Salam. Aku Didi. Perempuan. Umur dah lewat 30-an. Hari tu ada cuba send satu cerita kat sini, tapi admin tak publish. Tak best kot. Tak apalah, tak kecil hati pun. Masih junior dalam bidang penulisan. Bertatih-tatih bak kata orang.
Cerita aku kali ini masih lagi tentang pengalaman yang berlaku masa aku dah bekerja. Tapi waktu ni aku dah pindah tempat baru. Tempat baru, kawan pun baru. Masa masuk sini, terus aku klik dengan seorang perempuan ni. Kiranya terus jadi best friend aku. Nama dia A. Comel, badan rendah bulat-bulat sikit. Muka innocent je tapi mulut dia boleh tahan la jugak. Tak berapa pandai tapis. Aku memang suka jenis straight to the point ni, mungkin sebab tu kitorang cepat rapat. Tapi kadang-kadang rasa nak balut muka dia dengan kain jugak time dia melaser orang.
A ni sebenarnya sangat baik hati. Pernah aku dapat tahu dia support satu keluarga miskin ni dalam RM600 sebulan (tiap-tiap bulan) sebab kesian. Bab duit dia tak pernah kisah. Suka bersedekah. Tapi mulutnya memang tak pandai jaga. Mungkin sebab itulah ramai yang sentap dengan minah ni. Secara tak langsung aku pun kena tempias.
Nak jadikan cerita, satu hari ni kitorang jalan-jalan kat X Mall (tak yahlah aku bagitahu kat mana. Tempat ni famous jugak dengan cerita kakak terbang dalam panggung wayang). Aku sebenarnya sensitive dengan benda-benda mistik ni, cuma kayu sikit. Macam aku pernah cakap, aku tak faham sangat soal hijab ke, bercakap dengan jin ke… Aku cuma tahu kadang-kadang aku boleh nampak lembaga atau kelibat secara fizikal, dalam mimpi ataupun selalunya dalam kepala aku. Yang convince aku benda tu ada ialah orang yang pandai soal ni akan describe benda yang sama aku nampak. Gitulah yang selalu berlaku.
Balik pada kejadian yang berlaku dengan si A. Minggu tu dia moody gila. Aku terperasan lain macam punya mood swing dia. Nak katakan datang bulan, tarikh dia sama je dengan aku. Aku yakin ada something tak kena dengan minah ni. Aku perhatikan dulu. Iyelah, mungkin perasaan aku aje. Sampailah hari kitorang keluar jalan-jalan kat mall tu.
We all pergi tengok wayang. Cerita apa tak ingatlah pulak. Mungkin pasal aku asyik toleh belakang dan keliling panggung yang gelap dan tak ramai penonton waktu tu. Aku asyik rasa ada something kat keliling kita orang. So, tak boleh fokus dengan movie. Masalahnya tak nampak pulak masa tu. Macam-macam main dalam kepala aku. Kakak terbang lah, candy man lah… maklumlah masa tu glamer pasal hantu dalam lif dan kakak terbang dalam panggung kat mall tu.
Tak ada apa-apa.
So aku anggap semua tu perasaan aku aje. Tapi bila kitorang duduk makan dan dia mula bercakap-cakap dengan penuh emosinya pasal orang-orang kat opis yang banyak buat taik kat kitorang, aku try jugak slow talk dengan dia.
‘Weh, A. Kau okay ke tak? Emo semacam je lately. Ada masalah dengan boipren ke?’
Oh, dia memang ramai boipren. Maksud aku, lepas satu, satu. Jenis yang setia, tapi tak boleh commit. Bila orang respond baik je, dia terus tak nak. Tah jenis apa tah. Lantaklah dia. (Tak molek ye buat gini kat orang. Jangan tiru)
Dia pandang aku heran-heran.
‘Taklah. Aku ok je ngan E.’
‘Tapi emonya satu macam je. Rileksla. Jangan terbawak-bawak hal kerja je all the time. Muak aku dengar pasal si P dengan T aje dari tadi. Cakap pasal benda lain la, oi.’
Dia buat muka dan lepas tu tukar tajuk. Nampak tak puas hati dengan aku. Tapi apa gunanya kawan, kan? Nak buat tegur-tegur masa over ginilah.
