Alhamdulillah. Berjumpa lagi kita di halaman kisah seram ini. Memang tidak dapat dinafikan lagi, FIKSYEN SHASHA (FS) ini satu halaman yang memberi peluang pada peminat kisah seram membaca dan mengetahui pengalaman seram seseorang. Halaman ini juga memberi peluang untuk sesiapa sahaja menulis pengalaman sendiri atau pengalaman orang terdekat yang pernah mengalami keadaan yang menyeramkan. Ramai yang inginkan kisah yang betul-betul pernah berlaku dan tidak salah andai kisah sebenar ditokok tambah atau direka-reka, yang penting seram dan menghiburkan.
Tahun 2017
Kisah ini dialami oleh aku dan 2 orang kawan aku. Sham dan Bulat. Sebenarnya sudah berpuluh tahun kisah menyeramkan kami bertiga itu berlaku. Bagi aku kisah itu masih segar dalam ingatan. Cuma kini aku tidak tahu di mana Bulat berada. Sham pula sudah lama meninggal dunia kerana sakit dalaman.
Tahun 1980an
Kami bertiga cukup rapat. Ke mana sahaja mesti bertiga. Memancing, mandi sungai, berkubang di bendang, mencari ikan laga kadang-kadang minum ais kacang kongsi satu mangkuk. Zaman kanak-kanak kami masa itu cukup menyeronokkan. Cakap sahaja hutan belukar mana kami tidak redah untuk mencari buah salak. Paya, parit..banir, kami redah semacam. Tidak pernah dapat penyakit. Dapat kayu api dan tali pinggang hinggap di belakang ada la. Tapi, mana tahu hendak serik.
Satu tempat yang menjadi misteri, yang belum kami jejak lagi. Sebuah kereta Dutsun lama, dah buruk berkarat. Berada disimpang 3 Kampung Bonggol Duri (bukan nama sebenar). Sudah lama kami bertiga teringin hendak tengok apa yang ada pada kereta buruk tersebut. Dari jauh memang tidak boleh nampak sebab telah diselimut dengan guni besar. Bermacam-macam kisah seram yang kami dengar dari orang kampung tentang kereta buruk tersebut. Aku ada juga bertanya dekat mak dan ayah aku. “Jangan nak mengada-ngada pergi main kat kereta buruk tu”, ayah aku bersuara sedikit marah. Aku terkedu. Tapi masih banyak persoalan yang bermain difikiran aku. Benar atau tidak cerita yang didengar, atau cuma kami budak-budak hanya dimomok dengan kisah rekaan orang-orang tua.
Tahun 1996
Kisah misteri kereta buruk itu terus berlalu. Sehingga kami bertiga sudah bekerja, tinggalkan 1001 misteri pada kereta buruk itu. Kami bertiga kerja satu tempat dan menyewa serumah. Jadi kisah kereta buruk di kampung tu menjadi perbualan kami tiap kali kami berborak. Bulat membuka cerita, “ayah aku pernah cerita kat aku, betul ke tidak aku tak tahu la, ni baru aku teringat nak cerita kat korang. Kereta buruk tu sebenarnya korang tahu tak sapa punya?”. Aku dengan Syam tertelan air liur. Syam bersuara, “Yang pakcik Ra…” Bulat terus menutup mulut Syam. “Syyy.. jangan sebut nama dia.”
Orang macam tu walau dia dah meninggal, belaan dia tu boleh tau kita bercerita hal dia. Bulat terus bercerita. “Patut kita dilarang dekat dengan kereta buruk tu dulu. Tambah pula masa tu dia masih hidup. Sebenarnya…Kereta tu dah cuba di alih jauh ke dalam hutan. Tapi…esoknya kereta tu balik kesitu semula. Pakcik Ra…akan datang mengamuk di rumah siapa yang mengalih kereta buruk dia tu. Simpang tiga tu memang tanah pakcik Ra… Kereta buruk tu sebenarnya bersebab diletakkan kat situ oleh pakcik Ra.. Belaan dia ditinggalkan disitu untuk menjaga tanaman di tanah dia.
Pernah paksu Bidin ternampak pakcik Ra…mencangkung atas bumbung kereta buruk tu. Masa tu pukul 9.30 malam, paksu Bidin tak sangka boleh terserempak dengan belaan pakcik Ra…tu. Kebetulan paksu Bidin dari kedai beli telur. Apa lagi..bila nampak paksu Bidin lalu…belaan yang menyerupai pakcik Ra…tu terus bersuara..”Aku nak telur…nak makan telur..” paksu Bidin sempat nampak lidahnya terkeluar sambil memecap macam terliur sesuatu. Paksu Bidin sampai rumah tengok telur yang dia beli tinggal kulit sahaja. Isi dalam dah kosong.”
