Khianat kawan baik II

Assalamualaikum terima kasih admin sebab publish cerita saya yang tak seberapa ni,yang mana tak kenal aku meh sini aku kenalkan diri dulu aku kakngah ni part 2 yang mana tak baca lagi part 1 jemput lah baca dulu part 1 ye.Terima kasih semua sebab korang suka cerita aku. aku cuba yang terbaik untuk sambung part 2.

Disebabkan sihir tu dan ahli keluarga seorang demi seorang pergi menghadap ilahi izham menjadi kemurungan makin lama makin teruk. Satu hari paklong izham ingin membantu izham untuk berubat di negeri lain dalam perjalanan itu macam-macam hal terjadi tayar pancit, enjin berasap dan macam-macam lagi walaupun berubat di negeri lain tabib diraja tetap diiringi bersama mereka kerana perintah dari arwah nenek izham kerana tabib itu memang berkerja dibawah naungan kerabat itu.

Sampai sahaja di hotel di negeri tersebut tanpa pengetahuan aku izham ada niat untuk membu**h diri kerana putus asa untuk hidup, aku tahu pun sebab bonda izham call aku untuk pujuk izham. waktu itu heboh satu hotel ada lelaki muda yang ingin mencuba b*n*h diri sampaikan polis dan bomba datang untuk menyelamatkan keadaan. Hasbunallah wanikmal wakil Allah mudahkan aku pujuk dia melalui telefon bonda sampai dia menangis teresak esak, izham salahkan diri dia kerana dia orang sekeliling pergi sebabkan dia. Aku cuma mampu kata itu cuma asbab jika Allah tak izinkan maka tak akan terjadi benda tu. Semua tu dah ajal dan takdir,dia pula masih hidup, kita yang masih hidup ni kena teruskan.

Lega izham dengar pujukkan aku, esuk izham dirawat dengan seorang ustaz di negeri itu kali ni izham meracau teruk cakap bahasa thailand, hindu semua ada yang bonda faham ada izham bertukar suara seperti suara perempuan dia kata “aku nak kau mati,mati,mati,mati” bila ustaz tanya “siapa kamu” dia tak jawab tapi dia kata “aku nak dia mati kalau boleh sekali dengan perempuan tak guna tu sekali mati,mati,mati”. Dia kata lagi “aku tak jumpa gambar perempuan tu tapi aku akan cari sampai jumpa hahaha” lebih kurang begitu lah dialog dia dengan ustaz..

Disebabkan tabib dan bonda dengar suara perempuan dari badan izham kata begitu jadi bonda minta tolong tabib untuk melindungi aku jadi malam tu bonda video call aku sama tabib sekali dan tabib bagi ayat untuk pagar diri, tabib kata alhamdulillah aku masih bersih daripada sebarang sihir.jadi tabib suruh aku amalkan surah untuk melindungi diri aku. aku dengan rendah diri kongsikan pada korang selepas solat maghrib amalkan 3 qul, ayatul qursi dan amal setiap hari ayat ni “audzubikalimatillahi tammati min syarri ma khalaq” maksudnya “aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan ciptaannya” niat dihati supaya Allah lindungi kita daripada sihir dan kejahatan manusia..

Makin hari izham makin teruk depression sampai kena refer psychiatrist therapy aku cuba untuk berada disisi dia supaya dia tak berasa sunyi waktu aku teman izham tidur melalui telefon pendek kata “sleep call” dia dah terlalu letih jadi lena izham tidur malam tu tapi aku pula dengar suara perempuan “izhammm uuuuuuu” berkali – kali sayu je dengan anjing kuat menyalak “Aaaaaooouuuuuu” macam nampak sesuatu izham pula meracau tapi aku tak faham dia cakap apa. Aku panggil banyak kali bagi dia sedar tapi tak sedar-sedar dengan bunyi kucing bergaduh,bunyi anjing, bunyi suara perempuan tu, aku terasa malam itu sungguh panjang buat aku.

Sepanjang dia berubat di negeri itu macam-macam terjadi perempuan itu pernah berkata “kalau izham tak mati orang terdekat dia yang akan mati”.
Tabib jalan kaki pergi beli sarapan pagi, sedang tabib berjalan sambil menjinjit plastik makanan tiba datang satu bas langgar tabib sehingga tabib terseret masuk bawah bas kepala pecah dan meninggal ditempat kejadian. Paklong pula hendak mencari homestay kerana nak tinggal lama di negeri itu dalam perjalanan tu paklong terbabas dan accident dengan kereta lain di seberang jalan. dalam beberapa hari di hospital paklong pula meninggal dunia.

Dalam berapa bulan bonda pula tiba-tiba rebah dan dibawa ke hospital bonda koma tanpa punca sehingga dokter pun pelik tak sakit apa tiba-tiba koma seolah olah ada benda sekat pernafasannya bonda bergantung dengan mesin oksigen sahaja.puasa dan raya izham hanya di hospital sahaja kerana dia tiada sesiapa lagi selain bondanya.waktu raya aku berseronok di kampung tetapi dia hanya menunggu sekujur tubuh ibundanya bangun daripada tidur yang lama. Aku kesian tapi apa aku mampu buat. Aku tak mampu untuk membantu. Yang aku mampu hanya tetap berada disisinya sehingga benda ni semuanya selesai. Tetapi manusia ni jahat entah bila benda ni akan selesai

Izham pula makin lama makin kuat alhamdulillah kerana ujian yang menimpanya dia menjadi seorang insan yang kuat aku bangga dengan dia.

