Kerana Melissa

Assalamualaikum buat peminat-peminat FS dan admin-admin FS. Hari ni, aku nak kongsikan kisah yang menjadi bualan di kampong aku. Kisah ni diceritakan oleh nenek aku sendiri walaupun aku sendiri ragu-ragu dengan kebenaran cerita ni. Untuk korang yang meminati seram and beli komik seram, kisah ni ada diceritakan semula di dalam komik tersebut dan di tambah dengan baik.

Kisahnya bermula di sebuah kampung pada zaman dahulu, seorang gadis bernama Melissa yang mempunyai kecantikan luar biasa yang mampu menarik perhatian seluruh warga kampung dengan kehalusan kulitnya yang gebu dan rambutnya yang berkilat kehitaman. Melissa hanya seorang gadis desa yang biasa tetapi hanya pada waktu siang. Pada waktu malam, Melissa merupakan kupu-kupu malam yang meniagakan tubuh badannya pada penduduk kampung.

Melissa sangat disayangi oleh peminat-peminatnya hingga pada suatu hari Melissa melakukan kesilapan yang besar. Munir merupakan pembuat boneka boneka mistik yang mampu membantu pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak mendapat zuriat. Munir sangat mencintai Melissa tetapi cinta Munir hanya bertepuk sebelah tangan sahaja dan pada satu malam. Munir telah dibunuh oleh peminat-peminat Melissa dan ditanam di sebuah sawah.

Pada suatu hari, datangnya Azman seorang lelaki dari Pekan berpindah ke kampung tersebut. Azman merupakan seorang tauke balak dan semestinya kaya-raya dan ketika sedang berjalan melihat kampung. Azman melihat Melissa di sawah dan jatuh cinta dengan kecantikan Melissa yang luar biasa itu. Azman menyatakan hasratnya untuk menjadikan Melissa sebagai isterinya kepada ibu dan ayah Melissa, mereka menerima pinangan Azman.

Berlangsunglah majlis perkahwinan Azman dan Melissa yang mengecewakan peminat-peminat Melissa. Azman dan Melissa hidup bahagia tetapi selepas 3 tahun mereka tidak mendapat zuriat, Azman menceritakan hal ini kepada Abu pekerjanya. Abu membawa Azman berjumpa dengan Marwan yang merupakan adik kepada Munir. Marwan membuat sebuah boneka tetapi boneka ini khas untuk kehancuran rumah tangga Azman.

Kisah boneka ini sememangnya luar biasa, mereka yang tidak membuat zuriat boleh mendapat zuriat tetapi harus ditanam terus setelah anak itu lahir. Azman dengan gembiranya membawa boneka itu kepada Melissa. Melissa menyukai boneka tersebut dan menyayangi boneka tersebut seperti anaknya. Tiba lah masa Melissa untuk mengandung, Azman berasa amat gembira tetapi tidak Melissa kerana dia takut kehilangan boneka tersebut, Melissa berjumpa dengan pembuat boneka di kampung sebelah untuk membuat tiruan boneka tersebut.

Selepas 9 bulan Melissa mengandung dan tiba masa untuk melahirkan anak. Azman mendapat anak lelaki yang comel dan sihat. Azman dengan cepat-cepat menanam boneka tersebut di belakang rumah mereka tetapi Azman tidak tahu yang ditanamnya itu palsu. Kehidupan Azman dan Melissa berjalan seperti biasa dan bahagia tiba lah suatu hari Azman mendengar suara anaknya menangis dan dia melihat Melissa membiarkan anaknya menangis dan bermain dengan boneka tersebut. Azman menjadi berang dan mengheret keluar boneka tersebut dan pelbagai soalan bermain di fikiran Azman.

Azman menjadi pelik, kenapa Melissa terlalu menyayangi boneka tersebut. Apabila Azman kembali ke rumahnya. Dia mendapati Melissa melarikan diri bersama anaknya, Azman menjadi sedih dan rindu akan anaknya itu. Kehidupan Azman hancur, dan Azman jatuh sakit dan tidak mampu untuk meneruskan kerjanya. Abu pekerja Azman, datang melawatnya. Terkejut Abu melihat keadaan Azman yang dulunya kacak dan tampan kini kelihatan seperti orang gila. Azman menceritakan kejadian tersebut kepada Abu, Abu berjanji akan membantu Azman mencari Melissa dan anaknya.

Abu memberitahu Azman bahawa dia terhidu akan bau yang sangat busuk dari belakang rumah Azman dan ingin melihatnya. Azman menggali lubang tersebut dan terkejutnya Azman, apa yang ditanam malam itu bukanlah boneka tetapi anaknya sendiri, anak kesayangannya. Azman meraung kesedihan. Abu tidak mampu berkata apa-apa dan cuba menenagkan Azman yang sudah meracau seperti orang gila. Abu tertanya kenapa Melissa begitu sayangkan boneka tersebut.

*Kalau ada yang suka, aku akan sambung lagi
#AmriStory

19 thoughts on “Kerana Melissa”

Leave a Comment