Kem: Aku Temui Kebenaran

Assalamualaikum semua. Hai, masih ingat kisah Pulangkan dan Pulangkan : Versi Sekolah? Kalau tak ingat boleh baca balik story tu kat link yang disediakan. Kepada pembaca baru pun boleh terokai cerita saya yang ‘tak berapa best’ . http://fiksyenshasha.com/pulangkan/ http://fiksyenshasha.com/pulangkan-versi-sekolah/. Cerita2 ni berdasarkan pengalaman yang saya alami sendiri. No cheating. Okay done part pengenalan, panjang2 kang boring pulak korang.

Macam biasa , bila dah sekolah mesti akan ada kem yang melibatkan perkhemahan badan beruniform atau persatuan kan. Kebiasaannya 3 hari 2 malam berada di kem tersebut. Tahun last aku disekolah, iaitu tingkatan 5 yang sememangnya memerlukan pembahagian masa yang tepat antara belajar dan aktiviti KO. Tahun itu juga aku menyertai kem peringkat negeri buat kali terakhir. Segala persiapan rapi aku buat untuk memastikan anak2 buah ku berada dalam keadaan yang bersiap sedia menghadapi rutin di kem. Tetapi tetap tidak lupa pesanan untuk mereka menjaga tingkah laku dan percakapan. Paling aku pantang dah tahu diri tu lemah , cakap bukan main besar. Haha, tengok dah start nak merepek. So, tibalah hari untuk berangkat ke kem perkhemahan yang melibatkan 3 buah sekolah dengan peserta seramai lebih 800++ orang. Kebetulan pulak jurulatih yang dilantik tu ada yang aku kenal , yelahh muka aku ni tiap2 tahun melekat kat kem hehehe mana tak kenalnya. Okay dah! Selesai diberi taklimat dan jadual aktiviti, maka perlu dilantik seorang wira ( ketua bagi lelaki) dan seorang wirawati (ketua bagi perempuan). Tugas ni agak penat sebab jika ada kecemasan atau hal2 yang rumit, maka ketua2 inilah yang bertanggungjawab. Ketua wira dilantik dari sekolah lain manakala ketua wirawati ni pula…..jeng jeng jeng….
Coach : Dengan ini saya melantik Zarra (aku) dari sekolah *** sebagai ketua wirawati kerana beliau adalah pelajar cemerlang kokurikulum.
Aku? Tercengang… adoi. aku dah tahu tanggungjawab ni besar. Sabar ye, belum masuk part seram lagi….
Sebagai ketua wirawati, aku dah cakap awal2 kepada peserta perempuan supaya jaga tingkah laku dan percakapan, kalau nak ke tandas mesti berdua. Aktiviti hari pertama memasang khemah dengan jayanya. Aku sempat ronda kawasan tu, bila aku sampai berhampiran tandas perempuan aku rasa lain macam. Bulu roma aku tiba2 menegak dan sayup2 telinga aku menangkap bunyi satu suara yang mengilai sayup2. Ohoo… Waktu ni masih siang hari lagi kut ‘dia’ dah bagi aku hint awal2. Aku terus je jalan ke kawasan khemah untuk mengelakkan dan memastikan sesuatu yang tak diingini tidak terjadi. Masuk waktu maghrib semua peserta diarahkan berkumpul di musolla, kecuali bagi peserta perempuan ‘cuti’ tinggal di dewan bersama coach wanita. Aku diarahkan untuk check khemah ke khemah mana tahu kan ada pulak yang tak tahu waktu maghrib dah masuk. Aku bawa beberapa orang kanan untuk bantu aku buat aktiviti meng’sport check. Satu ke satu khemah aku buka, kosong, tiada manusia yang tinggal atau tertinggal di dalam khemah. “Cikkkk!!!! Cikkk!!!! Sini sini!!!…”, terus aku berpaling ke arah suara yang panggil nama aku. Aku lihat beberapa orang kanan aku tadi berkumpul ramai2 seolah-olah ada sesuatu yang mereka temui. Terus aku berlari ke arah mereka. Lari punyalah laju sampai aku terlanggar mereka. Bukkk!! “Sorry sorry terlajak sangat saya lari. Apahal ni?”, aku tanya.. “Tuuu….” sambil masing2 menghalakan jari telunjuk ke arah benda yang mereka temui. Perlahan – lahan aku tengok….pappp terpampang aku. “Ya Allah bahaya tu, kolam tu dalam cepat pergi panggil coach” , terkejut sambil memberi arahan. “Yang lain ikut saya, hati2 nanti jatuh”… tahu tak apa jadi?? Beberapa orang kanan aku tadi , mereka terjumpa seorang peserta perempuan yang sedang berdiri betul2 di atas tebing kolam yang sememangnya kolam tu jernih tapi dalam yang amat. Kolam tu digunakan untuk aktiviti berkayak dan apa2 yang melibatkan aktiviti air mesti bersama dengan jurulatih. ‘Entah masa bila pulak budak ni boleh terlepas sampai ke sini?’ Tertanya-tanya aku dalam hati. Aku perhati betul2 budak tu, tiba2 aku terperasan ‘aish, pelik ni budak ni. Entah2 kena sampuk tak?’ lagi aku berkata dalam hati. Dari jauh aku nampak coach datang bersama seorang ustaz. Tanpa disedari waktu maghrib dah habis kau, memang terlepas la aku nak solat maghrib masa tu, tapi wudhuk masih ada okay. “Astaghfirrullahalazim”, mengucap panjang ustaz tu bila dia tengok budak tu duduk bercangkung di tebing kolam. “Allahuakhbar Allahuakhbar…..” ustaz azan. “Aaaaaaaaaaa……..” budak tu menjerit tiba2 sambil menggeletar tubuh dia. Tak semena-mena, bushhh! Jatuh dalam kolam. Terkejut aku dengan yang lain. Coach yang ada di situ terus terjun nak selamatkan dia. Aku yang masih dalam keadaan memakai kain sembahyang hanya mampu baca doa perlindungan diri dan memastikan yang lain tidak terkena. “Dia dah kena rasuk, kamu Zarra pastikan anak2 buah kamu yang perempuan berkumpul di satu tempat. Benda yang menghasut budak tu bukan biasa2. Boleh tahan kuatnya. ‘Dia’ penjaga tempat ni”, ujar ustaz. “Baik ustaz. Awak semua, jom kita pergi ke dewan sekarang”,arahku. Sementara itu, beberapa orang coach sedang cuba untuk membawa naik budak yang jatuh ke dalam kolam tadi… Semasa on the way ke dewan, aku lalu di tepi khemah yang betul2 di tepi busut. Masya Allah , bulu roma aku menegak sampai ke kepala. Sengal sangat kepala ni aku rasa. Macam orang tarik rambut. “Cepat sikit jalan, jangan terhegeh-hegeh sangat” ,marah aku pada orang kanan aku. Hahaha padahal aku nak cepat blah dari situ. Satu badan kut meremang. Rasa seram sejuk sangat2. ‘Sah! Tempat ni memang ada penunggu. Macam manalah dorang boleh pacak khemah kat situ. Buat sesuka hati je tak tanya aku dulu’ bebel dalam hati. Tiba di dewan, riuh dengan kebisingan dan gelak tawa macam tak ada perasaan dan faham keadaan yang berlaku. Sang perempuan pun bukan main elok bergurau senda dengan sang lelaki. Hangin betul aku masa tu tengok keadaan macam tu. Apa lagi, aku naik pentas aku capai microfon, “Assalamualaikum semua!! Boleh saya pinjam telinga dan mata anda semua sekejap. Alhamdulillah terima kasih. Sekarang ni awak semua faham tak apa yang sedang berlaku terhadap seorang sahabat kita di belakang sana (masa tu coach dan ustaz dah letakkan budak tu di belakang dewan). Ada yang terfikir nak baca yassin ke, nak zikir ke… apa yang saya dengar bersemangat awak semua berbual ye. Ketua wira!!! Mana peranan awak?? (aku dah marah kut time ni). Siapa je tak marah bila keadaan tengah huru-hara ada pulak yang buat2 tak faham dengan apa yang sedang berlaku. Okay, biarkan yang itu, malas nak panjang2 kan…. Masuk hari kedua, seawal jam 4:30 pagi semua peserta lelaki dan perempuan perlu bangun untuk persiapan solat subuh dan meneruskan akitiviti yang dirancang. Siapa lambat memang tak mandilah jawab nye huhu. Aku pulak masih layu lagi mata masa tu , otak pun blur je nasib baik jalan tak langgar pokok hahahaha. Sampai kat bilik air tak de nye nak beratur terus ke kolah mandi. Jangan ingat aku berenang pulak ye. Kolah tu besar kut so mandi berjemaah.
