati (padahal dah cuak). Aku masih teruskan perjalanan dan buat tak endah.

Sampai di pertengahan perjalanan, aku ternampak satu cahaya hijau. Nampak pelik sangat. Yalah, tengah gelap, tiba-tiba ada satu cahaya hijau menjulang menerangi kawasan tu. Aku nampak satu makhluk berbadan besar tidak berbaju (hanya bercawat sahaja). Rambut diikat berwarna hitam, bermisai dan berjambang. Memandang aku dengan wajah yang sangat bengis. Mata dia mengekori setiap langkahku, mememerhati. Tapi yang aku musykil, macam mana badan dia bercahaya? Kalau orang, mana boleh buat macam tu? Aku dah mula risau. Rupa dia ala-ala jin Aladdin tu, tapi muka dia memang bengis. Aku dah tak keruan. Aku mula melajukan langkah aku untuk cepat sampai ke destinasi. Aku melewati makhluk itu dengan melalui sebelahnya sahaja. Tapi ketika aku melewatinya, aku nampak dari ekor mata aku, kepala dia berpusing 360 darjah. Lepas je nampak benda tu, aku terus lari sampai ke tempat semua murid berkumpul.

Kawan aku tegur, “eh, kau ni apasal lari-lari sampai berpeluh-peluh ni?” Tapi aku diam membatu.

Apabila aku mula tenang sedikit, aku mula bertanya kepada kawan aku, “Yana, kau ada nampak tak benda hijau bercahaya masa tengah jalan tadi?”

Kawan aku kata, tak ada pun. Malah, bila aku tanya kawan yang lain pun diorang kata tak ada nampak benda tu. Diorang cuma nampak yang cikgu-cikgu aku pakai costume hantu tu je.

Masa tu tuhan je yang tahu macam mana lemah aku punya lutut. Itulah, tadi poyo, kan? Tiba-tiba dah ternampak ‘makhluk sebenar’, bukan pelakon tambahan. Sejak dari kejadian itu, hidup aku mula berubah.

Kini, aku mampu mendengar, melihat dan merasa apa yang orang lain tidak dapat lihat, rasa dan dengar melalui deria kasar.

Pengajaran dari cerita ini adalah, jangan sesekali berlagak dan acah berani, sebab benda-benda ni tak suka. Terima kasih sudi membaca kalau admin siarkan cerita ni aku akan cerita lagi kisah yang lain. Wassalam.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Mai

12 thoughts on “KEM”

  1. Ada kah patut budak2 darjah 4 disuruh buat ‘night walking’ sorang2?! Tak masuk akal!!! Lain kali buat lah yg logik sikit!!!

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.