Sambil mendengar Bulat bercerita, Syam siap membancuh milo panas. Sambil letak milo panas dihadapan aku dan Bulat. Syam membongkok badan hendak duduk sambil mengeluh dan bersuara. “Bukan belaan pakcik Ra…sahaja kat kereta buruk tu. Yang bini dia pun tumpang di situ juga…syyyyy..po..llo..ngg”, Syam sedikit berbisik. Aku dan Bulat terkedu. “Betul ke ni Syam?” aku bertanya dalam nada was-was. Syam duduk menyandar kedinding sambil mengangkat lutut sebelah kanan ke paras dada, tangan kanan diletak atas lutut. “Betul, Zam yang cerita kat aku. Ingat tak ada sekali aku balik kampung sorang. Masa tu la aku dapat tau cerita ni dari Zam”. Kami senyap sekejap.
Kemudian Syam sambung bercerita. “Ingat lagi tak masa kita tingkatan 3 dulu. Tahun 1989. Ada satu malam tu sebelum puasa, kita hairan terjumpa basikal Zam dan Dogol di dalam semak tak jauh dari kereta buruk tu. Korang ingat tak?”. Aku dengan Bulat angguk kepala. “Tapi masa tu kita tanya, Zam dengan Dogol cuma bagitahu tak ada apa-apa. Tapi sebenarnya malam tu mereka berdua nak mengusik kita. Mereka duduk atas pokok rambai tak jauh dari kereta buruk tu. Tapi sebab menunggu kita sampai kat bawah pokok rambai tu lama sangat… mereka ternampak belaan bini pakcik Ra…yang menyerupai bini pakcik Ra pendek-pendek tu, mulanya berjalan perlahan dari kereta buruk tu, kemudian jalan laju..tiba-tiba terus berdiri kat bawah pokok rambai tu sambil melambai tangan pada mereka. Apa lagi..mereka terjun pokok..dan terus susun langkah seribu la. Sebab tu boleh tertinggal basikal tu. Zam bagitahu aku..rupa belaan makcik Teh tu cukup menyeramkan. Memang macam makcik Teh..pendek-pendek, rambut beruban panjang paras pinggang, jalan bongkok..muka lebam-lebam..mulut sentiasa mengunyah pinang.”
“Ada lagi ka kereta buruk tu sekarang?”, Tanya aku. Lagipun sudah lama aku tidak balik ke kampung, semenjak mak dengan ayah aku berpindah ke Slim River. Sudah 5 tahun. Kalau cuti, aku akan balik ke Slim River. “Ada lagi..” jawap Syam sambil bangun pergi ambil tin biskut. Kemudian dia duduk semula sambil buka tin biskut. “Minggu depan kita cuti kan? Jom balik kampung. Lama dah kau tak balik tengok Opah kau. Dia ada juga dok tanya kau.” Syam tiba-tiba mengajak aku balik kampung.
“Balik tengok kereta buruk di simpang tiga…” Bulat berbisik ke telinga aku. Aku angguk dan tersenyum. “Jadi…”
Pejam celik..pejam celik sudah seminggu berlalu. Kami bersiap untuk balik kampung.
Petang itu perjalanan kami dari Butterworth hendak ke Kulim. Cukup menyeronokkan aku. Maklum sahaja lah sudah lama tidak naik bas ekspres. Balik ke Slim River aku akan naik keretapi. Perjalanan yang amat menyeronok itu membuat aku tidak sedar sudah sampai di pekan Kulim. Syam dan Bulat memang sudah lama dibuai mimpi. “Woi..bangun! Dah sampai.” Aku cepat-cepat kejutkan mereka. Dari pekan Kulim, kami kena naik bas biasa ke pekan Serdang. Sebab terlalu letih aku tidak sedar masa bila aku terlena.
Tiba-tiba aku terkejut, ada orang goyang-goyang bahu aku. Dalam keadaan macam separuh sedar aku gosok-gosok mata aku. Pandangan aku masih kabur. Tapi aku cuma perasan suami isteri itu tersenyum pada aku sambil bersuara..”Balik nak jumpa kami???” Dengan terkejut aku terjaga. Syam dengan Bulat tersenyum tengok aku. “Ceh!!..mengigau..” Syam tersengeh. Lebih kurang 10 minit sampai kami di pekan Serdang. Pekan Serdang masih seperti dulu, banyak tidak berubah. Sementara menunggu bas datang, aku termenung seketika memikir pasal mimpi aku tadi. Walau mimpi itu cuma sekejap, tapi dalam kabur dua wajah suami isteri itu buat aku kecut perut. Macam ada yang tidak kena. Dari pekan Serdang, kami kena berhenti di pekan Selama Kedah.
