Kerabat Sultan Jawa Yang Diduga

Assalamualaikum. Sebelum aku mulakan kisah yang baru berlaku beberapa hari lepas, aku minta kalian doakan arwah ibu kami (kakak kepada emak), Sue Zahrin binti Ahmad Biary yang aku panggil sebagai Mak Ija di dalam cerpen aku yang lepas. Hadiahkan fatihah untuknya yang baru meninggal dunia 40 hari selepas pemergian nenda kami.

Aku dihubungi seorang wanita yang berusia 40an beberapa minggu lepas, namun hanya dapat aku usahakan beberapa hari lepas. Aku bahasakan beliau sebagai Kak Ann. Oh ya, aku buat dua bahagian untuk kisah ini sebab panjang sikit.

Hari yang dinantikan pun tiba. Aku menunggu di rumah arwah Mama(nenek) dan arwah Mak Ija. Rumah itu sekarang dijaga oleh Miq. Semenjak perginya Mama, Mak Ija sempat berpesan yang beliau akan pindah rumah baru dan rumah yang sekarang diamanahkan kepada aku untuk menjaganya. Rupa-rupanya, Mak Ija betul-betul ‘pindah’, dan tak kembali. Innalillah.

Malam tersebut, aku dan Miq menunggu jam 8.30 malam. Kak Ann datang sebelum pukul 9 malam bersama suaminya, Abg Ris.

“Assalamualaikum..”

“Waalaikumsalam.” Jawab Miq.

Aku baru selesai menunaikan hajat lantas ke ruang tamu dan bersalaman dengan Abg Ris.

Aku memulakan sesi soal jawab.

“Kak, akak sakit apa oh?”

“Akak sakit badan semenjak balik travelling dari Sibu dengan abang. Sebulan lebih dah.”

“Selain tu kak?”

“Akak dapat rasa ade benda menjenguk di tingkap bilik tapi dia tak boleh masuk rumah.”

Aku merasakan akak ni bukan biasa-biasa orangnya.

Kak Ann dan suaminya bukan berasal dari Sarawak. Mereka berasal dari Semenanjung namun memahami dan boleh bertutur sedikit bahasa Melayu Sarawak dek kerana bertahun sudah disini.

“Baik kak. Yang penting akak ikhlas nak berubat supaya mudah akak beribadat dan bergaul dengan masyarakat. Dan usaha maafkan apa yang telah berlaku ye kak?”

Kak Ann mengangguk. Aku menyuruh beliau duduk bersandar sofa diruang tamu. Abang Ris duduk disebelah menemani isterinya.

“Baik kak, pejam mata..tenang..zikir Ya Latif didalam hati..jangan putus zikir..”

Kak Ann mengangguk. Suaminya hanya mendiamkan diri melihat proses kami.

Aku mengajak Kak Ann berdoa di dalam hati seketika agar meminta kepada Allah dipermudahkan segala urusan rawatan dan diiringi syahadah dan selawat ke atas Baginda Nabi.

“Kak, bawa diri akak ke rumah akak sekarang..di depan rumah ye kak?”

Keadaan tenang. Miq duduk dibelakang aku dengan tugas kebiasaannya iaitu ‘memantau’.

“Dah kak?”

Kak Ann mengangguk. Aku lantas mengarahkan Kak Ann menyeru mereka yang berhajat.

“Mereka yang berhajat, hadir!” Tegas aku.

Kak Ann mengikuti apa yang aku lafazkan didalam hati.

“Ada sik kak?”
( Ada tak kak?)

“Ade! Pompuan!”

“Baik..nice kak..akak rantaikan dulu dia kak..rantai yang panas.”

Kak Ann mengangguk.

“Akak kenal? Laki ke pompuan?”

“Kenal! Pompuan.”

“Baik..akak tanya apa hajat dia..”

“Oi! Ape kau nak?” Jerit Kak Ann. Kami terkejut dengan jeritan Kak Ann.

“Ape lagi. Aku nak kau sakit! Aku benci kau!” Sambung Kak Ann. Aku pelik. Kerana Kak Ann menjawab sendiri soalan yang dia sendiri lontarkan.

“Kak..tenang ye.” Aku cuba mengawal keadaan.

“Asyik-asyik nama kau je di mulut Datin. Takde orang lain ke? Aku nak kau rasa sakitnya!” Jerit Kak Ann.