Satu benda pasal kitorang, memang tak ada hard feeling bila masuk bab ni. Kalau bertekak pun, abis situ je. Memang jenis tidur satu bantal mimpi pun sama.
‘Weh, ko tak rasa lain macam ke? Aku rasa macam ada benda tak kenalah dengan kau ni.’
Dia buat muka pelik. Memang si A ni stone sikit hal ni. Lagi teruk dari aku. Padahal dulu dia memang ada experience kena santau. Wallahualam. Apa-apa pun kadang-kadang kestonenan dia ni bakar hati jugak. Pandang aku macam aku tumbuh tanduk.
‘Maksud kau gangguan syaitan?’
Dia guna bahasa buku. Aku angguk. Iyelah tu. Walaupun aku tak pernah guna term tu di mana-mana pasal aku ni tak adalah skema.
‘Mengarutlah kau ni.’
Amboi. Salap muka aku mengarut. Dia yang bercakap macam la si P dengan si T tadi dah pancitkan kereta dia, aku yang dikatakan mengarut.
‘Tak adalah. Aku rasa kau ni lain macam je lately. Pergilah jumpa ustaz yang soleh-soleh tu mintak khidmat nasihat.’
Dia diam je buat sejenak sebelum pandang aku sambil kacau air dalam gelas plastic depan dia.
‘Mak aku pun cakap benda sama dengan kau. Lagipun, lately dia ada cakap dia mimpi aneh pasal aku.’
Mak si A ni memang kuat sembahyang malam. Maksudnya, orangnya waraklah juga.
‘So?’ aku peluk badan sendiri. ‘Kau rasa?’
‘Entahlah,’ dia sambung minum. ‘Nantilah aku fikir.’
Minah ni memang suka tangguh benda-benda penting (macam ni la) kadang-kadang. Geram je nak pelangkung kepala dia.
‘Ah, elok. Tangguhla. Nanti kalau dah teruk jangan cari aku.’
Aku cakap je. Apa-apa pun aku akan tetap tolong. Sahabat dunia akhirat katakan.
Lepas borak-borak kitorang pun jalan balik. Tak ada apa-apa yang pelik berlaku sampailah kat tingkat tiga (parking area). Lepas bayar tiket parking kitorang pun jalan la nak keluar dari mall tu. Pintu automatic mall tu bukak lambat sikit sebab sensor dia dah ke laut. Aku tak perasan apa-apa sampailah pintu mall tu terbukak slow-slow masa kami tunggu.
Hampir luruh jantung aku bila aku nampak dalam pantulan cermin tu ada perempuan tua bongkok berpakaian serba putih berdiri depan si A. Aku tergamam buat seketika dan pandang aje reflection tu sampai si A keluar dan pusing balik untuk tengok aku.
‘Weh, tak nak balik ke?’
Aku cepat-cepat jalan keluar dan mengekor dia ke kereta. Masa ni tuhan je yang tahu perasaan aku. Masuk dalam kereta (masa ni A yang drive), aku biarkan dia drive sampai kitorang keluar dari mall sebelum bukak mulut. Aku yakin perempuan tua tu ada dalam kereta dengan kitorang sebab tengkuk aku meremang semacam, tapi aku kena juga bagitau A apa yang aku nampak.
‘A, kau jangan takut eh, aku nak cakap sikit.’
Dia kerling aku sikit dengan muka berkerut.
‘Cakaplah.’
‘Tadikan, masa nak keluar mall aku nampak something.’
Dia buat muka berminat.
‘Ko nampak hantu X mall ke?’
Aku pusing kepala ke belakang sikit dan rasa sisi muka aku panas. Sah benda tu dok menjengah antara kami.
Lantaklah. Aku tak nampak buat kali ni.
‘Aku nampak nenek tua bongkok pakai serba putih berdiri depan ko. Bila ko jalan, dia jalan. Seram doe.’
Dia terdiam.
‘Kau biar betul, Didi.’
‘Betullah, buat hapa aku nak bohong. Aku nampak tadi,’ aku sedut minuman yang kitorang bawak keluar dari restoran tadi, kaber nervous. ‘Kau pergila jumpa sesapa. Aku rasa kau ada sangkut apa-apa ni.’
Aku nak cakap terkena buatan orang, tapi itu mungkin perasaan aku aje. Jalan selamat aku cakap itu aje dan kunci mulut aku.
