Khianat kawan baik

Assalamualaikum aku kakngah aku rasa nak kongsi satu cerita tapi bukan kisah seram tapi ianya kisah sihir. Maaf kalau tak seronok cerita ni panjang sikit.tapi maaf ye kalau ayat tunggang langgang sebab aku tak berapa pandai sangat nak bercerita.

Kisah ni bermula pada 2019 aku kenal dengan seorang jejaka dari scomed niat di hati memang nak cari yang serius tak nak main-main dah.kenal punya kenal aku tak pernah tanya soal perkerjaan dia entah kenapa mungkin aku terlalu selesa dengan dia.satu hari dia tanya aku “kenapa tak pernah tanya dia kerja apa”. Aku cuma jawab “aku tak kisah dia kerja apa yang penting dia rajin usaha itu sahaja” dan dari situ lah dia jujur pada aku yang dia seorang unit beruniform.

Pendekkan cerita walaupun aku dah block nombor telefon dia, dia usaha jugak untuk cari aku dengan beli nombor baru. Sebab kami tak setaraf dia anak dato dan keluarga kerabat diraja. Aku dengan dia “bagaikan langit dengan bumi”,Tapi disebabkan usaha dia aku accept dia.

Satu hari bonda dia celebrate birthday dia dekat satu restaurant, restaurant tu di sewa seharian pada hari itu maka jemput lah saudara mara dan kenalan bonda dan ayahndanya so ramai lah dato, datin dan anak-anak diaorang dekat situ.aku bagi nama partner aku izham nama (samaran). Bonda dia plan last minute jadi izham datang restaurant tu dengan pakaian kerja tanpa sempat dia menukar pakaiannya terlebih dahulu.

Jadi mata mak-mak datin ni terbeliak lah sebab diorang tak tahu yang anak bonda seorang pilot tudm jadi dari situ bermula lah acara kenen-kenenkan anak diorang dengan izham.tapi izham tak tunggu lama lepas je potong kek terus balik sebab rimas orang dok kenen-kenenkan dia dengan perempuan.seminggu selepas tu ada datin(kawan baik bonda) dan anak dia datang ke rumah membawa hajat(merisik) cuba nak kenenkan anaknya dengan izham,tapi bersyukur pada Allah yang bonda memang sayangkan aku dan terima aku seadanya. Jadi bonda izham menolak dengan cara baik dengan berkata “izham dah ada pilihan sendiri”.

Selepas itu bermula lah kisah paling ngeri dalam hidup izham, izham tak berhenti sakit makan tak lalu selalu mc sebab terlalu sakit untuk bergerak. Bila makan muntah tapi bukan muntah biasa muntah darah. Pergi hospital tapi keputusannya izham sangat lah sihat. dia terpaksa balik rumah bondanya.balik pulak rumah bonda, bonda dan ayahnda sekali kena tempias sakit² badan bila datang waktu maghrib badan panas seperti demam panas tapi esukanya sihat balik seperti sediakala macam tu lah berlarutan sampai beberapa hari jadi bonda ambil keputusan untuk memanggil tabib(pengamal perubatan islam) untuk dirawat. Tabib tu kata ada orang dendam dengan keluarga izham dan tujuan dia nak buat izham mati dengan sihir angin dari Siam dan Buddha.

Setiap kali berubat pasti izham akan muntah darah keluar segala paku berkarat dan jarum. Tabib merawat izham lama sampai lah satu hari izham kena rasuk dia cakap thailand lepastu cakap melayu ayat dia “aku tak dapat kau dan aku pastikan semua tak dapat kau”. Aku rasa kesian sangat dengan dia aku cuba yang terbaik aku terfikir untuk end kan hubungan ni. aku cuba kata “kita stop lah,awak pergi dekat perempuan tu” sebab aku kesian tengok dia teruk sangat. Tapi izham tetap izham keras kepala, dia tetap tak putus asa dan tak senang menyerah.

berubat punya berubat baru tahu siapa yang menghantar. bonda paling terkesan sebab yang menghantar tu kawan baik bonda sendiri. Start pada tu bonda dan kawan baik bertukar kepada musuh. Sihir ni tak berhenti bila buang je orang sana tambah dan tambah. Tapi di sebabkan izham ni ada penjaga dia jadi sihir tu hanyalah tempias sahaja tapi tidak mematikan.di sebabkan dia tak boleh buat izham mati, dia buat siapa yang berdekatan dengan izham pasti mati.

Seorang demi seorang mati bila berdekatan dengan izham, bermula dengan adik izham tak sakit tapi rebah secara tiba-tiba dan meninggal di hospital dan ayahnda juga pergi menyusul anak perempuannya. Nenek izham datang untuk melawat cucu kesayangannya juga pergi tanpa sakit tetapi sebab sihir laknatullah itu.

Cukup lah sampai sini dulu kalau ada yang suka dengan cerita ni aku cuba buat part 2.
Tak baik datang daripada aku yang baik datang dari Allah.terima kasih semua

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Kakngah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.