Aku sudah faham. Pada mulanya memang Kak Ann yang menanyakan secara lisan. Dan sekarang, Kak Ann sudah ‘hilang’ dan dikawal oleh mereka yang berhajat.

“Siapa kau?” Tanyaku perlahan. Aku memulakan perbualan.

“Aku benci dia! Asyik-asyik dia je di mulut Datin! Dah takde orang lain ke?”

Aku diam mendengar penjelasan yang berhajat.

“Semua majlis nama kau je yang disebut Datin..semua benda kau buat ye..apa yang best sangat kau ni!”

“Baik! Rantai yang panas..ikat!” Tegasku.

“Ahhhh…sakitttt.. tolong..huhuh..sakiittt..tolong akuu..”

Menangis orang yang merasuki Kak Ann. Kak Ann umpama diikat badannya. Kelihatan Kak Ann cuba melepaskan diri dari ikatan yang menyakiti dirinya sambil menangis memujuk rayu agar dilepaskan.

“Siapa kau?” Aku kembali menanya.

“Aku sakit hati kat dia..huhu..Datin sayang sangat kat dia..sebab tu aku buat dia macamni..tolongg..sakit..lepaskan aku. Huhuhu.”

“Apa yang kau buat kat dia? Bomoh mane kau pakai?”

“Sakitt..kawan akuuu.. Iban.”

“Panggil kawan kau..hadir!”

‘Ahhh..sakitt..tolong aku…huhu”

Kali ini loghat yang merasuki Kak Ann berubah ke loghat Iban. Namun ketika ini, aku masih tidak perasan yang di dalam badan Kak Ann sudahpun bertukar.

“Cakap! Ilmu apa?”

“Aku makei baby..saknya sakit..”
(Aku pakai baby..supaya dia sakit)

“Ambik! Engkah depan aku!” Aku mengarahkan dia meletakkan bayi tersebut didepan aku.

Dia seolah-olah mencari bayi dan meletakkan bayi tersebut didepan aku.

“Sine kau dapat baby tok?”
(Mana kau dapat baby ni?)

“Di pokok..dalam utan..huhh..sakit.”

“Baby Iban juak ka?”

Bomoh mengangguk sambil airmatanya mengalir kesakitan.

Aku memandang dengan hati. Jelas pokok yang besar dan berakar tua. Kelihatan bayi itu asalnya dari perkuburan berdekatan pokok. Kasihan bayi tersebut.

Kesakitan dan ketakutan semakin hebat dapat dilihat dari tangisan yang semakin galak dari bomoh Iban yang merasuki Kak Ann. Kali ini jelas loghat Iban keluar dari mulut Kak Ann.

“Lagik? Selain ya?”
(Lagi? Selain tu?)

“Makey baby jak waii.”
(Pakai baby je tuan.)

“Jangan bulak..ada lain?”
(Jangan menipu..ade lain?)

“Makanan waiii..dalam makanannya. Huhu”

“Keluarkan semua dalam badan!”

Kak Ann mulai muntah. Aku mengarahkan Miq mendapatkan plastik untuk Kak Ann.

Miq meletakkan plastik didepan Kak Ann. Kak Ann muntah untuk beberapa minit.

“Nampak apa Miq?” Aku menyuruh Miq melihat ke dalam muntah Kak Ann.

“Uishh. Banyak bang..tulang..rambut.. macam-macam ditangga kamek dalam ya..”
(Uishh. Banyak bang..tulang..rambut.. macam-macam dilihat saya dalam tu..”

“Hitam colour nak?”

“Aok..macam lendir itam.”
(Ya..macam lendir hitam.)

Aku merasakan itu minyak.

“Minyak ka? Ne minyak?” Aku menanyakan bomoh tersebut dimana minyak.

Rupanya, minyak tersebut diletakkan didalam makanan. Minyak dari bayi tersebut Tulang-tulang haiwan entah juga dipakai.

“Kamek nampak patung bang.” Bisik Miq.

“Ada patung?” Tanyaku.

“Sikda waii..ya jak.”
(Takde tuan..ni je. )

“Betul? Terit ikatan ya!”
(Betul? Ketat ikatan tu!)

“Ahhhh! Sikda waii..benar…sikda gikk..”
(Ahhhh! Takde tuan..betul..takde..)

‘Patung? Hm.’ Sempat aku diam dan memikirkan patung tersebut.

“Okay! Kau bulak,siap! Kinektok, kau tangga baby tok.”
(Okay! Kau tipu, siap! Sekarang, kau lihat baby ni.”