Sepanjang jalan balik kitorang senyap je. Menyesal jugak aku cakap kat dia. Dahla dia nak kena drop aku lepas tu nak drive balik sorang-sorang.
‘Kau nak aku temankan balik tak?’ aku tengok jam dekat phone. ‘Aku boleh mintak tolong abang aku pergi amik kat umah ko.’
Si A senyum. Nampak terpaksa, tapi dia geleng.
‘Tak apa lah. Aku ok. Kau kan tau aku ni stone. Kalau betul ada, bukannya aku nampak.’
Bunyi macam sombong aje, tapi itulah kebenarannya. Dia memang tak nampak benda-benda halus macam tu. Aku terperasan hakikat ni lepas beberapa kali kena gangguan waktu outing dengan dia dan minah ni memang tak nampak hapa benda walau benda-benda macam tu dok mencangkung elok tepi kaki dia.
Aku angguk je. Masa tu dua-dua dah rasa seram. Lepas dia hantar aku balik dan babai-babai, cepat aje si A meluncur pulang. Aku pandang aje sambil nekad nak call dia lepas dua puluh minit. Selalunya dia dah sampai rumah waktu tu.
Tepat dua puluh minit, aku call.
‘A, ko dah sampai rumah ke?’
‘A ah. Dah lima minit dah sampai. Aku tengah cakap-cakap dengan mak aku ni.’
‘Gila kau limabelas minit dah sampai. Ko race hape?’
Aku dengar dia gelak sikit.
‘Seram, gila. Aku berdesup aje atas jalan tadi sambil baca apa-apa surah aku ingat. Doa ajelah dengan Allah bagi sampai rumah dengan selamat.’
Apa-apa pun dia dah selamat sampai. So, aku rasa lega. Lepas babai-babai lagi sekali aku letak phone dan tetiba rasa sakit di pangkal peha aku.
Aik, kenapa pulak ni?
Sakit tu melarat sampai malam. Entah macamana, abang aku elok je datang lepas maghrib layan cerita MIB kat TV. Aku keluar bilik terhencot-hencot depan dia nak pergi dapur. Mamat tu pandang je dengan muka berkerut.
‘Kau dah apehal?’
Aku buat mulut moncong.
‘Sakit,’ nada mengada. Biasalah, adik bongsu. ‘Tah balik tadi terus sakit. Abg B tolong tengokkan?’
Abang aku ni ada anugerah Allah sikit bab-bab mistik ni. Tak adalah pandai berubat ke apa, cukuplah untuk kegunaan diri dan keluarga. Tapi loyar buruknya, masyaallah. Kekadang rasa nak sepak pakai kerusi pun ada.
Dia buat-buat bulatkan mata dan tengok aku. Lepas tu gelak.
‘Dah tengok. Nampak ikan paus je.’
Kuang asam. Aku taulah masa tu aku tinggi and chubby sikit.
‘Menyampahlah,’ aku terus merajuk dan jalan cara menderita ke dapur. Buruk tol perangai, dah tua-tua merajuk.
Lepas minum air lebih kurang dan makan sikit-sikit lauk bawah saji aku jalan keluar balik, nak tuju terus ke bilik. Tapi kat ruang tamu aku nampak mak aku lambai-lambai aku sambil duduk tepi abang aku.
‘Meh sini. Abang ko nak cakap benda ni.’
Aku masih sentap pasal dia panggil aku ikan paus, tapi pergi jugak pasal aku nampak abang aku lain macam sikit. Dia masih senyum (dia memang murah senyuman) tapi ekspresi mukanya lain.
‘Tadi masa keluar ada nampak perempuan tua bongkok ye?’
Aku angguk cepat-cepat sambil cuba duduk. Memang sakit.
Abang aku gelak.
‘Dia marah pasal kau bagitau kawan kau suruh berubat. Tu yang dia gigit kau tu.’
Dengan tak malunya aku terus angkat pinggang seluar dan intai pangkal peha aku. Tak nampak pun kesan gigi. Mak aku tepis tangan aku sambil buat muka.
‘Dah besor panjang tarik seluar macam tu. Kang nampak benda kang.’
Aku sengih je. Horror jugak.
