Assalamualaikum warga FS, sy suka baca cerita2 dkat page ni. Hari2 sy baca. Huhu sy pn berminat nk kongsi cerita. Maaf jika tak seram tp bg sy seram bila situasi ni berlaku pada diri sy sendiri sembunyikan identiti sy ye . Terima kasih admin
Namaku iza (Bkn nama sebenar) kisahnya bila sy menetap disebuah rumah sewa dgn sebuah keluarga yg mempunyai 5org ahli (keluarga pakcik).. sy tinggal dgn diorg bru 8bln sbb tempat kerja saya dkt dengan rumah ni. 2bln lepas sepupu sy meninggal sbb kemalangan. Memang teruk sangat kemalangan tu, motor sepupu termasuk bawah lori dan kakinya hancur. Jenazah sepupu dikebumikan seperti biasa tapi ibunya seolah-olah tidak boleh menerima takdir atas pemergian sepupu. Majlis tahlil telah dilakukan 3hari tapi semenjak pemergian sepupu, macam2 gangguan pelik telah berlaku dirumah tersebut. Antaranya dgr suara org menangis minta tolong dibilik arwah. Dengar pintu terbuka pkul 3pagi (biasanya arwah akn balik ke rumah jam 3pagi selepas melepak) dan macam2 lagi .
Sy dan kakak sepupu sering mengalami perkara2 ganjil tp kami mampu mendiamkan diri sbb xnk bfikiran negatif. Lama2 gangguan tu menjadi semakin kerap n tangisan tu makin kuat seolah2 kesakitan. Makcik sy pula tak berhenti menangis, membatukan diri. kami semua risau dgn keadaan makcik sbb makcik seperti org tidak waras, dia selalu ambil cuka, lilin, mancis, dan limau masuk dlm bilik arwah. Dia tak benarkan sesiapa masuk dalam bilik termasuk suami n ank2 prmpuan nya .Kadang2 dia menangis smbil ketawa sorang-sorang pukul 3pagi. Seolah2 berckap dgn seseorang. Kami jd hairan, dan ingin tahu. Rupa-rupanyanya semua orang yang duduk dlm rumah tu mengalami perkara yg sama seperti sy. Mendengar suara tangisan minta tolong, cuma diorang diamkan diri. Selepas 10hari berlalu, kami tak tahan dgn gangguan tersebut sbb ank bongsu keluarga tersebut yg berumur 6tahun slalu ckp nmpk arwah abg balik berdarah2 minta tolong. Kami syak ada sesuatu yg tak kena dalam rumah ni, dan memang kami syak makcik punca semua keganjilan ni berlaku.
Hari yg ke 11, pakcik nekad memecahkan pintu bilik arwah dan berjumpa dgn makcik. Alangkah terkejutnya kami bila nampak serpihan daging yang diletakkan dalam sebuah balang berisi air seolah2 diawet. Balang tersebut dikelilingi dgn nyalaan lilin. Dalam balang tu pulak siap ada gambar arwah. Patutlah arwah tak tenang sbb masih ada serpihan jasadnya yg belum dikebumikan dan ibunya pula masih tidak meredhai pemergian nya . Makcik mengamuk terjerit2 bila persembunyiannya dicerobohi , dia mengancam dirinya dgn mengelar tangan menggunakan gunting yg memang tersedia di bilik. Demi menyelamatkan makcik dan ahli yg lain, pakcik mengambil keputusan untuk menelefon hospital sakit jiwa. Hampir 2jam pihak hospital cuba tenangkan makcik . Akhir sekali makcik ditangkap dan terus dibawa ke hospital. Pakcik terus membawa serpihan daging arwah dan serahkan kepada imam masjid untuk diuruskan. Sebelum malam menjelang, segala urusan selesai . Serpihan daging arwah dikebumikan dan tahlil diadakan semula untuk menghormati pemergian roh arwah dari dalam rumah.
Hari yg ke 12, alhamdulillah semuanya menjadi tenang dan tiada gangguan. Makcik pula masih ditempatkan di hospital bahagia. Semoga semua ni dapat menjadi iktibar untuk kita, yg pergi biarkan pergi. Kita yg hidup mesti teruskan kehidupan.. sekian. Terima kasih sudi membaca.
::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
terkejut jugak la ending dia…sampai macam tu sekali… sedihnye…
Seram ade,sedih pn ade..
masa mula bagitahu pasal limau tu, dah agak dah…ni mesti makcik dia nak panggil roh.
pernah la dengar , orang kata, ada yang ambil kesempatan perah limau kat tempat kemalangan,. ada yang buat macam tu sebab nak panggil roh semata2 nak mintak no. ekor la…dan ada yang kes macam ni lah.
pernah dengar gak dulu orang cerita perah limau dekat darah ade ade dekat kawasan kemalangan..
sampai mcm tu sekali mak cik dye
MAK CIK NI… HMM KESIAN ANK DIA
kesian mak cik ko..
Subhanallah nauzubillah..kesian jasad arwah diperlakukan begitu gara2 si ibu tidak dapat menerima ktentuan qada’ & qadar allah..ibu mana yg x sayangkan anak…sedih & seram…semoga allah ditempatkan bersama2 org2 yg soleh & ibunya agar cepat sembuh..amin
Subhanallah nauzubillah..kesian jasad arwah diperlakukan begitu gara2 si ibu tidak dapat menerima ktentuan qada’ & qadar allah..ibu mana yg x sayangkan anak…sedih & seram…semoga arwah ditempatkan bersama2 org2 yg soleh & ibunya agar cepat sembuh..amin
“Pembetulan typo “arwah instead of “allah” diatas”
Ya allah kesiannya…..