Khadam Keris part 2
Assalamualaikum dan salam sejahtera, kepada pembaca fiksyen syasya dan admin. Terima kasih kerana publishkan kisah khadam keris dan terima kasih di atas sambutan. Nama aku Naed, 30++ series, sudah berkahwin, anak 3 hero, dan ini kisah aku. Khadam Keris part 2..
Hampir 18 tahun berlalu sejak gangguan penunggu tanah kawasan sebelah setelah keris kecil berbalut kain kuning itu dikembalikan ke tempat asalnya.. Memang ada gangguan lain tapi itu adalah kisah lain yang tiada kena mengena dengan khadam keris itu. Errrr, aku rasalaa, sebab bukan syaitan seekor itu sahaja yang ada, gangguan lain pun aku pernah kena juga. Aku ingat lagi tarikh tu, 25/10/2015, berlaku lagi kekecohan setelah hampir lupusnya ingatan kami pada kisah 18 tahun dulu. Saatnya menjelang maghrib hingga ke isyak.
Ketika itu jam hampir 8 malam, aku suami dan 3 hero kecil (anak2) baru balik dari pulang membeli barangan keperluan di pasaraya. Masa elok kereta mahu membelok ke kawasan rumah, kami nampak seorang wanita berkulit putih sedang dipapah oleh beberapa orang di atas jalan. Sedangkan aku, suami dan anak2 yang berada dalam kereta boleh dengar dengan jelas suara wanita itu meraung, mengeruh, mendengus, sangat garau, arrgghhhhhhhh. Naik juga bulu roma. Kami fikir ini kes kemalangan. Setelah masuk dan parking di kawasan rumah kami, kami pun meluru untuk lihat apa yang terjadi.
Anak yang ketiga berusia 2 tahun aku dokong. Meluru ke jalan, tapi wanita yang dipapah itu sudah dimasukkan ke dalam kereta dalam keadaan kelam kabut dan terus beredar. Ketika itu pun, makcik2 pakcik2, sepupu2 anak2 buah aku yang dah besar panjang turut keluar rumah. Aku tanya diorang apa yang terjadi, tapi mereka terus meluru ke rumah jiran sebelah Mak Jah yang baru pulang dari mengerjakan haji dekat seminggu dua lepas untuk bertanyakan keadaan Mak Jah. Ok, tanah dan kawasan rumah Mak Jah inilah yang dulu kawasan lapang tempat budak2 main, jumpa keris kecil berbalut kain kuning tu di kawasan sini la dekat pokok pisang tu.
Menurut makcik, anak2 buah aku, diorang dah nampak dari jam 6.30pm lagi beberapa orang lelaki dan seorang wanita (yang meraung tu) beri salam depan pagar rumah Mak Jah tapi salam tak berjawab sebab Mak Jah kata dia dalam bilik tak dengar, baca Quran sementara menunggu waktu maghrib. Pintu pagar pula tak berkunci, mereka pun masuk mengelilingi kawasan rumah Mak Jah macam mencari sesuatu. Betul2 dekat pokok pisang sebalik tembok pagar rumah Mak Jah tu, ( rumah makcik aku, mama Wati) seorang lelaki dalam kumpulan tu azan di situ dengan kuat dan lantang. Diorang yang dengar pun pelik, azan apa plak timing camni, nape awal sangat.
Aikkk, lain macam je cerita, accident apa plak camni. Hmmm. Rupa2nya perempuan yang berkulit putih itu bukannya accident tetapi tubuhnya sedang ditumpangi sesuatu oleh saka dari keturunannya.
Maka, kisah 18 tahun dulu terimbas seperti kisah khadam keris part 1 di mana salah seorang budak yang bermai di kawasan lapang sebelah (yang sekarang rumah Mak Jah) terjumpa sebilah keris kecil berbalut kain kuning dan di bawa pulang ke rumah. Dan pada malam itu pula berlaku gangguan teruk. Aku nampak pocong kat tangga dapur sebab fed up dengan aku, rumah papa mama Wati pulak kena hencang kokak sampai nak suboh. Esok2nya plak keris tu dipulangkan semula. Disinilah aku nak huraikan satu satu cerita yang agak berbelit ini..