“Tolong! Tolong! Lepaskan kaki aku…lepaskan kaki aku!!” , auww pedih mata aku masuk sabun dek terkejut dengar orang menjerit tiba2. Lekas2 aku jirus muka aku ,lantak la mata merah ke apa yang aku tahu aku nak cari orang mintak tolong tu. Aku tengok yang lain terkejut sampai tak tahu nak buat apa, ada yang berpelukan dalam se-group , ish parah betul. “Biey, aku dengar suara tu dari tandas hujunglah.”, tiba2 Lisa bersuara. Aku heret tangan Lisa ikut aku pergi tandas hujung tu aku terus tendang pintu. Terbuntang mata aku dengan Lisa. ‘Ya Allah apa dah jadi ni’ kata aku dalam hati. Budak yang jerit tadi tu dah pengsan dan kepala dia berdarah bukan biasa2 tahu, aku syak dia terhantuk kuat seolah-olah ada orang tolak atau pun licin atau….ada ‘orang’ betul2 tarik kaki dia??? “Lisa mari kita angkat dia. Amy , Suzie tolong , budak ni pengsan”. Bergegas dorang pun datang nak tolong. “Korang bawa dia ke dewan aku, panggil coach”, apa lagi terus aku lari tak cukup tanah nak cepat takut apa2 jadi kat anak orang kan tak pasal2 jadi kes. Sejurus itu jugaklah coach panggil ambulance. Ambulance sampai sekali dengan aku kena angkut sebabnya aku yang mengetuai mereka semua ni. Aku dah cakapkan tugas ni berat. Pihak sekolah dah hubungi keluarga budak ni. Oh yaa budak ni bukan budak sekolah aku and nama dia aku bagi Mira jelah. Aku tak tahu apa jadi kat kem pagi tu, dengar khabar dari coach wanita yang ikut aku ke hospital, semua peserta perempuan di denda dan dikuarantinkan daripada aktiviti hari itu kerana disyaki ada yang terlibat dengan kes buli ke atas Mira sehingga mendatangkan kecederaan. Padahal hanya aku, Lisa, Suzie dan Amy yang tahu perkara sebenar. Dalam pukul 9 pagi, parents Mira sampai di hospital kecoh2 pulak kata anak dorang kena buli sampai darah2 , siap nak buat police report lagi. Doktor dah sahkan tak ada luka lain selain di kepala. “Macam nilah, saya pun rasa elok kita buat police report sebab kes ni mendatangkan kecederaan yang boleh membawa maut”, kata doktor tu. Aku tercengang kut. “Mintak maaf jika saya masuk campur, apa yang jadi kat Mira bukan kes buli, makcik pakcik , doktor. Waktu kejadian saya sendiri ada dalam bilik air tu dengan peserta yang lain. Lepastu tetiba je kami semua dengar orang menjerit minta tolong. Saya tak tahu siapa pun lagi waktu tu. Lepastu jeritan tu senyap , tak dengar dah, saya heret kawan saya Lisa nak tengok apa yang jadi. Bilik tandas terkunci rapat saya terus tendang pintu tandas tu, tengok2 Mira dah pengsan dengan darah yang banyak. Jadi saya rasa tak ada istilah buli, sebab bilik tandas tu terkunci dari dalam dan hanya Mira sorang je dalam tu”, huhhh panjang lebar aku bebel. Masing2 aku tengok muka terkejut dan termenung. Terus aku sambung lagi, “Kalau makcik dengan pakcik nak buat police report jugak, silakan, ramai yang boleh jadi saksi, dan pintu tu pun boeh jadi bukti sebab dah rosak kena tendang tadi”. Lagi kuat aku mempertahankan keadaan. Doktor pun tak terkata. Cuma senyum dan blah gitu je. Tak lama lepastu Mira pun sedar , semua orang tanya apa yang berlaku kat dia tapi dia senyap je tak buka mulut, mata pulak asyik tengok kat aku. Seriau pun ada. Mira pegang tangan aku kuat macam taknak lepas.
