Hai assalamualaikum. Aku Huda. Terima kasih FS sebab publish cerita aku. Kisah yang aku nak cerita ni berlaku masa aku sem akhir dengan 4 lagi kawan rapat aku, time tu hujung tahun 2013.
Kitorang belajar di sebuah universiti awam yang terletak di Kuala Terengganu, universiti yang bakal ada hospital tak lama lagi. Aku, Norin, Wani, Teha and Syima. Nama pun sem akhir, so kitorang ada last assignment yang nak kena submit. Assignment tu kena create video yang related dengan subjek dan terpaksa bergabung dengan group junior sebab nak cover banyak. So kitorang decide, junior buat report, kitorang create video.
3 hari sebelum hari presentation, kitorang semua bertungkus lumus siapkan video, dengan masing masing kena involve berlakon, so time tu semua tengah seronok bergelak ketawa la kan. Memang gelak tak ingat dunia punya, seronok sangat nak menyiapkan video. Sehari sebelum hari presentation, waktu tu petang. Aku lepak dekat bilik Norin & Syima untuk buat last edit. Disebabkan konsep video kitorang ni konsep ‘trolling’ atau lebih senang cakap, konsep ‘menganjing’, so dari siang membawak ke Maghrib kerja kitorang asyik bergelak ketawa je tengok video sendiri.
Lepas Maghrib, kitorang pakat jumpa group junior sebab nak tengok progress report yang diorang buat. Kitorang berkumpul dekat foyer asrama sebab situ ada meja panjang dan banyak plug untuk pasang laptop masing masing. Masalah timbul bila report diorang buat tak tally dengan video kitorang (ni la padahnya buat kerja asing asing, acah acah senior sangat). Then kitorang ambil inisiatif, kitorang sendiri yang repair balik report tu. Nak tak nak kena siapkan malam tu jugak, sebab presentation esok pagi pukul 8.
Edit punya edit, yang lain ada yang dok tengok video kitorang ulang ulang, jam dah pukul 1 pagi. So adik adik junior ni chow awal sebab esok kelas pagi. Tinggal la aku berlima, tambah dengan lagi 3 orang groupmate kitorang ; Ikin, Izie dengan Nadia. Time tu pun area foyer dah lengang. Disebabkan foyer ni opposite dengan kafe, so bila kitorang tengok kafe still meriah lagi, kitorang pun sambung la siapkan report dekat situ jugak. Sebab bilik kecik, nanti nak berhimpit 8 orang jadi tak selesa.
Pukul 2 lebih macam tu, Ikin Izie dengan Nadia balik bilik masing masing. Lagipun bilik diorang dekat hujung kawasan U, so memang creepy la kalau nak balik lewat. Tinggal la kitorang berlima menempel lagi dekat foyer siapkan report. Dengan angin sejuk malam tu, aku ada cakap dekat diorang, patutnya tadi bawak tilam dengan bantal sekali, saja la nak melawak time tu.
Report kitorang akhirnya siap pukul 3.30 pagi macam tu. Wani dengan Teha ni sama blok asrama, berdepan dengan blok Norin & Syima. Aku je yang tercampak jauh blok lain, so aku tumpang tidur bilik Norin & Syima. Pukul 3.30 pagi weh, bayangkan lah suasana dia macam mana. Sunyi sepi. Kafe pun dah gelap. Nak menapak dari foyer ke blok asrama pun makan masa 7-8 minit macam tu.
Masa tengah berlenggang balik ke blok masing masing pun kitorang sempat lagi gelak mengilai ngilai. Tiba tiba aku macam nampak ada perempuan tengah duduk bersila dekat tengah tengah jalan antara blok 4 orang kawan aku ni. Aku tak fikir apa apa aku teruslah cakap dengan diorang, “Weh awek tu buat apa duduk tengah tengah jalan tu?”.