Tidak sedar masa berlalu, hari makin gelap. Jam ditangan sudah menunjuk pukul 8.30 malam. Bas yang kami naik dari pekan Serdang tadi terus memecut membelah kesunyian malam menuju ke destinasi. Kiri kanan perjalanan penuh ladang kelapa sawit. Ada sesekali dapat dilihat beberapa buah rumah sayup-sayup terang dengan lampu di celah-celah kegelapan ladang kelapa sawit. Bulat sudah lama terlena. Syam masih terlentok kepala ditingkap bas. Mungkin tengah menikmati suasana malam diluar sana. Tiba-tiba terdengar suara Syam memecah kesunyian waktu itu..”Allahhuakbar..” semua orang dalam bas berpaling memandang padanya. Bulat pun terjaga dari tidur.
Kemudian Syam kelam kabut tukar tempat duduk, dari duduk seorang diri ditepi tingkap terus datang duduk disebelah aku. “Kenapa ni?”, Aku tanya kepada Syam. Syam perlahan-lahan dekat kan mulutnya ke telinga aku dan berbisik..”aku nampak suami isteri berdiri dalam gelap tepi pokok kelapa sawit tadi. Melambai-lambai tangan. Hiiiii..seram aku.” Kemudian tidak lama lepas itu, kami sampai di pekan Selama Kedah. Waktu itu jam sudah pukul 9.15 malam. Memang tidak ada lagi bas yang hendak ke sebelah kampung kami sebab bas akhir masuk arah ke kampung kami pukul 7.30 malam.
Terpaksalah kami bertiga mengatur langkah meredah kesunyian malam. Dalam hati masing-masing meminta ada sesiapa yang lalu dan sudi memberi tumpang. Perjalanan ke kampung kami dari pekan Selama Kedah bukan dekat, dalam perjalanan langkah di hayun tiba-tiba ada sebuah kereta hon kami dari belakang. “Nak kemana ni?” Tanya pemilik kereta tersebut setelah berhenti ditepi kami. “Kami tinggal di Kampung Bonggol Duri.” Jawab Syam. “Jom..Jom..naik lah kereta saya. Saya boleh tolong hantarkan.” Alhamdulillah, kami cepat-cepat naik kereta tersebut. Kereta tersebut terus memecut menghala ke kampung kami.
Dalam perjalanan kami bertiga berborak sakan dengan pemilik kereta tersebut. Suasana perjalanan hendak ke kampung kami memang gelap gelita, tidak ada lampu jalan. Kiri kanan ladang kelapa sawit sepanjang jalan. Tiba-tiba soalan yang kami tidak mahu dengar, keluar dari mulut pemilik kereta tersebut. “Berani kamu bertiga nak jalan kaki tadi?”. “Terpaksa..”, jawab aku pendek. “Jangan main-main sekarang ni..cerita ni memang dah panas.” Cerita apa?” tanya aku. Dia ketawa dan terus menjawab. “Hantu Suami Isteri..” Kami bertiga tertelan air liur. “Siapa suami isteri tu?” Tanya Syam. Dia ketawa kecil dan terus memulakan ceritanya sambil terus memandu.