On the way balik ke kem, kepala otak aku duk ligat memikirkan perkara yang terjadi. Tetiba aku teringat kata2 Mira tadi….. “Zarra, sebenarnya saya bukan jatuh dengan sengaja” , dia bersuara bila semua orang dah keluar dari wad tu, yang tinggal hanya aku dan dia. Berkerut dahi aku. “Maksud awak ada benda tarik awak, macam tu?”,soal aku. Nampak muka dia takut sangat2, aku sentuh tangan dia sejuk yang luar biasa. ‘Ish, habislah kalau ‘dia’ kacau orang lain pula’ , kata ku dalam hati. “Boleh bagitau macam mana rupa benda tu”, tanya lagi. Mira macam takut2 je nak cerita kat aku, seolah-olah benda tu ada di sekeliling kami. Mata dia melilau ke sana sini. “Awak tahu tak saya nampak…..” “Hello tak mau turun ka cik adik” terkejut aku kena sergah dek jurulatih, habis melayang apa yang aku duk fikir tadi. Turun dari kereta, aku terus menuju ke khemah tempat pakaian aku diletakkan. Aku ambil satu botol minyak yang diberi oleh seorang ustaz yang berubat aku untuk dipakai pada badan. Minyak tu dipanggil minya azimat kerana dibaca dengan ayat2 al-Quran. Lepas tu aku terus menuju ke tempat aktiviti berlangsung. Sesi meredah hutan.
“Zarra!”, cikgu Fad panggil aku. “Ya cikgu” jawab aku. Terus dia berlari anak datang tempat aku. “Are you ok?” , tanya dia. “Saya ok cikgu. Biasalah cikgu tempat macam ni memang kawasan ‘dia’ , kita hanya mampu berjaga2 jelah” terang aku. “Bagus awak ni, jarang saya jumpa pelajar yang ada semangat dan ilmu macam awak. Syabas! Apa2 nanti awak inform saya ya” pesan cikgu Fad pada aku. Dia pegang tanggungjawab besar dalam kokurikulum sekolah that why dia ambil berat. Setelah kes Mira hari tu, alhamdulillah tiada lagi kejadian yang merasuk sehingga malam terakhir iaitu malam kebudayaan. Petang sebelum tu semua pelajar yang mewakili sekolah dalam persembahan kebudayaan membuat latihan dan persiapan yang rapi dengan alat muzik dan sebagainya untuk persembahan pada malam itu. Sekolah aku dan sekolah kedua hanya buat persembahan drama biasa dan lawak sederhana. Aku tak bagi sekolah aku buat tarian or nyanyian sebab aku tahu itu hanya cari ‘penyakit’. Then, tibalah sekolah ketiga untuk buat persembahan. Aku memang tak tahu apa tema mereka melainkan malam mereka buat persembahan tu. Yes!!!! That it!! Mereka pilih tema tarian tradisional dan nyanyian tradisional. Aku tepuk dahi weiii bila tahu itu tema mereka. Cari penyakit!!!!! Tapi aku tunggu dan tengok dari tepi pentas. Dalam hati tak payah cakap, jantung aku berdebar gila. Macam nak tercabut pun ada. Dan perlahan-lahan bulu roma aku berdiri, rasa seriau , berdebar dan terasa “sesuatu” pun ada. Aku just perhatikan setiap seorang daripada mereka membuat persembahan. Sesaat dua saat mata aku tertumpu pada salah seorang penari perempuan di pentas tu. Tarian dia lain macam. Lemah lembut , alahai gemalainya. Terpegun aku sekejap. Cara tarian dia bawa tu seolah-olah yang betul2 asli dan mahir tidak seperti yang lain ada kerasan sikit. Perhati punya perhati, pupp! Aku terperasan mimik muka dia, lain dari yang lain, senyuman dia tu boleh