Disebabkan izham tiada sesiapa lagi sepupu rapat izham datang untuk menemani izham berubat sehingga selesai.
Tetapi takkan pernah selesai sebab bila buang je sihat dua, tiga hari sakit balik orang sana tambah dan tambah.

Izham dan sepupunya mahu sarapan roti canai di sebuah gerai di kampung itu izham tengah angkat cawan kopi hendak minum tiba-tiba cawan tu meletop kerana ada seseorang mahu mengenakan izham jadi izham tidak jadi makan di kedai itu. semenjak kejadian itu sakit izham makin lama makin teruk kali ni extra lebih teruk dia ibarat kain buruk. Ustaz datang untuk merawat izham dan ustaz berkata ada orang lain pula yang menghantar kepada izham, orang lain itu niatnya untuk membuat izham jatuh cinta dan suka pada dia. Yela siapa tak suka handsome berkerjaya orang senang pula.Tetapi lain pula jadinya kerana sihir itu berlawanan dengan sihir yang baru ni jadi izham makin sakit tetapi hati dia tetap utuh tidak berubah sikit pun. Itu laa kalau Allah tak izinkan buat macam mana pun tetap takkan jadi.

Ustaz kata badan manusia ni kalau dah terkena walaupun sekali jadi senang bagi mahkluk-mahkluk halus untuk menumpang di badan manusia dan sihir pon senang nak dapat. Sihir kali ni ustaz sendiri yang hantar kembali sihir itu kepada orang yang menghantarnya sampaikan ada seorang perempuan(janda) datang minta maaf dan jujur atas perbuatan dia.
sihir ni senang untuk buang kerana masih baru dan tidak lah seteruk sihir sebelum ni walaupun begitu sihir tetap sihir effect dia tetap sakit.

Sejak izham kena sihir baru ni setiap kali kami on the phone(otp) pasti aku dengar bunyi orang ketuk tingkap, mangkuk pinggan pecah macam orang mengamuk pun ada setiap hari tapi izham kata “biar je buat tak tahu” mungkin dia pun dah lali dengan semua benda ni.

Yang paling aku tak pernah sangka tengah on the phone(otp) tiba-tiba dia senyap lama ada dalam 10 minit aku panggil dia banyak kali sekali keluar suara garau gila dan itu bukan suara dia. Dia cakap “hahaha kau buat apa lagi tunggu dia,dia nak mati dah hahaha” waktu tu menggigil aku, aku tak tahu nak call siapa bonda koma kat hospital, tabib dah meninggal, paklong pun dah meninggal, sepupu izham tapi aku tak ada nombor dia sumpah aku buntu jadi aku terus je stay dan dengar apa benda syaitan tu nak cakap. Macam-macam dia cakap ada aku faham ada yang tak faham.Tapi alhamdulillah itu laa orang kata bila kita kesempitan yakin lah yang Allah akan bantu.

Ustaz datang dan terus merawat izham aku tak end call entah kenapa aku berat hati sangat nak end call.Dan ketika tu ada suara lembut sangat ustaz kata itu penjaga izham daripada kecil dari turun menurun, dia kata “izinkan beta bercakap dengan tuan puteri” jadi ustaz tu ambil telefon untuk aku bercakap dengan penjaga izham walaupun jantung aku macam nak meletop punya takot tak payah cakap lah kalau orang kelar jari aku pun mungkin tak keluar darah sebab kering. Penjaga tu cakap dengan aku “assalamualaikum tuan puteri izin kan beta bercakap sebentar bersama tuan puteri”.
Aku jawab salam dia pastu aku cuma jawab “ye” sahaja sebab aku dikuasai perasaan takot, penjaga dia kata “beta ingin bercakap sebentar dengan tuan puteri tetap lah berada disisi tuan putera kerana kekuatannya ada pada tuan puteri”. aku cuma jawab “baik. Lepas tu dia cakap “beta berundur dahulu assalamualaikum” aku pun jawab “walaikumsalam” lepas pada itu izham rebah, ustaz kata penjaga izham sudah keluar ustaz pun kata “saya letak telefon ye nanti izham dah sedar saya suruh dia call kamu” first time aku dapat pengalaman macam ni Allahu.

Pengalaman yang tak pernah aku lupakan. Banyak lagi sebenarnya tapi aku tak tahu nak habiskan macam mana.

Ramai yang tak suka aku tunggu dia tapi diorang tak ada ditempat aku.aku tak pandang harta benda,pangkat dia aku cuma rasa dihargai walaupun dia begitu teruk tetap pertahankan aku,tetap nakkan aku.bodoh ke aku kalau aku tetap stay dengan dia. Ok laa sampai sini je kalau rajin aku sambung orang mengata aku pulak.

Yang tidak baik datang daripada aku yang baik datang dari Allah terima kasih semua.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Kakngah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.