‘Kau kan senang sakit kalau benda-benda macam ni ada dekat. Itulah, orang pesan jangan lewat-lewatkan solat. Tadi solat lambat, kan?’
Aku slow-slow angguk.
‘Tak perasan. Jalan-jalan tau-tau je dah lewat.’
Mak aku tepuk lutut aku.
‘Lalai. Itulah!’
Aku gelak-gelak manja. Tak nak bagi mak aku lagi membebel. Dia memang pakar bab ni.
‘Bang B, kenapa dia gigit peha?’
Abang aku sengih.
‘Sebab dia boleh capai situ je. Kan dia bongkok?’
Buat lawak pulak abang aku.
‘Lepas tu? Nak buat apa ni?’
Abang aku gelak lagi sambil tarik rokok keluar dari kotak. Aku pandang aje. Same je ngan jin. Makan asap.
Dia tahu aku ngan family aku memang tak suka orang merokok dalam rumah so abang aku bangun dan keluar. Sampai pintu dia pusing pandang aku.
‘Lepas isyak dok sini. Nanti kita tengok macammana.’
Tak payahlah aku cerita proses yang berlaku selepas isyak tu. Sama je dengan perubatan islam lain. Ayat rukyah dan sebagainya. Kagum jugaklah aku dengan abang aku sekarang walau masa kecik dulu aku yang khatam Quran dulu dari dia.
Esok hari, A macam tak sabar-sabar nak jumpa aku kat tempat parking.
‘Didi! Betullah macam yang kau nampak semalam!’
Aku pandang je minah tu. Muka dia merah je. Eksited sangat. Mesti cakap pasal pompuan tua tu.
‘Ok. Slow-slow. Cer citer.’
Si A terus aje cerita dari time dia balik dan borak dengan mak dia sampailah diorang pergi jumpa seorang Wak kat kampong berdekatan. Macam yang aku nampak, si A ni ada nenek tua hodoh dok ikut dia. Orang yang menghantar tu mahu semua orang tengok A ni macam dah tua dan tak menarik. Lagi satu, dia buat supaya A selalu je hilang pertimbangan dan marah-marah. Kiranya manipulate kelemahan A yang panas baran ini jugalah.
Alhamdulillah, wak tu dapat juga bantu rawat A. Dia rasa lebih tenang tapi redha itu ujian Allah untuk dia dan tetap bersyukur dapat dirawat sebelum bendanya melarat.
Bak kata mat saleh – “It’s impossible to satisfy everybody, but to piss people off is a piece of cake”. Nasihat Didi yang kerdil ini pada A, semua dan diri sendiri ialah jagalah percakapan dan perbuatan. Kadang-kadang apa yang kita cakap tu tak adalah membunuh mana tapi tetap akan buat orang sentap tahap dewa.
Kerana pulut santan binasa…kerana mulut…
A belajar dari kesilapan dia. Kadang-kadang terlepas juga laser dia tapi tak adalah seteruk dulu. Aku tetap rasa masih ada tuju-tuju pada minah ni (tak tahulah puncanya kenapa. Wallahualam). Aku juga ada terkena. Tapi aku tak letak atas bahu A. Mungkin juga aku ada buat salah yang aku tak perasan dan singgung mana-mana pihak.
Sama-samalah kita belajar memaafkan orang sebelum kita masuk tidur. Next Didi akan cuba share cerita pasal hantu tulang ikan duyung yang jadi dekat rumah arwah nenek. Sekian.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa..
mulut aku yg sakit pula tgk gambar tu..
**Setori ini aku tujukan kepada medical setuden.. hahah gurau yoo
Story ni singkong yg buat eh. 9/10 ?
ehh bukan.. aku mana bole tulis setori.. haha
Oh ingtkan peha singkong yang kena gigit tadi. Haha k gurau ?
peha aku masih suci lagi.. hahaha nyamuk je yg stakat ni lepas untuk menggigit.. haha x marahh
aku ke? aku ke? akuu?
~sambil tengok kiri kanan
iya.. kau la.. x de orang lain lgi ni.. hahaha..
taik!
#FazAhmad
Haku tunggu ni dri tahun lepas smbungan(nmpk no kelentong)
Singkong..jngan kata kau pnye mulut..
Perut haku yg kena belah ni terasa ngiluu..kongasam pnye gmboo..
