Kenapa Tak Balik?

Kenapa tak balik?

Assalamualaikum FS. Ini kisah masa aku nak mengakhiri zaman foundation dekat sebuah universiti swasta di Selangor. Pengenalan sikit…

Aku tinggal di asrama. Asrama kami tu ala ala apartment. Satu unit rumah ada 3 bilik. Satu bilik ada 2 orang. Boleh dikatakan setiap hujung minggu, housemate aku yang lain memang akan balik kampung. Sorang balik Pahang, sorang balik Selangor, sorang balik KL, sorang balik Kedah, dan sorang lagi balik Kelantan. Aku pulak jenis lone renjer jarang balik jadi memang setiap hujung minggu aku duduk sorang diri kat asrama tu.

Sepanjang setengah tahun aku berkeadaan macam tu setiap hujung minggu, tak pernah lagi berlaku kejadian kejadian bikin ketar lutut. Selama ni memang banyak jugak cerita cerita tak best dari kawan kawan lain. Tapi aku dengar dengar gitu je la. Manusia kan, tak kena kat batang hidung, mana nak kisah. Dah kena baru ada akai. Hujung minggu di hujung bulan Ogos 2012, kebetulan ada dua orang housemate aku tak balik kampung. Si Pahang dengan Selangor. Roomate aku si Kedah dah selamat sampai Kedah dari hari Khamis lagi.

Malam tu hujan lebat disandingi guruh berdentum dentam sana sini. Rumah kami ni tingkat 4 jadi memang terasa kuat la guruhnya. Kebetulan katil aku tepi tingkap, lagi menjadi jadi la terasa dentum guruh tu. Si Pahang dengan Selangor satu bilik. Aku pulak sorang sorang dalam bilik aku. Masa tu dah pukul 1 pagi. Tiba tiba aku rasa tak sedap hati. Rasa macam ada kelibat duk mengintai aku dari tingkap. Terdetik hati aku nak pergi tumpang tidur kat bilik si Pahang dengan Selangor. Tengah nak angkut bantal tu, baru teringat tadi aku nampak si Pahang tengah skype dengan boypreng dia, begitu juga halnya dengan si Selangor. Amboi bakunya bahasa aku. Maka terbatal lah niat aku. Aku sambung baring acah acah nak tidur la sebab dah mula cuak.

Tiba tiba baru nak terlelap, aku terdengar bunyi pintu diketuk kuat. Macam bunyi along ketuk pintu rumah mintak hutang. Macam nak roboh gayanya Bammmm! Bammm! gitu lah bunyi dia. Nak masukkan sound effect payah pulak. Aku yang tadi dah memang sedia cuak bertambah tambah cuak nya. Rasa macam nak bukak tapi kebetulan lah aku berani. Cepat cepat aku whatsapp Pahang sebab Pahang ni phone memang kat tangan 24 jam. Tapi malangnya malam ni, Pahang mengabaikan aku. Takpe sis tabah. Aku cuba whatsapp dan call Selangor pulak bagi tahu ada orang ketuk pintu, Selangor pun bolayan aku. Takpe, sis tabah kali kedua. Kalau ketuk biasa biasa aku tenang lagi, ni ketuk macam nak cari gaduh, aku pun cuak.

Tengah duk mencongak congak nak keluar ke tak, tiba tiba aku perasan ada bayang orang lalu depan bilik aku. Sudahh siapa pulak ni. Nak bagi sedap hati, aku pun fikir Selangor atau Pahang kot. Slow slow pintu aku diketuk. Gaya ketuk kemain pelan. Macam ada irama. Aku dah rasa tak sedap. Ni bukan Pahang atau Selangor ni. Aku berdiri dekat dengan pintu konon nak buka. Tiba tiba… “tak tidur lagi ke tuu, nak teman boleh? Hihihihihi”. Ah sudah berterabur ayat kursi aku. Bukan setakat ayat kursi dengan surah surah je aku baca, rasanya rukun negara pun dah terkeluar sekali. Punya takut.

Aku dah memang kayu habis. Keadaan bertukar jadi senyap. Cuma guruh je sekali sekala berdentum. Tiba tiba pranggg!! prangg!! bunyi pinggan mangkuk kat dapur kami pecah. Aishh makcik ni main pecah pecah pinggan pulak. Masa ni aku tak sedar yang rupanya belakang aku tingkap dah terbuka. Ya! Terbuka anak anak, dan benda tu dah menjengah di belakang. Aku rasa macam ada kain duk lalu baekk punya kat tengkuk aku. Dalam keadaan nak terkencing, tiba tiba lagi sekali.. “tengok apa tu? dah kat belakang ni dah”. Terus gelap dunia aku.

Esok paginya aku dengar suara Pahang terjerit jerit ketuk pintu aku. Aku bukak dengan niat nak marah Pahang sebab tak layan whatsapp aku yang tengah ketakutan. Aku rasa nak menangis bila Pahang kata dia tak dapat satu habuk pun whatsapp aku. Bila aku tanya Selangor, jawapan yang sama jugak dia bagi. Tapi Selangor ada cakap, dia dapat call aku dan dia angkat. Tapi dia kata takdak bunyi apa. Cuma bunyi hujan je. Jadi Selangor ingat aku terhimpit phone ke apa. Punya la hazab aku kat dalam ketakutan, boleh pulak jembalang tu ganggu siaran line phone aku. Kejamnya.

Pahang bagitau dia ada dengar bunyi pinggan pecah, tapi disebabkan dia dalam golongan kurang berani, dia tak layan. Tidur je. Kami check dapur. Memang ada pinggan dan mangkuk yang pecah, tapi yang buat kami tak habis fikir, pinggan dan mangkuk tu pecah tengah. Berlobang kat tengah tengah. Kesan kaca pecah pun tak ada. Selangor dah hangin sebab tu pinggan mangkuk dia. Tu lah tempat dia rendam megi bila hujung bulan tak ada duit. Kami memang tak dapat nak fikir apa yang jadi malam tu. Bila aku cerita kat Pahang dengan Selangor pasal aku kena tegur malam tu, depa rasa bersalah. Yelah sebab kalau depa respon call dan whatsapp aku, mesti tak jadi macam tu. Asbab je la. Tapi tulah, nak respon apa, dah whatsapp memang tak masuk.

Sejak dari tu, memang aku balik Perak kalau depa balik kampung masing masing. Cukup lah sekali.

Itu je lah cerita dari aku. Maaf kalau tak menggetarkan jiwa dan tak tersusun. Dulu BM cukup makan je masa SPM.
Jzkk

6 thoughts on “Kenapa Tak Balik?”

  1. Hangin punya jembalang. Tebuk mangkuk betul2 kat tengah. memang takleh pakai lagi dah. pandai intercept phone line pulak tuh.

    Reply

Leave a Comment