robohkan jantung mana2 lelaki. Cantik. Tapi aku dah tak sedap ni. Betul ke orang ke ‘benda’ lain. Aku berjalan perlahan ke tempat ustaz aku berdiri. “Kenapa?”, tanya ustaz. Aku geleng. Di satu penjuru aku nampak Mira, budak yang cedera dalam tandas tu duduk sorang sambil ralit melihat ke pentas. Aku menapak ke arah dia. “Mira…”, sapa aku. Dia dongak dan senyum ,lantas gamit aku duduk sebelah dia. “Awak tak rasa apa2 ke Zarra, saya dah seriau dah ni”, beritahu Mira tiba2. Aku pusing menghadap dia. Fikiran aku tiba2 teringat apa yang dia beritahu masa kat hospital itu hari. “Sebenarnya saya nampak sorang nenek tua yang buruk sangat2 muka dia. Dalam tandas tu dia ajak saya menari tapi saya tolak, lepas tu dia tarik kaki saya dan saya pun tak ingat apa”.
Mira pandang aku lain macam. “Zarra awak ok?”, tanya dia. Aku angguk. Dalam hati aku dah rasa lain macam dah. “Mira, jom kita pergi duk kat tepi pentas tu”,ajak aku. Dia angguk dan ikut aku dari belakang. Kebetulan cikgu Fad pun ada di situ terus aku pergi kat tepi cikgu tu. Aku perhati lagi sekali budak perempuan tu menari, tiba2 ada tangan pegang tangan aku rapat sangat, aku paling muka tengok Mira dah berair mata. Apa kes??? Cikgu Fad pula merapat ke arah aku, then dia bisik “saya rasa ada something wrong dengan budak tu. Orang lain buat tarian biasa but she no. Zarra awak perasan ke tak sebenarnya ni??”sempat dia siku aku. Aku perasan bahkan dari awal persembahan lagi aku perasan. Bila persembahan dah tamat semua beransur turun dari pentas. Budak perempuan tu aku tengok dia mengesot ke tepi dinding memberi laluan kepada orang lain turun dahulu. Lepas semua siap kemas barang, tiba2 speaker berbunyi kuat gila. Terkejut aku dengan yang lain. U know what, lagu cindai!!!! Damn!! Aku dah bentak dalam hati. ‘Dia buat dah’. Dari mana datang lagu tu? Rasanya tak ada yang tukar lagu. Aku biarkan dulu budak perempuan tu atas pentas. Ustaz pandang aku lain macam. Aku bagi isyarat sekejap dekat ustaz tu. Dia angguk. Aku berjalan ke arah belakang pentas tempat di mana lagu2 dimainkan. Aku nampak beberapa orang budak lelaki sedang gusar dan kalut. “Kenapa kalut sangat ni?”,tanyaku. “Radio ni tak boleh tutup dan lagu tak boleh dihentikan padahal semua suis dan alat dah off” jawab salah seorang daripada 3 pelajar yang mengawal di belakang. ‘Dah agak, memang dia. Tapi kenapa tempat ni? Ada sejarah ke tempat ni dengan lagu cindai tu?’ Ujar aku dalam hati. Aku bergerak ke pentas balik. Angin tiba bergerak pantas. Aku rasa macam ada sesuatu yang mendorong aku untuk naik ke pentas. Terus aku atur langkah ke pentas dan……. Dengan sendirinya dalam keadaan sedar aku menari mengikut rentak lagu bersama budak perempuan tu. Orang2 sekeliling sudah takut melihat keadaan aku kerana mereka ingat aku turut dirasuk. Tanpa mereka tahu, aku berkomunikasi di alam yang lain bersama pemilik badan tersebut. Kisah alam yang lain:
“Hamba perkenalkan diri hamba sebagai Puteri Kemboja Sari. Hamba adalah penjaga tempat ini selama beribu tahun yang lalu”. Dia memperkenalkan dirinya.