Seriauu omakkk…
Faz br bgtau kat Kawan Aku Psiko 2 berkenaan hal ni…
Gi ar tgk kat sana…
juga buat nenek kebayan.. cu nak tanya ini kerja nenek ke?
mungkin nenek kebayan punya kerja sebab marah dengan atuk kebayan. tergigit peha Didi. haha
setori ok la.. 5/10 kipidap writer
Amboi x ngagak2 berderet2 komen ko jer yer Singkong…
Ko tggu, ko tggu…
Akk nk bace dlu jaaappp…
Heheheheheh…
Best cerita awak! Meiyo suka meiyo suka *? clap clap clap ? *.. Empat bintang ⭐⭐⭐⭐..teruskan menulis!
comel meiyo ni.. macam meimei..
Heh heh heh.. Disebabkan #maira puji meiyo comel, next story meiyo kasi lima bintang ?
next story sape meiyo? maira ke? hahaha next story maira admin x approve.. haha
Oloo.. Nape tak approve.. Takpe, cuba lagi.. Hihi
Cerita okay..
cume pening sikit bila petang-petang ni baca banyak sangat short form. A, abang B, P, T, stone…
HANTU TULANG IKAN DUYUNG???
Uiiissshhhh…
Rate banget tuh…!!
Tu klu admin x publish, mau kang akk jd nenek bongkok tiga dok depan admin…
Hahahahahaha…
Akk pn nk smbg gak peribahasa ko tu dik…
Kerana pulut santan binasa…kerana mulut PEROT KENYANG…
Buurrppp Alhamdulillah…
Akk ni pon kadang2 (sila percaya KADANG2 tu yer) mulut leh tahan berbisa gaaakkk…
Xde ckp byk, cukup sebaris ayat yg menghiris menderitakan…
Riso gaakkk kot ade yg dendam bebukan…
Huhuhuhuuuu…
Nauzubillahuminzalik…
aku walaupun berat hati.. tetap juga la nak percaya kat kak long kawasan.. haha
Gud boy…!!!
Percayalah yg perasaan yakin utk ko percayakan akk tu tak sia2…
Hahahahahha…
Perut kenyang makan apa kak yulie??
Meiyo tadi makan nasi berulam petai cicah sambal belacan *burpppppp*
Perot kenyang makan pulutlah…
Kan ceritanya skang ni psl PULUT…
Ko dh jangkit Nenek Kebayan ekk???
Cerita best cuma dialog yang diketengahkan buat abang fenin kejap. Sebab dia bongkok peha jelah dia mampu capai haha betul jugak cakap abang Didi tu.
ehh kau ni. ber abang pulak. pui pui
Eh nak maki budak ni tak sampai hati pulak aku hahaha. Ni kenapa jadi orang pendengki sangat ni?
sape budak? kau lah budak. biarlah aku nak jadi pedengki pon. pengecam tegar ko.
dia ni buang tebiat lah faz atuk perhatikan!!!!…. sian dia xde kawan itu yg mcm ni kejadiannya!!
eleh atuk ni. sibuk je kan??? apa? apa? sape takde kawan? memandai je. entah2 atuk yg takde kawan. tu yg 24 jam ada kat sini. wekkk
bodohnya kamu ni medical student dah si faz ni laki tak kan nak ber SIS pulak,,….. bangangnya betul…..
amin. semoga bodoh pegi kat ko.
~boleh je kot tak bahasakan diri abg.
suke hati dialah nk bahasakan abang kepe….bangang berbakul…..
semoga bangang berbakul2 tu pegi kat ko.
nama je amin. tapi? perangai macam ameng.
merangkak la kau nnt cr dia ..haha
** tadi kata da taubat.. haha
Dia Taubat ke TAU BUAT…???
alamak. aku lupa lah. jari aku ni laju sgt dari mulut aku. tak sempat aku nk break.
mintak maaf ye faz n atuk
sorry. aku tak buat lagi.