Time ni baru diorang nampak. Masing masing senyap sekejap. Aku baru perasaan aku buat silap pergi tegur benda tu. So kitorang berlima terus cepat cepat jalan naik ke blok Wani & Teha. Kitorang hantar Wani sampai bilik, time ni masing masing dah tanya apa benda dekat bawah tu. Aduh dah la nak balik blok ni, time time ni jugak la dia nak muncul. Cuak jangan cakap la, berpeluh masing masing. Kepala otak pun dah tak boleh berfungsi nak fikir macam mana nak balik bilik.
Lepas tu kitorang hantar Teha dekat bilik, Teha offer aku, Norin & Syima tidur je dekat bilik dia tapi kitorang tolak sebab barang semua dekat bilik, takut esok pagi kelam kabut nak siap pergi presentation. So nak tak nak kena la lalu juga dekat jalan yang ‘perempuan’ tu duduk untuk sampai ke bilik. Aku cuak, so aku fikir baik tidur je bilik Teha. Tapi kesian pulak dekat Norin & Syima ni dah terkulat kulat tak tahu nak buat apa. Then kitorang decide, balik bilik, tapi melencong jauh sikit dari tempat ‘perempuan’ tu duduk.
Masa melencong tu kitorang perhati jugak ‘perempuan’ tu ada lagi atau tak. Still ada beb! Kitorang pun jalan laju macam tengah join jogathon, tak ada toleh lagi dekat tempat tu. Sampai bilik terus kunci pintu. Takut dia Tuhan je yang tahu. Kitorang bertiga kemas barang untuk presentation esok dan ready nak tidur. Time tu dalam 4 pagi macam tu la. Tapi rasa macam tak selesa pula tak pergi toilet sebelum tidur. So kitorang bertiga pergi toilet cepat cepat tak toleh kiri kanan lagi, lepas tu tidur bilik terang benderang, takut punya pasal. Lawak pun ada juga time ni.
Esoknya, lepas habis presentation, kitorang 8 orang termasuk Ikin, Izie dan Nadia terus pergi ke kafe. Kitorang berlima cerita dekat diorang apa yang jadi semalam. Rupanya diorang bertiga pun kena kacau juga. Masa diorang nak naik ke bilik, diorang nampak ada orang sidai kain dekat bawah blok, tapi diorang tak tegur la. Terus naik bilik masing masing. Kejadah apa orang sidai kain pukul 2 pagi? Makin meremang la bulu bulu roma bila diorang cerita.
Then Wani ada cakap, lepas kitorang balik ke bilik malam tu, dia pergi intai ‘perempuan’ tu dekat tangga dari tingkat atas blok. Wani cakap tak apa apa dekat situ! Macam mana boleh tak ada sedangkan time kitorang melintas depan ‘perempuan’ tu elok je duduk bersila lagi dekat situ? Apa yang aku nampak la, perempuan tu pakai jubah hitam dan tudung hitam, bersila betul betul dekat tengah jalan antara blok, tapi membelakangkan kitorang. ‘Perempuan’ tu bersila menghadap blok kelas.
Then peristiwa tu berlalu macam tu je. Sampai sekarang kitorang masih tak dapat nak tafsir apa benda yang duduk dekat tengah jalan tu. Bila fikir balik, mungkin ni padahnya sebab kitorang seronok sangat bergelak ketawa dari siang menyiapkan video. Nasib kitorang still baik lagi sebab video kitorang buat tu dapat highest mark. Dan nasib baik juga tak ada yang kena ganggu lepas peristiwa tu. Oh ye, kitorang baru teringat, kitorang ada shoot scene dekat kawasan ‘perempuan’ tu duduk. Scary.
So pengajaran dia dekat sini, seronok biar berpada. Terima kasih FS!
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Dekat blok baru ke blok lame?? Sepanjang dduk hostel xpernah lg nmpk mcm tu dlm uni. Dgr bunyi, ketuk2 tu pernahla.
mungkin rezeki kau belum ade kot nak berjumpa depanĀ² macam yang penulis alami. sekadar dpt dgr je. bersyukur laa dpt dgr jee. kalau jumpe mesti kau tak sanggup kan ?
pelik gak tu…nape dye bersila tgh jalan..hehe