Aku: nama saya Zarra. Kenapa kamu mengganggu tubuh dia?
Puteri : hamba hanya ingin bertemu dengan kamu (tunjuk ke arah aku) dan ini cara hamba untuk kamu bertemu dengan hamba.
****hairan. Kenapa aku?****
Aku: apa salah saya sampai kamu ingin berjumpa dengan saya? Dan kamu ini siapa sebenarnya?
Puteri: Tidak. Tidak. Tidak. Tuan hamba tidak salah apa2 terhadap hamba. Hamba sememangnya teringin untuk bertemu dengan tuan hamba sejak tuan hamba sampai disini. Tuan hamba ada sesuatu yang sangat istimewa yang hamba sendiri tidak miliki.
Aku : Boleh saya tahu apa yang menarik tentang saya sehingga kamu menganggap saya begitu istimewa???
Puteri: Kamu dari keturunan raja. Dan seluruh tempat ini menghormati kamu. Kamu adalah keturunan yang gah dalam sejarah keturunan mu. Hamba adalah dayang kepada keturunan tuan hamba.
*** kelu lidah aku apabila dia tahu tentang keturunan aku***
Aku: baiklah. Jadi kamu tahu siapa saya dan keturunan saya. Lalu, siapa yang menyakiti kawan2 saya?? Adakah kamu??
Puteri: (nampak marah bila aku tertuduh dia yang cederakan dua orang perempuan tu) Hamba tidak akan menyakiti siapa2 yang dekat dengan Tuan Hamba!!! (Bentak dia).
Aku: Tidak Tuan Puteri. Saya tidak menuduh kamu. Beritahu saya siapa mereka.
Puteri : (menarik nafas sebelum berbicara) mereka penjaga asal tempat ini yang lebih lama dari hamba. Mereka tidak suka tempat ini diceroboh oleh manusia2 yang ingin merosakkan tempat ini. Dan mereka tidak suka dengan hilai ketawa budak perempuan sehingga mengganggu ketemteraman mereka.
Aku : saya minta maaf jika kedatangan kami mengganggu kamu semua. Tapi ini adalah malam terakhir kami dan saya mohon jangan ganggu atau apa2kan mereka.( rayu aku sampai nak nangis)
Puteri : janganlah tuan hamba risau. Hamba sudah beritahu mereka supaya tidak lagi mengganggu tuan hamba dan rakan2. (Senyum dia padaku). Kedatangan hamba pada malam ini adalah untuk berjumpa dengan tuan hamba sebelum tuan hamba berangkat pulang. Hamba ingin jelaskan sesuatu pada tuan hamba.
Aku: apa dia?
Puteri : tuan hamba, keturunan tuan hamba bukanlah sebarangan keturunan. Dalam diri tuan hamba telah ada sifat2 tidak takut pada orang2 yang berbuat jahat pada tuan hamba. Ingin hamba pesan, kawallah sifat itu kerana Raja tidak mahu tuan hamba cedera dan disantau orang lagi.
Aku: Raja???