takleh nak fokus baca ,ofismate aku duk gelak2 macam kak ponti.kang malam lar sambung
Patut baca kat office.. Sbb yg gelak mcm ponti tu ttp kawab kau.. Kalau baca kat rumah nnt n tetibe ada yg gelak pula acaner?.. Haha
Mmg pun krn mulut badan binasa…tak semua org leh terima apa kita ckp yang laser2..pasti ada sorang dua yg dendam dan pendam dari jauh…dan balas apa kita kata tu melalui sihir…baik mulut digunakan utk mengaji/zikir…dari basuh dan laser mulut dgn kata2 kita….salah sorang ofis saya dah kena sebab dia mmg laser @ terlalu berterusterang…org atasan yg dgr cita mmg amal penunduk ni apa lagi..kenakan dia la sampai dia berhenti keja…kesian staf lelaki tu…anak 5…semua sekolah lagi…bini tak keje dan skrg masih menganggur…susah dpt keje lain walhal pengalaman luas…ntah laaa…
betul tu, nice advice,
cousin meninggal kena santau. sebab tak jaga mulut. this story remind me of her. thank you writer.
Banyak pengajaran boleh diambil disini. Jagalah lidah kita.. Dalam Islam pun banyak kitab2 adab menjaga lidah. Lidah ibarat pisau tak bermata.
Yup true. Mak pun selalu pesan jaga percakapan sebab kite tak tahu hati manusia ni macamana – sama ada boleh terima ke tak dengan kata kata kite. Nak cakap nak tegur biarlah beradab.
singkong. aku ada soalan untuk ko.
Soalan apa?
aku guna fake email. aku guna fake name. ko rasa org boleh cari aku tak? ko rasa orang boleh santau aku tak?
#serious
Selagi tidak menggunakan gambar yang full.. Tidak menggunakan nama dan bin/binti yang betul.. Tidak meletakkan alamat tmpt kau tinggal dalam ruangan ini dengan izin Allah mmg x kan kena la.. Tp kalau kau keep maki2 orang.. Arrhh yang tu kau memang kena merangkak nnt kat sana cri dia.. Yg tu kenal x kenal mmg kena kot.. Haha.
**ini serius
alahh. aku bukan maki apa sgt pon. just, apa tu org cakap? saja2 je.
tapi serius lah??? aku kena merangkak cari orang? tak kan lah? aku bukan cakap apa pon. huhuhu. takpelah. asal tak kena santau. takut beb.
lagi satu soalan untuk ko. boleh?
Tanya je la.. Aku jawab je soalan kau selagi kau x minta bank account ngan psswrd aku..
halahhhh singkong, kalau kau bagi pon aku taknak. aku pon dah adaaa. ??
soalan aku ko tak jawab lagi ??. boleh ke orang cari sape aku berdasarkan nickname aku kat sini? manalah tahuuuuu, kot ada pakar IT ke kat sini. an an an???
boleh je sebenarnya . track IP then track location . dlm dunia IT nie semuanya possible selagi kita connect dgn tenet . data2 kita pun org boleh cari/access . cuma nak xnak je . so , behave2 kan lah diri anda . haha
baiklah. aku behave kan diri mulai esok.
Aku graphic design so aku x dpt jawab secara details.. Tapi rasanya x dpt kot.. Kalau dapat da lama aku cari siapa yg k***ak kan aku ngan cikbambam tu.. Haha
aku pon rasa tak dapat. kalau mcm tu, bolehlah aku teruskan “kecaman” aku dan cari alien warna biru sepit merah.
BTW, hebat ae ko graphic designer. Tak macam aku ni. Tukang sign check je setiap minggu. Sebab tu aku tak ramai kawan.
ada keje kosong? jadi tea lady ke?
aku ni boleh tahan jugak kalau ko tengok.
hahahaha
jawapan utk medical student
boleh cari… track IP address. IP address ni unik. dari IP address boleh cari location di mana komputer digunakan.
Kalau pakai phone, lagi lah senang..terus dpt no phone je.
ohh yeke. huhu. thanks wirda. sedap nama ko.
kalau nama sebenar. Lagi sedap. 😛
Medical student sain cek?
punya la nak menyamar. ingatkan bakal dokter .
btw sep seket. ai pun tukang kira duit.
sape kimak kan ko? Aku tak aeee. Tahi kan org je selalu.
mana cikbambam ko? lama tak nampak? bawak diri ke?
Jawab jgn x jawaabbb…
Tekatekitekatekuk ular mati dlm mangkok…
serius kak yulie. serius.
Akk pon serius…
Serius…!