“Camna keris tu dikembalikan? Adik ko yang tanam balik ke lepas kena sembur dengan papa mama ko?”, Aku tanya sepupu aku Wati. Adik dia zoe la yang bawa balik ‘mambang kuning’ tu.
“Apa plak..kan arwah laki cik Bedah tu yang tanam balik keris tu, pasak..baca apa2..aku tak tengok pun..” Wati balas.
Oooo, baru aku ingat cik Bedah punya suami tu. Makcik aku pun cakap si Eri dengan zoe pergi kawasan rumah Mak Jah tadi , kumpulan lelaki tu panggil minta tolong tunjukkan di mana keris itu dijumpa dan ditanam. Tapi ayat dia tu fuhhh…” Wahai anak muda, dahulu kamu telah mengambil sesuatu yang bukan hakmu, milik warisku..akan tetapi, itu bukan halmu lagi setelah milik warisku dikembalikan..” bicara perempuan berkulit putih cerah yang ditumpangi itu, ketika itu dia bertudung kuning dan bertasbih lagi.
Oooo, lupa pula aku. Sebenarnya keris kecil itu tidak dijumpai mereka. Mungkin masa2 kerja pembinaan rumah, keris kecil yang tertanam itu diambil pekerja yang bina rumah ke..wallahua’lam..
Menurut diorang pula (kumpulan lelaki dan seorang perempuan tu), perempuan tu Salma (aku namakan je) adalah cucu sulong yang dipilih sebagai waris seterusnya. Patutlah aku macam kenal cam je. Maknya memang kami kenal, Salma ni cucu arwah tokcik ( pemilik tanah sebelum Mak Jah)..saling tak tumpah wajah mak dia, makcik Senah.
Karim, suami Salma kata mereka dalam proses untuk membuang (saka @ hantu @ gangguan @ tumpangan ke) , berubat.. Salma sudah beberapa kali mengandung, sudah scan check up doktor selama mengandung tapi bila usia kandungan masuk 5, 6 bulan ke. Perut jadi flat takde aktiviti pergerakan bayi, bila check up doktor nurse pun bingung sebab tinggal kantong sahaja. Bukan sekali, tapi sudah 3 kali. Inipun Salma sedang mengandung lagi, itulah yang merisaukan mereka bimbang cahaya mata yang diharapkan ‘hilang’ lagi. Menurut pakcik yang sedang ikhtiar mengubati Salma, bayi dalam kandungan telah diambil @ dimakan oleh ‘benda’ tu. Tak taula nak kata apa, habis yang bercakap tu (Salma) tu sape dalam badan dia. Saka tu mesti ngamok kan sebab nak kena buang.
Eri yang solat berjemaah waktu isyak di masjid pun bercerita. Setelah imam habis bacaan doa dan diaminkan makmum, ada ceramah agama, tapi ceramah agama terpaksa dibatalkan sebab diorang tu (salma, suami dan kumpulan lelaki di rumah mak jah) tadi membawa Salma ke masjid mungkin minta bantuan imam, ustaz, tahfiz2 di masjid memulihkan Salma yang sekejap mengganas sekejap diam. Situasi masih tidak selesai, Eri pun tak sanggup nak mengadap lagi, dahla tadi diorang panggil dia dengan zoe, abang dia masa di kawasan rumah mak jah tadi. Sebab dah tak tahan, Eri terus balik rumah..
Hmmm, tak tahulaa. Adakah khadam keris tu statusnya merayau ke. Bagaimana la nasib Salma..
Tapi, Alhamdulillah pula tiada pula gangguan pada Mak Jah ( ke dia memang tak nak cerita ke) kalau ikut kata Karim suami Salma tu memang kalangan keluarga belah Salma sering diganggu. Mungkin saka itu hanya mencari waris2 sahaja. Apapun, kerana nenek moyang telah membuat perjanjian dengan jin syaitan konon2 untuk menjaga harta dan keturunan, maka imbalannya dituntut menerusi keturunan, waris mereka.
Moga Allah permudahkan perkenankan doa, usaha keluarga itu dalam memulihkan Salma, dilindungi dari kejahatan kebinasaan makhluk laknatullah itu..moga dipelihara iman kita..aamin..
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Oh begitu….
Done baca.. sy sedikit bingung sbb terlalu byk nama..