Kerana Pendinding Terbuka Hijab Aku

Assalamualaikum semua pd pembaca FS.. Aku Nur.. 25tahun..Aku sebenarnya banyak nak share cerita seram yang aku alaminya sendiri.. Takpe aku share satu2 dlu ye.. Sebelum tu tq pd admin yg approve cerita den ni haa.. Hide kan aku punya nama k..

Ok.. Ni masa aku umur 18tahun.. Masa tu zaman lpasan spm tahun 2009.. Zmn sms tu masih valid la kan.. Hehe.. Ok aku ada kenal dengan seorang mamat ni.. Aku ni tak lah baik sngat.. Mamat tu ngaku dia ahli pekida.. Sory la abg2 pekida kat lua sana.. Bukan cuba untuk aku buruk2 kan nama pekida.. Pernah dia ckp kat aku yang tugas dia lindungi wanita.. Mcm tu lebih kurg la.. Aku pun percaya la.. Lama2 tu aku rasa tak sedap.. Sebab dia makin lama makin baran dgn aku..

Nak di jadikan cerita. Satu hari tu dia bagi aku benda.. Berbalut dengan kain merah.. Dia cakap simpan buat pendinding.. Bodoh jugak aku masa tu percaya bulat2 kat dia.. Aku tak pikir panjang.. Sejak aku simpan tu macam2 jadi kat aku.. Sampai la aku pengsan kat luar rumah.. Mak aku dah call pakcik2 aku suruh dtg tgkkan aku.. Mak aku cakap.. Masa tu bukan aku.. Muka pucat.. Asyik menangis.. Gelak.. Selang seli..

Apa tah pakcik aku buat sampai aku ok.. Besok tu aku di bawa ke satu rumah .. Tempat org berubat… Masa tu aku sendiri rasa seram sejuk.. Rasa nak lari je dari situ tanpa sebab.. Aku rasa marah.. Aku masih aku masa tu.. Tapi aku tak boleh kawal diri aku sendiri.. Macam diri aku dgn “pendinding” mamat tu dah sebati dalam diri aku.. Masa org2 kat situ nak mengubat kan aku.. Aku menangis… Sepanjang tu aku menangis.. Gelak.. Marah.. Benda dlm tubuh tu ckp “dia milik aku.! Dia milik aku!! Aku dah tunang dgn dia..”… Lama gak la org2 kat situ bertarung nak kluarkan benda tu dri aku..

Tapi lepas tu memanglah.. Terasa la sangat bdn aku rasa letih seletihnya.. Sejak tu hijab aku terbuka.. Sejak tu jugak.. Aku blh rasa mcm2.. Besar jugak kesan yg dia tinggalkan…

Tu je dri aku.. Sory la klu tak seram.. Ni baru 1.. Heheh

::Hantar kisah anda di fiksyenshasha.com/submit

4 thoughts on “Kerana Pendinding Terbuka Hijab Aku”

Leave a Comment