Puteri: iya. Raja. Moyang tuan hamba yang terdahulu. Inilah sebabnya kedatangan hamba ke sini. Tuan hamba juga memiliki sifat cepat marah, kawallah marah tuan hamba setiap masa. Kelak tuan hamba akan didampingi oleh orang2 yang senang dengan tuan hamba. Sebagai pengakhiran perbualan kita, ambillah ini sebagai hadiah dari moyang hamba (dia menghulurkan sesuatu dalam bungkusan kain kuning, dan aku menerimanya). Selamat tinggal Tuan Puteri Ratna Cik Siti Wan **************. (Sambil lambai tangan dan aku pun balas lambaian tersebut tanpa berkata ap2).
Tak lama lepas tu aku rasa kelam. Pengsan mungkin. Sedar2 je dah ada kat bilik sakit. Aku nampak ustaz dan cikgu2 lain sedang berborak kat luar. Tak lama lepas tu muncul cikgu Fad. Dia nampak aku bangun terus dia datang dekat aku terkejut aku ingat dia nak terkam aku ke apa. Dia tanya “Apa jadi semalam?” Aku senyum dan jawab “biarlah saya dan ustaz yang tahu. Susah nak jelaskan sekarang”. Aku nampak muka dia tak puas hati. Ustaz datang dan senyum kat aku. Cikgu Fad keluar. Dan aku pun berborak dengam ustaz. Ustaz keluarkan sesuatu dari poket dia dan tunjukkan kat aku. Bungkusan kuning semalam??? Betul2 ke wujud ni ke aku yang mimpi?? Ustaz serahkan pada aku dan aku sambut. Aku buka balutan tu dengan cermat and jengjengjeng. Dua bentuk gelang emas dan perak yang dipakai orang2 zaman dahulu tu ada dalam tangan aku. Terbuntang mata aku. Nak percaya ke tak itu terserah , but itu yang jadi pada aku. Ustaz bersuara “Tiada yang mustahil dengan kuasa Allah Taala. Apa yang jadi pada awak semalam adalah realiti kehidupan awak. Tiada yang tahu selain saya. Saya jumpa bungkusan tu selepas awak pengsan atas pentas semalam betul2 kat tepi kepala awak” terang ustaz panjang lebar. Aku ternganga. ‘Ya Allah betulkah apa yang berlaku semalam. Aku rasa bagaikan mimpi je’. Tiba2 cikgu Fad datang bawa makanan kat aku. Orang yang duk tengok senyum2 kat aku. Meroyan ke cikgu ni? Garu kepala pulak aku dengan perangai cikgu ni sorang.
Tapi betul kata ustaz, tiada yang mustahil melainkan dengan kuasa Allah Taala. Aku simpan kemas gelang tu sampai sekarang dan mak aku sendiri pun tak percaya gelang tu aku dapat dari puteri tu. Boleh mak aku cakap aku jumpa yang orang dah pakai. Tergelak aku dengar.

Sama ada korang nak percaya atau tidak itu terserah. Nak anggap kisah aku dongen semata2 anggaplah. Setiap orang ada kisah tersendiri. Aku pun macam tak percaya perkara ni jadi dalam hidup, but inilah segala realiti yang aku kongsikan kepada korang semua. Aku harap korang ambil teladan, pergi tempat orang jangan buat macam tempat kita. Selain kita ada lagi penghuni lain.

*lama jugak aku amik masa selepas pulangkan versi sekolah tu dipostkan. Maaf aku kerja hehe orang lain pun kerja kan, mengada je aku minta kaki kan. Hahahaha apa2 pun terima kasih kepada semua yang sudi baca cerita aku yang tak berapa best. Alhamdulillah siap akhirnya. Legaaaa banyakk nauuu.
Bukan nak promote tapi kalau sudi jadilah frenz di fb aku, xspecial mcm dee fen dan yang lain , sekdar brkawan tak salah….

Sekian, assalamualaikum.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

18 thoughts on “Kem: Aku Temui Kebenaran”

Leave a Comment