Tangan aku menunjuk bayi yang didepan aku.

Kak Ann ketakutan. Menggigil teruk.

“Bersih. Kosong. Ilmu kat baby tok sikda gik..nya kembali ke tempat asalnya jadi mayat baby beysa.”
(Bersih. Kosong. Ilmu kat baby ni takde lagi dah..dia kembali ke tempat asalnya menjadi mayat baby biasa.)

Wajah si bomoh terbeliak dan ketakutan.

“Kau sikda ilmu lagik! Kosong. Sikda niat dan nafsu ngaco orang!”
(Kau takde ilmu lagi! Kosong. Takde niat dan nafsu untuk sakitkan orang!)

Aku mengarah semua yang ada dari kaki naik ke ubun-ubun.

“Keluar!”

Sejurus itu, Kak Ann tersandar. Tiada lagi yang berhajat.

“Kak Ann, Assalamualaikum.”

Kak Ann tidak menjawab. Beberapa saat selepas itu, Kak Ann kembali menegak duduknya.

“Assalamualaikum anak muda.” Tangannya disatukan seperti orang yang bernasyid.

“Waalaikumsalam.”

“Pertama sekali, nenek nak ucap terima kasih kepada anak muda sebab bantu cucu nenek.”

Tutur katanya lembut. Nampak yang di dalam badan Kak Ann sekarang orangnya beradab.

“Sama-sama nek. Nenek ni sapa ye?” Tanyaku. Miq sekarang duduk di kanan aku.

“Nenek tak boleh bagitau siapa nama nenek atas perjanjian yang pernah dibuat dengan keluarga nenek. Cuma, nenek dapat bagitau yang nenek selalu tengok-tengokkan cucu nenek ni dari jauh.” Tersenyum manis Kak Ann sepanjang perbualan. Tak lokek dengan senyuman nenek ini.

“Baik nek. Nek, maaf. Nek bangsa apa? Jin?”

“Bunian.” Masih dengan senyuman dan tangan yang seperti orang bernasyid.

“Dari belah mana ni nek? Mak ke ayah?”

“Emak. Belah bapaknya lain. Mereka kerabat dari Jawa.”

“Oo baik nek. ”

“Maaf anak muda, nenek nak nasihatkan supaya cucu nenek sentiasa menjaga solat, baca quran. Jaga dirinya dengan mendekati Allah.”

Aku mengangguk. Sempat aku berbisik dengan Miq.

“Bagus rupa gayanya nak Miq?”
(Baik rupa cara dia ni kan Miq?)

“Cantik bang nenek ya. Pakei baju kebesaran.” Bisik Miq kepadaku.

Nenek tersebut menoleh ke kiri, ke arah abang Ris.

“Ris, suaminya. Jaga cucu nenek, jaga solat juga ya? Jangan seksa cucu nenek dengan tidak solat. Solat supaya cucu nenek tak terseksa.”

Abang Ris mengangguk tanda faham.

“Baik nek, saya mintak nenek untuk tak merasuk cucu nenek lagi ye? Ini kali terakhir ye nek?”

“Ini kali pertama dan terakhir,anak muda. Selalunya hanya dari jauh nenek melihat. Insyaallah, terima kasih anak muda.” Senyum dan hilang.

Kak Ann tersandar kembali.

Aku memulihkan semangat Kak Ann. Aku memberi salam lantas dijawabnya. Alhamdulillah. Kak Ann kembali.

Rupanya, Kak Ann memang ada keturunan dari kedua belah ibu dan ayahnya. Menurut Kak Ann, nenek bunian tersebut selalu menjelma dari jauh dalam beberapa saat. Memang dari sebelah ibunya. Pernah wujud dari sebelah ibunya menikahi bunian dan lahirlah keturunan Kak Ann.

Manakala, ayahnya berketurunan Syeikh Daud Fathoni, Tok Kenali dan Sultan Jawa. Benarlah tekaan aku ketika mana Kak Ann mengatakan dia diintip makhluk luar rumah namun makhluk tersebut tidak mampu masuk ke dalam rumah.

Alhamdulillah. Selesai. Namun, entah, esoknya aku tergerak hati untuk menjemput Kak Ann ke rumah.

Insyaallah aku sambung untuk sesi kedua Kak Ann.

Salam dan selawat!

1 thought on “Kerabat Sultan Jawa Yang Diduga”

Leave a Comment