Percayalah…
ada unsur keperlian di situ. ???
Sakityer mulut dia..rase mcm mulut aku yg berdarah
Semoga Allah S.W.T sentiasa meluruskan lisan-lisan kita & memperbaiki amalan-amalan kita.
didi cite ko best.. kak mami suka.. tapi kan janganlah letak abcd tu.. letak namalah.. bantai lah nama ape2 pon.. kak mami pening nak baca kalau ada abcd.. mcm org suruh jawab soalan objektif pulak..
Letak nama singkong keju pun x pe kan kak.. Den ok je kalau orng buat cerita seram ltk nama den..
kan letak je nama singkong n keju.. jgn la buat akak pening abcd ni.. akak ni dah tua.. urat pon da tetas.. lagi banyak tgk najis budak.. otak slow mls nak bepikir nak scroll lagi nak pastikan tak tetuka watak abcd tu.. ehh pening ni..
Kawan kepada sepupu ada y jenis mulut laser camni..pastu bila kena hantar benda,die sakit,insaf sekejap,tapi y paling xley blah tu,lepas sembuh die duk post pasal orang y hantar benda tu kat dia,siap cabar2 lagi..kena utk second time..sekarang sy x sure laa caner da dia tu..so,jaga lah mulut ye,jangan keluarkn perkatan y boleh buat org benci ngn kita…
Seram lg tgk gmbr kat ats tu…
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut hati terasa.
#jagamulutjagahati
Didi,
Tajuk cerita tu memang Kerana Pulut ke?
Ke tersalah taip
Nak tulis ‘Kerana Mulut’,berdasarkan pada gambar tu…
Overall, bes gak…
Tu peribahasa la sis,kerana pulut santan terasa,kerana mulut santan binasa…
Jika tidak mampu mlemparkan kata2 yang baik, lebih baik diam dari berkata.
Diam xbermakna xceria, introvert, xbahagia, jahil or anti-sosial…
Tapi diam adalah satu kebijaksanaan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh (May the peace, mercy, and blessings of Allah be with you.)
Oklaahhh…
Akk diam lar pasni…
Baru nampak bijaksana, hehehehehe…
Abis tu klu g interview aci tak gune konsep diam itu bijaksana???
Interviewer tanya memacam kita senyaaapp jer…
Sbb akk dlu klu g interview, kuor jer dr blk iv tu lenguh segala rahang ni dek bercakap non-stop…
Klu akk tau dlu akk senyaaappp jer sambil senyum2…
Hahaahhahaha…
Itu jam akk x tau smda bijaksana atau kena pijak sana…
hahaha.. maira iv gune konsep senyum. dari zaman sekolah lagi dah gune cara senyum. time pekse lisan memang taram senyum je kalau rasa malas nak jawab atau tak tahu nak jawab. senyum terlebih ikhlas biar orang yang soal tu serba salah…
Akk jenis senyum x cantek, muke masam br keayuan terserlah, hahahahhaah perasaannn…
Akk mmg byk main mata…
Mata galak mata garang…
Hehehehehhe…
Tp akk iv x pandei diam…
Akk jenis xleh biar soalan x berjawab…
Akk ni jiwa promoter, org tanye akk jawab, org x tanya pn akk jawab…
Sadis kaann…
Tapi kan…
Akk ni sgt extrovert but introvert at the same time…
Akk seorg yg peramah juga seorg pemerhati yg berjaya…
Kdg akk ar pemecah suasana, tp sllu gak akk jd yg plg senyap dgn mata yg tajam…
Better akk bising sbb klu akk dh senyap tu adelah yg nk kena sat gi…
Huhuhuhuuuu…
Best..Tang gambar tu scary.. .
Best citer didi.betul la tu.mulut kene jaga .bak kata ustaz muhammad al amin.kalau kita pergi ke mana mana jangan lupa jaga pisang sesikat dan jarum.pisang tu maksudnya bersalam (budi bahasa,rasa hormat pada orang)jarum tu maksudnya mulut atau perkataan yang keluar dari mulut.tak sabar tunggu next story dari sis didi.
suka gaya penceritaan, santai n sampai ape yg nak diceritakan..bila baca, terus teringat Hlovate..huhu. mohon share lagi cerita yg best2 kat sini Didi
shopping complex mana tu ek