“Aku rasa kamu bertiga pernah kenal suami isteri tu. Mereka pernah tinggal di kampung Bonggol Duri.” Kami bertiga terkedu seketika, dalam kehairanan dan ketakutan Bulat bertanya..”Sapa suami isteri tu?” Pemilik kereta tu cuma tersengeh dan menjawab..”kereta buruk disimpang 3.” Tiba-tiba meremang bulu roma kami. Dengan suara terketar-ketar Syam bertanya, “Mereka berdua kan dah lama meninggal?” Pemilik kereta itu terus memandu sambil ketawa dia terus bercerita, “Memang mereka suami isteri dah lama meninggal. Tapi yang ramai orang dok kena ganggu tu…dengan belaan mereka. Benda tu menjelma macam muka mereka. Silap haribulan kamu bertiga pun nanti kena. Hehehe…aku bukan nak usik kamu bertiga, tapi kalau nak kena di mana pun kena. Minggu lepas, ada juga orang kena ganggu kat kawasan sini. Belaan suami isteri tu mengejar mereka, nasib motor yang mereka naik tu laju. Makin laju motor dipecut, semakin laju belaan tu mengejar di kiri dan kanan motor mereka. Nasib baik belaan tu hilang serta merta, tak ikut mereka sampai ke rumah. Selalu juga orang jumpa belaan tu merayau-rayau. Mencari mangsa untuk mengganggu. Ada sekali tu, ada suami isteri balik dari pasar malam, terlepas bas macam kamu bertiga la..mereka tunggu la kat bawah pokok besar di hentian bas pekan tadi. Kot..Kot ada orang yang kenal boleh bagi tumpang. Kebetulan aku lalu disitu dengan isteri aku. Kesian tengok tercongok kat situ, aku bagi tumpang la. Suami isteri tu dah tua sangat-sangat. Ramah mereka bercerita pasal hantu. Mula-mula aku tak syak apa-apa. Macam-macam kisah seram mereka bercerita. Sampai di kawasan ini lah. Tiba-tiba isteri aku bertanya satu soalan…”
Cerita pemilik kereta itu tiba-tiba terhenti disitu. Kami bertiga ketakutan bercampur hairan. Tiba-tiba juga dia berhentikan keretanya . Gelap-gelita tempat tu. Bulat bertanya..”kenapa tiba-tiba berhenti kat sini?” Dia terdiam. Tiba-tiba dalam ketakutan aku bertanya..”isteri pakcik tanya apa?” Bayangkan dari mula-mula kami tumpang kereta tersebut..di kusyen sebelah pemandu memang tidak ada orang. Tapi setelah aku bertanya soalan tersebut, tiba-tiba seorang perempuan tua wajah menyerupai wajah makcik Teh..menjengah wajah dia ke belakang. Rapat ke arah kami dan bersuara.. “aku tanya..nak tidur di dalam kereta buruk kami?” Lepas itu kami bertiga tidak tahu apa yang terjadi. Keesokan pagi orang kampung jumpa kami bertiga tidur di dalam kereta buruk disimpang tiga.
#penatarihitam
TAMAT.
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
oit gila lah…….aku ingt cite tergantung…rupanya ermmmmm
Dik…
Ko skrg mmg mudah takot ekkk…???
Heheheheh…jgn mare…
Akak tanye jeeerrrr…
hahahahaha jangan pecah lobang…..nk kene tukar nama juga lah
serius ke ni? serammm…
Haaa…
Nak sgt kaannn explore kesah keta buruk tu, kan dh mendapat pakej percutian transport+penginapan skali…
Heheheheheh…
Korg bertiga kawan dr kecik smpi keje pn sesame, mesti sgt sgt sgt rapat kan…
Tup2 sham dah xde…
Sedih plak…
Cmne leh lost contact ngan bulat tu…??
Syg ar dgn persahabatan sejak azali korg tu…
alfatihah pada syam tu
moga2 bulat tu ada baca FS ni boleh dia share skali cite dia kan hahaha
Kdg2 ko ni leh tahan sendu gak kan dik kuor ayat2 tacing…
hahahahaha sbb den dah rasa camne kehilangan sahabat karib…meninggal dunia sebab kene buatan org…pesan dia yang
terakhir jgn dibalas pada org yang buat dia tu..
alfatihah utk arwah botak
Kat mn oi qheta buruk tu…aku nak p tgk klu ada lg…..hihihihi
al fatihah untuk arwah sham…
huisshhh tercpai la hajat korang nak tgk apa ada dlm kete tue… hi hi hi
debor baca.. ingat org yang drive tue.. bakpe korang tak pasan muka pakcik yg bawak kete tue…
Haah la.. xperasan ke muke pak cik y drive keta tu?
Kire ok la kot… benda tu usik n bg tmpng trus smpi kt kg… kalu dia drop tepi jlan atau atas jln je lepas tu.. naya juga…
Seram & best!
Mne lokasi Ni.
ada sambungan x?
fiksyen… tp best…
besttt weyhhh . klau ad smbungan tolong ar sambung .
YA ALLAH…!!! Sampai mcm tu sekali dia usik korang.. SERAAMM…
aku mmg dah syak pemandu kereta tu hantu. sbb apa yg dia nk sampaikan mesti ada “hihihi”..hahaha..apapun best citer ni.
siapa yang berminat dgn karya penulisan #penatarihitam ni, taip saja #penatarihitam di fb. nanti bnyk la kluar cerita dari beliau. 😀
terbaiikkkk!!! seramm hakak dek… nangis baca citer ko. Macam hakak plak yg ada dlm kete tu. Siap tutup muka lagi sbb takut
just nak bgitau cerita ni hanya rekaan sahaja ya
Nasib baik rekaan .. seram giler.. buntang mata aku membaca nyer.. 😀
Butterwoth ke Kulim naik Bas Ekspress? Haha.. Hang reka ceghita ja nih..